Minggu ke 37 baby,
Mama sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun di sekolah.
Minggu-minggu akhir ni mama gagahkan diri turun naik kelas tahun lima di
tingkat 4 dan tahun 3 di tingkat 2. Memang letih dan agak seriau naik tangga
yang agak licin dan curam. Tapi mama kena kuat turun naik dan jalan untuk bagi
baby cepat engage. Braxton Hicks agak membantu mama belajar mengawal pernafasan.
Minggu ke 38
Latihan sukan bermula. Masa ni mama cuba bergerak ke hulu ke
hilir untuk pastikan diri kekal cergas dan sihat. Bila rasa nak mula selesema, mama
top up dengan high dose of vitamin C. Minum air kelapa muda setiap hari dan tak
pernah tinggalkan Madu Qaseh. Braxton Hicks yang macam real setiap setengah jam
satu datang pada malam 25/6 dan memang dah rasa nak bersalin. Kecewa yang amat
sebab elok je jam 5 pagi, rengat hilang. Semalaman tak tidur. Tapi terpaksa
juga menguatkan semangat, bangun dan bersiap ke sekolah. Huhuhu... Sudahnya mama
terlelap di tepi padang di hadapan khemah dalam keadaan cuaca panas sebab
ngantuk punya pasal.
Minggu ke 39
Latihan sukan masih terus berjalan berserta raptai sukan.
Braxton Hicks jadi peneman sepanjang minggu ni. So, dah rasa macam hilang
harapan. So just go with the flow je. Time malam menjelang, rasa sesak dada
sebab nervous menanti waktunya. Check up 27/5 berjalan seperti biasa. Dr.
Khiriah kata baby semua ok. Air ketuban pun ok dan tiada masalah. Mama makin
yakin dengan keputusan yang mama buat. Dah terbayang mama dok dalam pool. Yup.
Visualisation. Heeee....
30/5/2015
Hari pertama cuti pertengahan penggal. Hari Sukan Sekolah. Mama
sibukkan diri ke hulu ke hilir. Nak pastikan mama terus bergerak walaupun kaki mama
dah macam kaki gajah. Bengkak tak payah cakap la. Selipar pun memang dah tak
muat. Sukan hari tu berakhir tanpa ada sebarang tanda lagi. Agak ngeri bila
memikirkan adakah mama masih digelar ibu mengandung pada 3/6 nanti sebab hari
tu adalah next check up. Kalau kena induce? Errkk....
31/5/2015
Mama ajak abah ke Pesta Floria di Putrajaya. Saja ajak
jalan-jalan. Mama bukan peminat bunga. Tapi nak mencari track untuk
jalan-jalan. Since kami bukan jenis outdoor person, bercuti di Pesta FLoria memang
sesuatu yang rare yang pernah kami buat. Muka anak-anak merah padam sebab
kepanasan dan penat. Ikutkan hati mama masih boleh lagi nak jalan-jalan. Tapi
kesian tengok anak-anak. Makanya jam 2 kami balik ke rumah. Rehat-rehat dulu.
Malamnya kami ke Damansara. Ambil Tonik Tuan Haji. Sampai rumah jam 11:00
malam. Mama sempat lagi message big boss minta pengecualian untuk hadir ke
mesyuarat pagi esok sebab kaki mama dah bengkak macam gajah. Bimbang kalau
duduk je kat bilik meeting, mama tak boleh berjalan pula. Tapi dia tak reply. Waktu
ni pun, mama dah mula sakit-sakit sikit. Mama buat tak tahu dan tidur mengiring
ke kiri.
1/6/2015 2:30 pagi
Mama terjaga. Sakit masih terasa. Terus bangun dan
pusing-pusing kat bilik. Abah mama tengok tidur dengan nyenyaknya. Mama message
dia langsung tak terbangun. Entah kenapa kali ni mama baringkan kolam mandi
yang mama simpan menegak sejak mula dipam. Lepas tu duduk dekat gymball menahan
rengat. Hampir setengah jam, sambil cuba kejut Abah.
3:15 pagi
Abah bangun sebab mama suruh dia tidur kat atas katil dalam
bilik (kita selalunya tidur di ruang tamu). Dia cuma menurut. Rasa mengantuk membuatkan mama baring kat
sebelah dia dan mengiring ke kiri. Lepas tu mama minta Abah isi air dalam pool.
Sementara dia isi, mama terlelap kejap. Terjaga setiap kali surges datang.
Lepas tu lelap balik.
4:00 pagi
Tetiba macam ada rasa nak meneran. Mama terjaga dan terus
masuk pool. Masa ni Abah dah siapkan aromatherapy, pasang alunan bacaan Quran. Mama
layankan surges dengan J-breathing. Sambil makan kurma dan minum air selusuh.
Langsung tak tengok jam and count the timing. Takut ternanti-nanti dan hilang
motivasi. Keluar masuk kolam ke bilik air sebab rasa macam nak buang air besar
dan buang air kecil. Tapi takde pun. Surges makin lama makin kuat. Abah bantu
usap kepala dan jadi tempat mama berpaut tiap kali surges. Ada masa pernafasan mama
ke laut. Ada masa ok. Tengok air dalam kolam pun dari bersih dah mula nampak ada
benda-benda asing. Bila tengok ada keluar darah, mama mula rasa seronok. Betul
la ni dah nak bersalin. Rasa seronok sebab hari ni mama tak payah pergi
meeting. Hahahha....
5:00 pagi
Air ketuban pecah sendiri. Bunyi pop kuat dan mama tengok
air dalam pool tak tukar warna apa-apa pun. Alhamdulillah, baby ok. Masa tu
sakit dah tak ingat dah. Cuba sedaya upaya untuk bagi otot muka longgar supaya
baby senang nak keluar. Tak lama baru terasa ring of fire. Pedih. Mama bagitau Abah
baby dah nak keluar. Tapi bila sentuh,
kepala baby belum keluar sepenuhnya. Rasa rengat datang lagi dan mama rasa
macam nak meneran. Dah tak boleh nak control pernafasan. Cuma ingat nak push
the baby out. Masa tu baru terasa kepala baby dah kat bawah. Mama jatuhkan
badan supaya cecah air. Dah tak mampu nak pegang kepala baby pun. Memang rasa
baby pusing untuk lepaskan bahu dan plup.... baby keluar meluncur dalam air.
(5:10 pagi) Perghhh... terus lega...
“Abang, baby dah keluar. Tolong ambil” Tu je yang mama mampu
cakap. Abah ambil baby dan letak atas dada. Mama pun dok bersandar kat pool.
Baby keluar elok dan tak menangis. Dia pandai pula hisap tangan. Comel sangat. Allahuakbar....
Subhanallah.... Abah sempat kejutkan Maisarah Daie dan Syaza al Hafizah.
Excited diorang tengok baby dah keluar.
5:20 pagi
Rasa rengat datang lagi. Kali ni urusan uri pula untuk
keluar. Mama minta Abah ambilkan air panas. Sempat juga minta dia message Yat
tanyakan tips bagi uri keluar. Yat suruh mama tukar posisi dari bersandar ke
melutut. Sama macam masa nak keluarkan baby tadi. Jadinya dengan bantuan Abah, mama
melutut. Tak lama lepas tu uri keluar elok masuk kolam. Mama terus minta tapis
untuk masukkan uri dan letak baby atas tilam. Uri keluar sepenuhnya 20 minit
lepas baby keluar. Abah azan dan iqamatkan baby serta tahnik sementara mama
mandi wiladah.
Alhamdulillah, syukur yang amat sebab mama melalui tiga
peringkat kelahiran dengan mudah dan selamat. Subhanallah. Yakin Allah mudahkan
kelahiran kali ini. Tali pusat baby dipotong pukul 6 pagi. Lepas siap mandi, mama susukan baby. Abah kemas pool dan
lepas tu baru solat subuh.
Mak dan kakak mama kalut-kalut datang bila kami announce
baby dah selamat keluar di rumah. Hihii... Pukul 1 tengahari baru ke klinik
selepas rehat-rehat jap di rumah. Dr. Khiriah tak ada. Dia ada czer case. Jadi
staff nurse yang buat post natal checkup dan baby. First degree tear bahagian
kulit. So mama declined stitches. Yg lain semua ok. Baby beratnya 3.7kg. The
biggest among my girls. Hihhi....
Baby Iman. Fresh from oven. Abah tengah potong tali pusat.
Baby Iman. Hari keenam sekepas dibotakkan.