Sunday, August 29, 2010

Faedah susu ibu untuk ibu

Dah lama berniat nak sambung menulis pasal faedah susu ibu untuk ibu. Tapi asyik lupa aje. Dan semenjak join kursus perguruan ni, aku jadi makin sibuk untuk kemaskini blog dengan kerap. Jadi bila ada masa lapang begini, baru la berpeluang. Itu pun selepas sahur sebab anak sedang seronok tidur. :D Ok. Ini adalah antara faedah susu ibu untuk ibu itu sendiri ek.

Faedah-faedah susu ibu untuk ibu

  1. Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan. Pada ibu yang belum pernah menyusukan anak, ketika hari-hari pertama selepas kelahiran, ibu-ibu akan rasa pengecutan berlaku setiap kali menyusukan anak. Ia adalah normal dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Itu juga menandakan penyusuan berjalan dengan baik.
  2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini sudah tentu kerana ketika menyusu, ibu akan mendakap anak dekat dengan tubuhnya. Sekali gus, anak akan terasa betapa dekatnya jarak antara dia dan ibu.
  3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
  4. Penyusuan susu ibu SEPENUHNYA membantu menjarakkan kelahiran. Ini sudah terbukti dengan jelas sebab saya mengalaminya. :D
  5. Menjimatkan masa dan wang. Tidak perlu melakukan konsep 'trial and error'. Sebab susu ibu pasti sesuai untuk mana-mana anak pun. Jimat wang kerana tidak perlu menghabiskan sekurang-kurangnya RM 30 untuk setin susu formula. Walaupun kos pam susu ibu berharga RM2000, itu masih dikira murah kerana ia adalah perbelanjaan untuk 5 orang anaknya (jika mempunyai 5 orang anak. cuba kira kos susu formula untuk 5 orang anak. Pasti mencecah lebih RM 5000. Percayalah).
  6. Mudah dan tidak perlu persediaan. Tak perlu menyediakan bahan-bahan remeh seperti kelalang panas, botol susu, bekas air dan tin susu jika hendak ke mana-mana. Hanya pastikan ibu perlu ada jika anak dibawa sekali. :D itu aje 'barang' yang diperlukan untuk anak menyusu. Juga tidak perlu meneliti setiap satu jenama susu formula jika ke kedai hanya untuk memastikan jenama apa yang sesuai untuk anak. Tidak perlu bangun malam untuk buat susu sebab 'botol susu' anak sudah tersedia baring disebelahnya. Mudah kan? :D
Kalau ibu-ibu rasa menyusu itu satu perkara yang menyusahkan, maka ia akan jadi susah. Tapi, kalau rasa menyusukan anak sepenuhnya adalah perkara nikmat yang perlu dikecapi sebagai ibu, maka nikmatlah proses itu. You are what you think. It's all in your mind. Once you set your mind that you are going to breastfeed your baby exclusively, you certainly can do it. Tawakkal to Him. He will surely help you out. Remember, masa zaman nabi dulu, walaupun ibu baginda tidak menyusukan baginda, baginda diserah kepada ibu susuan untuk menyusukan baginda. Itu menunjukkan betapa susu ibu sangat penting sehingga akhirnya baginda menjadi pemimpin ternama di mata dunia hingga ke hari ini. :D renung-renungkanlah.