Tuesday, December 28, 2010

Meneruskan penyusuan

WHO menyatakan dalam polisi penyusuannya bahawa penyusuan susu ibu dijalankan sehingga anak itu berusia tiga tahun. Malah, dalam Akademi Pengamal Perubatan Kanak-kanak Amerika (American Academy of Pediatrics) menyarankan penyusuan susu ibu diberikan kepada anak sekurang-kurangnya sehingga anak berusia setahun dan diteruskan selama mana ibu dan si anak mahu (ni bagi yang rasa orang Barat dan Amerika tidak mengamalkan penyusuan susu ibu). Tidak salah bagi si ibu untuk meneruskan penyusuan susu ibu walaupun si anak sudah mencecah umur melebihi dua tahun.
Pernah dengar ada orang kata bahawa menyusukan anak dengan susu ibu apabila si anak sudah melebihi usia dua tahun tidak elok? Ada yang kata, anak seperti menghisap darah ibu. Ada juga yang kata susu ibu sudah jadi racun untuk si anak. Dan bermacam-macam lagi alasan dan cerita-cerita buruk yang didengar tentang meneruskan penyusuan susu ibu bagi anak berusia lebih dua tahun.
Tidak tahu dari mana asas cerita-cerita dan alasan-alasan yang diberikan. Tetapi, hakikatnya, tidak ada buruknya menyusukan anak dengan susu ibu walaupun dia sudah jadi 'big baby'. Memang jenuh dan menyakitkan hati bila ada orang yang seolah-olah sinis bertanya,"dah besar-besar macam ni pun masih menyusu?". Terasa macam ringan mulut nak menjawab dan berdebat mengenai perihal kehebatan menyusukan anak tak kira umur. Tetapi, bila memikirkan usaha tu sia-sia, biar aje la...
Bak kata Dr Sears, menyusukan anak dengan susu ibu adalah keputusan yang AMAT BIJAK kerana banyak perkara yang menyebelahi si ibu. Dari alasan yang diberikan oleh sains, banyak yang menyokong penerusan susu ibu.

Sumber: harum.com.my

Selain dari khasiat yang ada dan elok untuk si anak, ia juga memberi manfaat kepada si ibu dan bapa. Pusing-pusing pun, susu ibu masih menang. Kocek ibu bapa pun tak bocor dek kerana perlu membeli susu tepung yang pelbagai jenama.
Islam juga tidak menidakkan hak si anak yang masih mahu terus menyusu dari si ibu walaupun Quran terang-terang menyebut bahawa anak perlu disusukan sehingga usia dua tahun. Tidak ada nas dan dalil dalam al-Quran yang menghalang ibu dari meneruskan penyusuan anak yang melebihi usia dua tahun. ISlamkan agama fitrah. Jadi, mana mungkin Islam menghalang ibu menyusukan si anak yang sudah melebihi usia dua tahun ketika susu ibu masih ada (baca sini)? Seolah-olah satu penyeksaan batin dan emosi buat si anak yang dipaksa untuk tidak menyusu sedangkan ibu masih mampu meneruskan penyusuan (sebenarnya bukan si anak je yang terseksa. Ibu juga begitu). Jadi, sekiranya ada ibu-ibu di luar sana yang masih mahu meneruskan penyusuan susu ibu walaupun anak sudah berusia lebih dua tahun, janganlah berputus asa. Bukan sahaja sains tidak menyangkal kebaikan susu ibu, bahkan juga agama dan juga psikologi anak-anak sentiasa menyokong anda. :D

No comments: