Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Friday, August 24, 2012

Pasta Goreng Berempah

sumber: kyros kebab

Dah lama nak muat naik resepi ni untuk rujukan sendiri dan sesiapa yang berminat. Aku mula suka masak pasta ni lepas makan di Kyros Kebab. Sedap. Cuba cari resepi masa tu tak jumpa. Jadinya aku makan berkali-kali untuk rasa apa yang ada dalam pasta tu. Masa makan, aku kenal pasti bahan-bahan dia. Hehehe... macam pandai je kan? Tak ada la kena 100% kot. Mungkin ada bahan rahsia. Tapi bila aku guna resepi ni, boleh la kena dengan tekak sendiri. Mau cubakah? Silakan.

Pasta goreng berempah

Bahan-bahan A
2 sudu Kari
Rosemary
McCormick Mixed Herbs / Master Food Spaghetti Bolognaise
Sos tiram
Garam
Gula atau madu

3 keping dada ayam
Satu bungkus spaghetti (500gm) - *Ikut suka nak guna pasta jenis apa. Kadang2 aku guna spageti. ada masa fettucini.
Tiga biji lada benggala dipotong panjang
Dua biji bawang besar
Satu labu bawang putih
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar McCormick Mixed Herbs / Master Food Spaghetti Bolognaise
3 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara memasak:
  1. Perap ayam bersama bahan-bahan A selama ½ jam dan kemudian dibakar. Potong nipis-nipis dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  3. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga lembut dan masukkan garam secukup rasa.
  4. Masukkan sos tiram, lada hitam dan Mixed Herbs atau Spagehtti Bolognaise herbs dan kacau.
  5. Kemudian masukkan ayam yang telah dihiris nipis dan cili benggala. Kacau hingga cili benggala agak lembut.
  6. Masukkan spaghetti atau sebarang pasta ke dalam kuali dan kacau hingga rata. 


Makanan ni aku selalu masak kat rumah mak masa raya pertama. And masa raya pertama tahun ni gak aku buat Nasi Kabsah. Makan dengan ayam yogurt dan sos dia. Sedap weh. Resepinya boleh rujuk kat sini ek. Terima kasih kak Wana.

Monday, April 11, 2011

Nasi ayam Lebanon

Hari ni merajinkan diri untuk menggantikan puasa yang tertinggal. Ada lagi satu hari tolak hari ni. Dan dua hari lagi untuk puasa nazar sebab dapat KPLI (sampai la ni belum bayar lagi. Ditulis dengan tujuan reti diri... hahahah.... dan supaya saya tidak lupa sebab saya pelupa orangnya). Oleh kerana hari ini saya berpuasa... maka keinginan untuk makan yang istimewa pun menjelma. Maka saya pun masak nasi ayam Lebanon. Balik je sekolah hari ni, saya terus keluarkan ayam. Lepas tu selongkar peti ais tengok bahan-bahan. Cara masak... boleh tengok kat sini. Kali ni masak sedap sikit walaupun aku puasa. Kira dah makin pandai masak la... (hahaha.... sapa lagi nak puji diri kalau bukan diri sendiri kan...).

Lavendar Bakery


Dah lama nak tulis cerita ni. Cuma asyik lupa je... Kepada yang duduk dan menetap di Bukit Tinggi, hati-hati ketika berkunjung ke Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Ramai barangkali yang tak tahu bahawa logo halal yang tertulis di sebuah kedai bakeri iaitu Lavendar Bakery adalah tidak sah. Pelik bin ajaib sebab logo tu dah tertampal sejak sekian lama. Mula-mula buka, tiada logo halal. Aku pun pernah membeli di situ. Lama-lama rasa sedikit ragu. Jadi, aku berhenti membeli. Aku selalu perhatikan kedai ni. Satu hari, tiba-tiba terkeluar logo Halal dari negeri Johor. Mungkin sebab asal usul kedai ni dari Johor kot. Tapi aku masih tak rasa nak membeli sebab mula rasa semakin ragu.



Entah bila, tiba-tiba keluar pula logo halal dari JAKIM. Sebab rasa ragu makin memuncak, aku email ke bahagian halal JAKIM. Mereka cuma balas akan ambil tindakan. Tapi mungkin kekurangan kakitangan (think positive), hingga kini aku masih lihat logo tu tertampal di dinding kaca kedai.

Apa yang aku tahu, untuk mendapatkan sijil halal, syarikat perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pekerja muslim yang berkuasa penuh bagi mendapatkan barang-barang mentah. Tapi, kedai tersebut aku lihat dipenuhi oleh orang bukan Islam dan beberapa orang pekerja luar negara (Bangla kot... berdasarkan kulit dan rupa). Tak pasti pula ada orang Islam ke tak di situ.

Dan shingga kini juga, aku masih melihat keputusan yang sama apabila aku buat carian di Halal JAKIM untuk mencari kepastian.




Monday, December 13, 2010

Makanan minggu ini

Hari ni nak kongsi sedikit mengenai makanan aku dua minggu ni. Sabtu lepas, aku buat masakan ala barat. Chicken chop with black pepper sauce, baked potatoes with rosemary, garden salad with grilled chicken meatloaf and steamed vege. Hehe... memang makanan kegemaran aku ialah makanan barat. ringkas dan cepat.


Baked potatoes with rosemary

Kentang sederhana besar dipotong empat

Rosemary kering atau segar

Lada hitam ditumbuk kasar

Garam

Minyak masak

Gaul semua bahan dengan rata. Letakkan di atas tin pembakar yang dilapik dengan aluminium. Masak dengan suhu 150 darjah celcius selama 30 minit atau hingga masak.

Steamed Vege

Brokoli

Kubis bunga

Air berisi ais

Lada hitam

Garam

Potong sederhana besar. Panaskan periuk stim dan masukkan kubis bunga. Bila kubis bunga dah agak lembut, masukkan brokoli. Biarkan sekejap. Lepas tu angkat dan masukkan brokoli dalam air yang berisi ais. Tujuannya untuk menghentikan proses memasak supaya brokoli tidak jadi lebam warnanya. :D Kemudian, gaulkan dengan sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar dan secubit garam. Sikit je. Bukan nak bagi rasa sangat pun. Dah boleh hidang...



Blackpepper sauce

Satu tin sup cendawan pekat

Sos lada hitam

Satu peket serbuk maggi daging lada hitam

Cendawan butang

Masukkan semua bahan dan kacau. Panaskan. Dah siap...


Yang ni pula, makanan segera yang dimasak pada Ahad lepas sebab dah tak tau nak makan apa. Masakan ala Lebanon. Nasi ayam lebanon dan salad arab.


Ayam potong kecil-kecil

Paprika

Rempah lima

Garam

Lada hitam

Gaulkan kesemuanya dan letak tepi.


Bawang merah (diricih halus)

Bawang putih (diricih halus)

Kulit kayu manis

Bunga lawang

Kacang badam (aku suka kacang gajus. Tapi gajus tak ada, ganti dengan walnut)

Mentega

Tomato dalam tin

Tomato puri

Ketumbar

Garam

Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis sampai naik bau dan masukkan ayam perap tadi. Lepas tu, masukkan tomato puri dan kacau sekejap.

Masukkan air dan tomato dalam tin yang sudah diramas ke dalam periuk dan sedikit air. Biarkan mendidih selama 15 minit. Lepas tu, masukkan beras dan air. Kacau bagi rata dan biarkan sampai masak.

Tadaa.... ni la hasilnya....

Salad Arab ni sangat la senangnya.

Timun

Salad Romaine

Bawang besar

Tomato

Minyak zaitun

Jus lemon

Lada hitam

Bawang putih yang ditumbuk

Gula

Garam

Lada hitam

Sayur dan bawang besar tu dipotong dadu. Dalam bekas yang lain, satukan minyak, jus lemon, bawang putih, garam dan gula. Kacau hingga sebati. dah cukup rasa semua, masukkan dalam bekas sayur tadi dan kacau rata. Lepas tu gaulkan pula dengan lada hitam yang ditumbuk kasar. Dah siap. Makanan ni agak kering. Jadi, kalau suka, buat la sup ayam sikit. Kalau tak, makan macam tu je pun dah sedap. :D

Friday, November 26, 2010

Burger buat sendiri

Masa cuti sekolah ni memang dah tak tau nak buat apa. Cuma menguruskan rumah, anak-anak dan keluara je la. Jadi, sempena Hari Raya Korban lepas, dapat banyak daging dan tak tahu dah nak masak apa (tahun lepas, aku boleh simpan daging tu sampai setahun dalam peti sejuk sehingga Raya Korban yang berikutnya... hahaha....). Jadi, aku realisasikan niat untuk buat daging burger sendiri.

Daging yang dikisar sendiri
Thyme, basil, oregano (atau beli je yang dah siap nama dia Italian Herbs or mixed herbs)
Daun basil (selasih)
Bawang besar dikisar
Bawang putih dikisar
Halia dikisar
Worcestershire sauce
Lada hitam yang ditumbuk
Garam
Gula


Sila ambil perhatian bahawa kuantiti adalah mengikut kesukaan anda. Sebab aku selalunya main letak je bahan-bahan. Pastu, gaul rata dan bentukkan ikut suka. Nak empat segi pun boleh. Lepas tu, baul dengan kertas aluminium dan masukkan dalam peti sejuk beku. Esok dah boleh masak. Keluarkan 15 minit lebih awal untuk nyahbeku ye... :) Sedap juga makan waktu hujan-hujan ni... heheh

Tuesday, June 08, 2010

Idea memasak datang

Dalam peti dah tak ada lauk nak masak. Tinggal ayam aje. Bila barang dah tak ada, mula la rasa malas nak masak datang. Tapi disebabkan rasa lapar, kuatkan juga akal fikir nak masak apa. Akhirnya, idea pun datang. Disebabkan masih ada berbaki salad dan sambal untuk nasi ayam, aku masak fusion style. Cewah..cewah... Ayam bersos tomato dan lemon. Makan dengan garlic buttered rice. Senang. Cuma ambil sedikit masa (take it positive... heheh)

Garlic buttered rice
Tumis bawang putih dengan sedikit mentega. Lepas tu masukkan beras yang sudah dibasuh bersih tadi berserta air yang mencukupi.

Taraaa... dah siap... hehehe.. magik tak?

Ayam bersos tomato dan lemon
Bahan-bahannya mudah. Ayam, kentang, bawang besar dan bawang putih

Goreng ayam dulu guna mentega secukupnya. Lepas tu ketepikan.

Daun selasih (bay leaf) dan thyme. Disebabkan aku ni penggemar makanan barat, jadi herba-herba ni sentiasa ada dalam simpanan.

Tumis bawang putih, bawang merah dan kentang sekali dengan herba yang aku tunjuk tadi. Sampai separuh masak tau. Lepas tu, masukkan jus lemon sikit, sos tomato dan stok ayam. Agak-agak je. Masak ni kalau strict sangat, susah juga. (hahaha... ye ye je kan?) Biar sampai mendidih dan angkat.

Masukkan dalam dulang pembakar (aku lapik dengan kertas aluminium supaya senang nak basuh) dan masukkan dalam ketuhar. Bakar selama 30 minit. Sambil bakar tu, aku dah boleh lalalala... kemas dapur dan rehat kat ruang tamu. Buatnya sekejap aje. Cuma masa nak menunggu tu agak lama la. Seronok juga masak cara macam ni. Dapur pun tak selerak sangat. Heheh.... Ok.. selamat mencuba!!!

Tuesday, June 01, 2010

Sarapan pagi

Aku belajar sikit teknik nak hias makanan. Selalunya Sarah jarang makan sarapan pagi. Dia cukup dengan susu dan makan tengahari di rumah pengasuh dia. Semalam En. Bard (nama glamer Mr. Hubby) tunjukkan aku macam mana nak buat smiley face. So, nama sarapan pagi hari ini ialah Nugget with Smiley Face. Use thousand island. Easy. Memang dia seronok makan. Tengok la...

Ni la rupa smiley face tu.

Sarah tekun makan sambil tengok The Backyardigan.

Syaza pun sedang menikmati... Nampak kan? Heheheh.... sedap!!!
Ni tempat dia lepak selalu. Aku pun tak tau kenapa seronok sangat duduk situ.

Ni memang kegemaran dia sejak dulu. Cheese!!!

Dah makan, kena la buang kat tong sampah! Tapi kena tengok juga gerak dia.
Silap-silap dia dok angkut sampah ke ruang tamu pula... Haru je!

Thursday, December 24, 2009

Menu for dinner


Grilled dory, garlic buttered rice and salad. Wheww! Last week exactly on the same day (Thursday) my family and I went out for dinner. We tried something different from other usual days. Normally having dinner outside will be fast food like KFC, McD, pizza or at least chicken rice shop. This time, The Manhattan Fish Market. Since it is a very expensive restaurant (at least for people like me), this is my third time having dinner over here. the third time cost more than RM100. Walla!!! Giler je aku rasa. But since we wanted to try something different... so, just pay for it! Based on that, I cooked western food for dinner tonight. Exactly the same what we had for our dinner at TMFM.


Sayangnya, aku tak dpt amik gambo sebab dah licin makan baru tingat nak amik gambo. Heheheh.... Simple yet healthy food for our dinner tonight. dapur aku pun tak bersepah dengan minyak masak since I grilled the fish. With some blackpepper, worcestershire sauce, italian mix herbs, oil, salt and orange juice, I grilled the fish till it just right. not overcooked. Nyumm..nyumm.... Anyone?

Ni gambo grilled fish kat secret recipe. heheheh.... bukan yang aku masak. Saje wat penghias blog. :D