Faedah untuk bayi.
- Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi). Susu formula tiada bahan ini.
- Mengandungi komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai. Just nice for the babies. No need to boil water. :D
- Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
- Mengurangkan risiko kepada alahan.
- Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi). Memang tak dinafikan SF juga ada bahan-bahan begini. Tetapi, kurang sesuai dengan perkembangan bayi. Maksudnya, kepandaian mereka mungkin terlampau. Kalau tak silap, macam ada kajian yang menunjukkan generasi sekarang terlebih pandai (sampai pandai sangat menipu, membunuh, dan buat macam-macam jenis jenayah) disebabkan oleh SF. Mungkin hormon lembu terlebih kot. Opsss... sorry. I am not so sure about the research. But I think I have read it somewhere. I'll find the fact later on yea!!
- Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
- Mengurangkan diabetes, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak. Ketahuilah bahawa kandungan gula dalam SF tinggi. Jika sedari kecil sudah didedahkan dengan bahaya ini, tidak mustahil si anak nanti menghidap penyakit kencing manis sejak kecil.
- Menggalakkan tumbesaran. kadar yang disediakan oleh SI (susu ibu) memang mencukupi untuk semua protein bagi pertumbuhan bayi. Sebab itu air kosong pun tak perlu diberikan ketika 6 bulan pertama. Lengkap dengan air tu! :D
- Penghadaman yang mudah. Susu lembu mengambil masa yang lebih lama. Sebab itu bayi yang minum SF tidak minum sekerap bayi yang minum SI. Disebabkan ini, ramai ibu menyangka bahawa bayi mereka tidak cukup susu apabila disusukan dengan SI. Jangan salah ye! Disebabkan SI mudah dihadam, maka bayi cepat merasa lapar. Jadi, susulah sekerap mungkin.
Okay. Nanti saya sambung tentang faedah untuk ibu pula yea. Syaza dah bangun ni. Nak mulakan rutin dia pula. :D
No comments:
Post a Comment