Tapi bila tanya doktor, normal ke kalau tidak datang bulan untuk tempoh yang lama jika menyusu sepenuhnya? Memang doktor kata normal. Jadi, kepada ibu-ibu yang tidak datang bulan untuk tempoh yang lama kerana meyusu anak sepenuhnya, jangan pula panik. Kalau sebelum ni pun, memang aku dah banyak baca tentang 'penangguhan haid' sepanjang proses menyusukan anak SEPENUHNYA tanpa mencampurkan dengan susu formula.
Apa pun, ia menjadi sebagai sebahagian dari proses merancang keluarga secara semula jadi. Jauh dari sebarang tekanan dan bahan kimia yang mampu memberi kesan sampingan. Ada juga ibu yang tidak boleh menggunakan cara ini. Ada ibu yang datang haid sebaik sahaja dia selesai menjalani proses berpantang. Tapi alhamdulillah, bagi aku, cara ini memang berhasil. :D
Jadi ibu-ibu, kalau cara ini berhasil, lebih baiklah sekiranya ibu-ibu menyusukan anak sepenuhnya... Elok untuk anak dan ibu. Apapun, ingatlah, tidak ada satu susu formula pun yang mampu menandingi susu ibu kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk anaknya....
No comments:
Post a Comment