Cuti mula hari Sabtu lepas. Takde program yang luar biasa. Hujung minggu ni pun, aku kena tido rumah mak aku sebab hubby kena p UUM. Ada kelas. Jadinya, kalu nak minta dia amik cuti tetengah minggu ni, sure dia tak nak sebab dia kena amik cuti hari Jumaat dan Sabtu.
Keje aku waktu cuti? Selain rutin harian kemas rumah dan jaga anak, aku kena buat laporan untuk gotong-royong kat sekolah hari Jumaat lepas, kertas cadangan pelan tindakan dan juga modul untuk perkembangan staf bulan lima ni. Huhu.... tak rehat juga minda aku.
Monday, March 16, 2009
Saturday, March 14, 2009
Hari membotakkan rambut
Genap umur Syaza 54 hari baru la kami ada masa membotakkan rambut comel kami. Susah juga nak buat sebab dia dalam keadaan jaga. Sarah pulak, baru nak memulakan toilet training dia. Aku pun silap sebab dalam keadaan sibuk tu, buat pulak toilet training. Sudahnya, Sarah terkencing dalam seluar tanpa aku sempat bawa dia kat bilik air. Sesi membotakkan kepala berjalan hampir sejam. Hasilnya?.... Ini la dia.
Wednesday, March 11, 2009
Anak... oh anak...
Kepada yang bergelar ibu atau bapa atau hampir2 mendapat gelaran terhormat tu.... ini la pesanan aku. Hati-hati bila berkata-kata di hadapan anak2mu. Begini ceritanya....
Semalam, aku minta tolong Sarah ambilkan pinggan kat rak. Dia boleh balas kat aku balik, "Jap... jap... Sarah tengah buat keje ni." Terdiam aku sambil tengok keje yang dia buat. Cuma sekadar main blok ABC dia tu. Tapi perkataan sekejap tu membuatkan aku terfikir balik. Itu la perkataan yang selalu aku ucapkan tiap kali dia minta tolong sesuatu. Akhirnya.... kena balik kat aku. Tak boleh jadi ni. Aku kena cari cara lain untuk menangguhkan sesuatu pekerjaan.
Satu lagi, aku selalu larang dia cakap gila. Budak kecil. Tau je la. Cepat meniru. AKu katakan pada dia, tak baik cakap perkataan tu. Satu hari, dalam kereta, aku tengah berborak2 dengan suami aku. TIba-tiba, sebuah kereta memotong kereta kami dengan cara yang berbahaya.
Spontan aku bersuara, "Gila betul kereta tu! Bawa macam pelesit!".
Sarah spontan juga membalas, "Mama, tak baik cakap gila tau. Nanti Sarah cili mulut mama!"
Sekali lagi aku terdiam dan kemudian ketawa. Padan muka aku!

Sunday, February 15, 2009
Secret Recipe... oh... Secret Recipe!
Tak pernah dalam hidup kami, makanan yang ditempah kat restoran rahsia ni tak sempat dinikmati di restoran tu sendiri. Memang aku sendiri pun tak ingat yang semalam tu was what so-called Valentine celebration. Aku kuar dgn hubby and both kids untuk cari barang2 wat kenduri potong jambul next week. Then singgah makan kat restoran tu. Memang tak penah tengok jam packed macam tu. Penuh! Nasib baik hubby aku dah solat awal2 tadi. Kami dok masuk restoran tu pukul 7.45 p.m. Order hanya diambil lebih kurang 5 minit kemudian. Aku tengok krewnya suma sibuk gila. Heeee.... dah la sibuk, gila lak tu! Hehehe.. tak baik aku ni.
Anyway, kami pesan set valentine sebab ingatkan murah la. RM 68 for 1 set. Aku dapat the promo thru emel. 2 soups, macaroni cheese with prawn, aussie beef steak, dua botol air and 1 brownies with ice-cream. Bila dah dapat menu, aku dok kira2, laaaa.... kurang RM 2 je. Total suma tu dalam RM 70. Cesh, hampeh betul! Anyway, bukan niat order set valentine tu nak celebrate valentine pun. It will never be part of my plan to celebrate anyway.
Kalu ikutkan flow chartnya, soup will be the appetizer, tp kami dapat brownies dulu (which supposed to be the last one that we got since it was the desert). Pastu baru dapat air, then macaroni cheese dan soup. Berjam2 tunggu akhirnya jam menunjukkan pukul 9. Haaaa??!!! Pukul 9? Aku pun tak sangka bila hubby aku cakap dah kul 9 malam. Jgnkan bau, bayang steak pun tak nmpk. Last sekali, kami minta tapau je steak tu. Well, I can say that actually, they forgot to prepare the meal for us. How did I know? Bila aku cakap nak tapau, they took about 15 mins before they gave the meal to us.
Well, ini la kali pertama kami tak sempat nak makan apa yang dipesan kat restoran rahsia tu....

Thursday, February 12, 2009
Iman Syaza Wafiah
At last, baru la aku berkesempatan nak upload sedikit dari banyak2 gamba yang aku ada dalam simpanan.
Kadang-kadang dan selalu
Kadang-kadang,
kita tak sedar,
hanya dengan kata-kata biasa,
boleh menceriakan hidup seseorang.
Kadang-kadang,
dengan hanya pemberian yang kecil tapi ikhlas,
mampu membuatkan orang yang disayangi tersenyum.
Sebab,
kita selalu fikir,
untuk apa kita berkata perkara yang sama,
kerana ia membosankan.
Kita juga selalu fikir, hadiah dan pemberian,
perlu mahal dan besar,
sebagai tanda cinta dan sayang.
Tapi,
jika kita duduk merenung kembali,
yang kadang-kadang itu,
memberi lebih makna,
dari yang kita selalu fikir.

Subscribe to:
Posts (Atom)