Sunday, April 10, 2011

Kakak tak nak mama mati...


Semalam mama tunjukkan Sarah video kelahiran secara C-Section.
Sarah tengok tekun.
Lepas tu Sarah kata kat mama, "Mama... Kakak tak nak adik la."
Mama tanya Sarah kenapa. Sarah jawab, "Nanti mama sakit." Mama peluk Sarah... alamak... terharu sungguh mendengarnya...
Mama cuma pesan Suruh Sarah dengar kata mama dan abah sebagai menghargai pengorbanan mama. Sarah angguk. Lepas tu Sarah keluar.
Tak lama Sarah masuk balik ke bilik. "Mama.. Kakak tak nak adik... Kakak tak nak mama mati"... errkkk....

Kejadian yang sering menghantui diri...

Jangan salah sangka lagi yea... Kali ini mari kita menguji minda kita. Sila baca situasi di bawah dan teka apa yang akan berlaku?

Situasi 1: Sebuah kereta yang sudah hangus terbakar tersadai di tepi lebuhraya di lorong kecemasan. Jangka masa kereta tersebut berada di tepi lebuhraya tidak dapat dipastikan. Yang pasti, bukan baru berlaku dalam masa dua jam. Agak-agak, apa yang akan berlaku kepada keadaan trafik?

Situasi 2: Sebuah kereta terlanggar sebuah kereta lain di lebuhraya. Kedudukan kereta-kereta tersebut berada di lorong laju. Kejadian masih lagi baru terjadi. Agak-agak, apa yang akan berlaku kepada keadaan trafik di laluan bertentangan?



Disebabkan keadaan sangat sesak selepas laluan keluar ke Seremban, ditambah pula penghawa dingin macam biskut... kejap ada.. kejap takde... aku sempat la juga rakam adegan ni... Yang paling seronok bila ada kereta yang sakan guna lorong kecemasan tapi bila nampak aku guna perakam, terus bagi lampu isyarat masuk semula ke lorong biasa... haha... apa punya orang la...

Tuesday, April 05, 2011

Apa Kak Ngah dah pandai sekarang

Jangan salah sangka pula dengan tajuk Kak Ngah tu... Sedang mengimpikan untuk tambah yang seterusnya. Sebab tu mengubah panggilan supaya kalau Syaza dah ada adik, Syaza tak rasa jatuh taraf pula. Sekarang, Syaza dah pandai macam-macam perkara.

  1. Syaza suka nyanyi "Ete.. ete.. uubat... ete.. ete.. uubat... ete.. ete.. uubatt... ete.. ete... ubat" (Thank you teacher good bye, thank you teacher good bye, thank you teacher good bye, thank you teacher good bye). Kak long yang ajar Syaza.
  2. Syaza dah rajin sebut leezzz... (please).
  3. Syaza suka lap pipi bila mama dan abah cium. huhuhu....
Kat bawah ni adalah aktiviti dan gelagat Syaza...

Dah pandai mengurut kaki... (macam sampai... hehehe...)

Berangan jadi baby... naik walker yang disimpan kat bawah katil.

Kak long dan adik sempat bergaya...

'naik walker' sambil menyanyi.

Tolong Kak long mengurut badan dan kaki...


Suka makan Nutella terus dari dalam botol... comel kan? hahaha...

Sama tak? hehehe...

Monday, April 04, 2011

Pemandu tidak berhemah


Memang setiap pagi ke sekolah, aku pasti akan lalui benda yang sama. Sampai ke hari ini, aku masih lagi tidak faham kenapa orang kita tidak tahu malu dan bersalah apabila buat salah. Contoh yang paling jelas, bila berada di atas jalan raya. Tanpa rasa malu dan segan, seronok je dia potong barisan. Kalau ikutkan, barisan aku adalah barisan yang akan membelok ke kanan sementara barisan di sebelah kiri perlu jalan terus.

Tapi, dek kerana mengharapkan orang lain memahami yang dia sudah lambat (agaknya la...), maka tanpa rasa malu dia memotong jalan. Perkara ni, kalau tak dibendung, akhirnya (sekarang pun sudah nampak jadinya) akan menjadikan manusia tempatan ni tak tahu malu bila buat salah. Kadang-kadang, aku sendiri terasa yang perbuatan membunyikan hon untuk menyedarkan mereka itu sedang melakukan kesalahan adalah perbuatan yang salah (ait... dunia macam dah terbalik pula kan...).

Tak boleh ke mereka berfikir, jika tidak suka orang buat buruk pada kita, janganlah kita pula yang melakukan perkara buruk pada orang lain. Bukankah buruk rupanya tu?

Alaaahai.... Sungguh... aku tak faham....

Sori... Mama sayang kamu....


Memang mama marah tadi. Mama dah pesan pada Sarah banyak kali. Jangan selongkar tas tangan mama. Mama marah dan geram tadi sebab mama tak jumpa jam tangan mama yang mama letak dalam tas tangan mama semalam. Abah beritahu mama yang jam tu ada kat bilik Pak Dek.
Mama teringat semalam Sarah ada keluarkan barang-barang mama dari dalam tas tangan mama masa kat rumah Tok Mak.
Mama bebel kat Sarah. Syaza yang panggil-panggil mama nak tenangkan mama pun tak mama endahkan. Mama marah Sarah. Sarah diam je. Lagi la mama angin. Mama suruh Sarah minta maaf pun Sarah diam.
Masa mama nak keluar, Syaza panggil mama lagi. Tersentuh mama bila Syaza tarik tangan Kakak dan suruh Kakak kata "Sori". Terus marah mama padam. Mama peluk dan cium anak-anak mama. Mama sayang kamu....

Sunday, April 03, 2011

Mari Join Segmen Blog Review oleh Cik Aish


Tetiba rajin la pula nak masuk benda-benda macam ni. Tak banyak tujuan. Yang nyata, cuma nak tau sejauh mana blok aku ni cukup bagus dan menarik pembaca. Supaya boleh diperbaiki untuk tujuan perkongsian dan apa-apa yang berkaitan.

Ada yang berminat nak join? Senang je...
  1. Follow blog cik aish ni...
  2. buat tulisan mengenai Mari Join Segmen Blog Review oleh Cik Aish
  3. Letakkan banner
  4. dan hubungkan penulisan anda tu di pautan ni ye...

Errk... dah masuk maghrib.. jalan dulu yea....