Saturday, October 24, 2009

Happy Birthday

Sungguh la kerana kesibukan yang amat aku tak sempat langsung jenguk blog ni. Kat rumah, sepahnya Ya Allah, tgk je pun cm tak caya aku ni pembersih orgnya. heheh.... Kat sekolah lak, aktiviti bertindan-tindan sampai tak tau yg mana satu nak didahulukan sebab sumanya menagih waktu yg sgt cepat. Adusss..... Pastu, keje2 suntingan lagi menunggu di rumah. Aku dah naik pening and rasa cam berada di awang-awangan je. Apa pun, arini besday aku.

Hubby kengkononnya nak wat surprise kul 12 tgh mlm td. Tapi, bila dah masing2 tidokan anak2, apa lagi.. belayar terus la. Kul 5 aku bangun (sebab blm solat isyak lagi. Oppsss.....), pastu hubby terkejut sekali bila Syaza merengek. Dia bgn, tepuk2 Syaza dan masukkan dalam buaian. Gave me a morning kiss, pastu bw kek birthday, atas katil. Huhu.... amat terharu. Sib baik gelap. Jadi dia tak nmpk ada genangan air masin kat birai mata. :D Tks abg....



Kek besday yang ke-31.




Friday, October 02, 2009

Lamanya...

Aku tak jenguk blog sendiri. Bz dengan byk benda. Sekolah. Family. Keje menyunting lagi. Bertimbun2 rasanya. Masa untuk diri sendiri pun takde. Jadi la aku manusia yang serabai ke mana2. Hehe.... Esok ada latihan dalam perkhidmatan. Next week LDP yang terakhir. Yang tak seronoknya, lepas LDP tu ada plak jamuan akhir tahun untuk staf.
Pembetulan. Bukan tak seronok. Seronok! Tapi ada pulak perbezaan tarif di situ antara guru tetap dan GSTT mcm aku. Boleh pula GSTT kena bayar lebih atas alasan takde peruntukan utk GSTT. Terpk juga aku apa gunanya duit yuran kelab staf yang mcm takde faedah je bayar. Dah la pi Bandung, kena bayar sendiri (bukan suma guru dan staf mampu ke Bandung. Jadi, aku kira itu tak sepatutnya jadi event anjuran kelab staf). Pi jamuan hari guru dulu kat hotel pun, bayar juga. Kali ni, pun kena bayar juga. Apa faedahnya bayar utk kelab staf yea? Aku sangat heran. Tak boleh ke guna sebahagian dari duit yang dibayar tu untuk tampung kos GSTT? Aku bukanlah heran dengn perbezaan duit yang tak seberapa tu. CUma, bila aku rasa mcm ada double standard, rasa cam nak melenting la juga. Keje sama je. Malah, GSTT diberi tugas berkali ganda seolah2 GSTT ni tkde keje sgt. Hmmm... Ye ke? (Garu kepala aku).
Terlupa nak semak dengan kerani pasal claim. Sebab kalu ikut kontrak GSTT dlm gred DC41, GSTT juga blh claim anything related with school. No exception. Soo... I wonder. I should check with clerk long time ago. I'll do it next week.

Tuesday, September 15, 2009

Penghujung Ramadhan

Lama dah tak jengok and update blog ni. Sibuk dengan macam2 kerja. terutamanya dok edit buku baru. Dengan anak2 lagi, kerja sekolah yang tak pernah siap.... rasa maam takde masa unuk diri sendiri berhat dan bersantai. Sekejap sangat rasanya. La ni, dah tinggal 4 5 hari je lagi Ramadhan nak berlalu. Rasanya aku masih belum cukup pandai untuk mengambil peluang bulan sejuta rahmat ni bagi mengisi ruang-ruang kosong dalam hidup aku. Tapi waktu2 yang terakhir ni, aku nak cuba sedaya mungkin. Tahun depan entahkn dapat aku jumpa lagi bulan penuh keberkatan dan bulan pesta ibadah ni. huhu....

Friday, August 28, 2009

Buka puasa

Macam tahun lepas aku berbuka puasa kat hotel De Palma Shah Alam. Thn ni, kami pi Grand Blue Wave, juga kat Shah Alam. Ok skit dari De Palma. Sengaja aku pilih berbuka di awal Ramadhan sebab murah. First 7 days and last 7 days of Ramadhan, dapat 50% weh! Siapa tak nak! Aku makan 2 org untuk harga sorang for normal price. Harganya RM85++ after diskaun utk 2 org. In terms of food, aku bagi 4 dari 5 bintang. Cewah. Sedap. Byk sgt pilihan makanan. Lepas tu bila abis je, diorang tambah. Ada kambing panggang (yang pada mulanya kusangka rusa sebab tak berbau), western, malay food, chinese, indian, middle east. Air plak ada 5 jenis. air kelapa, soya, oren, bandung and tebu. Aku merasa makan 70% dari lauk2 yg ada. Tembolok ek. Hehehhe... Kemudahan utk solat pun ada. Ruang solatnya mmg luas. Wish to go again. :)

Ni antara hidangan desert yg aku makan. Siap ada sushi tu.... hehehhe...


Abang yang dah tak sabo sgt nak makan. Sarah lak leka main dengan kain.



Yang ni lauk aku. Nasi goreng kampung, kerabu ikan masin, sambal mangga, ayam pontian, kari ikan senangin dan telur ikan. Huhu.... abis lak tu! Lupa nak amik gambo cha kue teow. Perghhh.... meleleh air liurku..... :D

Monday, August 24, 2009

Balik kampung

First puasa aku n family sambut puasa kat kg hubby, Pagoh, Muar, Johor. Kt tmpt Muhyiddin Yasin. hehe... lepas hubby blk keje dlm kul 3 kami bertolak n smp kg dlm kul 6.15. Mcm biasa la. Mandi, pas2 siap utk berbuka. Mlm mcm biasa aku tak pi terawikh (heee.... sian kat aku. Bkn senang nk jumpa ramadhan ni...) sebab jaga anak2. Hari Ahad lps zohor kami bertolak blk ke Telok Panglima Garang.

Sebab smp pun dlm kul 5.30, kami terus p bazar Ramadhan beli lauk utk buka. Masa tgh sibuk2 pilih lauk, adik ipar aku tepon membawa berita buruk.... jeng...jeng... jeng.... laptop aku tertinggal. Uwaaaa.... gundah-gulananya takyah ckp la. Mana taknya, cuti sekolah ni aku nk kena wat website sekolah, siapkan edit buku pts, pastu key in data pelajar. tak ke haru. Sedey weh!

Blk rmh aku termenung la gak. Lepas buka, suami aku dgn selambanya berkata, "8.30 karang kita blk kg". Cm tak caya je aku denga. Terus gegas2 pack blk brg. hehe... smp kt kg dlm kul 11. aku supper jap pas2 tido. pg lps sahur td terus blk rmh. subuh kt ayer keroh. Suma kepenatan. tgk la ank2 aku tergolek dah.

Syaza siap posing sambil tido.

Sarah lak dh tak kata pape...
Untuk hubby yg aku sayang.... mekasih bebyk tlg bw ma blk kg. hehe... luv u.... sian dia. smp rmh terus gegas ke tmpt keje.

Friday, August 21, 2009

Bluesss...

Lepas beberapa hari berita gembira yang aku terima, harini aku terima berita duka. Kecewanya rasa, tak boleh nak kata. Cuba juga aku pujuk hati... Belum rezeki lagi.....