Sunday, February 28, 2010

Khidmat yang terhenti


Jam ni last berhenti kul 10.45. Masa tu aku tgh bergegas nak pi sekolah. Kalut-kalut nak pakai jam. Dah siap sarung dah. Masa nak lock, terlungsur dari tangan dan jatuh terhentak. Terus diam tak gerak2 dah. Semalam, pi kedai jam nak kasi perbetul. Rupanya dia mmg dah tak leh gerak2 dah. Khidmatnya dah terhenti untuk aku. Aduuuhaii... sedih rasanya. Jam ni jam hantaran kahwin aku. Dah lebih 4 tahun berkhidmat. Brand Santa Barbara Polo & Racquet Club. Kaca jenis sapphire. Sangat tahan lasak. Aku tak penah tanggal sepanjang hari. Amik wuduk pun aku tak tanggal. Malam je aku put off. Jam ni aku beli sama design dengan hubby. Walaupun aku lebih suka bentuk empat segi, tapi sebab hubby suka jam bulat, maka aku ikutkan juga. Tapi jam ni pada aku sgt lawa... Lagi pula pemberian suami.... huhu.... La ni hanya tinggal kenangan je la. Aku simpan dalam lemari je la lepas ni.... iskk...iskk... Skrg jarum jam tu dah berubah sebab aritu aku try adjust2 n ketuk2 lembut and hoping that it could back to normal.... :(

Saturday, February 27, 2010

Curious Sarah

Semalam kita pergi Jusco. Mama tengok Sarah leka belek jari. Mama ambil gambar Sarah dan kemudian mama biar Sarah terus belek-belek jari. Mama borak-borak dengan abah.

Tetiba Sarah tanya mama, "Mama, ni apa?" Soal Sarah.

"Mana?" Tanya mama.

"Ni..." Sarah tunjuk lubang-lubang kat pangkal jari Sarah.

Mama gelak kecil tengok Sarah. "Tu namanya lubang bulu roma. Kan ada bulu halus kat jari Sarah tu." Sarah tengok bulu-bulu halus tu. Pastu Sarah diam. Mama tengok Sarah terus belek jari.

Mama rasa terkejut campur kagum. Terkejut sebab tak sangka Sarah ada persoalan sebegitu. Kagum sebab Allah ciptakan kanak-kanak kecil penuh dengan sifat ingin tahu yang kadangkala tak terfikir oleh kita. Subhanallah.... Mama sayang Sarah.

Tuesday, February 23, 2010

Something to ponder upon....




VOTED THE BEST EMAIL OF THIS YEAR

If you think you are unhappy, look at them




If you think your salary is low, how about her?



If you think you don't have many friends...




When you feel like giving up, think of this man


If you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?



If you complain about your transport system, how about them?



If your society is unfair to you, how about her?

Enjoy life how it is and as it comes

Things are worse for others and is a lot better for us

J


There are many things in your life that will catch your eye
but only a few will catch your heart....pursue those...

This email needs to circulate forever...:




Hilang

Jenuh juga dok cari senarai blog yang aku selalu follow.... takde doh.... huhu... mana ntah dia pegi. Tetiba je ilang ni.... uwaaa..... dah la tak ingat.... Terpaksa la korek cari memana yang aku ingat.

Actually, la ni dah 1.20 pagi. Mata dah agak ngantuk. Lagi plak wat keje dlm gelap. Tapi terpaksa tabahkan je ati ni sebab nak tunggu fail2 tu dilampirkan dalam emel. Fail apa? Fail keje freelancing yang aku wat selama ni. InDesign. So, failnya amat la besau. Jadi, masa pun lembab la gak. Hmmm... nak tidoooo......

Saturday, February 20, 2010

Ombak hidup

Ribut yang melanda hati,
Kadang-kadang bisa meranapkan binaan perasaan,
Mencederakan tiap inci rumah kasih,
Dan melukakan segenap ruang sayang.

Namun,
Sebaik ribut pergi,
Binalah kembali perasaan - moga hati kan merah semula,
Baikilah rumah kasih - moga sinarnya kan berseri-seri,
Rawatlah ruang sayang - biar sesejuk air di kali.

Pada yang Esa, 
Panjatkan doa mohon rahmat dan hidayah,
Biar rumah kasih dan sayang,
Tambah teguh hari ke hari.

Friday, February 19, 2010

Makanan

Dah masuk hari ke-empat Syaza tak makan sangat. Mama susah hati dengan Syaza. Suap apa pun tak mahu. Yang Syaza suka, kismis, biskut, buah-buahan, roti, kerepek, keropok dan tak ketinggalan, susu mama. Tu je la yang Syaza suka makan. Nasi, bihun, mee bukan makanan ruji Syaza. Bila mama suap je nasi, Syaza mesti geleng. Bihun ke, mee ke, Syaza jarang makan. Jarang sangat. Kadang-kadang mama dah masak utk Syaza, pun Syaza tak makan.

Kak Long Sarah lain pulak. Sarah makan apa aje. Kecuali buah. Apa je yang berkaitan dengan buah Sarah tak suka. Kismis ke, air buah ke... apa je la, mesti Sarah tolak. Bukan setakat tak makan, pegang pun Sarah tak nak... Mama tak tau nak bagi Syaza makan apa sebab apa yang Syaza makan, Sarah tak makan. Sup pun tak nak.... Aduuuuhaiii... anak mama nan sorang ni...