Tuesday, March 30, 2010

Sepetang bersama Sarah dan Syaza






Syaza tengah leka dok belek something on her feet. Mama pun tak nampak apa dia. Mama tengok Syaza senyap je.... Tu yang mama jenguk kat tepi meja. Rupa-rupanya you were doing something.

Sarah pula la ni susah nak tidur petang kalau masa cuti. Macam semalam, ummi kata Sarah menangis bila disuruh tidur. Mama tak penah pula tengok Sarah nangis bila disuruh tidur. Rupanya, kata ummi memang betul. Cuba la tengok Cik Sarah yang sakan berguling menangis-nangis tak nak tidur. Lepas aksi berguling tu, mama tengok ada la dua tiga kali Sarah dah lelap. Tapi sebab Syaza tengah aktif melenjan katil, Sarah tak jadi tidur. Lepas tu sama-sama aktif balik.


Yang kelakar bab tidur ni, Sarah suka sangat bagi alasan kalau tak nak tidur. Semalam, mama tengok mata Sarah dah kuyu masa dah sampai depan pintu pagar.

"Sarah dah ngantuk yea?" Tegur mama.

"Mana ada ngantuk. Silau. Panas!" Selamba Sarah jawab. Mama senyum je.

Sampai rumah, Sarah baring kat sofa. Mama pula ke dapur masak air panas sebab tadi Sarah kata nak susu. Bila mama ke ruang tamu semula, Sarah dah lelap pun. See... susah sangat nak mengaku Sarah memang dah mengantuk. Heheheh...

4 bulan tanpa gaji

Perit memang perit... Bukan sebab tak blh dpt at least after three months... tapi disebabkan kelembapan kura-kura buat kerja, maka GSTT terima padahnya... Well, aku pun pelik kenapa mesti lambat. Surat tawaran diterima oleh pihak sekolah sehari sebelum aku daftar masuk which was on 4th of January 2010. Aku report duty on 5th, the following day. GSTT received the letter around middle of February and kena buat medical checkup (some schools use the previous year report). Hantar bulan 3, lepas tu ntah cmna wat keje, about few days after I submitted the medical report, the kura-kura told me that one of the documents was incomplete. Geram juga. Macamana perasan lepas few days. Kenapa tak semak dulu the forms once we submitted. At least you told us a day after the form submission. Sengal!!!

Then, cuti sekolah, on monday, the kura-kura called me asking whether kali ni aku renew application or new application? I wondered why she asked. Then, after school holiday, when i asked about the salary, she told me that she forgot (weh... muka dia selamba je tau!) to called my former school. dan dengan selambanya juga dia berkata, tak janji dapat gaji bulan tiga.... senangnya dia berkata kan.... hmmmm.... komen aku? Moga satu hari nanti dia rasa keperitannya....

Lots to jot down, but....

I don't have 24 hours in front of laptop. Wish there'll be a technology which can quickly record whatever I wish to record and transfer it to my blog. One thing about writing is.... I love writing. It is just that.... when an idea comes out but my laptop is not available for me to put it in, the idea will fade away... I will become lazy to reproduce the words... hahahah.... or.... my little Syaza awakes.... huhu...

Supply crisis... here it comes again!


I'm facing the same problem again. Lack of milk supply. Huhu.... Actually, I believe that I have enough supply for direct breastfeeding. And by avoiding cutting pumping session, I can maintain the milk supply. Unfortunately... (worst part), aku ni agak malas sikit. Lebih-lebih lagi bila tengok susu kat dalam fridge tu macam dah banyak je, mula la aku rehat dan ponteng sesi mengepam. Bila dah terdesak macam hati ni, baru tau nak cuti. Aduuhai.... Setakat stok banyak tu, cuma boleh bertahan dua hari aje. Masalahnya, hari Khamis ni aku sekolah dari pagi.... uwaaa.... rasa macam nak cuti seminggu je...

Saturday, March 20, 2010

Idea datang...

untuk mendidik anak actually. Aku baru je terbaca entry virus padu. Tersentuh juga baca dan terfikir, barang kali aku juga perlu berubah. Sarah la ni dah makin bijak. Adakala, ayat yang diguna tu macam pernah kudengar aje.... (copyright aku dan Mr. Hubby la... apa lagi!). Aku kena banyak berbual-bual dengan dia. Berimaginasi sama-sama dengan dia. Lihat bagaimana dia melihat dunia. Dari dia duduk menghadap televisyen, kan lebih baik aku isi dengan bual-bual kosong. Since I have done my work (buat nota Geografi), I can fill up my leisure time with her kan?.... hmmmm.... good... good...

p/s: a credit to kak jemah... :D

Thursday, March 18, 2010

Seharian berjalan-jalan di Kuala Lumpur

Best tak tajuk hari ini? hikhik.... Meh aku cerita tentang perjalanan seharian aku yang bermula jam 9.00 pagi. About an hour after my last blog entry. Since today is a working day, federal highway was a little bit jammed even though we reached the highway around 10.00. Mr. Hubby belok ke Kelana Jaya sebab rancangnya nak letak kereta dekat tempat letak kereta di stesen LRT Kelana Jaya. Malangnya, dah penuh. Pergi ke Taman Bahagia pun penuh. Akhirnya pusing kat Asia Jaya. Penuh juga. Tapi pusing punya pusing, jumpa la satu kawasan. Itu pun staff LRT punya. Kami letak kereta di situ dan naik LRT. Ni kes nak bawa Sarah dan Syaza jalan-jalan kenal dunia la ni. Sampai KLCC dalam pukul 11 lebih. Terus ke Aquaria. We snapped few shots. I'll try to upload later coz I'm rushing to finish the note (as per my few entries before).

Jakun juga aku dok meronda kat dalam Aquaria tu. Disebabkan kami pengguna kad touch n go, kami terus masuk dan tak payah beratur. Nampak la ikan pirana yang ganas tu. Yang tak bestnya, kami baru je terlepas sesi bagi makan kat ikan-ikan tu.... ceshhh.. rugi je rasa. We strolled and strolled over the interesting tanks in the place. Banyak la yang menarik. Terutamanya bab jumpa Kak Alizah, kawan masa kat Jalan Kebun dulu. Heheh... macam tak sangka jumpa dia kat KLCC laknya. Dapat juga tengok obor-obor secara langsung kat situ (as what I saw in Seven Pounds movie - tragis cita tu).

Pukul 2 lebih, kami lunch kat Kenny Rogers. Lepas tu aku pergi melawat kawan-kawan kat Kinokuniya (I miss the time working there. So sweet memories). Jumpa la Siti dan Yoke Ping. Masing-masing dah jadi unit chief dan assistant unit chief. Haa.. ada satu benda kelakar yang sekarang ni nampak makin jelas tentang Syaza. Sila lihat gambar ini.


Aksi-aksi Syaza sedang marah sebab aku tak bagi dia selongkar buku-buku kat rak.
Hehehe... kelakar...kelakar....

Sebelum meninggalkan KLCC, sempat juga la aku jenguk kat City Chain. Ternampak la jam chrono yang cantik. Since ada 40% diskaun, aku pun rasa nak beli sempena hadiah hari lahir Mr. Hubby. Asalnya nak beli jam chrono tu. Tapi, sebab kaca jam tu bukan sapphire, terus tukar beli jam lain. Sayang la pula kalau beli jam mahal-mahal, tapi calar-balar. Keje Mr. Hubby aku pun ala-ala Ryan Gigs gak (duta jam CYMA yang harganya tak kurang dari RM900++), lasak. Jam tu aku terus sorok sebaik sampai rumah. Cik abang minta pun, aku tak bagi... Kan hadiah hari jadi... Next month yea sayang.... hehehhe....

Kami naik LRT balik lebih kurang jam 4.00. Tu pun kira lewat. Lewat lagi dari tu, alamatnya kena bersesak la dengan orang balik kerja.

Wajah-wajah kesayangan hamba dalam perjalanan pulang ... dah penat la tu....



Yang ni pula masa dalam perjalanan pulang menaiki kereta... Cute tak? haha...


Sampai rumah dalam pukul 5.30. Aku angkut barang-barang ke dalam rumah. Kemudian terus letak barang yang sekarang ni jadi kegemaran aku kalau pergi mana-mana - fridge magnet. Setakat ni, itu je la koleksi yang aku baru ada. Plan to have more.... hehehe....


This is the latest one. Bought at... as you can see.... :D

Lihatlah wajah-wajah yang memang penat... Sian kan.....



Yang ni je tak tau penat. Jenuh aku nak ambil gambar dia yang lincah ke hulu ke hilir.... Syaza... Syaza....

Ok... Aku nak sambung menaip nota. Moga-moga boleh siap paling lewat esok supaya aku boleh hantar untuk buat salinan.... Amin... hehehhe...