Thursday, October 14, 2010
The activities are slowing down
This week is under controlled as compared to last week. Last week and a week before and a week before that was bad. But, I am a little bit down. Just wish that the spotlight will go over me. Anyway, I just want to keep silent as I feel that I am useless and no one wants me. So I guess, silent is better even though my heart really want to join the crowd. The only thing that I see is, aku dilanda sindrom SS kot. In fact, no one sees me. Haha.... Bila aku dah mula merepek, kepala pun dah mula tak betul, lebih baik la aku cepat-cepat berhenti....
Sunday, October 10, 2010
Air terjun ... subhanallah...
Dah lama sungguh tak buat catatan. Sibuk yang amat. Keluar seawal jam 6.30 pagi dan smp di rumah sekitar jam 8.30 malam. Ni semua gara-gara kejohanan olahraga yang berakhir semalam. Harap-harapnya, lepas nk dapat tumpu pada tugasan yang dah mula berlambak. Untuk minggu depan je, nak kena hantar 5 tugasan. Apa pun, sempat juga melawat-lawat tadi. I found one interesting site. Check it out!
Sunday, September 19, 2010
Stail menyusu Syaza
Sejak kebelakangan ni, Syaza makin bijak bila menyusu. Berbanding Sarah, Syaza la ni pilih B mana dia nak hisap dulu. Masa kecil dulu, dia boleh puas menyusu sebelah aje. Tapi sekarang, mesti dua-dua belah. Dia akan pilih dulu sebelah mana dia nak. Lepas habis sebelah, dia akan bangun dan pusing sendiri untuk hisap yang sebelah lagi. Hehehe... very funny.
Kalau masa nak tidur pun sekarang jenuh aku nak layan. Biasanya waktu nak tidur, aku yang tentukan sebelah mana. Dan aku selesa sebelah kanan dahulu. Bila dah puas sebelah kanan, kalau Syaza tak nak tidur lagi, dia akan bangun dan langkah badan aku untuk pergi sebelah kiri pula. Dan kalau dia masih belum nak tidur juga, dia akan bangun dan sekali lagi langkah aku untuk ke sebelah kanan pula. Hehehe.... apa perangai la anak dara yang sorang ni. Kadang-kadang, rasa geram juga. But most of the time, I'm impressed with her new development day by day. Disebabkan aku sekarang ni dah tak ada bekalan susu, maka Syaza hanya minum susu secara terus. Kalau masa aku pergi maktab, dia akan menyusu bila aku balik. Cuma aku risau masa aku pergi berkhemah nanti. Takut susu kering. Tapi aku akan cuba pam sebanyak yang mungkin untuk bekalan sepanjang aku tak ada nanti.
Untuk elakkan kepayahan pam susu masa berkhemah nanti, aku beli pam avent manual kat juai murah. Ganti pam aku yg aku jual dulu. hehe... Moga2 susu aku tak kering nanti... Amin...
Full swing...
Another new busy phase will start tomorrow. Huhu... I just settled clean up my house. Finished print out my reports and assignments. Few more waiting to be completed (ada empat sebenarnya - 2 for refinement and another two for me to settle). Many more are waiting to 'come' to us... Cara aku menulis pun dah tak berapa betul. Macam orang dah bengong. Bayangkan la sepanjang cuti raya ni, aku tak puas nak pergi ke mana-mana pun. Balik kampung suami, aku ke hulu ke hilir dengan laptop sebab nak siapkan tugasan yang berlambak. Dua laporan dan enam tugasan lain. Semuanya menagih waktu hantaran yang hampir-hampir saja. Rasa tertekan la juga. Aku cuma ke dapur bila makanan dah siap dimasak. Tugas aku cuma basuh pinggan lepas makan. Buat muka tak malu je la sebab kalau tak, memang kerja aku tak siap.
Hari ni, Sarah dan Syaza mula tunjuk perangai. Bila dia tuang air, tarik poster yang aku baru tampal, bergayut kat kaki, Sarah pula sikit-sikit menjerit bila Syaza buli dia. Aduh.... rasa macam nak pengsan pun ada. Kesian dengan anak-anak yang semacam terbiar. Niat nak ajar mengaji, ajar membaca dan habiskan masa yang berkualiti dengan anak-anak dan suami aku tak kesampaian. Sedih sungguh rasanya. Memang keluarga aku cukup-cukup berkorban dengan status aku sebagai guru pelatih sekarang ni. 28/9 - 1/10 nanti aku kena pergi perkhemahan pengakap pula. Ya Allah... rasanya macam tak mampu dan tak larat. Harap sangat cepat habis dan aku mampu menjalani hidup yang normal seperti sebelum ni. Huhu.... Moga anak-anak dan keluarga tak terkorban kerana status aku sekarang ni. Amin.
Wednesday, September 15, 2010
Aktiviti anak-anak
La ni, Sarah dan Syaza semakin aktif dan bijak. Banyak aktiviti yang dilakukan. Kadang-kadang boleh buat aku tersenyum dan rasa macam tak percaya. Ini antara aktiviti yang suka dibuat. :D
Facial treatment. Exactly like what I do to them and Mr. Hubby. heheheh....
Subhanallah.... Betapa bijaknya Allah mengatur kehidupan manusia dan memperlihatkan keajaiban-Nya melalui manusia.... :D
Sunday, August 29, 2010
Faedah susu ibu untuk ibu
Dah lama berniat nak sambung menulis pasal faedah susu ibu untuk ibu. Tapi asyik lupa aje. Dan semenjak join kursus perguruan ni, aku jadi makin sibuk untuk kemaskini blog dengan kerap. Jadi bila ada masa lapang begini, baru la berpeluang. Itu pun selepas sahur sebab anak sedang seronok tidur. :D Ok. Ini adalah antara faedah susu ibu untuk ibu itu sendiri ek.
Faedah-faedah susu ibu untuk ibu
- Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan. Pada ibu yang belum pernah menyusukan anak, ketika hari-hari pertama selepas kelahiran, ibu-ibu akan rasa pengecutan berlaku setiap kali menyusukan anak. Ia adalah normal dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Itu juga menandakan penyusuan berjalan dengan baik.
- Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini sudah tentu kerana ketika menyusu, ibu akan mendakap anak dekat dengan tubuhnya. Sekali gus, anak akan terasa betapa dekatnya jarak antara dia dan ibu.
- Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
- Penyusuan susu ibu SEPENUHNYA membantu menjarakkan kelahiran. Ini sudah terbukti dengan jelas sebab saya mengalaminya. :D
- Menjimatkan masa dan wang. Tidak perlu melakukan konsep 'trial and error'. Sebab susu ibu pasti sesuai untuk mana-mana anak pun. Jimat wang kerana tidak perlu menghabiskan sekurang-kurangnya RM 30 untuk setin susu formula. Walaupun kos pam susu ibu berharga RM2000, itu masih dikira murah kerana ia adalah perbelanjaan untuk 5 orang anaknya (jika mempunyai 5 orang anak. cuba kira kos susu formula untuk 5 orang anak. Pasti mencecah lebih RM 5000. Percayalah).
- Mudah dan tidak perlu persediaan. Tak perlu menyediakan bahan-bahan remeh seperti kelalang panas, botol susu, bekas air dan tin susu jika hendak ke mana-mana. Hanya pastikan ibu perlu ada jika anak dibawa sekali. :D itu aje 'barang' yang diperlukan untuk anak menyusu. Juga tidak perlu meneliti setiap satu jenama susu formula jika ke kedai hanya untuk memastikan jenama apa yang sesuai untuk anak. Tidak perlu bangun malam untuk buat susu sebab 'botol susu' anak sudah tersedia baring disebelahnya. Mudah kan? :D
Kalau ibu-ibu rasa menyusu itu satu perkara yang menyusahkan, maka ia akan jadi susah. Tapi, kalau rasa menyusukan anak sepenuhnya adalah perkara nikmat yang perlu dikecapi sebagai ibu, maka nikmatlah proses itu. You are what you think. It's all in your mind. Once you set your mind that you are going to breastfeed your baby exclusively, you certainly can do it. Tawakkal to Him. He will surely help you out. Remember, masa zaman nabi dulu, walaupun ibu baginda tidak menyusukan baginda, baginda diserah kepada ibu susuan untuk menyusukan baginda. Itu menunjukkan betapa susu ibu sangat penting sehingga akhirnya baginda menjadi pemimpin ternama di mata dunia hingga ke hari ini. :D renung-renungkanlah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
