Memang buat masa ni, itu adalah kemahuan saya... Rekod pengajaran harian dari blog Syayassir. Sebab? Buat masa ni, saya tengah menjalani praktikum di sekolah rendah. Dulu masa mula-mula saya dengar pensyarah saya kata masa praktikum nanti saya mungkin tak tidur malam, saya tak percaya. Saya rasa perkara tak tidur malam adalah mustahil sebab masa belajar tu, saya tak pernah berjaga malam buat tugasan. Jadi, tentu la mengarut tak tidur malam hanya kerana nak menghadap rancangan pengajaran harian.
Jadi, buat macam biasa bila saya masuk praktikum. Untuk minggu pertama, saya tiada masalah langsung. Jadi, secara tak langsung, menafikan pernyataan pensyarah saya. Tapi, bila dah masuk minggu yang kedua, saya macam rasa tersungkur-sungkur sambil mengejar waktu untuk buat rancangan pengajaran harian (RPH) tu. Sudah la kena buat RPH, tak termasuk dengan bahan bantu mengajar. Oleh kerana sekolah tak begitu bagus kemudahan ITnya, maka, semua kena buat sendiri. Uwaaa.... Hinggalah pada satu hari, saya akhirnya terpaksa mengaku kenyataan bahawa terpaksa tidak tidur semalam menyiapkan RPH untuk keesokan harinya.
Ada 3 RPH yang perlu disiapkan. Setiap satu memerlukan lebih kurang 3 - 4 jam untuk siap. Saya cuma ada 8 jam sahaja (Dari jam 9 malam hinggalah 5 pagi). Jadi, saya terpaksa berseorangan di ruang tamu sebab semua kelengkapan seperti papan pemotong dan pencetak memang sudah ada di situ. Sedang asyik buat kerja, jam 1.30, saya macam terdengar sesuatu yang tak menyeronokkan di dapur. Saya mula rasa cuak. Dah rasa dah separuh hati dan baan dah sampai kat dalam bilik dan sedang memeluk Mr. Hubby. Tapi, separuh badan lagi dok fikir kalau tak siapkan RPH, sok mesti kena dengan pensyarah dan guru pembimbing. Saya kuatkan semangat dan teruskan juga.
Sat lagi saya dengar pula bunyi tak..tak.. kat dapur tu. Kerja saya terhenti lagi... Walaupun lampu satu rumah saya nyalakan, tapi rasa seriau tu ada juga. Dek kerana rasa nak tau... saya pun bangun juga dan pergi ke dapur. Sungguh saya tergamam... Sempat lagi berfikir nak jerit ke tak sebab saya nampak susuk tubuh berwarna kelabu dan bergigi dua sedang berdiri dengan dua kakinya di atas dapur. Errk.... tubuh tu makin membesar. Dari seekor tikus sebesar tapak tangan dia terus membesar menjadi hampir sebesar saya... Uwaaa... saya dah rasa nak jerit sekuat hati dah bila rasa bahu saya disentuh lembut.
"Yang... dah siap ke RPHnya? Tidur pula dia..." Hukhuk.... Nasib baik je la Mr. Hubby kejut saya. Kalau tak, memang tak siap RPH saya tu... Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkan semuanya walaupun tak tidur (sekejap je la. tu yang sempat mimpi). Hehehe.... Sebab tu saya mengimpikan RPH dari blog syayassir supaya saya tak perlu berjaga malam lagi... tapi... sama ke? Ada ke? Boleh ke? Hehe...
"Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack"
3 comments:
erk? terkejut baca tajuk mama iman ni... hehehe....
mesti kena buat RPH bertaip ye? masa kitorang praktikum dulu, kena tulis tangan. huish, lenguh tangan nak tulis 4-5 muka surat untuk satu lesson plan. tapi, jangan risau, nanti dah ngajar betul, lesson plan nya tak sepanjang lesson plan masa praktikum. setengah muka surat pun tak sampai untuk satu lesson plan... hehe...
tapi, ada lagi simpan lesson plan zaman belajar dulu... nak ke? untuk subjek biologi form 4... try la tengok kalau boleh diguna pakai.. nanti bagitau add email ye... :)
Huhu... kitorang alhamdulillah dibenarkan bertaip. Tapi subjek sya tak sama la dengan sy punya. English. hehehe... cuma teringin kalu blh bgnkan satu laman utk cikgu2 pelatih msk dn guna segala bahan yg ada utk kegunaan diorang... anyway, tq sya for the offer. mmg tak sabau dah nak abiskan praktikum ni sebab sok leh la tulis 1 LP utk 4 kelas sekali sehari. hahahah.... :D
memang pulun habis wat keje ni..JOM KE: ALL IN ONE
good luck
Post a Comment