Secara asasnya, senaman jenis ni adalah untuk meningkatkan sistem oksigen dalam badan (eh, betul ke.... sapa ambil PK kat sini?). Lebih menyeronokkan kalau aerobic ni dilakukan secara beramai-ramai terutamanya dengan rakan yang sekepala. Jadi, takkan cepat rasa bosan dan kurang motivasi.
Memang dalam tahun ni, kehidupan aku agak kurang sihat sikit (kurang? ye ke kurang... bukan banyak tak sihat kot... hahha) sebab tak banyak aktiviti pergerakan yang menyihatkan secara khusus. Tanpa aku sedar, sebenarnya, berat aku dah naik. dari 55 kg semenjak lepas bersalinkan Syaza dulu, dah naik 3 kg. Walaupun BMI masih di paras normal, tapi rasanya aku perlu kembalikan semula stamina aku (eceh... ).
Jadi, aku nak cuba bersenam sekerap mungkin mengikut yang sepatutnya. Kalau ikut kebiasaan, senaman perlu dilakukan 3-5 kali seminggu. Waktu untuk setiap senaman seharusnya tidak kurang dari 20 minit tidak termasuk 3-5 minit waktu memanaskan dan menyejukkan badan.
Harap-harapnya aku mampu nak teruskan azam ni... Sat awal pagi tadi lepas subuh, aku naik basikal tak gerak tu. dapat la pergi 1.5 km. Sebab dah memang target 1.5 km, cukup je jarak tu, aku berhenti (you are what you think). Badan dah beritahu tak boleh teruskan lagi sebab dah set dalam kepala awal-awal nak berhenti lepas 1.5 km.
Insyaallah, aku akan kekalkan cara ni. Badan memang rasa sedap bersenam cara yang menyeronokkan. Macam semalam, aku ikut sama beraerobik. Memang rasa seronok dan segar. Saja aku tulis cerita ni sebagai cabaran pada diri aku juga untuk berusaha menjadi rakyat yang sihat. Hehehe... Nanti aku muat naik gambar masa aerobik semalam. Gambar diambil guna kamera kakak aku. Disebabkan takde kabel penyambung, terpaksa la guna sd kad yang perlu dipindah masuk ke komputer orang lain sebab lappy aku tak ada card reader (erkk... macam kuno je bunyinya kan? hahaha...). Ok. Sekarang nak buat sarapan. menu? Err... roti paratha dengan kari sardin... hmmm... yummy.... (ait.. tadi bukan ke baru bersenam? huhuhu...)
3 comments:
kene buat jadual tetap..dan ikot..contohnye setiap ptg selasa,khamis&sabtu...bonus kalau dpt buat ahad..
ko exercise nim? bagus..bagus..hehehehe..naik 3 kilo jer tu...kalau aku naik 30 kilo...mana nak turun kalau tak exercise..aku bersalin kat kk n lepas tu aku balik johor pantang. Siddiq keje (belayor) terpaksa la aku mintak tlg mak aku jaga....tp best..sebab bolehla aku manjax ngan mak...hehehehe
fazil: mmg sng wat jadual. tpnk pupuk disiplin yg payah... huhu... tp akn digagah juga. insyaallah...
yan: br nk exercise semula.. nnt klu ada rezeki, aku dtg jb. lama sgt rasanya tak jmpa ko. last masa ko bersalinkan maya kan....
Post a Comment