Aku memang jarang sangat tengok tv. Malas sebab tak banyak benda menarik yang perlu ditonton. Paling baik pun, aku tengok al-hijrah slot ustaz don. memang semenjak berhenti melanggan astro, aku jarang menghadap tv. Bagus juga. Boleh manfaat masa untuk bends lain. Masa pergi bercuti dengan keluarga aku minggu lepas, aku habiskan hampir separuh masa menonton tv sebab tak tau nak buat apa selain makan dan tidur, juga sesi bergambar dengan keluarga dalam bilik hotel dan di taman.
Satu slot di tv berbayar ada buat iklan tentang keganasan manusia ke atas binatang. Memang rasa tak sanggp tengok dan tak terfikir yang manusia sanggup buat kerja macam tu. Ada tiga jenis binatang yang dipertontonkan untuk slot iklan tu.
Beruang yang dikurung dalam sangkar yang sangat kecil. Sangat kecil dan hanya cukup untuk binatang itu berdiri. Keluasannya betul -betul bersaiz binatang tu. Aku tak pasti untuk apa dia dikurung sebab ada satu bahagian tu aku tengok seorang pekerja gunting sesuatu kat bahagian bawah beruang tu dan terpancutlah air warna hitam. Tak pati sama ada darah atau air kencing. Nyatanya, haiwan tu hidup terseksa untuk membekalkan manusia dengan cecair itu. Kejamnya!
Binatang kedua yang aku tengok adalah jerung. Diambil menggunakan senjata tajam seperti tombak. Ditarik naik ke atas kapal dan dipotong siripnya tanpa belas. Selesai, jerung yang sedang meronta-ronta kesakitan tu ditolak dengan kaki masuk semula ke dalam laut dan dibiarkan mati. Kejamnya!
Ketiga adalah penyu. Binatang tu dijadikan hidangan eksotik di restorwn-restoran. Ditangkap, diptong cengkerangnya hidup-hidup dan kemudian dicampak untuk dipotong kecil-kecil dan dimasak.
Binatang 1 dan 3 tu pada aku tak seeloknya dibuat begitu kerana mereka adalah binatang liar. Mereka bukan binatang yang halal dimakan dalam Islam. Jadi seharusnya perkara itu tidak berlaku pada mereka. Manakala binatang yang kedua tu pula sepatutnya tidak disksa sedemikian rupa. Paling tidsk, ambillah keseluruhan badannya untuk dimanfaatkan supaya ia tidak mati terseksa begitu. Manusia ni, walau Allah telah ciptakan dengan akal, namun mereka bersikap seperti binatang yang tidak tahu apa itu kemanusian.
No comments:
Post a Comment