Monday, December 13, 2010

Makanan minggu ini

Hari ni nak kongsi sedikit mengenai makanan aku dua minggu ni. Sabtu lepas, aku buat masakan ala barat. Chicken chop with black pepper sauce, baked potatoes with rosemary, garden salad with grilled chicken meatloaf and steamed vege. Hehe... memang makanan kegemaran aku ialah makanan barat. ringkas dan cepat.


Baked potatoes with rosemary

Kentang sederhana besar dipotong empat

Rosemary kering atau segar

Lada hitam ditumbuk kasar

Garam

Minyak masak

Gaul semua bahan dengan rata. Letakkan di atas tin pembakar yang dilapik dengan aluminium. Masak dengan suhu 150 darjah celcius selama 30 minit atau hingga masak.

Steamed Vege

Brokoli

Kubis bunga

Air berisi ais

Lada hitam

Garam

Potong sederhana besar. Panaskan periuk stim dan masukkan kubis bunga. Bila kubis bunga dah agak lembut, masukkan brokoli. Biarkan sekejap. Lepas tu angkat dan masukkan brokoli dalam air yang berisi ais. Tujuannya untuk menghentikan proses memasak supaya brokoli tidak jadi lebam warnanya. :D Kemudian, gaulkan dengan sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar dan secubit garam. Sikit je. Bukan nak bagi rasa sangat pun. Dah boleh hidang...



Blackpepper sauce

Satu tin sup cendawan pekat

Sos lada hitam

Satu peket serbuk maggi daging lada hitam

Cendawan butang

Masukkan semua bahan dan kacau. Panaskan. Dah siap...


Yang ni pula, makanan segera yang dimasak pada Ahad lepas sebab dah tak tau nak makan apa. Masakan ala Lebanon. Nasi ayam lebanon dan salad arab.


Ayam potong kecil-kecil

Paprika

Rempah lima

Garam

Lada hitam

Gaulkan kesemuanya dan letak tepi.


Bawang merah (diricih halus)

Bawang putih (diricih halus)

Kulit kayu manis

Bunga lawang

Kacang badam (aku suka kacang gajus. Tapi gajus tak ada, ganti dengan walnut)

Mentega

Tomato dalam tin

Tomato puri

Ketumbar

Garam

Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis sampai naik bau dan masukkan ayam perap tadi. Lepas tu, masukkan tomato puri dan kacau sekejap.

Masukkan air dan tomato dalam tin yang sudah diramas ke dalam periuk dan sedikit air. Biarkan mendidih selama 15 minit. Lepas tu, masukkan beras dan air. Kacau bagi rata dan biarkan sampai masak.

Tadaa.... ni la hasilnya....

Salad Arab ni sangat la senangnya.

Timun

Salad Romaine

Bawang besar

Tomato

Minyak zaitun

Jus lemon

Lada hitam

Bawang putih yang ditumbuk

Gula

Garam

Lada hitam

Sayur dan bawang besar tu dipotong dadu. Dalam bekas yang lain, satukan minyak, jus lemon, bawang putih, garam dan gula. Kacau hingga sebati. dah cukup rasa semua, masukkan dalam bekas sayur tadi dan kacau rata. Lepas tu gaulkan pula dengan lada hitam yang ditumbuk kasar. Dah siap. Makanan ni agak kering. Jadi, kalau suka, buat la sup ayam sikit. Kalau tak, makan macam tu je pun dah sedap. :D

No comments:

There was an error in this gadget