Monday, October 10, 2011

Hari pertama saya bekerja

Jangan tak percaya yang hari ni aku dah mula bekerja. Tapi bukan sebagai cikgu. Aku bekerja sebagai Screening Officer di sebuah syarikat. Pejabatnya? Sangat la dekat. Tak sampai 5 minit berkereta. Hehehe... Kerja sangat mudah. Cuma perlu hantar emel dan kemudian telefon. Aku memang sangat susah nak berhubung dengan telefon. Jadinya, aku kena karang ayat-ayat draf dalam kepala dulu. Hohoho... Secara asasnya, kerja ni, biasa saja. Gaji? Tiada gaji asas. Cuma bergantung pada komisen sahaja. Aku agak ragu-ragu sebab dok fikir tentang nak bayar pada pengasuh anak nanti. Tapi, aku rasa, kenapa tidak aku cuba dulu. Lagipun kerja ni tidak memerlukan masa yang panjang. Aku cuma perlu duduk di pejabat abang ipar aku tu separuh hari sahaja. Selebihnya akan diambil alih oleh rakan yang seorang lagi. Tentang kerja.. nanti aku cerita lagi.

Tempang. Haaa.... yang ini, tak sempat aku jenguk untuk hari ni. Semalam pagi Tempang ok. Aku bagi dia makan ubat guna susu pekat manis macam yang dicadangkan oleh Doktor Kumar. Jadi, laju dia habiskan ubat dia. Cuma, petang semalam tak sempat nak bagi. Aku ke Kelana Jaya hantar sepupu Mr. Hubby untuk menunaikan haji. Balik dan sampai di rumah mak (sebab ambil ayah aku di UM dek kereta kawannya rosak dan hantar ke rumahnya) malam sekitar jam 9.00. Rumahnya pula keputusan bekalan elektrik dek kebakaran balai raya berdekatan dengan rumah. Jadi, aku tak dapat nak belek Tempang.

Pagi tadi, ingat nak jenguk beri ubat, tapi tak sempat. Aku berurusan di pejabat dan betulkan talian internet dan beritu ini, jam 10.00 baru sempat nak telefon mak. Mak aku kata dia dah siapkan Tempang macam orang dalam pantang. Ubat dan makan semua dah selesai. Hehehhe... Insyaalla mak, esok pagi saya datang awal. Petang ni lepas ambil cencomel aku kat rumah Kak Jariah, aku singgah kejap bagi ubat untuk Tempang. Esok pagi, mungkin lari sekejap ke hospital untuk hantar Tempang tukar pembalut di kaki. Gambar Tempang? Dah ada. Cuma sekarang aku guna PC. Jadi tiada gigi biru untuk digunakan. Kalau lapang, petang esok aku muatnaik gambar Tempang sekali dengan dia kat klinik ek. See ya...

Friday, October 07, 2011

Saya terlupa... Ampun....

Aku sungguh tak ingat yang hari ni aku ada mesyuarat dengan orang Malaysia Green Tech Corporation. Sungguh aku tak ingat. Semalam dok canang janji dengan Syaza dan Sarah kalau mereka tidur waktu petang, lepas bangun tidur boleh pergi klinik ambil Tempang. Tapi, bila pergi rumah mak petang semalam, ayah aku cadang nak ambil hari ni sebab dia kata esok (hari ni) dia ada hal kat Banting. So, boleh terus ambil sekali. Jadi, aku telefon doktor haiwan tu dan minta tangguh. Anak-anak mengeluh, merengek dan sangat kecewa sebab mama tak tunai janji. Mama cuma kata yang esok nanti mama bawa mereka ambil Tempang di klinik. Berialah ingat boleh pergi sekali dengan anak-anak.

Malam tadi baru teringat. Hati dah resah dan gundah. Beria semalam janji dengan mereka, tapi hari ni aku mungkir janji lagi. Hari ni pula, aku tak dapat bawa mereka ambil Tempang di klinik. Mesti mereka marah dan kata aku lupa janji lagi... Ya Allah... Macamana boleh lupa... 

Cik Sarah dan Syaza.... mama memang tak ingat mama ada mesyuarat hari ni. Mama asyik ingat yang setiap hari mama akan sentiasa 'bersyurga' dengan anak-anak mama... huhu.... Mama nak tebus dengan bawa kamu semua makan KFC, mama pun tak cukup ongkosnya... Maaf yea sayang... Ampunkan mama... nanti mama cuba usaha kalau boleh tokyah dan tokmak bawa Kak Long dan Kak Ngah pergi sekali petang ni. Ya ampun... ampun... (Syaza kan selalu nyanyi bait ni...) Mama love you all and never meant to break the promise.  I just forget. Huhuu... very sorry dear...

Thursday, October 06, 2011

Pet Carrier

Sebab nak bawa Tempang ke klinik semalam, aku terpaksa la beli bakul kucing nak masukkan Tempang dalam tu masa dalam perjalanan ke kereta. Bukan tak nak letak je dalam kereta. Cuma takut nanti Tempang melompat keluar dari kereta. Aku bergegas pergi ke kedai haiwan kat Jenjarum lepas Sarah balik dari sekolah. Ada satu kedai baru buka kat situ. Sampai situ, hujan baru reda. Aku baru nak keluar dari kereta bila nampak dua ekor anjing poodle berlegar-legar dalam kedai tu. 

Aku mula berkira-kira sama ada nak keluar ke atau tidak. Satu, dari luar nampak macam tak ada bakul haiwan dijual kat situ. Aku cuma nampak makanan haiwan yang pelbagai, aksesori haiwan dan sangkar besar. Kedua, kalau aku masuk dan berlegar kat luar, aku takut gak kot-kot anjing tu datang kat aku. Mungkin dia tak garang. Tapi, aku memang takut anjing. Lagi pulak aku bawa dua cencomel aku masuk kedai. Diorang pula jenis tak takut anjing nak lagi yang comel macam podle breed tu. Kang tak pasal-pasal diorang pegang. Mana aku nak samak lagi. Nak berkungfu dengan hujan lagi. Nak sama kereta mak aku lagi nanti. Lepas tu nak pergi ke klinik. Haisshhh... banyak kerja dan aku tak rajin nak buat semua tu. Ketiganya, kalau pun anak-anak aku tak pegang, aku ada rasa ragu dengan barangan kat dalam kedai tu. Kot memang ada bakul haiwan kat situ, yang pernah disentuh cik anjing-anjing comel tu, nanti jenuh juga aku nak menyamak diri aku dengan bakul-bakul tu sekali. dah la baju agak basah dengan air hujan. Lama kan aku dok fikir depan kedai tu. Akhirnya, aku ambil keputusan tukar haluan ke Bukit Tinggi, Klang. 

Terpaksa la meredah hujan kat tengah-tengah kawasan Telok Panglima Garang. Dalam perjalanan tu pula, Syaza tertidur. Aduuuhai... macam-macam hal. Hujan masih agak lebat. Aku fikir kalau aku ke PetShop Family kat Jalan Nilam tu, mungkin banyak pilihan dan murah sikit. Tapi, jenuh la nak angkat Syaza lagi, Sarah lagi. Dah la kereta aku sezen. Tak boleh dikunci dari tempat pemandu. Ni gara-gara pembuka pintu yang patah dari dalam. Nak ganti, tak jumpa-jumpa lagi alat gantinya. Jadi, aku terpaksa la ke Jusco sebab dalam tu ada satu kedai haiwan. Senang la sikit sebab boleh parking kat bawah tanah dan terus naik ke kedai. Tak payah bergelut dengan hujan dan kunci kereta. 

Sampai situ, aku terus cari bakul haiwan. Jumpa satu. Yang sadisnya, paling murah adalah RM58 dan bukan RM35 macam dalam kepala otak aku. huhuhu.... Mahu tak mahu, capai la juga yang itu. Kalau ada yang berminat nak beli dengan aku... aku boleh jual kat sesapa yang berminat. Sila hubungi aku ek. hehehhe... harga boleh runding. Sebab tak rancang untuk simpan lama. Bukan selalu pun aku bawa kucing pergi klinik. Warna pilihan aku hijau dna putih. Cantik tak? Sebab fikir senang nak basuh. Nampak kekotoran kat situ. Lagipun aku perasan tadi kaki si Tempang berdarah.

Tak sampai 20 minit di Jusco, jadi bayaran letak kereta adalah percuma. Aku balik rumah, solat dulu dan baru ke Banting dengan anak-anak, mak dan ayah aku. Sebagaimana yang dirasakan, doktor cadang untuk potong bahagian yang dah tak elok tu. Kaki dia memang teruk dan kalau lambat boleh kena ulser. Jadi, aku tinggalkan Tempang kat klinik. Dia kena puasa dan pembedahan kaki dia cuma dijalankan hari esok aje, kata doktor. Kira hari ni la. Doktor kata bila dah selesai, petang nanti dia akan call. La ni, anak-anak aku asyik merengek je suruh pergi ambil Tempang. 

"Adik rindu Tempang... Kakak rindu tempang..." Iyolah tu... kalau kat rumah mak aku, tidak pula mereka ni sibukkan pasla si Tempang. Yang asyik dikejar, Bintang. Maklumla.. Bintang ni handsome dan berbulu panjang. Aku pun jadi geram. hehehhe....Ok la... nanti kalau rajin, aku kemaskini lagi tentang tempang. Ni nak pergi masak makan tengahari. Menu hari ini ialah nasi ayam panggang berempah. Yummy.... :D


Wednesday, October 05, 2011

Tempang

Tengkok aku masih lagi tak pulih walaupun dah lebih seminggu sakit. Masuk hari ni, dah 9 hari otot kat tengkok tegang dan keras. Aku makan ubat pun tak jalan. Doktor Rosnah pulak cakap, otot kat tengkok aku kejang. It's going to take some time. So, apa yang aku boleh buat katanya cuma makan ubat dan letak minyak panas untuk legakan dia. Buat masa ni, urusan mengemas rumah dengan bersihnya terpaksa ditangguhkan sebab aku tak mampu nak tunduk dan ligat. Pergerakan amat terbatas. Kalau lepas masak contohnya, kena cepat-cepat duduk dan bersandar sebab leher dan tengkok akan jadi lenguh yang amat. Makan pun, aku duduk kat atas recliner dan Mr. Hubby serta anak-anak kesayangan duduk kat lantai (rumah aku tak ada meja makan).

Ooo.. apa kena mengena tajuk blog dengan tengkok aku yang kejang ni ye? hehehe.... Nanti.. sabar.. ada kaitan ni... Meh cerita pasal Tempang sat. Tempang tu adalah nama kucing kat rumah mak aku. Dipanggil tempang sebab kakinya patah akibat duduk dalam hud kereta. Mungkin bergesel dengan timing belt menyebabkan kaki dia patah dan ekor dia putus masa tu. Lepas tu dia terjatuh ke bawah. Mula-mula tengok takut nak pegang. Kaki kanan depan dia jadi panjang sebelah. Bila bawa ke doktor, doktor kata mungkin tulang kaki dia terkeluar dari sendi kat bahu dia tu. Sebab tu kaki dia jadi panjang sebelah. Memang terkulai. Dia duduk kat wad tiga hari sebab doktor cuba pulihkan otot kaki dia tapi tak boleh. Walaupun kaki kanan depan dia dah tak berfungsi, dia keluar dari klinik dengan sihatnya. Boleh berlari laju sambil seret kaki dia yang dah tak berfungsi tu. Tapi, makin lama, aku tengok kaki kanan dia tu dah tak kuat. Dia tak mampu jalan tegak berbanding dulu. Minggu lepas, macam nampak tulang terkeluar dari kaki dia. Kaki dia asyik berdarah sebab dia seret kaki dia. Doktor dulu ada cadangkan supaya potong kaki dia untuk elak kaki dia berdarah. Mula-mula dulu aku tak berapa faham kenapa kena potong supaya kaki dia tak berdarah? Sekarang baru tahu sebab dia berjalan sambil menyeret kaki.

Kak Long hantar pesanan teks pada aku semalam bagitau kaki Tempang makin teruk. Jadi, disebabkan cuma aku seorang saja yang mampu bawa kereta dan masih belum bekerja serta agak berani sedikit, maka, aku je la yang layak bawa Tempang ke klinik. Walaupun tengkok aku masih lagi tak pulih sepenuhnya, tapi kalau aku bertangguh, nanti takut kaki Tempang lagi teruk. Jadi, tahan je la sakit kat tengkok tu. Kali ni, kalau tak boleh baik, jalan terakhir ialah potong kaki. Lebih baik dia berkaki tiga dan masih sihat daripada berkaki empat tapi boleh buat dia lemah. Silap aku juga ikut nasihat pembantu perubatan kat Klinik haiwan hari tu. Dia kata, kesian kucing tu kalau dipotong kakinya. Tapi bila fikir balik, kaki dia yang dah tak berfungsi tu jadi makin busuk dan bagi kesan tak baik pada Tempang. Pada aku, potong lebih baik. Tempang kekal sihat, tak seksa nak heret kaki dia.

Malam tadi juga aku kumpul duit derma kilat kat adik-beradik lain. Takat ni dapat la RM100. Kak Long bagi RM300 dulu. Kalau tak cukup, dia akan tambah la. Aku nak minta RM50 dari ayah aku pasal dia yang buat Tempang jadi macam tu. Dia kena bertanggungjawab. Hahahaha... jahat punya anak. eh, tak adalah... saja. Nak tambah dana. Jadi, tak ada la kakak aku sorang je terbeban. Dalam pukul 10.30 nanti aku nak pergi pet shop dan beli carrier utk Tempang. Nak bawa ke klinik. Aku cadang nak pergi ke Klinik Haiwan kat Banting. Takut nak pergi kat Bukit Tinggi yang hari tu punya. Nanti kena tempelak dengan doktor pula sebab tak cepat-cepat hantar untuk dipotong masa baru kena hari tu. huhuhu... Naya je. Ok. Insyaallah, akan ada cerita menyusul nanti. Mungkin tak bergambar sebab kamera sudah tiada lagi. iskk..iskk... Jumpa lagi...

Tuesday, October 04, 2011

Abah tak aci

Mama terkejut kejap tadi. Bukan apa, bila tengah ralit basuh pinggan, Kak Ngah datang dekat mama dan tunjuk gambar abah di restoran masa abah ada 'office treat' tahun lepas. Cuma gambar abah dan kawan-kawan pejabat dia je. Yang rasa nak tergelak bila Kak Ngah keluar dialog ni:

"Mama, abah tak aci kan... Pergi sini tak ajak adik pun. Tak ajak mama... tak ajak kakak...." Mama ketawa dengar Kak Ngah cakap macam tu.

"Abah tak aci kan mama..."

Mama cuma boleh kata, "Nanti kalau abah balik, Kak Ngah tunjuk gambar ni kat abah dan cakap kat abah ek."

Kak Ngah jawab, "Ok. Nanti adik cakap dengan abah"

Hehehe... memang lucu bila anak mama dah pandai berbicara. Cuma, sehingga kini, Kak Ngah masih bahasakan diri Kak Ngah Adik instead of Kak Ngah. huhu...

Monday, October 03, 2011

Selawat dan marhaban

Masa raya yang lepas, keluarga Mr. Hubby akan berselawat bila menziarah setiap rumah. Dek kerana terbiasa, Sarah dan Syaza pun dah suka berselawat tak kira waktu. Kadang-kadang, sampai bergaduh kat dalam kereta sebab pilih siapa nak berselawat dulu. Tiap2 waktu Syaza lebih suka bawa 'baby' dia, dibalut didodoi dan diselawatkan. Hehehe... seronok juga aku tengok. Dan kalau dipasang CD selawat, anak dara dua orang ni akan bangun sebab masa menziarah waktu raya dulu, kami semua bangun dan berselawat sebagai menghormati tuan rumah. Moga-moga mereka kekal begini.

Sarah pula sekarang ni, kalau mood bertudung dia datang, dia nak berbaju lengan panjang. Tak nak berlengan pendek. Buat masa ni, aku cuma ada dua pasang t-shirt lengan panjang je. Nanti, insyaallah, kalau dah bekerja, aku akan tambah koleksi lengan panjang untuk dia. So, tak ada la alasan lagi untuk tidak bertudung nanti. Solat pun dah agak rajin. Cuma ada masa nak pakai telekung, ada masanya, togel je dia solat. Kadang-kadang bersuruh, kadang -kadang dia terus buat. Ikut dia la nak hadap kiblat arah mana. Hehehe.... Tp, alhamdulillah, segalanya ke arah positif. Moga-moga kekal begini. Amin....