Ooo.. apa kena mengena tajuk blog dengan tengkok aku yang kejang ni ye? hehehe.... Nanti.. sabar.. ada kaitan ni... Meh cerita pasal Tempang sat. Tempang tu adalah nama kucing kat rumah mak aku. Dipanggil tempang sebab kakinya patah akibat duduk dalam hud kereta. Mungkin bergesel dengan timing belt menyebabkan kaki dia patah dan ekor dia putus masa tu. Lepas tu dia terjatuh ke bawah. Mula-mula tengok takut nak pegang. Kaki kanan depan dia jadi panjang sebelah. Bila bawa ke doktor, doktor kata mungkin tulang kaki dia terkeluar dari sendi kat bahu dia tu. Sebab tu kaki dia jadi panjang sebelah. Memang terkulai. Dia duduk kat wad tiga hari sebab doktor cuba pulihkan otot kaki dia tapi tak boleh. Walaupun kaki kanan depan dia dah tak berfungsi, dia keluar dari klinik dengan sihatnya. Boleh berlari laju sambil seret kaki dia yang dah tak berfungsi tu. Tapi, makin lama, aku tengok kaki kanan dia tu dah tak kuat. Dia tak mampu jalan tegak berbanding dulu. Minggu lepas, macam nampak tulang terkeluar dari kaki dia. Kaki dia asyik berdarah sebab dia seret kaki dia. Doktor dulu ada cadangkan supaya potong kaki dia untuk elak kaki dia berdarah. Mula-mula dulu aku tak berapa faham kenapa kena potong supaya kaki dia tak berdarah? Sekarang baru tahu sebab dia berjalan sambil menyeret kaki.
Kak Long hantar pesanan teks pada aku semalam bagitau kaki Tempang makin teruk. Jadi, disebabkan cuma aku seorang saja yang mampu bawa kereta dan masih belum bekerja
Malam tadi juga aku kumpul duit derma kilat kat adik-beradik lain. Takat ni dapat la RM100. Kak Long bagi RM300 dulu. Kalau tak cukup, dia akan tambah la. Aku nak minta RM50 dari ayah aku pasal dia yang buat Tempang jadi macam tu. Dia kena bertanggungjawab. Hahahaha... jahat punya anak. eh, tak adalah... saja. Nak tambah dana. Jadi, tak ada la kakak aku sorang je terbeban. Dalam pukul 10.30 nanti aku nak pergi pet shop dan beli carrier utk Tempang. Nak bawa ke klinik. Aku cadang nak pergi ke Klinik Haiwan kat Banting. Takut nak pergi kat Bukit Tinggi yang hari tu punya. Nanti kena tempelak dengan doktor pula sebab tak cepat-cepat hantar untuk dipotong masa baru kena hari tu. huhuhu... Naya je. Ok. Insyaallah, akan ada cerita menyusul nanti. Mungkin tak bergambar sebab kamera sudah tiada lagi. iskk..iskk... Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment