Thursday, January 12, 2012

Ayam vs Itik

Aku ayamnya.... yang lain semua itik. Huhhu... Dah masuk minggu kedua. Aku masih lagi menghadapi masalah bahasa di sini. Setiap hari dok fikir apa pendekatan terbaik untuk mengajar budak-budak kecil ni. Dalam satu kelas tahun 3, lebih separuh tidak faham Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Aku tak tahu macam mana nak terangkan apa itu simpulan bahasa, kata nama, cara nak jawab soalan and the list goes on and on... huhuhu.... 

Tahun 2B pula, tak ada seorang pun yang faham Bahasa Melayu. Semalam, aku ajar Muzik (sepatutnya diajar dalam Bahasa Tamil). Aku buat yang mudah aje (pada aku la). Aku suruh murid salin lagu negaraku yang aku dah siap-siap tulis atas kertas mahjong. Aku suruh keluarkan buku latihan, tulis nama, perkara dan darjah ambil masa hampir lima minit. Kena buka beg mereka, keluarkan buku latihan, tunjuk kat depan kelas. Lepas tu kena beritahu satu-satu nak tulis apa pada muka depan. Kemudian, nak suruh salin lagu negaraku tu, tak seorang pun faham. Aku suruh salin, mereka buat muka keliru dan tak faham. Macam-macam gaya aku buat kat depan kelas tu. Sudahnya, bila aku kata COPY, baru terdengar suara budak-budak ni cakap sesuatu. Ada yang mula salin. Ada yang masih pandang kiri dan kanan. Akhirnya, kelas setengah jam untuk salin lirik lagu je habis macam tu dengan hanya 3 dari 15 orang yang siap. Aduh... Saliha... ahahhahaha....

Tahun 4 pula, sama juga. Hampir separuh tak faham BI mahupun BM. Bila mereka berbicara dengan aku, cuma keluar Bahasa Tamil dari mulut mereka. Nak cakap apa pun aku tak faham. Huhuu..... Sehingga ke hari ni, aku masih tak faham kenapa KPM hantar guru yang tidak faham bahasa penghantar sekolah SJK ke SJK. 

Itu baru masuk mengajar (saban hari otak aku sentiasa berfikir cara terbaik nak bagi murid mengajar. Elok juga untuk otak sebenarnya. hehehe). Belum lagi dikira dalam mesyuarat dan perjumpaan-perjumpaan di sekolah. Aku nganga je la. Kalau ada subtitle, boleh juga belajar sikit-sikit. Ni, mana nak cari sari kata? Uhukkk.. rasa nak batuk sepanjang masa bila fikir. Jadi... cikgu... jangan la fikir. Buat aje kerja. Mana yang mampu. Yang penting tugas perlu dijalankan seikhlasnya dan niat kerana Allah. Banyak mengeluh macam aku boleh buat diri makin tertekan. Hohoho... Selamat Mengajar pada sahabat-sahabat yang Melayu, India dan Cina yang masuk ke SJKC atau SJKT.... :D

Thursday, January 05, 2012

perut oh perut...

At 34th week, my tummy is growing bigger and bigger. So, the skin is becoming thinner and thinner. It's stretching day by day.. Sometimes mama feel like it's stretching in every single hour. Huhu... Perit dan pedih... The only thing that can soothe the pain is Bio Oil... However, it only soothes the pain, not heal.. Hikhik... To heal it... the only way is after the delivery la... hahaha... Mama feel the pain when mama's little girls hug mama on the tummy. Huhu.... Sorry la sayang. Not saying that mama don't like you girls to hug me, but mama can't just stand with the pain. Errk.... Mama couldn't remember about the first two pregnancy coz mama did not write records on the process (yess... that's the important of recording... Hanim... refer back to your library study yea... hehhehe).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Emmm... my second day of school... Adusss... sangat malas. Takwim sekolah masih belum dapat lagi. Tapi RPH tetap perlu disiapkan. Jenuh la dok susun tarikh ikut suka hati. Hahahah.... Cumanya nak kena print dua kali la gamaknya coz bila dah dapat takwim baru nanti, nak kena betulkan balik RPH sedia ada. I'm still struggling for Arts HSP and Music HSP for SJK. Not only for HSP. I'm also looking for the RPH. Huhuhu.... Teaching those subjects at Tamil school with majority of them do not use Malay as their mother tongue... perghh.... Macam ayam cakap dengan itik je. Suruh diam tak mau diam. Suruh nyanyi dia bising. Bila kita cakap dan murid tak faham, kena ada pula penterjemah. Kelas jadi riuh rendah sebab ada lebih dari seorang yang nak jadi tukang terjemah. Aduh.. jenuh... Really hope I can cope with this pretty soon. Anyway... my maternity leave is just around the corner. Hahaha... Goodbye school very soon... hohoho... 

Tuesday, January 03, 2012

Suspect diabetes

Mama went to see my gynae yesterday night and that was what she said. Gulp.... Sounds scary. Now mama is at 33rd week and that sounds like hmmmppppphhh...... Mama rancang nak bersalin di Poliklinik Barakah. Mama tak nak ke hospital kerajaan. Baik di HTAR, Klang or Banting. Mama rasa tak selesa di situ. Kalau di Poliklinik Barakah, mama will have full attention plus the soothing environment. Ada zikir2, tip top midwife, pakar dan mama selesa di situ. Tapi, bila Dr. Khiriah kata berat mama yang naik 2 kg dalam masa 2 minggu memang lain macam. Mama have to make a diabetic test for another two weeks. Kalau positif, rasanya Dr. Khiriah takkan terima mama untuk bersalin di situ sebab ada kes. 

Ya Allah... moga dijauhkan dari sebarang masalah dan diberi kesenangan untuk mama bersalin nanti. Scared? Yes... I am scared. May Allah give me the guts and make me strong to go through this. Amin...

Monday, December 26, 2011

Saya cuai....

Ya... saya cuai... padan muka saya... huaaaa...... Apa yang cuainya? Pagi tadi aku sampai rumah mak, terus letak barang-barang atas meja kopi. Telefon, beg anak, buku cerita. Lepas tu aku lepak-lepak, makan-makan, borak-borak. Sambil-sambil tu, dok tunggu la anak buah terkecil takat ni, Alif Firdaus bangun dari tidur sebab hari ni adalah hari ulangtahun yang pertama dia. Firdaus ni, amatlah comelnya. Pipi tembam, kaki tembam, segala bagai tembam. Perangai pun dah makin cute dan buat orang yang memandang memang geram. 


Bila dah bangun, Firdaus merayau ke hulu hilir. Biasa la... dia memang tak tahu duduk diam. Sampai la satu ketika dia menghilang kat luar dan adik ipar aku nampak dia kat luar tengah main air dalam baldi. Lepas tu aku dengar suara jeritan mak dia yang turut sekali kat luar. Tak lama lepas tu mama Firdaus ni dok hulur aku satu telefon yang amat aku kenal yang telah basah terendam. Uwaaaa..... Kata adik ipar aku, telefon tu dah sampai dasar baldi pun. Huhuu... entah berapa lama la dok terendam kat situ.

Aku pun terus cabut bateri dan asing-asingkan bahagian dalam telefon. Lepas tu aku jemur kecuali bateri dia aku lap kering. Sat tadi, En. Bard keringkan pakai blower dan hulur kat aku semula. Jelas sangat ada bintik-bintik air. Tak tahu boleh hilang ke tak. Tapi, aku harap boleh la guna untuk jangka masa yang lebih lama... Si Firdaus ni pun macam tahu-tahu je aku dah nak dapat gaji. Huhu..... 

Friday, December 23, 2011

Graduation Day

Cerita ni dah lama. Bulan 11 lepas. Tapi mama rasa masih perlu mama muat naik gambar Kak Long. Sekadar rekod untuk tatapan Kak Long dan bakal suami Kak Long nanti. Al-Kindi Garden Concert and Graduation 2011 was held on 17/11/2011. Kali ni kali pertama diadakan waktu malam. Jadi, sempat la mama datang tengok. Sarah pakai baju warna merah dan kain batik merah serta tudung sekolah dari rumah. Sarah nak pakai baju lengan panjang kat dalam sebab Sarah kata, kalau nak pakai tudung, Sarah kena pakai baju lengan panjang (macam pernah dengar je kata-kata tu. heheheh....). Jadi, mama pakaikan Sarah baju warna meraj jambu. Bila sampai sekolah, mama jadi pelik sebab majoriti murid pakai baju melayu. Ada la beberapa orang pakai macam tak ikut arahan cikgu. Macam Sarah la. Pakai baju kemeja la, jubah la. Bila mama tanya cikgu, cikgu kata nanti tukar. Pelik sungguh rasa bila banyak acara dah berjalan, tapi Sarah masih lagi tak tukar baju. Mama jadi risau juga. Rupa-rupanya, memang Sarah sengaja dipakaikan baju tu. Sebab Sarah masuk acara tilawah antarabangsa. Hehehe.... Sarah hafal surah Al-Lahab. Laju je Sarah baca. Padan la Sarah selalu baca di rumah. 

 

Bila dah selesai acara tu, baru la Sarah tukar baju Melayu warna biru yang Sarah pinjam dari Haraz. Dalam ramai-ramai tu, Sarah je tak ada kain pelikat buat selempang kat bahu. Dikir barat ni dalam Bahasa Arab. Sarah selalu nyanyi kat rumah. Mula-mula mama ingat cikgu saja-saja ajar. Rupanya, bila satu hari Sarah dok buat gerak dikir barat, baru la mama perasan yang Sarah ada buat persembahan. Comel mama tengok anak mama kat atas pentas. Rasa terharu pun ada dan tak sangka anak mama dah besar. 






Tok Mak, Moksu, Kak Azie, Hakim, Kak Yana dan Kak Sari pun sempat datang tengok Sarah buat persembahan.Tahun depan, Sarah enam tahun. Masuk sekolah yang sama. Cuma kena lebih rajin supaya Sarah boleh terima hadiah tahun depan. :) Mama, abah, Kak Ngah love you very much.


Tuesday, December 13, 2011

Dua cerita

Lama sungguh tak kemaskini blog. Pada kawan-kawan yang keluar masuk ke alamat ni dan tengok ia tidak dikemaskini, maaf sangat-sangat ye... Bila cuti sekolah ni, rasa nak menulis tu kurang la pula. Hehehe... Rasa nak duduk berehat je 24 jam. Blogwalking pun dah jarang-jarang sebab jarang buka blog sendiri. Sangatlah hampeh kan? Hahaha....

Anyway, nak cerita beberapa kisah. Ada satu tu, rasanya sangat penting sebab pasal Sarah. Kena juga simpan rekod walaupun mungkin ada yang tak sudi membaca. Cuma, disebabkan kali ni aku buka komputer dan bukan komputer riba, maka tak boleh la nak muat naik gambar Sarah masa hari graduasi dan konsert mini 2011 dia yang baru lepas tu.

Cerita 1
Hajat aku nak ke kelas penyusuan akhirnya tercapai juga. Seronok sangat sebab dapat ikut serta kelas menyusu tu dengan pengasas Lunatots, Cik Sue... Kalau nak ke kedai dia, boleh juga klik di sini. Walaupun sudah banyak yang aku tahu pasal penyusuan susu ibu ni, tapi ada juga ilmu dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Paling seronok sebab dapat kenal Sue secara lebih dekat, Pn. Hazarina, (orang kuat di Lunatots di Putrajaya) dan rakan-rakan sekelas yang lain, Kak Lily dan suami, Suzie (yang tak dpt hadir bersama suami sebab suami bekerja di saat-saat akhir) dan Basley serta suami (maaf kalau salah eja). Tak tergambar rasa seronok berkongsi ilmu bersama-sama. Dan hasil kelas tersebut, aku juga mula berminat untuk memulakan cara yang baru dalam membesarkan anak-anak. Insyaallah, lepas ni, aku akan guna lampin moden untuk anak ketiga nanti. Harap-harapnya aku mampu dan tak malas. Hahaha.... Nanti aku akan cerita tentang lampin moden tu ek. Doa je la aku ada masa nak menaip. Hehehe...

Cerita 2
Baru sat petang tadi ke Klinik Rosnah. Encik Bard disahkan mempunyai nisbah kolesterol yang tinggi. Dengan apa? Halahai.... cerita Dr Rosnah tadi panjang. Dan la ni aku dah tak berapa ingat apa dia cerita. Nak godek balik fail tadi pun terasa malas sebab sat lagi, Cik Syaza pasti datang jemput aku sekali lagi masuk bilik untuk tidur (walaupun dia sebenarnya baru je bangun tidur sebab seharian tak tidur hari ni). Tapi yang pasti, Encik Bard kena makan ubat anti kolesterol selama 3 bulan sebelum mengulang ujian darah bulan 3 nanti. Lepas tu, dia juga kena makan minyak ikan. Dan yang mencabarnya, pemakanannya perlu dijaga rapi. Makan oat, kurangkan makanan lemak tepu, bergoreng. Lebihkan makanan kukus, rebus dan bakar. Aku kena cuba untuk mula memasak semula. Huhu... Semenjak makin sarat ni, makin malas rasanya memasak dan lebih banyak makan di luar. Lagi pula bila masa memasak dan membasuh pinggan, perut bulat ni akan bertembung dengan sinkiyang membuatkan aku rasa kurang selesa dan cepat sakit pinggang. Tapi, insyaallah, aku akan cuba yang terbaik untuk Encik Bard yang tercinta. Kawan-kawan.... doakan aku sihat untuk memasak semula yea... hehhehee...

Ok la. Sebenarnya, sebelum menghadap komputer sat tadi ni, aku dah makan ubat selesema yang mengantuk. Jadi, rasa sekarang mengantuk itu sudah datang berkunjung kot. Makanya, aku kena masuk tidur. Plus, encik Bard sudah sound suruh tidur. Hahaha... Gud nite friends... See u again... Huhu....