Thursday, January 12, 2012

Ayam vs Itik

Aku ayamnya.... yang lain semua itik. Huhhu... Dah masuk minggu kedua. Aku masih lagi menghadapi masalah bahasa di sini. Setiap hari dok fikir apa pendekatan terbaik untuk mengajar budak-budak kecil ni. Dalam satu kelas tahun 3, lebih separuh tidak faham Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Aku tak tahu macam mana nak terangkan apa itu simpulan bahasa, kata nama, cara nak jawab soalan and the list goes on and on... huhuhu.... 

Tahun 2B pula, tak ada seorang pun yang faham Bahasa Melayu. Semalam, aku ajar Muzik (sepatutnya diajar dalam Bahasa Tamil). Aku buat yang mudah aje (pada aku la). Aku suruh murid salin lagu negaraku yang aku dah siap-siap tulis atas kertas mahjong. Aku suruh keluarkan buku latihan, tulis nama, perkara dan darjah ambil masa hampir lima minit. Kena buka beg mereka, keluarkan buku latihan, tunjuk kat depan kelas. Lepas tu kena beritahu satu-satu nak tulis apa pada muka depan. Kemudian, nak suruh salin lagu negaraku tu, tak seorang pun faham. Aku suruh salin, mereka buat muka keliru dan tak faham. Macam-macam gaya aku buat kat depan kelas tu. Sudahnya, bila aku kata COPY, baru terdengar suara budak-budak ni cakap sesuatu. Ada yang mula salin. Ada yang masih pandang kiri dan kanan. Akhirnya, kelas setengah jam untuk salin lirik lagu je habis macam tu dengan hanya 3 dari 15 orang yang siap. Aduh... Saliha... ahahhahaha....

Tahun 4 pula, sama juga. Hampir separuh tak faham BI mahupun BM. Bila mereka berbicara dengan aku, cuma keluar Bahasa Tamil dari mulut mereka. Nak cakap apa pun aku tak faham. Huhuu..... Sehingga ke hari ni, aku masih tak faham kenapa KPM hantar guru yang tidak faham bahasa penghantar sekolah SJK ke SJK. 

Itu baru masuk mengajar (saban hari otak aku sentiasa berfikir cara terbaik nak bagi murid mengajar. Elok juga untuk otak sebenarnya. hehehe). Belum lagi dikira dalam mesyuarat dan perjumpaan-perjumpaan di sekolah. Aku nganga je la. Kalau ada subtitle, boleh juga belajar sikit-sikit. Ni, mana nak cari sari kata? Uhukkk.. rasa nak batuk sepanjang masa bila fikir. Jadi... cikgu... jangan la fikir. Buat aje kerja. Mana yang mampu. Yang penting tugas perlu dijalankan seikhlasnya dan niat kerana Allah. Banyak mengeluh macam aku boleh buat diri makin tertekan. Hohoho... Selamat Mengajar pada sahabat-sahabat yang Melayu, India dan Cina yang masuk ke SJKC atau SJKT.... :D

4 comments:

Cikgu Abah said...

lame bebeno sy x online..

Mama Iman said...

Maklum le... jauh di pedalaman. hahaha

cikgubiasa said...

assalamualaikum kak..terima kasih kerana sudi menceritakan kisah akk di sjkt..sy sbnrnya baru shj dipostingkan ke sjkc..baru pun x bru jg lah..dh nk masuk bln 5..tp perkara ayam itik ni masih lgi sukar utk sy atasi..kdg2 stress difikirkan..camne yeh akk atasi?akk ad amek kelas bahasa tamil ke?

Mama Iman said...

Waalaikumsalam. Akak takde amik pun kelas bahasa tamil. Tapi belaja sikit2 dgnanak murid dan cikgu. Nanti lama2 biasa la. Baik kita kutip pengalaman sementara sempat. Banyak gunanya. :D