Tuesday, November 15, 2011

Jadual persekolahan, cuti penggal dan cuti umum

Ini kalendar persekolahan dan kalendar cuti sekolah. Sekadar berkongsi untuk kegunaan bersama. Sila ambil perhatian bahawa guru tidak tertakluk kepada cuti penggal sebanyak 87 hari sebab ada banyak aktiviti yang dijalankan di luar waktu sekolah seperti perkhemahan, jaga peperiksaan, bertugas di sekolah, kelas tambahan dan banyak lagi. 87 hari cuti persekolahan itu hanya untuk pelajar sahaja. hhohoho... Harap maklum. 








Monday, November 14, 2011

Guru bertugas

Aku jadi guru bertugas untuk minggu terakhir persekolahan ni. Yang syoknya, aku memang tak sedia apa-apa pun untuk hari ni sebab ingatkan, aku hanya sekadar guru pembantu je. Rupanya pagi tadi, GPK 1 panggil dan ingatkan tugas aku minggu ni dan ingatkan juga untuk aku beri ucapan. Errk.... sungguh.... aku terkedu. Aku teringat kata-kata Hasniza hari tu yang dia pernah jadu guru bertugas dan berucap depan perhimpunan. Tapi, budak-budak senyap dan tak beri sebarang reaksi. 

Masa perhimpunan tadi, sebagaimana yang telah diduga, pelajar tak banyak beri reaksi. Respon mereka sangat kurang dan aku rasa secara keseluruhannya, mereka tak faham pun apa yang aku cakap. Aduhaii.... Memang sangat payah nak berdepan dengan situasi perbualan itik dan ayam... Tapi, hakikatnya, ini la yang terpaksa aku hadapi untuk tahun akan datang. 

Tugas-tugas yang sudah ada dalam senarai untuk tahun depan adalah guru penasihat untuk Pengakap, Persatuan Bahasa Inggeris, Kelab Bola Jaring. GPK Kokurikulum juga dah beritahu awal-awal yang aku akan jadi ketua penasihat antara tiga tu. Dan tahun depan juga, aku akan pegang jawatan Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Gugup dan takut juga. Bukan senang jadi KP dalam suasana yang begini. Dengar cerita juga peruntukan untuk aktiviti payah untuk diminta. Satu lagi cabaran besar untuk aku. Moga-moga aku mampu bertahan...

Minggu lepas pula, aku baru selesai satu aktiviti RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan). Sekolah aku hantar budak menari untuk tarian melayu. Jadi, sempat la latih buat tarian Lodeh Hai Mak Lodeh. Ingatkan nak buat zapin. Tapi tak sempat sebab langkahnya nampak susah dan perlu masa yang lebih panjang. Alhamdulillah, bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi sekolah aku dapat pujian sebab tariannya cantik dan menarik. Hehehe... seronok la sikit.








Ni antara gambar yang aku sempat rakam masa nak pergi program RIMUP di SJK (C) Jenjarom. Dapat juga rakam sikit. Agak sedih sebab tak dapat tengok persembahan anak-anak didik aku sebab tengah seronok merakam video, kakak aku telefon. Jadi, rakaman video guna telefon tangan tu terhenti la. Hhuhu... apa pun, ini memang pengalaman yang menyeronokkkan.

Thursday, November 10, 2011

Tak nak kawan...

Ni catatan tertangguh. Mama tak sempat nak muat naik sejak ditulis. Kak Ngah keluarkan dialog ni masa kita dalam perjalanan nak balik ke rumah lepas menyambut Aidil Adha di kampung 7 November 2011 yang lepas. Dialog menyentuh jiwa dan perasaan. Hehehe....

La ni kak ngah dah pandai buat dialog. Dalam perjalanan balik dari kampung tadi, kita singgah di Hentian Ayer Keroh. Beli buah dan jagung buat bekal makan dalam kereta. Masa nak masuk kereta, kita lalu depan mesin penimbang. Kak ngah sibuk minta duit syiling nak timbang diri kat mesin tu. Mama kata tak boleh sebab baru kelmarin kita timbang.

Kak ngah merajuk dan tak nak kawan dgn mama dan abah. Yang kelakarnya, dalam kereta kak ngah berdialog:
"Adik tanya, mama, boleh tak adik nak timbang? Mama kata tak boleh. Adik tak nak kawan mama. Abah. Adik kawan dgn kakak aje".
Huhu.. Makin pandai..

Sunday, October 30, 2011

Di ambang 5 tahun

Selamat ulang tahun yang ke-lima, Sarah. 
Hari ini genap lima tahun Sarah jadi anak mama. 
Lima tahun yang lepas, mama bertarung nyawa untuk melahirkan Sarah.
Lima tahun yang lepas adalah pengalaman pertama mama bergelar ibu.
Alhamdulillah,
anak mama membesar dengan sempurna.
Pada usia lima tahun, hati mama sejuk,
bila dengar Sarah dah boleh baca Fatihah dengan lancar
Seronok sangat bila mama dengar Sarah selalu alunkan ayat kursi
Rasa kembang bila mama dapat dengar suara anak mama baca tiga Qul.
Mama memang harap,
Sarah jadi anak yang berguna,
untuk diri, agama, bangsa dan negara.
Mama sangat-sangat sayang Sarah.
Doa mama yang terbaik sentiasa untuk Sarah.


Sarah was sooooo excited to prepare her party pack for her friends at al-Kindi Garden, tomorrow.

Look at her happy face...


Kak Ngah also lent her hands for the work.

Content of the party pack. Planned to make something healthy. But not enough budget. So I guess, those can be considered as healthy snacks....

Tuesday, October 25, 2011

Tabung pecah

Masa pergi makan malam keluarga di Flamingo Steamboat di Shah Alam, Mak Ngah bagi hadiah pada semua anak-anak saudaranya sempena sambutan hari lahir lima ahli keluarga kita di bulan Oktober. Tok Yah (7/10), Ayah Long (14/10), KakYana (17/10), Mama (24/10) dan Kak Sarah (30/10). Semua yang sambut hari lahir dapat hadiah. Anak-anak saudara dapat tabung. Jadi, Kak Long dan Kak Ngah sekarang ni sibuk main dengan tabung. Tukar duit syiling dari tabung sini ke tabung sana.

Sat tadi mama sibuk menghadap komputer riba di bilik belakang. Kak Long dan Kak Ngah tengah sibuk pula dok godek main tabung dan keluarkan segala macam barang hiasan dalam almari televisyen kat ruang tamu. Tiba-tiba Kak Long masuk bawa berita.

"Mama, tadi adik dah pecahkan tabung epal. Macam mana nak buat ye, mama? Boleh tak kakak buang?" Baik dan bersopan sungguh anak mama bertanya. Nak marah pun tak jadi. Sebab fikir balik, kalau mama marah, nanti anak mama tak tau macam mana nak selesaikan masalah.

Jadi mama bagi penyelesaian, "Kemas elok-elok. Yang dah pecah tu, kakak buang dalam tong sampah. Tengok keliling kalau ada serpihan seramik atas lantai. Kutip dan buang sekali."

"Ok mama!" Seronok je Kak Long menjawab. Mungkin sebab mama tak marah kot. heheheh....

Tak lama lepas tu, Kak Long dan Kak Ngah masuk bilik belakang dan bawa sorang sebelah tabung yang dah pecah. Hehehe.... Anak bertuah mama!


Friday, October 21, 2011

Update version


Update version of a post on 19 Oktober 2011... This time, I would like to post pictures of Tempang and the address for the vet clinic.

Kaki kanan depan Tempang yang telah dikudungkan.... huhuhu... It's much better for him.

Baru lepas letak iodin kat kaki Tempang. Lepas tu urut-urut dia supaya dia lega sikit.

Ubat cacing dan iodin yang dibekalkan Doktor Kumar

Tempang yang handsome. ahahahha.... Sepanjang seminggu duduk kat rumah aku, dia tak nak makan dan minum. Mogok sebab kena kurung dalam sangkar. Aku takut kalau dilepaskan nanti luka di kaki dia lambat baik. Tapi alhamdulillah, la ni dah nampak tanda-tanda sembuh. Luka pun dah hampir kering.

 Kalau ada kawan-kawan yang nak pergi ke klinik haiwan sekitar Banting, aku cadangkan pergi ke klinik ni sebab pada aku, puas hati. Ni alamat dia:

Hospital Haiwan, 
No 56, Jalan Sultan Abdul Samad, 
Taman Muhibah, 42700 Banting, Selangor. 
No telefon: 012-2056339

Doktor Kumar juga turut bagi aku lapik cawan dan rantai kunci. Dia kata buat aku letak kat atas meja guru nanti. Thanks Doc. :D