Masa pergi makan malam keluarga di Flamingo Steamboat di Shah Alam, Mak Ngah bagi hadiah pada semua anak-anak saudaranya sempena sambutan hari lahir lima ahli keluarga kita di bulan Oktober. Tok Yah (7/10), Ayah Long (14/10), KakYana (17/10), Mama (24/10) dan Kak Sarah (30/10). Semua yang sambut hari lahir dapat hadiah. Anak-anak saudara dapat tabung. Jadi, Kak Long dan Kak Ngah sekarang ni sibuk main dengan tabung. Tukar duit syiling dari tabung sini ke tabung sana.
Sat tadi mama sibuk menghadap komputer riba di bilik belakang. Kak Long dan Kak Ngah tengah sibuk pula dok godek main tabung dan keluarkan segala macam barang hiasan dalam almari televisyen kat ruang tamu. Tiba-tiba Kak Long masuk bawa berita.
"Mama, tadi adik dah pecahkan tabung epal. Macam mana nak buat ye, mama? Boleh tak kakak buang?" Baik dan bersopan sungguh anak mama bertanya. Nak marah pun tak jadi. Sebab fikir balik, kalau mama marah, nanti anak mama tak tau macam mana nak selesaikan masalah.
Jadi mama bagi penyelesaian, "Kemas elok-elok. Yang dah pecah tu, kakak buang dalam tong sampah. Tengok keliling kalau ada serpihan seramik atas lantai. Kutip dan buang sekali."
"Ok mama!" Seronok je Kak Long menjawab. Mungkin sebab mama tak marah kot. heheheh....
Tak lama lepas tu, Kak Long dan Kak Ngah masuk bilik belakang dan bawa sorang sebelah tabung yang dah pecah. Hehehe.... Anak bertuah mama!
No comments:
Post a Comment