Thursday, January 19, 2012

Happy Birthday Syaza

Dua benda penting hari ni.

Perkara 1
Hari ni hari lahir Syaza yang ketiga. Sekejap masa berlalu dah masuk tiga tahun Kak Ngah. Mama doakan Syaza jadi anak yang baik dan solehah. Moga ini menjadi permulaan untuk Kak Ngah belajar lebih banyak lagi tentang banyak perkara. Malam tadi pun Kak Ngah masih mahu tidur dipeluk mama. Biar Kak Ngah peluk mama sampai akhir hayat harap-harapnya. Amin. Mama really really reall love you dear.
Ni masa sambut hari lahir Harraz 17hb yang lepas.

Perkara 2
Awal pagi tadi kaki mama kejang. Seksanya rasa sampai terpaksa kejutkan abah. Kelam-kabut abah bangun dan tolong mama. Dah lama tak rasa kekejangan otot macam tu. Sekali kena memang tak ingat dunia dah. Tapi bila teringat sekejap, mama cuma mampu sebut Allah je... sambil tarik rambut tahan sakit. Hehehe..... Dulu masa mama mengandungkan Kak Long Sarah, mama selalu kena waktu pagi masa nak bangun dari tidur. Menggeliat memang sedap. Tapi kalau dah kejang kaki, memang sakit tak terkata. Masa Syaza dulu, mama tak kena langsung. Kali ni adalah kali pertama mama kena. Doktor kata, kekejangan otot disebabkan oleh kekurangan kalsium. Mama memang dah lama tak ambil tablet kalsium. Jadi memang ada benarnya la yang mama dah kekurangan kalsium. Pagi tadi sebelum pergi sekolah, mama minum Vitagen dan makan roti sandwich. Mama letak keju, salad dan tomato. Moga-moga bekalan kalsium hari ni banyak. Esok kena mula makan tablet kalsium balik. 

Nota: Pagi ni mama ke sekolah sambil berjalan terdengkot-dengkot. Betis mama masih rasa keras akibat kekejangan awal pagi tadi. Mama sangat berharap mama kuat semangat. 

Zikir ni antara penguat semangat mama. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani).

Untuk Syaza yang mama sayang... Selamat Hari Lahir. Balik rumah nanti mama peluk cium Kak Ngah yea...
Untuk baby... mama tak sabar nak lihat wajah comelmu, nak. Moga nanti datang menemui mama dalam keadaan sihat sejahtera. Amin....

No comments: