Wednesday, February 29, 2012

Kad dari Kak Long



Mama lupa nak masukkan kad ni kat blog mama. Kad ni Kak Long yang buat. Hasil tunjuk ajar Kak Yana. Kad ni mama terima sebaik sahaja mama balik dari Pusat Bersalin Barakah. Terima kasih sayang...

Muhammad Afiq

Semenjak dari lahir, Afiq sibuk sangat dengan jaundicenya. Semalam pergi ke Umra, ambil darah lagi untuk tengok TSB. Kali ni dah turun ke 261. Sat tadi Doktor Jessie call beritahu yang keputusan darah untuk periksa fungsi hati adalah ok. Tiada sebarang masalah dengan hati Afiq. Doktor pakar, Dr. Jessie kata, sebab kuning masih berterusan mungkin berpunca dari bengkak di kepala akibat vakum dan juga kerana susu ibu. Pada yang mencari maklumat tentang kuning disebabkan oleh susu ibu (it is called as prolonged jaundice, late-onset or breastmilk jaundice) boleh ke sini, sini dan sini ek. Apapun, kalau mengalami breastmilk jaundice ni, susu ibu masih boleh diteruskan seperti biasa sebab ia tidak memberi sebarang masalah pada bayi itu sendiri. Kalau tak pasti, boleh dapatkan nasihat dari pakar. 

Mama pun dahhilang risau tentang jaundice Afiq. Kehadiran Afiq memang sangat istimewa dan tersendiri. Sama macam Kak Long dan Kak Ngah. Afiq tak banyak meragam. Walaupun melahirkan Afiq ada kepayahannya tersendiri, tapi Afiq senang dijaga. Masa kat hospital dulu, Afiq tak merengek dan menangis bila diletak bawah cahaya lampu. Afiq cuma menangis bila nak susu. Setakat lampin penuh dan bernajis, Afiq tak layan nangis. Paling tidak cuma Afiq akan kerap menyusu. Jadi, mama kena periksa lampin. Sekarang ni pun, Afiq asyik tidur je. Merengek sikit bila lapar. Selesai menyusu, Afiq sambung tidur lagi. Hehehe... 

Abah kata Afiq anak istimewa. Umur 6 bulan lebih dalam kandungan, Afiq dikatakan ada masalah jantung (tengok sini). Mama dan Abah bawa jumpa pakar fetus untuk sahkan hal ni. Alhamdulillah, semua ok. Masa bersalin pun, Afiq dapat layanan 'istimewa' sebab kos bersalin kat Barakah dah meningkat hampir 2k! hahahaha... Tapi memikirkan ketenangan dan pakarnya adalah orang perempuan Muslim seperti yang mama cari, mama redha je. Lepas tu jumpa pula pakar kanak-kanak berkali-kali disebabkan jaundice. Apapun, mama aminkan kata-kata Moksu, Afiq anak hebat. Insyaallah. Moga masin mulut Moksu. 

Ya Allah, jadikanlah anak-anak mama anak-anak yang soleh dan solehah. Yang mengenang budi ibu bapanya dan mengikut segala ajaran Allah dan Rasul-Nya. Jadikanlah mereka ini anak yang taat pada perintah agama dan moga mereka ini akan berjuang dan berjihad ke jalan-Mu ya Allah. Jadikanlah mereka ini, Ya Rahman, sebagai penyejuk hati ibu bapa mereka dan orang-orang yang mendampingi mereka. Hidupkanlah dan matikanlah kami semua ya Allah dengan kalimah-Mu Lailahaillallah Muhammadurrasullullah.... Amin.

Gambar kenangan kita

Mama di bilik bersalin

Afiq sebaik lahir. 

Lepas dibersihkan, Afiq dihantar ke bilik Khadijah.

Rombongan Tok Mak ke Bilik Khadijah

Big Baby. Kawan baik Afiq nanti

Mama dan Afiq

Mama, Kak Long, Kak Ngah dan Afiq

Five of Us


Afiq masa di hospital. Really like a little girl. Hehehe....

Monday, February 27, 2012

Afiq dan kuning

Jaundice. Yup. Sampai la ni, Afiq masih belum bebas sepenuhnya. Ada sikit lagi kuning yang mama nampak kat kulit Afiq. Hari Khamis Afiq keluar hospital, hari Jumaat nurse datang dan suruh bawa semula ke klinik untuk diperiksa darahnya. Petang Jumaat mama ke Umra dengan abah dan kakak-kakak. Ingat nak scan dulu baru ambil darah. Tapi, doktor pakar kanak-kanak di Umra cuma datang pukul 6.30. Mama pula sampai di situ jam 3 petang. So, kami ke DEMC. Instead of using a scanner for screening, darah Afiq yang diambil untuk prosedur biasa menyemak paras bilirubin dalam darah. Darah diambil dari kaki. Menjerit sekejap Afiq. Lepas tu tidur balik. Keputusannya, TSB melonjak semula dari 239 masa hari Khamis pagi ke 290. Mama dan abah ambil keputusan hantar Afiq ke hospital Banting awal pagi Sabtu (25/2/2012) untuk semak semula TSB. 

Awal pagi ke hospital untuk ambil darah Afiq. Sikit pun Afiq tak nangis. Hehehe... Afiq dah kuat dah dengan jarum yang asyik keluar masuk tangan Afiq kan? Petang dalam pukul 3 mama pergi ke hospital dengan abah. Dah siap packing barang untuk masuk ke wad. Keputusan TSB untuk pagi tu? Hehehe... 271. Turun sikit. Jadi,  MA suruh ulang semula di Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang.

Pagi tadi, mama ke klinik dan darah Afiq diambil dari kaki. Seperti hari Sabtu lepas, Afiq tidur dan tak sedikit pun menangis. Keputusan TSB. Naik sikit ke 277.6. Doktor suruh mama pergi ke Hospital Banting, ambil darah ikut tangan dan lepas tu buat temujanji dengan doktor pakar kanak-kanak dua minggu lagi. Hmmm.... penat je. Kalau tau, baik mama terus ke Banting. Sudahnya, mama cakap dengan abah untuk terus pergi ke Umra nanti. Periksa TSB dan terus jumpa pakar. Kalau buat temujanji lagi dua minggu, rasanya by that time, everything will be ok kot. Takpe la. Moksu kata, Afiq ni anak hebat. Amin... Moga begitu la....

Thursday, February 23, 2012

Rentetan Permulaan Kehidupan Muhammad Afiq Bhgn III

Alhamdulillah, hari ni, 23/2/2012, akhirnya bacaan yang ditunggu-tunggu menjelma juga. Mama sempat jengah fail Afiq yang diletakkan dekat katil mama. Bacaan hari ni ialah 239. What a relief!!! Sungguh! Mama rasa sangat seronok. Tapi tak tahu lagi macamana dengan keputusan doktor sama ada boleh ke tak keluar hari ni. Doktor pula selalunya pukul 8.30 dah pusing wad. Tapi hari ni, seorang pun tak ada. Akhirnya jam 10.45 baru ada pakar dan seorang doktor. Tapi pakar tu tak datang ke katil mama. Lepas tengok sorang pesakit kat katil depan mama, dia terus keluar. Jadi mama kena tunggu lagi. Pukul 11 lebih baru doktor datang dan tengok rekod dalam fail.

"Finally...." tu je yang dia kata sambil tersenyum. 
"Banyak turun ye doktor?" Mama pura-pura tanya. Doktor komen sikit sambil belek Afiq dan lepas tu tutup lampu fototerapi yang mama pasang sejak pagi.
"Dah boleh keluar doktor?"
"Dah."
"Bila yea?"
"Tengahari atau dalam pukul 1" 

Waaaa... rasa nak menjerit je masa tu. Seronok sangat. Alhamdulillah. Lega rasanya akhirnya dapat juga pulang ke rumah. Alhamdulillah....alhamdulillah.. alhamdulillah.... 

Banyak yang mama fikir sepanjang duduk di wad. Ada satu tu tentang sedekah. Yang itu betul-betul menyentuh mama. Mama ingat malam tadi bateri pam cuma tinggal 2 bar je. Orang kat katil depan nampak sangat memerlukan khidmat pam mama tu. Mama rasa teringin nak bantu. Tapi, dalam masa yang sama, ada satu rasa kedekut singgah. Bisikan tu kata kat mama yang nanti mama tak boleh guna dah sebab bateri dah habis. Tentu susah. Mama lawan rasa tu dan cuba ikhlaskan hati bagi juga bantuan pada jiran depan. Niat mama, moga bantuan ni nanti diberkati dan Afiq sihat. Alhamdulillah, Allah balas tunai. Hari ni, saat ini mama sedang berehat di rumah bersama-sama Kak Long, Kak Ngah dan Afiq. Sekali dengan tok mak semua. Alhamdulillah...


Rentetan Permulaan Kehidupan Muhammad Afiq Bhgn II


17/2/2012
JM datang rumah untuk pemeriksaan. Dia kata Afiq nampak kuning dan suruh mama bawa ke Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang. Kat situ jururawat ambil darah Afiq di kaki. Jumlah bacaan bilirubin dalam darah ialah 259. Doktor suruh mama ke Hospital Banting. Di Banting, darah Afiq diambil lagi. Kali ni di tangan. 2 jam lagi baru tau keputusan. Jadi mama balik dulu. Lepas maghrib mama datang dengan abah, Kak Long, Kak Ngah dan Afiq. Bacaan malam tu 270. Betul-betul border line. So, doktor suruh datang ulang ujian darah untuk esoknya. Alhamdulillah.

18/2/2012.
Mama pergi hospital dengan abah dan Afiq je awal pagi. Lepas ambil darah, kita terus balik rumah. Petang pukul 2 lebih baru pergi hospital semula. Kali ni bacaan Afiq jadi 321/285. Kena masuk wad. Huhu.. Malam tu Afiq tidur bertemankan 1 lampu biru. Kak Long dan Kak Ngah datang jengah kita kejap malam tu teman abah hantar barang mama. Rindunya mama kat anak-anak mama.

19/2/2012
Doktor datang sekitar jam 8 dan beritahu bacaan bilirubin dalam darah Afiq turun sikit je. 319. Kita bermalam lagi di wad. Aduhai...

20/2/2012
Jururawat datang ambil darah Afiq awal pagi dalam pukul 5 lebih. Keputusan darah pagi ni pun tak memberangsangkan. Cuma turun 5 je jadi 314. Kecewa juga mama sebab kena duduk lagi kat wad. Afiq kuat menyusu. Tapi peliknya bilirubin dalam badannya tak banyak turun. Pakar paed suruh letak dua lampu atas. Jam 3 lebih, tukar semula jadi 1 lampu sebab kuning nampak kurang.


21/2/2012
Going to spend don't know for how many more days with Afiq in the ward. Keputusan bacaan bilirubin dalam darah ialah 304. Turun 10 unit. Jauh lagi nak jangkau 280. Mama pun dah mula dendang lagu Berhenti Berharap nak balik. Rindu mama pada abah, kak long n kak ngah meluap-luap. Tapi mama terpaksa telan je. Huhu... Untuk hari ni, Afiq pakai lampu atas dan bawah berbanding semalam. Jam 4 lebih, paed arahkan tukar kepada 1 lampu. She said Afiq looked good. She wondered why the reading was high but his body looked pinkish instead of yellowish.


22/2/2012
The reading for today is 301. Just 3 units different from yesterday. Disebabkan mama dah berhenti berharap, mama tak ada la kecewa sangat. Cuma kesian tengok lubang jarum kat tangan afiq dah bertambah. Paed pun tak pasti sebab penurunan bilirubin dalam darah yang terlalu perlahan. She suggested few tests done over Afiq to detect if there was any mild infections going on. So, around two, a nurse came and took Afiq to get his blood and urine. Aduhai anak.. Mama is not going to give the doctors to do all nonsense test to feed their curiosity later on. Just pray to Allah Afiq sihat dan tak demam. Amin. Tengahari tok mak datang dengan tokyah bawa moksu, harraz, daus, kak long dan kak ngah. Bila dengar yang doktor might do few tests over Afiq, tokyah masuk wad dan bacakan ayat-ayat penawar. Kak long lak curi-curi masuk tengok Afiq. Abah datang malam lepas maghrib. Bawa ubat yang dia beli dari seorang client dia. Harganya RM 180. Abah campur dengan susu yang mama perah dan bagi Afiq minum. Moga bacaan esok terus baik. Amin.


Specky baby boy

Santai di atas katil

Ni lampu atas bawah yang dipasang pada hari keempat

Rentetan Permulaan Hidup Muhammad Afiq Bhgn I


13/2/2012

11.40
Sempat tunaikan solat Isyak dengan abah. Dah ada keluar darah sikit. Mama cuma ganti pad bersih je. Lepas solat, abah tak dibenarkan duduk sekali sebelah mama sebab malam ni ada 2 orang pesakit dalam bilik Fatimah ni. Mama ingat nak ambil satu bilik seorang tapi dah penuh. Jadi, tinggal la mama sendiri. Mama penuhkan waktu lapang dengan baca yasin.

0005
Nurse datang dan pasang mesin CTG untuk 20 minit. Mama sempat tanya tentang pesakit yang la ni ada dalam bilik bersalin. Nurse kata, pesakit tu nak melahirkan anak pertama. Baru buka 5cm. Huhu.. Lambat lagi. Mama pula secara asasnya idak la sakit sangat.

0030
CTG tamat. Nurse suruh mama tidur dulu. 4 jam lagi dia akan datang periksa. Mama tak boleh nak lelap. Mama keluar borak2 dgn abah.

0050
Abah pergi McD nak beli makanan tapi malangnya tutup. Pelik. Huhu.. Jadi mama masuk bilik balik.


0215
Cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Rasa tak selesa. Jadi mama ambil keputusan nak balik. Tidur kat rumah dan datang balik pagi esok. Mama tidur lena kat rumah.

14/2/2012

0900
Mama pergi semula ke Pusat Bersalin Barakah.

1030
Ubat buang air besar dimasukkan dan tak lama lepas tu air ketuban dipecahkan. Masa tu laluan baby dah buka 5cm.

1105
Sakit yang amat sangat bermula. Kali ni mama tak ambil gas ataupun suntikan tahan sakit. Penopang kaki pun mama tak guna. Tak tau kenapa tapi kali ni mama masih boleh bertahan. Mama cuma kawal pernafasan. Bolehlah nak kurangkan sikit rasa sakit. Tapi, memang sakit nak bersalin tu tak ada lagi tandingannya. Guna la gas ataupun suntikan atau kawalan pernafasan, sakit tetap terasa.

1120
Bukaan dah jadi 8cm dan mama dah mula meneran. Doktor jangka 2 3 kali teran, baby terus keluar. Macam Kak Ngah. Tapi, bila nampak kepala adik baby yang besar, baru doktor kata berat adik baby di luar jangkaan. Sudahnya, mama terpaksa dibantu dengan vakum untuk keluarkan adik baby. Mama tak henti sebut nama Allah sebab sangat lega dengan kejayaan pertarungan jihad mama. Adik baby menangis kuat sebaik lahir tepat jam 12.18. Lepas luka mama sepanjang 1 inci dijahit, mama dipindahkan ke Bilik Khadijah. Tak lama lepas tu, adik baby juga disorong masuk. Sungguh, mama rasa seriau dan bagai terasa-rasa lagi perihnya bersalin bila abah beritahu mama yang berat adik baby ialah 4.16 kg. Subhanallah! Dan mama lahirkan adik baby secara normal dengan bantuan vakum. Allahuakbar. 

Mama duduk di pusat bersalin tu dua hari satu malam. Lepas bersalin, petang tu mama mandi wiladah. Mandi selepas bersalin. Terasa agak segar sikit lepas tu walaupun badan belum cukup kuat.


16/2/2012
Dengan rasminya abah menamakan adik baby dengan panggilan Muhammad Afiq bin Mohd Nizamuddin yang bermaksud Yang Terpuji Yang Mulia. Moga Afiq jadi anak yang mempunyai pekerti dan akhlak mulia dengan mengikut Nabi Muhammad sebagai contoh terbaik. Mama doakan Sarah, Syaza dan Afiq menjadi anak yang soleh dan solehah, patuh pada Allah dan Rasul. Alhamdulillah, keluarga kita kini berlima! :D