Jaundice. Yup. Sampai la ni, Afiq masih belum bebas sepenuhnya. Ada sikit lagi kuning yang mama nampak kat kulit Afiq. Hari Khamis Afiq keluar hospital, hari Jumaat nurse datang dan suruh bawa semula ke klinik untuk diperiksa darahnya. Petang Jumaat mama ke Umra dengan abah dan kakak-kakak. Ingat nak scan dulu baru ambil darah. Tapi, doktor pakar kanak-kanak di Umra cuma datang pukul 6.30. Mama pula sampai di situ jam 3 petang. So, kami ke DEMC. Instead of using a scanner for screening, darah Afiq yang diambil untuk prosedur biasa menyemak paras bilirubin dalam darah. Darah diambil dari kaki. Menjerit sekejap Afiq. Lepas tu tidur balik. Keputusannya, TSB melonjak semula dari 239 masa hari Khamis pagi ke 290. Mama dan abah ambil keputusan hantar Afiq ke hospital Banting awal pagi Sabtu (25/2/2012) untuk semak semula TSB.
Awal pagi ke hospital untuk ambil darah Afiq. Sikit pun Afiq tak nangis. Hehehe... Afiq dah kuat dah dengan jarum yang asyik keluar masuk tangan Afiq kan? Petang dalam pukul 3 mama pergi ke hospital dengan abah. Dah siap packing barang untuk masuk ke wad. Keputusan TSB untuk pagi tu? Hehehe... 271. Turun sikit. Jadi, MA suruh ulang semula di Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang.
Pagi tadi, mama ke klinik dan darah Afiq diambil dari kaki. Seperti hari Sabtu lepas, Afiq tidur dan tak sedikit pun menangis. Keputusan TSB. Naik sikit ke 277.6. Doktor suruh mama pergi ke Hospital Banting, ambil darah ikut tangan dan lepas tu buat temujanji dengan doktor pakar kanak-kanak dua minggu lagi. Hmmm.... penat je. Kalau tau, baik mama terus ke Banting. Sudahnya, mama cakap dengan abah untuk terus pergi ke Umra nanti. Periksa TSB dan terus jumpa pakar. Kalau buat temujanji lagi dua minggu, rasanya by that time, everything will be ok kot. Takpe la. Moksu kata, Afiq ni anak hebat. Amin... Moga begitu la....
2 comments:
cohmel..nak culik boleh x?
hahahaha
nak culik? Hohoho... culik gambo buleh la... :D
Post a Comment