Wednesday, February 29, 2012

Muhammad Afiq

Semenjak dari lahir, Afiq sibuk sangat dengan jaundicenya. Semalam pergi ke Umra, ambil darah lagi untuk tengok TSB. Kali ni dah turun ke 261. Sat tadi Doktor Jessie call beritahu yang keputusan darah untuk periksa fungsi hati adalah ok. Tiada sebarang masalah dengan hati Afiq. Doktor pakar, Dr. Jessie kata, sebab kuning masih berterusan mungkin berpunca dari bengkak di kepala akibat vakum dan juga kerana susu ibu. Pada yang mencari maklumat tentang kuning disebabkan oleh susu ibu (it is called as prolonged jaundice, late-onset or breastmilk jaundice) boleh ke sini, sini dan sini ek. Apapun, kalau mengalami breastmilk jaundice ni, susu ibu masih boleh diteruskan seperti biasa sebab ia tidak memberi sebarang masalah pada bayi itu sendiri. Kalau tak pasti, boleh dapatkan nasihat dari pakar. 

Mama pun dahhilang risau tentang jaundice Afiq. Kehadiran Afiq memang sangat istimewa dan tersendiri. Sama macam Kak Long dan Kak Ngah. Afiq tak banyak meragam. Walaupun melahirkan Afiq ada kepayahannya tersendiri, tapi Afiq senang dijaga. Masa kat hospital dulu, Afiq tak merengek dan menangis bila diletak bawah cahaya lampu. Afiq cuma menangis bila nak susu. Setakat lampin penuh dan bernajis, Afiq tak layan nangis. Paling tidak cuma Afiq akan kerap menyusu. Jadi, mama kena periksa lampin. Sekarang ni pun, Afiq asyik tidur je. Merengek sikit bila lapar. Selesai menyusu, Afiq sambung tidur lagi. Hehehe... 

Abah kata Afiq anak istimewa. Umur 6 bulan lebih dalam kandungan, Afiq dikatakan ada masalah jantung (tengok sini). Mama dan Abah bawa jumpa pakar fetus untuk sahkan hal ni. Alhamdulillah, semua ok. Masa bersalin pun, Afiq dapat layanan 'istimewa' sebab kos bersalin kat Barakah dah meningkat hampir 2k! hahahaha... Tapi memikirkan ketenangan dan pakarnya adalah orang perempuan Muslim seperti yang mama cari, mama redha je. Lepas tu jumpa pula pakar kanak-kanak berkali-kali disebabkan jaundice. Apapun, mama aminkan kata-kata Moksu, Afiq anak hebat. Insyaallah. Moga masin mulut Moksu. 

Ya Allah, jadikanlah anak-anak mama anak-anak yang soleh dan solehah. Yang mengenang budi ibu bapanya dan mengikut segala ajaran Allah dan Rasul-Nya. Jadikanlah mereka ini anak yang taat pada perintah agama dan moga mereka ini akan berjuang dan berjihad ke jalan-Mu ya Allah. Jadikanlah mereka ini, Ya Rahman, sebagai penyejuk hati ibu bapa mereka dan orang-orang yang mendampingi mereka. Hidupkanlah dan matikanlah kami semua ya Allah dengan kalimah-Mu Lailahaillallah Muhammadurrasullullah.... Amin.

Gambar kenangan kita

Mama di bilik bersalin

Afiq sebaik lahir. 

Lepas dibersihkan, Afiq dihantar ke bilik Khadijah.

Rombongan Tok Mak ke Bilik Khadijah

Big Baby. Kawan baik Afiq nanti

Mama dan Afiq

Mama, Kak Long, Kak Ngah dan Afiq

Five of Us


Afiq masa di hospital. Really like a little girl. Hehehe....

No comments: