Bukan senang untuk berfikir secara rasional bila amanah yang kita beri dikhianati. Pada aku sendiri, ada bermacam-macam perasaan yang timbul bila aku tahu amanah aku dikhianati. Marah, geram, kecewa, sedih, kesal. Aku tak tahu apa yang perlu aku buat bila berdepan situasi macam ni. Lebih-lebih lagi bila orang yang pecah amanah tu kawan yang kita percayai. Payah sungguh nak terima hakikatnya. Barangkali bila berlaku perkara ni, aku perlu muhasabah diri.
- Perlu tahu untuk simpan amanah dan menjaga hak orang lain pada masa-masa akan datang.
- Perlu tahu yang bukan semua orang suka dengan apa yang kita buat.
- Perlu fikir dulu sebelum bertindak. Kadang-kadang kita rasa kita perlu membuka perkara yang telah diamanahkan orang kepada kita sebab kita menganggap amanah itu hanya perkara-perkara remeh yang tidak menimbulkan sebarang masalah jika ianya tidak disimpan seperti yang diharapkan oleh pemberi amanah. Sedangkan pada hakikatnya, amanah tetap amanah walaupun ia dilihat sebagai satu perkara biasa. Walau seremeh mana pun perkara tu, seharusnya kita sebagai pemegang amanah menjaga ia sebagaimana yang diminta.
- Mungkin juga situasi ini mengajar aku, kau dan yang lain untuk lebih berhati-hati apabila mahu menyampaikan amanah kita kepada orang lain supaya nanti amanah yang diberi tidak bertukar menjadi 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Maka sudahnya kita yang kecewa.
Memang bukan senang untuk kita maafkan kesalahan orang yang mengkhianati amanah yang diberi. Dan aku sedang cuba memaafkan. Cuma bukan buat masa ini.
p/s: Esok ada ujian untuk KISSM. Tapi aku tidak bersedia langsung. Badan yang terlalu letih rasanya tak memungkinkan untuk aku baca buku. Jadi... mari kita tidur selepas Isyak... hehehe...
3 comments:
KISSM tu pon amanah gak tu..heheehee..
Dah selesai pun amanah yang satu tu,,, sudah baca dan berjaya keluar dengan awalnya... hahahha
Dah selesai pun amanah yang satu tu,,, sudah baca dan berjaya keluar dengan awalnya... hahahha
Post a Comment