Tuesday, June 21, 2011

OMG...

Hari ni masa aku sedang berjalan-jalan di sekitar FITEC sebab nak mencari seseorang, aku terpandangkan satu artikel yang disalin dari satu sumber. Majalah mungkin. Jadi, aku ambil gambar sebab aku bukan seorang yang kuat ingatan.

Soalan yang dikemukakan di sini adalah mengenai dengan perkataan OOO! M.G yang selalu sangat disebut-sebut dek diperkenalkan dengan jayanya oleh peserta Maharaja Lawak. Biasa la, kalau dah selebriti, cakap apapun orang ikut. Tapi, aku selalu ingatkan diri aku sendiri dan juga kawan-kawan yang lain, tak lupa juga pada anak murid aku (kadang-kadang terbabas juga). Kalau tak tau makna sesuatu benda, janagn selalu disebut. Kalau tak pasti tentang sesuatu isu untuk disandarkan pada agama, tak payah la kita ikut.

Untuk isu OMG ni, mengikut Ustazah Marshitah, kita sebagai orang Islam ni sepatutnya sentiasa menyebut nama Allah. Ini berdasarkan pada satu ayat Quran, "Tidakkah dengan mengingati Tuhan, hati menjadi tenang..."

Kalimah god dari jurus bahasanya jika diterjemahkan hanya bermaksud tuhan. Perkataan itu juga merujuk kepada jamak atau banyak dan ada jantina. Sebab itu ada god dan goddess. Jadi, secara sendirinya, god tidak merujuk secara khusus kepada Allah. Berbeza dengan perkataan god, Allah mempunyai makna tauhid di dalamnya. Tiada dua dan tiada tiga. Allah itu Esa. Allah itu satu. Maka, seelok-eloknya, sebutlah Ya Allah jika berdepan dengan sesuatu dan bukan OMG kerana kita ini Islam. Jadi, ikutlah cara yang dianjurkan oleh orang Islam.

Isu ni sebenarnya sudah lama. Cuma jarang diketengahkan. Masa aku belajar di UIA dulu pun, pensyarah aku selalu asuh kami untuk tulis Allah dan bukan 'god'. Jadi, sampai la ni, aku kadang-kadang rasa renyang bila orang tulis god tu dan yang dimaksudkannya adalah Allah. Allah itu Allah, god itu terlalu umum untuk kita rujukkan ia pada Allah. Ini pendapat aku.

No comments: