Gambar sekadar hiasan. Sumber: http://farhandestory.blogspot.com/
Bismillahirrahmanirrahim.
Benar, ilmu itu ada di mana-mana. Ilmu akan diperolehi oleh sesiapa sahaja yang gemar memerhati dan berfikir akan pemerhatiannya.
Seperti biasa rutinku, boarding the train to my workplace. Selalunya, untuk mengatasi kebosanan perjalanan itu aku memilih untuk tidur, atau sekadar memejamkan mata, berpura-pura tidur kerana tidak sanggup melihat aurat yang sengaja didedahkan. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka. Penulisan kali ini bukan berkisar pada soal ini, tetapi ada satu perkara yang menarik perhatianku tadi.
Tadi aku memilih untuk tidak tidur tetapi membawa dua majalah untuk dibaca. Satu majalah Mingguan Famili dan satu lagi majalah Muslimah. Sedang ralit membaca satu artikel tentang Saidina Abu Bakar As Siddiq, tiba-tiba ada satu pasangan masuk lantas seorang gadis dan seorang pemuda bangun memberikan tempat duduk pada pasangan itu. Lagaknya macam pasangan istimewakan? Bagus juga pemuda dan pemudi itu. Berbudi bahasa. Si suami mendukung seorang anak perempuan yang serasaku mungkin belum boleh merangkak. Dia juga menggalas sebuah beg pakaian. Si isteri menggalas sebuah lagi beg pakaian dan beg tangannya. Isterinya duduk disebelahku. Anak yang comel, hampir semua yang ada di sekitar kawasan tempat duduk itu diam, seolah-olah memfokus perhatian kepada pasangan itu. Tidak kurang juga yang mengagah anak kecil comel itu, yang kadang-kadang tersenyum seolah faham agahan orang di sekelilingnya. Aku terus membaca. Mataku pada barisan ayat-ayat di majalah tetapi telingaku mencuri-curi mendengar perbualan pasangan istimewa itu.
“Pukul berapa sayang?”. Tanya si suami.
Si isteri lantas mengeluarkan jam tangan dari dalam beg tangannya, menekan punat pada jam itu, meletakkannya di telinga dan menjawab “
Sesekali, si suami mengagah anak kecil comel itu, berkomunikasi dengan si anak. “Tengok atas ya? Lampu…lampu.” Mengajar anak yang belum mampu bertutur itu.
Majalah ditutup setelah artikel itu usai dibaca.
“Laparla bang?. Abang lapar tak?”.
“Lapar?. Abang dah makan sikit tadi. Takpela…nanti kita makan dulu.”
Kadang-kadang aku menoleh ke arah mereka. Mereka tidak sedar itu. Nampak bahagia, walaupun pakaian dan beg-beg yang digalas itu menggambarkan mereka bukanlah pasangan yang kaya wang ringgit. Tapi mereka kaya kasih sayang. Mereka bukanlah pasangan yang kaya rupa tapi kaya budi bahasa. Rasa tersentuh hati mendengar bicara keduanya. Seolah cinta dan kasih sayang melimpah ruah antara keduanya.
Terfikir di sudut hati. Teringat seorang wanita yang pada pengamatanku cukup pakej. Cantik, badan lawa, bijak, kaya, terkenal. Suaminya pun cukup pakej. Kacak, bijak, berharta dan ramai kenalan berpengaruh. Dikurniakan Allah seorang putera yang tentu sahaja mewarisi kecantikan dan kekacakan ibu bapanya. Tetapi mereka akhirnya berpisah walau usia perkahwinan masih muda. Salah siapa?
Bila akal membandingkan antara dua pasangan ini, hati tertanya-tanya. Aku mahu jadi yang mana? Kalau anda pula, anda mahu jadi yang mana?
Sehingga detik ini tinggal lagi 58 hari aku akan bergelar isteri. Tentu sahaja siapa pun yang akan berkahwin mengimpikan sebuah rumahtangga yang harmoni, dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Anak-anak yang soleh solehah. Biar tidak mewah harta, tapi mewah kemesraan.
Perkahwinan memang mengundang seribu masalah. Masalah duit, privacy, cemburu, konflik hubungan kekeluargaan, kerenah ibu mertua, suami pemalas, isteri tak pandai berhias dan seribu jenis lagi. Kadang-kadang perkara kecil pun boleh jadi isu yang besar! Kalau dah tahu begitu, mengapa mahu berkahwin?
Dari firman Allah ini menunjukkan Allah mengglakkan kita berkahwin. Agama lain seperti Buddha, Kristian menganggap ‘celibacy’ (membujang seumur hidup) sebagai suatu pengorbanan yang besar. Tetapi Islam sebaliknya menggalakkan perkahwinan kerana Islam itu agama yang tidak menyalahi fitrah. Berpasang-pasangan itu
Islam juga melihat perkahwinan itu sebagai ibadah. Sehinggakan hubungan intimasi antara pasangan juga adalah ibadah. Nah! Untungkan menjadi penganut agama ini?
Hampir sebulan lepas, aku mengikuti satu kursus pra-perkahwinan. Sekadar untuk mendapat ilmu walaupun kursus itu tidak menawarkan sijil dari autoriti yang sepatutnya. Alhamdulillah, bukan senang nak mendengar orang berpengalaman berkongsi cerita dan pengalaman yang sedikit peribadi. Suatu yang menarik adalah kenyataan salah seorang penceramah dari Singapura. Katanya “Perkahwinan itu adalah satu perjudian yang boleh dimenangi”.
Perjudian itu biasanya
Pada pandanganku, bila berkahwin, kita berserah pada Allah bahawa dialah pasangan kita seumur hidup. Siapa yang sebelum kahwin yakin bahawa inilah pasanganku? Tidak ada
Mengambil Rasulullah sebagai model, tentu ramai yang berazam untuk menjadi suami isteri yang soleh solehah. Syabas! Anda telah memulakan hidup berkeluarga dengan niat yang baik. Pernah kusuarakan kebimbanganku kepada seorang sahabat yang insyaAllah akan menjadi suamiku. Kebimbangan akan pelbagai kelemahan diri, kecacatan pada peribadi, kekurangan ilmu. Takut nanti gagal menjadi isteri yang baik.
Jawapannya ringkas “Usahlah berimpian tinggi-tinggi sangat mahu menjadi suami soleh atau isteri solehah. Buatlah paling baik yang kita termampu. Terimalah kekurangan satu sama lain. Apa kalau nanti kita bukan suami soleh atau isteri solehah kita bukan seorang yang baik?. Ana ada kelemahan. Anti pun sama.”
Ya. Kita hanyalah sekadar umat akhir zaman yang tipis iman. Teruslah berusaha memahami perbezaan dan menerima kelemahan pasangan anda.
Kembali kepada cerita pasangan tadi. Memang mereka pasangan istimewa. Anda tahu kenapa? Mereka cacat penglihatan! Sudah tentulah perkahwinan itu bukan didasari kecantikan fizikal. Mereka tidak mampu melihat dengan mata. Tetapi hati mereka bersatu kerana mereka memiliki cinta kasih sayang yang dilihat dengan mata hati.
Pasangan itu turun di KL Sentral. Walaupun mereka telah turun, saya masih berfikir-fikir .Semoga mereka bahagia selamanya. Saya dan anda yang membaca artikel ini pun mampu bahagia. Selamat berbahagia.
HuRRiYYati
109, Jabatan Undang-Undang
Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa
2 comments:
panjang betul..
hehe.... tapi suka baca tulisan member akak ni... just for sharing...
Post a Comment