Friday, February 10, 2012

Tempang dan 'kaki barunya'

Terkini tentang Tempang. Lepas hadir ke Program Pemantapan Profesionalisme Perguruan di MCS, Banting, aku terus ke hospital ambil Tempang. Kali ni nampak kakinya yang tidak berbalut. Nampak cantik sedikit dengan jahitan yang kemas dan luka yang sudah kering. Tempang menurut Dr. Ramzan agak bising dalam sangkar hari ni. Dia ambil dan letak atas meja rawatan. Aku tengok dan belek-belek kakinya yang dah tak ada pun. Dia nampak agak janggal dengan situasi baru ni. Terkial-kial sedikit nak bangun. Tapi aku harap Tempang cepat sesuaikan dirinya dan luka jahitan tu cepat sembuh.
Sungguh! Aku dah tak larat nak menukar balutan di kaki. Apapun, secara asasnya 'kaki baru' Tempang kali ni tidak memerlukan sebarang balutan. Apa taknya, dah tak ada tunggul untuk membalut kakinya. Dah habis dipotong terus sampai ke 'bahunya'. Yang merisaukan aku cuma satu. Takut kalau dia jilat dan gigit-gigit jahitan sampai tercabut. Dan takut itu nanti menyebabkan kulit yang baru hendak bercantum terbuka lagi. Aduhai Tempang... jangan la buat begitu lagi yea sayang.... Aku ni dah nak bersalin. Nanti masa dalam pantang, kakak aku dan seluruh keluarganya bersekali dengan mak dan ayah aku nak pergi umrah. Maid dia pula balik kampung. Mr. Hubby pula ada kursus di Phuket dari 9-12 Mac. Kalau jadi apa-apa lagi kat kau Tempang, siapa la yang mampu nak uruskan semua kau. Cik Pah tak boleh kena bulu kucing....

 Memang aku amat la berharap Tempang tak buat perangai lagi. Kalau semuanya berjalan lancar dan Tempang tak usik sangat jahitan di kakinya tu, maka dia boleh la memulakan aktiviti outdoor dia dalam tempoh dua minggu dari sekarang. Boleh la Tempang dok lari-lari dan panjat pokok macam selalu. Sebelum dia terkurun dalam kandang tu. Ya Allah, moga Engkau sihatkan Tempang dan moga dia jadi kucing yang baik. Amin. :D

 Tempang yang pasrah dengan keadaan sekarang. Huhuhu... Bukan niat menyeksa. Tapi supaya kita semua dapat hidup harmoni bersama-sama.... 1k++ ni Tempang.... hehhehehe...

2 comments:

Mr. X said...

tempang ni sbrnya kena apa ek?

Mama Iman said...

Ooo... X cita eh? Tempang ni dulu sblm kena potong kaki, dia normal. Tp sbb dia duduk dlm enjin, masa ayah aku dok start keta, dia terkena timing belt. Ekor dia putus n kaki dia hancur. Tu yg kena potong sbb dia jln sambil seret kaki buatkn kaki tu kena ulser. 2nd amputation tu kena dibuat sebb dia gigit2 kaki dia smp tak blh nk form base utk dia berjln nnt plus tulang kaki yg dh tersembul. Jdnya la ni, Tempang tgl 3kaki je. Alhamdulillah, dia nmpk sihat n akn mula berlari v soon. :-)