Saturday, September 09, 2006

Sehari di pejabat pada hari Ahad

Lama dah rasanya aku tak menjenguk ke friendster ni. Baru skrg ada masa skit. Bukan ada masa benonya. CUri masa skit. Sebab aku rasa kalau ikut masa, mcm tak cukup je. Hari ni first time aku keje hari Ahad sepanjang aku keje kat library ni. Since aku duty officer ini hari, aku sepatutnya dtg awal utk bukak pintu. Tp apa nak wat, husband aku p kuar pg2 cari breakfast naik keta kami yg satu tu, cuma balik menjelang kul 7.45 pg. Waktu yg sepatutnya aku dah bertolak kuar p keje. Sebab nak jaga hati punya pasal, aku makan juga roti canai yg dia beli. Nanti kecik ati plak kalau aku tak jamah. Kul 8 baru bertolak. Aku congak2, macam tak sempat samapi sebelum kul 8.30. Aku pun bawak keta cam ribut. KAt jalan kg pun aku p tekan sampai 100 k/mj. Bila ada je keta kuar dari simpang, aku pun menyumpah sebab diorang gerak cam kekura. Sampai opis kul 8.30 sharp. Dua org bdk opis aku dah smp dah. hehehe... aku pun cakap la keta aku wat perangai. Moga2 tak jadi betul2 la akan datang. Takut gak. keta dah la satu, gaji pun cukup2 je. kalau keta wat hal betul2 akan dtg... heee... nauzubillah. Keje yg makin berlambak dari hari ke hari buat aku rasa masa yang berpusing tak penah cukup. Tapi, masa utk aku terlelap kat opis masih ada. haha... gilo gak aku nih. Plus badan yg sentiasa penat and lesu sebab tak ckup tido wat aku rasa mcm nak mc je hari2. Masa kat kedai buku dulu... idak plak aku rajin MC. kat sini, menjadi2 aku MC. aku rasa sebulan ada la dua kali. aku dah keje kat sini 5 bulan. so... Uih... 10 hari gak la. hmmm.. nasib la. Mmg ikutkan, rasa mcm takde hati nak keje lama kat sini. Mungkin aku masih lagi teringat keseronokan makan tengahari sama2, waktu susah and senang sama2 and segala pahit masis kat kedai buku tu dulu. Sampai sekarang, kalau dibagi peluang (kalau suami aku bagi), mau aku apply balik ke sana. Tp, bak kata bos aku (dia baru je masuk. sblm ni keje kat kedai buku gak cam aku), aku kena pilih. Antara masa atau keseronokan. Sebab lagi sebulan, insyaallah, Iman dalam perut aku ni nak menjengah dunia. Jadi, aku perlu banyak masa untuk dia. Kalau kat kedai buku, waktu tak menentu. Kalau kat library ni, boleh la (walaupun ada night shift sebulan sekali)... Terpk gak aku... manusia ni... tak penah bersyukur dgn apa yg dia ada kan ? Koranggg.... aku rindu gilerrrrr kat korang..... How I wish I could be there to visit you guys! Insyaallah, one day....
There was an error in this gadget