Tuesday, December 30, 2008

Wedding Farahdhiya

Memang headline dia pelik skit. Kalu nak dibandingkan dengan gambar yang aku amik. Anyway, camni ceritanya. Aku and adik aku, Fizah p ke majlis perkahwinan ex-housemate merangkap cik Farah yang gila-gila. Hehehe.... Sampai ke restoran tu pukul 3.40. Jadi kami terus la pi makan dulu. Al-maklum la. Aku and hubby tak lunch lagi. Jadinya, disebabkan nasi briyani dan lauk-pauknya memang sedap, aku pun dok tambah dua kali hingga masa melangkaui pukul 4.10. Since majlis pun tamat kul 4, kami pun beransur pergi. Kononnya nak amik gambo la dengan Puan Farah dan Azhar. Tup...tup... dia dah hilang ke lokasi penggambaran. Maka, takde la dapat aku bergambo dengan Farah. Comey dia aritu. Serba putih. Azhar pun nampak segak. Hmmm... Raja sehari la katakan.... Balik dari majlis tu, kami singgah kat Putrajaya. Saja jalan-jalan.
Zuhaira dan ayahnya, Azam. Ni gaya lepas tukar baju sebab muntah. Yang ni masa lepas makan kat majlis kenduri Puan Farahdhiya Husna Zakaria. Heee... dah puan dah dia ek.


My little princess, Cik Iman Maisarah. Ni la gaun yang baru beli. Susah sungguh nak cari gaun untuk dia sebabnya kalu beli yang untuk umur 1-2 tahun, singkat paras lutut. Kalu yang 3 -4 tahun lak, labuh na sampai boleh jadi MDKL la pulak. Tu yang anak aku ni dah lama sangat tak pakai gaun.


Sarah dan suami aku, Nizamuddin. Dah lama tak pi kenduri kawin pakai baju sedondon. Ni sebab aku dah takde saiz baju yang boleh dipakai. Baby dalam perut makin besar. Tadi dah menjangkau 2.8 kg. Sedangkan minggu lepas baru 2.2. Bia bena!!!



Fizah, Zuhaira, Sarah and aku. Nampak gayanya, 27hb tu la hari terakhir aku pakai jubah ni sebab memang dah sendat bila tiba kat perut. Hehehe.... tapi aku tibai gak. Saja je la pakai tudung yang aku labuhkan sampai ke perut supaya tak nampak sangat kesendatannya.

Saturday, December 27, 2008

Tawaran KPLI



Bila tengok je keputusan dalam talian tu, aku tak tau nak kata seronok ke tidak. Hati memang teruja sangat sebab dah dapat tawaran. Tawaran yang diidam-idamkan. Tapi, at the same time, the offer is not valid. Reason? I am pregnant. Hmmm…. Nampak gayanya, tahun depan aku kena apply lagi…..

Monday, December 22, 2008

Hari terakhir di sekolah

Aku menghadiri mesyuarat panitia terakhir di sekolah. Panitia Sejarah. Penghujung bulan ni, dengan rasminya kontrak aku dengan SMKJK tamat. Well, rasa sedih, sebak, rasa sayu je nak tinggalkan sekolah. Lebih2 lagi bila aku turun ke bilik guru mengambil barang2 peribadi yang tak sempat aku angkut sepanjang minggu mesyuarat minggu lepas. Tinggal satu hadiah pemberian anak murid aku. Mug kecil tertulis "Happy Teacher's Day". Hmmm.... tulisan tu lebih membuatkan aku rasa sebak. Bergenang juga airmata. Memikirkan bila lagi agaknya aku dapat kembali ke sini. Dapat ke aku ke sini lagi? Hajat di hati ingin menyambung kontrak. Tapi apa kan daya, aku hanya akan bersalin pada penghujung bulan satu. Dan aku juga masih menunggu keputusan temuduga KPLI. Nyatanya, aku sangat2 teringin menjadi pendidik yang mendidik anak bangsa sebaik mungkin.....

Thursday, November 27, 2008

Family Day kat PD

Tahun lepas family aku ke Kelantan dan Terengganu. 3H2M naik bas persiaran. Letihnya ya Allah!. So, tahun ni kami cuma arrange dekat2 rumah je. Objektif utama, berehat dan tidak keluar untuk membeli belah. Walaupun memula mak dengan ayah aku cam tak setuju je, kami buat juga tempahan kat Glory Beach Resort. Not bad la tempatnya. kami sewa dua apartment 3 bilik dengan harga 560. Sampai2 je pukul 12 tenghari, terus check in. Lepak2 jap, tido dan berkemas2. Pukul 5 kami adik beradik bersama anak2 masing-masing turun ke kolam mandi. Yeeeaahaa.... syok gak walaupun aku tak join terjun sama. Maisarah yang memula nampak takut (maybe sebab dia terkejut baru turun lif sebab comel aku ni takut naik lif. Sampai tido malam pun dia ngigau sebut "takut lif...") nak berendam dalam kolam. tapi dah lepas sejam menyaksikan sepupu2nya seronok main air, dia pun turut serta smp bila tiba masa nak kuar kolam, dia lak tak nak.


Maisarah yang dah mula tenang dan bersedia untuk mandi kolam



Seronoknya kan dapat masuk kolam. Aku cuma jadi tukang amik gambo je.



Saat-saat cemas cik Sarah yang tak nak masuk kolam.


Sarah cuma mampu duduk tepi kolam je sebab masih takut dengan lif.


Harraz yang tak tau takut....


Lepas ke kolam, kami pi la pantai sat. Not that good. Pantai kat Glory Beach Resort ni kotor. Tak sesuai untuk mandi ataupun wat istana pasir ke whatsoever. So, aku and hubby plan naik dulu.
Kami mandi and get ready untuk dinner malam tu. First time wat bbq dinner. Ayam, udang galah yang Zul pancing, ikan kembung dan terubuk aku dah perap awal2 malam tadi. Tinggal bakar je. Kami turun kul 8, dekat2 kul 9 baru mula panggang. Sebab nak siapkan bara tu bukan mudah rupanya. hehehhe..... Kami makan bbq tu plus nasi lemak and sambal sotong. bbq tu plak cecah dengan kicap yang aku dah campur dengan bawang besar, tomato, cili api dan perahan limau nipis. Perghhh.... sedap weh! Cuma yang tak best, aku tersalah bajet. Ayam terlebih sekor. So, ayam tak dapat dihabiskan. Ptutnya family aku cuma makan 2 ekor je, tapi aku beli tiga ekor.... Abis bbq, kemas2 barang and naik. Sleep time!
Sambil menunggu barbeque pit dihantar ke lot yang kami dah book petang tu.

Ini la rupa makanan untuk dibakar malam tu....
Usaha-usaha menghidupkan bara api dimulakan..


Sesi pembakaran makanan bermula. Nampak tak ayam tu.... hehehheh.....
Mula menjamu selera. Mak aku yang beria-ia kata takyah wat bbq pun seronok meratah udang dan sebagainya.... kira sedap la tu kan....

Makanan untuk sarapan pagi. Sempoi dan murah je. Tak perlu pk nak bayo RM15++ untuk buffet sarapan pagi kat bawah yang menunya... alaa... macam biasa la menu breakfast.....

Dari belakang: Sham tengah dokong Zuhaira, Azam, Fizah, Hj Basiran merangkap ayah aku yang tengah dokong Harraz.
Tengah: Zul, Abg Hir, Kak Ina, Mak, Abg Long, Kak Long, Bibik.
Depan: Suami aku, Nizamuddin, Aku, Haziqah (anak kak aku), Hakim and Yana.
Ha.. ni tambahan sebab aku dah kuar frame utk tolong amik gambo. Tepi kiri sekali, Cik Pah, emak Harraz, isteri kepada adik aku Zul.
Sok pagi, kami bersarapan ala kadar. Beli roti canai, panaskan nasi lemak yang tak abis malam tadi and sambal sotong. Pastu, kemas2 barang untuk makan tengahari kat teluk kemang.
Setelah abih licin lauk-pauk atas meja tu, baru le aku teringat nak amik gambo. Heheh.... bedal je la ek.
Kak Chik adalah orang terakhir menghabiskan makanan kat situ. Sebab dia smp lambat cari parking kat pantai teluk kemang tu yang payahnya ya Allah!
Then, lepas lunch pi meraban cari surau nak solat sebelum ke ostrich farm. Punya la susah nak cari surau waima masjid sekali pun dekat2 situ. Masing2 dah angin je sebab tak jumpa. Lastly jumpa surau kat belakang politeknik PD. Lepas solat, masuk ke ostrich farm tu. Mahal weh fee dia! RM8.00 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak2. Tak berbaloi rasanya sebab aku tgk kawasan sekitarnya tak terurus. Pastu, burung2 tu plak macam lapo gila. Bila dibagi makan tu, macam dah berapa lama tak makan. Arnab yang ada plak tu tak berjaga. Adik ipar aku dok tanya arnab tu tak dibagi makan ke? Dia kata bagi. Tapi kalu tengok bekas makanan dia dipenuhi najis yang dah kering. Air pun camtu. Sudahnya, dia pi tarik dedaun yang ada kat situ, masukkan dalam kandang and tuang air Harraz (anak dia) kat dalam bekas air yang ada kat situ. Laju menyudu arnab tu makan. Sian....
Memula sampai kami jumpa kambing dulu. Kengkononnya abg aku tu nak jadi hero la selamatkan anak kambing tu yg terlepas kandang. siap peluk lagi sampai bau kamben. Tapi rupanya bukan yg tu je terlepas. Ada dua tiga ekor lagi yg dah jauh dari kandang...... ceshhh....
Sesi bagi makan burung unta ni. Memang sesungguhnya mereka sangat lapar. Dia punya menderu tu, macam dah seminggu tak makan. Abg aku je yang berani nak bg makan burung ni. Ganas juga cara dia makan.
Monyet ni tak tido. Tapi dia nampak boring sgt. Aku amik gambo dia pun dia wat bodoh je... Tension kot.

Dah penat berjalan, kami stop sat kat kafe yg serba kekurangan ni. Kakak aku belanja makan aiskrim. Tu je yg kami berani nak makan. Yg lain takut tak halal coz the farm is owned by a chinese. Non-muslim.

Bersantai-santai sebelum balik ke rumah.



Kul 4 kami balik ke rumah dalam keadaan letih yang amat. hehehhe.... Tapi ok la. Tak la banyak abis duit shopping barang. Jimat la trip kali ni.

Chikungunya

Tak penah lak aku terpk akan kena penyakit ni. Perghhh.... sakitnya Allah je yang tahu. Balik dari PD last week, aku mula rasa tak sedap badan hari Isnin pagi tu. Tapi sebab aku rasa aku keletihan, aku wat juga kerja rumah macam biasa. Layan si kecik yang makin petah berbicara. Tapi bila dah pukul 10.30, aku dah rasa lain macam. Since Maisarah dah ajak aku masuk bilik nak tido katanya, aku pun melepak la dengan dia atas katil. Tapi dia bukan nak tido. Suruh aku main tulis-tulis la dengan dia. Pastu suruh aku bacakan majalah and buku-buku dia. Makin aku layan, makin berat lak rasa mata. Ntah kul berapa, aku terlelap dan kul 12.30 aku terjaga, si comel tu dah pun lelap sama. Agaknya letih minta tolong mama dia wat itu ini, tapi mama dia tak layan.
Menjelang petang, aku dah tak larat. Badan dah mula sakit2, kepala dah pening dan suhu mula naik. Jam 3 petang bila aku amik suhu badan, dah mencecah 38 darjah celcius. Laa... demam dah rupanya aku. Malam aku pi klinik. Doktor cuma bagi panadol je since aku tak leh nak makan ntah apa-apa jenis ubat. Malam tu, seluruh sendi2 aku rasa sakit yang amat. Adoii... Bila diurut makin sakit rasanya. Pergelangan kaki, lutut, belakang pinggang.... Nak bangun pun aku tak mampu. Kena dipapah. Waaa... baru aku terpk, camni la agaknya mak mertua aku rasa. Dia lagi teruk. Sampai mengengsot nak ke tandas. Petang Selasa, suhu aku makin naik ke 39 darjah celcius. Aku dah naik cemas gak sebab doc kata kalu suhu tak turun, aku nak kena p wad masuk air. kalu makin teruk, alamatnya kena bersalin tak cukup bulan. Huhu... seram je bunyinya. So aku pun teringatkan cool fever, aku tampal kat kepala. Petang bila hubby aku balik, suhu dah kembali normal. Tapi sakit2 badan masih lagi terus mengganas sampai la pagi Rabu tu, aku dok kat rumah mak aku sebab kat rumah aku takde sapa nak jaga. Rupa-rupanya, orang2 kat rumah mak aku pun terkena penyakit yang sama. Kakak aku, adik ipar aku pun sama terbaring tak larat nak gerak. Heheheh....
Pagi tu aku ajak suami pi klinik sekali lagi. Kat klinik doc amik darah untuk uji sama ada aku ni kena denggi ke or chikunkunya. Petang kul 5 dpt result yg aku bebas denggi. Alhamdulillah.... lega sesangat. Dan untuk kesekian kalinya aku menanggung derita sakit sendi ni sampai la waktu malam. Alhamdulilllah, bangun pagi tadi, aku dapat berjalan seperti biasa. Walaupun masih sakit, tapi tak seganas dua hari lepas. Cuma kepala masih pening. Barangkali aku masih demam....

Wednesday, August 06, 2008

Pengesahan Sijil Yang grrr....


Semalam aku menghadiri temuduga KPLI di Institut Bahasa. Pagi-pagi buta dah keluar sebab interviewnya pukul 8.00. Semua dokumen aku dah siapkan. Dah siap susun menurut apa yang disenaraikan dalam surat yang aku dah cetak dari internet. Bila aku sampai sana, lain pula senarai yang dikeluarkan. Dalam surat dari internet dia nak sijil kelahiran dan sijil kokurikulum menengah atas. Tapi dalam senarai semak kat depan bilik temuduga tu, dia tak nak pulak sijil kelahiran. Cuma ada tambahan sijil kokurikulum menengah atas dan universiti. Back at home, aku sebenarnya pelik juga kenapa dia tak nak peringkat universiti. So, dalam kehairanan tu, aku pun tidak la menyertakan sijil kokurikulum peringkat universiti. And the worst part, aku tak tertinggal fail salinan sijil2 yang aku dah siap sahkan.


So, bermula dengan temuduga secara individu, kemudian disambung pula secara berkumpulan. Lepas tu disambung dengan ujian bertulis. Panel penemuduga tu minta aku dapatkan sijil2 yang aku tak bawa tu. Siap disahkan sebelum diserahkan pada dia. Mengikutnya, dia akan berada di Institut Bahasa tu sampai hari Khamis sebelum 12.30. Tapi sebab aku nak settlekan juga hari tu, aku pi gak wat copy sijil2 aku tu. Pastu ingat nak pi la sahkan kat pejabat HEP. Boleh dia kata ada arahan baru keluar yang tidak membenarkan mana-mana pegawai mengesahkan sijil calon2 KPLI ni sebab dia kata semua mesti dah dipersiapkan di rumah. Aku try gak pi beberapa pejabat dan mereka suma suruh aku pi balik kat pejabat HEP tu. Sebab kecewa, aku try lak turun ke pejabat asrama. MAsih sama. Then, aku drive ke balai polis. Mana la tau ada pegawai yang blh tlg sahkan. Tapi malangnya, cuma peringkat ACP ke atas je yang ada kuasa tu.


So, nak tak nak, aku drive pula ke UIA Matrik. Dengan harapan, bekas tpmt aku belajar ni cukup baik untuk membantu aku. Lagipun, aku bukan minta duit. Aku cuma minta tlg sahkan sijil. Waktu aku sampai kul 1. Kebetulan, waktu makan tengahari. Jadi aku pun turut makan sekali kat kantin. Kul 1.40 aku p ke opis. Disebabkan aku mengejar waktu sebelum 2.30, aku redah juga opis yang ada. Bertanya dari satu opis ke satu opis. Mereka suma kata pegawai takde. Then, aku masuk ke Pejabat Timbalan Dekan. Suma staf takde. Tapi big bosnya ada... Aku bagi salam.




"Sorry sir to disturb you at this time. I need your help to certify my certificates", Ujar aku bersopan sebab nak minta tolong kan....


"Who are you?", tanya dia yang aku tak tau pun namanya.


"Actually, I am ex-IIUM student."


"Which kuliyyah?"


"IRKHS"


"why don't you go to your former kuliyyah. I don't know you. So, how can I certify your certs" (Masa ni, dalam hati aku dah mula berkata-kata... nama je pandai belajo sampai dapt jawatan tu. Tapi takleh ke pk, aku kan bawak salinan yg original. tgk la. Aku rasa sapa2 yg wat pengesahan pun tak kenal org yg disahkan sijilnya!!!)


"Is it urgent?" tanya dia lagi.


"Yes sir, it is urgent. I had an interview at IB and need to send the certified certs back to the interviewer before 2.30."


"Then you go to the kuliyyah"


"Sorry sir, but Im not used to this place. My matric was at Jalan Pantai Baharu".


Lepas tu dia bagi aku direction.... skit punya menyumpah la aku dalam hati sebab aku dah berdiri depan mata dia, tak blh ke dia amik masa tak smp 5 minit tlg sahkan. bnyk pahala tlg org yg terdesak ni.... Tapi aku dah sakit ati dah.


P gak cari pejabat IRKHS tu. On the way, aku terjumpa pejabat engineering. Aku singgah dan bertanyakan hal yang sama. Officer yang ada kat saitu kata, "Cop I ada kat tingkat atas la. You nak urgent ke?" Aku pun terangkan hal yang sama mcm kat pejabat deputy dean td. "Sorry la, cop I kat atas. Lagipun sekarang waktu rehat" Dan aku pun terus menyumpah pegawai2 kerajaan yang seangkatan dengannya. Nak aje aku kata, eh, makcik, bapak aku dulu pun tukang sahkan sijil orang juga. Org dtg rumah, tak kita waktu. Kadang2 dia baru nak menyuap makan pun dia berhenti. Kadang2 tu dah nak tido, dia bgn tolong org! Hantu betul!!!!!


Bila aku p kuliyyah IRK plak, dia leh kata dia takde authority nak sign sebab dia takde cop disahkan oleh tu.... grrrrr..... sapa agaknya yg bangang ek?


Lastly, kerana terlalu marah, aku nangis ler... (itu le kelemahan aku!). Pulul 2 aku dtg blk kat HRD opis dgn mata merah. Baru le dpt. Then aku bergegas ke IB. Maybe masih lagi rezeki aku.... dpt juga aku serahkan certs tu kul 2.30 tepat.


Pada aku, pegawai keraajaan masih tak berubah. KEdekut untuk membantu org. Ada saja alasannya. Tak kira org tu dalam kesusahan atau tidak... waktu rehat, tak leh kacau. Yg peliknya, lepas waktu rehat pun, bkn terus wat keje pun kan,..... Alaa... aku tau la ragam org kerajaan ni...... AMPESHHHH!!!!!


Tuesday, July 15, 2008

Reunion

Last week, aku call Yati. Borak2 cita pasal diri masing2. Then aku sebut pasal nak wat reunion bdk2 kino. Well... nak cari masa and organizer... Ada sapa2, yang nak bagi cadangan tak?

Monday, June 23, 2008

Lamanya aku terhenti...

Sebulan dah kot ek aku tak menulis. Bukan takde yang menarik. Cumanya, aku agak sibuk dan rasa malas nak menempel kat depan pc ni. La ni, kepala tengah sibuk pk pasal nak start biz online. Walaupun aku masih belum lari lagi dari bidang perguruan, minat nak buka online biz masih tertanam. Aku masih nak cari kesempatan untuk wat website yang boleh jual kad-kad kawin, printing stuffs, women and baby products and so on. Bila la agaknya masa itu akan dapat kucari?

++++++++++++

Maaf aku layarkan pada Wak Ijahar kerana tak berkesempatan nak berkunjung di hari perkahwinanmu....Iskkk...iskkk... Wish to go. Tapi malangnya tak berkesempatan. Jeles je aku tgk Cik Ly and the geng sampai kat sana. (blh klik kat blog Cik Li.) Apapun, tahniah. Ada kesempatan, nanti aku berkunjung ke Kino. Jumpa ko. And bagi adiah kalu masa tu aku kaya la. Heheheh.... Gaji aku tertunggak tiga bulan lebih. Tak dapat lagi ni. Moga-moga bulan ni boleh clear.

Friday, May 23, 2008

Kecurian bermesej?

Aku pun tak pasti. Tapi itu yang disampaikan pada mak aku. Mengikut katanya, sejak ayah aku jadi nazir masjid, kecurian menjadi-jadi... Hmmm... tu macam nak buat unsur sabotaj je. Sengaja diada-adakan kecurian tu supaya boleh jadikan seseorang kambing hitam. Nampak macam dirancang supaya ayah aku letak jawatan. Ntah ler... Aku pun tak sangka, duduk di kampung yang begini. Ingatkan dalam tv je. Rupa-rupanya ada lagi kes macam ni kat dunia yang semakin moden. Pada aku, siasat dulu. Ini, dah berkali repot polis, sampai la ni polis terima laporan je. Takde pulak nampak sebarang progress untuk siasatan. Barangkali polis terlalu sibuk terima report sampai tak sempat nak buat siasatan kot. Hahahehehuhu.....

Thursday, May 22, 2008

Masjid kena pecah lagi daaa....

Balik dari sekolah semalam aku singgah rumah mak aku yang terletak sebelah masjid. Tak le terkejut sangat bila terima berita tu sebab dah selalu juga masjid tu kena pecah. Kalu tak silap aku dah masuk kali ke 7. Biasanya hari Jumaat antara lepas Asar ke Maghrib. La ni, dia dah tukar modus operandi. Dia jalankan operasinya hari Rabu antara Zohor ke Asar. Lepas tu, dia agaknya tak sempat nak angkut printer. Yang syoknya tu, printer dah siap masuk dalam kotak asalnya, siap seal dengan pita seletape lagi. Pastu dibungkus masuk dalam beg plastik hitam. Cuma tinggal lagi dia tak sempat nak angkut sebab ada orang nampak kot. Dia dah menghilang ntah ke mana. Kata mak aku, ayah aku kejo. Tapi yang tak syoknya, kata mak aku lagi, dia ada bawa umpil. Heee.... takut lak aku dengo. Kalu la terdesak, sure umpil tu yang akan jadi senjata. Nauzubillah.... Pelik kan orang ni... sampai masjid pun dia sanggup pecah masuk. Tapi sampai la ni, takde sebarang tangkapan. Nape kalu macam kat CSI tu senang je boleh dapat ek? Kata adik ipar aku, duit diorang banyak, jadi kejenya bagus. Heheheh.... ntah ler...

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu

Dah nak masuk 12 Mei 2008. Tapi aku rasa masih valid lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Ibu pada ibu-ibu, mama-mama, ummi-ummi, mak-mak dan yang sama waktu dengannya. Tahun ni kali kedua aku menyambut Hari Ibu. Melihat anak sendiri membesar di depan mata, rasa macam tak percaya yang aku dah anak. Bila jadi mak ni, kita dapat rasa apa yang mak kita rasa walaupun bukan 100 peratus. Ada masanya ibu akan jadi possesive bila dia rasa yang dia bakal kehilangan anaknya. Ntah la. Kadang-kadang kita tengok orang, kita akan kompelin itu ini. Tapi bila kena pada batang hidung sendiri, baru kita tau kenapa ada ibu yang bersikap possesive. Untuk anak aku yang baru setahun jagung, belum ada apa-apa yang aku perlu risaukan. Bila dia dah meningkat dewasa ni nanti... macam-macam lagi dugaan yang bakal berlaku. Apa pun, aku respek dengan ibu-ibu yang terus tabah menghadapi cabaran membesarkan anak-anak mereka. Aku pun rasa aku dah makin melalut. Jadi, aku nak kena tido dah ni. Esok nak bangun pagi, masak makanan untuk si kecil aku tu sebelum aku hantar pagi-pagi pergi rumah pengasuhnya sebab pagi esok aku ada kerja yang mesti diselesaikan. And aku pun nak kena gak sediakan sarapan untuk abah si kecil tu.


Iman Maisarah, permata hati kami.

Wajah blur Iman Maisarah yang pelik bila dia merasakan macamana mama dengan abah dia boleh lagi tersenyum sedangkan dia dah mamai sungguh nak tido...

Barisan ibu-ibu dalam keluarga aku.


Ni mak aku, Puan Fatimah bt Othman yang banyak bimbing aku sampai la aku jadi bijak cam arini. heheheh....

Sunday, May 04, 2008

Cikgu Solehan bin Remot

Kali terakhir aku jejak Sekolah Menengah Dato' Harun, Tanjong Karang ialah tahun 1995. Sekarang dah 2008. Kira dah 13 tahun aku tak jejak dan jumpa cikgu-cikgu sekolah aku tu. Tapi dah ditakdirkan Allah, aku jumpa balik seorang jejaka yang aku sanjung sebab dia antara jejaka yang paling seronok pernah hadir dalam hidup aku. Cikgu Solehan bin Remot. Orangnya rendah je. Jarang senyum. Tapi kalau senyum.. adusss... manisnya! Tapi bukan sebab kemanisan senyuman dia yang buat aku terpikat. Karisma yang ada padanya menjadikan aku antara pelajar yang bersemangat nak belajar Bahasa Melayu.
Dia pengetua SMDH dari tahun errr.. aku pun lupa. Tapi yg pasti, thn 1996 dia dah takde kat sekolah tu lagi. Cikgu Solehan ni baik giler walaupun senyumnya jarang kelihatan. Cara dia menegur tu sinis, tapi penuh hikmah. Jadi siapa yang buat silap je yang tahu. Takde la malu dengan orang lain. So, pandai-pandai la membetulkan diri sebelum rahsia kesilapan terbongkar.

Cikgu Solehan gelar budak-budak kelas aku pedagang-pedagang Arab sebab kelas kami amik elektif Perdagangan dan Bahasa Arab. Kelas 4 Perdagangan Arab.

Kalu aku dok ceritakan pasal cikgu aku ni, sampai ke sudah tak abis. Apa pun , aku jumpa dia semalam ketika bengkel kecemerlangan staf (gamba-gamba). Dia dijemput sebagai penceramah untuk program tu. Menggigil juga aku bila berjumpa dia lepas habis program. Maklum je la, jumpa jejaka idaman Malaya. Heheheh.... Hajat dihati nak bercerita tentang pencapaian aku dan macam-macam lagi. Tapi sebab dia pun macam tengah sibuk nak berkemas dan nak pi makan (Pengetua aku pun dah menunggu nak iring dia ke tempat makan), aku cuma sempat bagitau yang aku ni bekas pelajar dia dan dia sempat berkirim salam pada ayah aku yang dia sangat kenal. Bekas penghulu la katakan.... :)



Ni gambar cikgu Solehan masa zaman dia jadi cikgu. Waktu ni tahun 1995. Masa aku tingkatan 5. Ada jamuan akhir tahun untuk pelajar-pelajar SPM Sekolah Menengah Dato' Harun Tanjong Karang. Susah gak nak dapat gambar cikgu Solehan ni sebab dia malu-malu alah nak amik gambo depan kamera.



Gamba yang ni lak masa bengkel semalam. Kurang jelas. Tapi yang pasti, terpancar wajah tuanya. Sekarang umur cikgu dah 59 tahun. Baru pencen 3 tahun lepas. La ni jadi penceramah sambil memegang jawatan sebagai Pengerusi Koperasi Pendidikan kalau aku tak silap.

Thursday, May 01, 2008

Hari Keluarga Hj Samain 1 Mei 2008

Ni tahun keempat keluarga Hj Samain menganjurkan hari keluarga setiap tahun pada 1 Mei. Tahun ni keluarga aku mengambil bahagian sebagai penyusun aturcara untuk sukaneka. Seronok sebab ni kali pertama buat di luar dari Kg Bt 10 Kebun Baharu. Kali ni buat kat padang awam Pantai Morib. Ni antara gamba-gamba aktiviti yang diadakan. Banyak makanan yang masing-masing bawa. Kenyang perut suka hati.

Wednesday, April 23, 2008

Upload gambo

Lagi beberapa minit nak ke pukul 11.30. Waktu untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Hehehe.... Tapi aku masih lagi melekat kat PC ni sebab try nak godek kat fotopages. Konon nak upload gambo kat situ. Tapi tak buleh la pulak. Apa kena ntah. Bila aku try save, terus page tu pi cannot display the webpage. Bila dah angin satu badan, aku terus tutup. Sapa ek nak mintak tlg ajokan aku?

Upload gambo

Lagi beberapa minit nak ke pukul 11.30. Waktu untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Hehehe.... Tapi aku masih lagi melekat kat PC ni sebab try nak godek kat fotopages. Konon nak upload gambo kat situ. Tapi tak buleh la pulak. Apa kena ntah. Bila aku try save,

Saturday, April 19, 2008

Bengkel Celik Nahu

Hari ni ada bengkel celik nahu. Bengkel selama 5 jam ni, banyak beri pendedahan tentang cara menulis karangan untuk PMR dan nahu yang betul. Cikgu Abdul Ghalib Yunus, merangkap penulis buku teks tingkatan 3 adalah orang yang bertanggungjawab memberi pendedahan tentang nahu dan penulisan. Beliau juga pernah menang sebagai guru inovasi dengan teknik yang diciptanya tu. Seronok juga sebab walaupun dah bergelar cikgu, ramai sebenarnya yang tak tahu apa yang betul dan tidak betul sebab kita ni banyak didedahkan dengan nahu yang tidak betul dan sebab dah biasa, kita rasa betul.
Yang paling seronok ialah teknik menulis karangan. Selama ni pun, ramai antara cikgu-cikgu situ mengajar karangan macam tu je tanpa ada teknik yang betul dan senang difahami. Tapi teknik ni sungguh berlainan. Pelajar dan cikgu diajar cara menulis yang betul supaya idea yang ada boleh dikembangkan lebih panjang dan tidak hanya tersekat di satu-satu isi sahaja. Pengenalan tentang ayat rangsangan, ayat arahan, ayat judul, ayat contoh dan sebagainya betul-betul memberi aku idea dan semangat untuk mengajar menjadi semakin berkobar-kobar.

Friday, April 18, 2008

Kem Sejarah Tingkatan 1

Hari ni ada buat kem sejarah untuk pelajar tingkatan 1. Tak banyak slot yang boleh diisi kerana masa yang diperuntukkan pun cuma dari 2.20 hingga 3.50 je. Jadi yang boleh dimasukkan cuma ciri-ciri sejarah, kaedahnya, oh, yea! definisi sejarah dan kesimpulannya. Lepas tu penerangan tentang kerja kursus. Short and brief. Kira ok la untuk mengisi program.

Tekun mendengar ceramah.


Puan Anbarasi sedang memberikan ucapan pembukaan.


Puan Sariha sedang menerangkan tentang ciri-ciri dan kaedah mengkaji sejarah.


Encik Jafri memberikan taklimat tentang kerja kursus Tingkatan 1

Antara snapshot yang sempat aku rakamkan.

Baiknya 'anakku'

Hari terakhir ujian, aku buat rondaan kat dalam kelas aku. Sekadar menjalankan tugas. Periksa sekali sekala. Kali ni aku tengok aspek seluar pulak. Ada la dalam 6 7 orang yang aku tetas seluarnya sebab buat fesyen 'cikang'. Then, sampai kat Radzi, aku terus tunduk nak tetas kaki seluar dia.
Cepat je dia larikan kaki dia sambil berkata, "Semalam ko potong rambut aku. Hari ni nak potong seluar aku pulak."
Lepas tu dia buat muka bodoh dia bila aku renung. Dalam hati terfikir juga. Dibuatnya dia tolak aku dan tanpa sengaja pisau yang aku pegang terkena aku, tak ke kes naya? Bila aku cerita pada sorang cikgu ni, dia kata, hati-hati.
"Budak-budak macam ni biar je. Jangan buat apa-apa. Bahaya. Kalau mati ke, cedera ke, siapa yang susah? Kita ni ada suami, ada anak-anak, siapa nak jaga?"
Bila dengar dia cakap macam tu, aku terfikir, ada betulnya. Tapi, sampai bila cikgu nak ambil sikap lepas tangan. Pelajar makin naik kepala. Kementerian buat macam-macam garis panduan yang akhirnya memenangkan pihak ibu bapa dan pelajar sambil 'menuding' jari pada kesalahan guru-guru.
Cubit tak boleh, rotan tak boleh, berdiri atas kerusi tak boleh, ketuk-ketampi tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh. Pendek kata, semua tak boleh. Jadi, kalau pelajar buat salah, tak buat kerja, buat bising dalam kelas, biadap pada guru, semua ni kena biarkan la yea?....
Ada tak ada, isi buku rekod kawalan kelas dan kenakan penalti. Buku rekod nan satu tu pun dah naik lunyai dan ada mukasurat yang diconteng namanya supaya aku tak dapat rekodkan kesalahan dalam kad penalti. Dalam kelas aku je dah ada 3 orang yang layak ditendang keluar dari sekolah. Pun begitu, tiada sebarang tindakan diambil.
Jadinya, aku cadangkan biarlah setiap guru mengambil insurans supaya kalau satu hari berlaku kejadian nyawa melayang atau cedera dipukul pelajar, masa depan yang tertinggal tidak terabai.
Apa pun pada aku, Lillahi taala. Moga niat aku nak perbetulkan anak bangsa aku tidak sia-sia.

+++++++++++++++

Aku cerita hal ni pada mak. Mak kata, "Jangan kacau budak-budak tu, Uda. Nanti kalau jadi apa-apa kan susah...."
Memang ada benarnya. Tapi aku kecewa sebab takde sokongan.

Thursday, April 03, 2008

Solat tu tiang agama. Tapi...

Semalam aku jalankan tugas macam biasa menjaga pelajar-pelajar solat Asar. Lima minit sebelum solat bermula, hujan renyai-renyai. Jadi, pelajar-pelajar diminta solat secara bergilir-gilir. First batch, solat kat bawah khemah. Aku bising-bising juga suruh yang ada kat situ amik air semayang and masuk ke saf. Macam-macam alasan kalu dah banyak sangat si Tanduk tu bertenggek.
"Penat la, cikgu" sorang yang debab ni bersuara.
"Hujan cikgu, macamana nak semayang", Firdaus pulak yang menjawab bila aku suruh solat.
Akhirnya, apa yang aku dapat kata, "Esok, kalau Allah tanya kenapa la ni tak solat Asar? Awak jawab macamana yang awak jawab kat saya yea!" Lepas tu aku terus tinggalkan kumpulan yang tu.
Aku berdiri lak kat saf paling belakang yang baru terhegeh-hegeh nak angkat takbir lepas imam dah masuk rakaat ke-3. Tu pun lepas jenuh aku paksa. Bila imam tu bagi salam akhir, yang saf belakang ni macam dah nak bangun cabut.
Aku pun, terus tegur, "Awak solat berapa rakaat ni?"
Idwan yang tengah solat depan aku pandang dan menjawab, "Dua...eh, tiga cikgu!" Lepas tu dia sambung balik solat dia. Aku? Kelu tidak berkata.
Habis solat, takde second batch yang bergilir untuk solat Asar. Semua bertempiaran balik. Bertuahnya anak bangsaku!!!

++++++

Balik rumah aku cerita pada suami aku. Aku pulak kena balik.
"Yang awak pergi tegur diorang tu kenapa? Tentu la nak jawab. Budak-budak! Kalau tak jawab nanti diorang takut awak kata diorang ni kurang ajar...." Sekali lagi aku terkelu. Hmmm... macam betul pulak bunyinya....

++++++

Rohani, ustazah kat SMKJK tu kata kat aku, "Perangai budak-budak ni kadang-kadang buat kita terbeban kan, kak? Mesti kita pun ada silapnya sebab tu diorang tak dapat makan ajar." Dan untuk sekian kalinya aku terkelu lagi sebab aku rasa, kata-kata mereka memang betul.
Jangan terus mencari kesilapan orang lain. Kaji juga kesilapan sendiri kerana kadangkala, kerana kesilapan kita, orang lain tersalah kemudi....

Wednesday, April 02, 2008

Aduhaiiii...

Semalam genap dua minggu aku mengajar kat SMKJK ni. Dan semalam, macam hari-hari yang sebelumnya, aku terus tercabar dengan perangai pelajar aku. Aku denda budak kelas aku ni sebab menurut kata ketua kelasnya, Shaiful, diorang ni bising. Ini termasuklah hamba Allah yang sorang ni, Firdaus. Sedapkan nama dia?
Mamat ni memang kaki ponteng kelas, buat kacau dalam kelas and suka sangat buat bising. Memula dulu memang aku suruh kawan kelas dia cari and heret masuk kelas. Tapi kejadian semalam... aku rasa dia takde kat kelas lagi aman. Hahaha... Jahat tak cikgu nan sorang ni? Aku denda diorang berdiri. Then, aku tanya sorang-sorang, betul ke diorang bising. Ramai yang mengaku.
Lepas tu aku mula menulis nota kat papan hitam. Boleh Firdaus ni menyanyi dalam kelas macam la dia tu sorang je kat dalam kelas. Dan aku yang memang menyirap je tengok perangai dia naik angin. Terus aku libas dengan bekas kapur tulis yang dibuat dari plastik. Terkena hujung siku dia.
"Sakit la cikgu!". Hehehe.... baru ko tau!
Then aku terus sambung balik keje aku. Tak sampai lima minit, bila aku pusing belakang, Firdaus dah takde.
Bila aku tanya kawan dia, "Dia dah keluar, cikgu"
"Pergi mana?"
"Ntah. Ala.. cikgu! Jangan layan sangat dia. Firdaus ni memang kurang ajar".
Hmmm.... aduuuhaiiii anak bangsaku!!!

Monday, March 31, 2008

Apa nak jadi? Nak jadi apa?

Baru sat tadi aku tengok MHI. Saja isi masa lapang waktu pagi sebelum aku mulakan kerja-kerja mengedit. Then MHI tayang satu video klip persembahan Anugerah Bintang Popular malam tadi punya cerita. Satu group yang menggelar diri diorang Meet Uncle Hussain. Hmmm.... nama kumpulan pun dah berpaksikan orang putih walaupun Hussain tu nama Arab / Melayu. Penyanyinya yang tak berapa kukenal, berkepala botak ala-ala Mawi world. Tapi.... sedih bila tengok macamana TV3 tak prihatin dan boleh keluarkan orang macam tu kat TV. It was live, man! Mamat tu memang la berkepala botak, tapi kat tengah-tengah kepala dia tu dia biarkan skit panjang. Kalau diamat-amati (ala... sekali pandang pun dah boleh tau), sebiji macam mamat punk. Macamana ni boleh berlaku? Bukankah budaya ni tak sepatutnya ada dalam Malaysia? Negara Islam Hadhari lagi! Cuba habaq mai kat aku....

++++++++++++

La ni kat sekolah aku budak-budak seronok bena agaknya pakai seluar 'cikang'. Ala-ala skinhead and punk jugak la ni. Yang kat kaki seluar tu dijahit kecik menampakkan betis diorang yang macam tebu tu. Aku pun pelik sebenarnya. Macamana diorang pakai seluar ek? Susah tu nak kasi masuk betul-betul. Minggu lepas, aku dah tetas seluar 4 orang budak. Alasannya? "Ala, cikgu! Kaki seluar saya besar sangat la!!!" Camana aku nak cakap? Bukannya besar sangat sampai kepala lori pun boleh masuk. Habaq mai sat kat aku?.....

Thursday, March 20, 2008

Cikgu

Hari ni cuti. Baru la aku berkesempatan nak menulis sikit. Ikutkan, banyak gak keje menanti. Buku ringkasan pun tak abis tulis lagi. Esok nak kena anta. Jadi cikgu ni, seronok. Banyak cabaran yang nak dihadapi. Sebab cikgu ni berurusan dengan orang. Lebih khusus lagi, dengan remaja. Tau je la kalau dah remaja tu kan. Diorang ni ada sifat ingin tahu yang lebih kuat dari kanak-kanak. Memberontak kalau tak gemar. Kalau sekolah rendah, aku jerkah suruh diam. TErus suma kecut perut. Tapi kalau budak tingkatan dua ni aku lagi jerkah, dia tenung aku balik. Silap hari bulan, mau kereta aku (kereta ayah aku) dicalarkan plak nanti.

Masuk kat SMK Jalan Kebun ni, aku ditugaskan sebagai guru kelas 2 Karisma selain dari mengajar BM tingkatan 1 dan dua dan Sejarah tingkatan 1. 2 Karisma ni, kelas no 2 (dari belakang). Bukan la aku nak memburuk2kan kelas aku sendiri. Lagipun, diorang, ni, kelas aku. Cuma, ia jadi satu cabaran untuk mendidik anak2 yang bukan sahaja agak kurang dari segi pencapaian akademiknya, malah sahsiah. Aduss!!!, sakit bila aku menegur sorang Mohd Radzi yang berseluar ala-ala budak punk dan skinhead. ala.... yang seluarnya nak masuk pun susah. Yang ketat2 kat hujung kaki seluar tu. Kalau aku yang rasionalnya ni dok pk, payah nak pakai seluar tu. Boleh tergolek dibuatnya. Tapi dia boleh pakai. Bila aku tegur, dia buat muka. Pandang langit la, pandang dinding la, buat tak dengar. Tak sakit ke hati? Lepas tu bila aku mengajar kat depan, dia berborak dengan kawan. Si Radzi ni kalau dididik betul, pandai budaknya. Cuma mungkin hati dia keras, dia jadi macam tu. Ya Allah, moga dia dibukakan hati menerima ilmu dan kebaikan.

Well, ni gambar meja aku. Tapi lepas ni aku dah nak kena pindah masuk bilik guru. Buat masa ni, aku lepak satu bilik dengan cikgu kaunseling. Dapat la gak tau tahap disiplin budak2 SMKJK ni.













Ni meja aku yang bertabur sebab tengah wat keje.

**********

Kelmarin aku pi pasar malam dengan Sarah and suami aku. Pastu berenti la kat satu tokey ni sebab nak beli ikan bilis, bawang putih dan bawang merah yang dah nak habis stok. Orang ramai kat gerai tu sebab gerai yang satu lagi yang selalu aku beli tu takde. Mungkin sebab hujan. Abih tu, sebab aku tengok tokey tu sibuk sangat layan orang lain, aku mintak kat dia satu plastik nak isi sendiri.Ye la. cepat la skit keje dia. Tapi aku tengok dia garang sangat. Aku sempat gak bising kat sorang aci ni kata kat dia rokey tu garang. Dia pun mengiakan.

Sebab dah lama tunggu, dan maghrib pun dah masuk, aku pun capai tiga helai plastik. Aku kaut masuk ikan bilis nak bagi la kat dia suruh timbang. Dua helai plastik lagi aku letak kat atas bawang merah sebab nak pilih untuk bawang merah lak. Tetiba bila dia nampak, terus dia bising marah2 sebab mungkin katanya aku ni ngambik tanpa izin. Pastu aku bagitau la dia aku nak pilih bawang. Dia buat bodoh dan terus capai plastik tu. Aku yang tiba-tiba je angin terus campak ikan bilis yang dah aku kaut tu depan mata dia and terus blah. Ternganga aci tu. Hehehe.... Puas ati den walaupun marah.

Sunday, March 16, 2008

Debaran bakal cikgu

Insyaallah, esok aku akan memulakan tugas sebagai guru kat SMK Jalan Kebun, Klang. Well, ada rasa risau juga sebab nak menghadapi pelajar sekolah menengah ni lain dari murid sekolah rendah. Maklum la, berurus niaga dengan remaja ni, faham-faham sajalah cabarannya. Seronok? Ada rasa seronok. Tapi sedih pun ada sebab aku tak dapat terus jadi cikgu sekolah rendah. Apa pun, aku nak cuba juga jadi cikgu and teruskan niat and cita-cita aku untuk jadi seorang pendidik. Harap-harapnya, ada rezeki aku untuk terus kekal sebagai guru (walaupun satu ketika dulu aku rasa aku tak layak and tak berminat jadi cikgu). Well, aku kena tido awal sebab esok banyak kije yang aku kena buat. Pagi nak kena p PPD Klang sebelum p sekolah sesi petang. Heee... seramnya plak rasa nak jadi cikgu sekolah menengah ni.

Thursday, March 13, 2008

Perubahan besar


Dah masuk hari ke lima aku menghirup angin segar di situasi baru. :D Ada satu rasa yang aku tak rasa sebelum ni. Rasa tenang, seronok and tak sabar menunggu perubahan-perubahan yang bakal berlaku. Masa hari pilihan raya hari tu, kecewa gak sebab aku tak dapat duduk menghadap tv and mengira satu demi satu keputusan bagi kawasan DUN dan Parlimen yang bertanding. Aku pernah tidak tidur hingga 3 pagi masa pilihan raya ke 10. Teruja sangat nak tengok keputusan.

This time, cuma dapat dengar dalam bas sebab aku dan keluarga suami aku dalam perjalanan nak hantar adik ipar aku kahwin. Siaran yang asyik terputus-putus dan kurang jelas membuatkan aku tak tau keputusan penuh malam tu. Yang pastinya, sorakan takbir dalam bas bila tahu Lembah Pantai jatuh ke tangan KeADILan buat aku betul-betul terharu. Alhamdulillah, moga Bangsar tak jadi semakin teruk.

Aku bukan penentang BN dan bukan juga penyokong kuat BA. Aku sekadar penyokong kebenaran yang mencari di mana tempatnya untuk memastikan Malaysia ni tak terus disogok dengan budaya yahudi yang sentiasa ke arah hiburan yang tak sihat, ke arah cara hidup yang tak sihat.

Kita kan Islam. Kenapa mesti terus hidup dengan budaya bukan Islam. Kita kan Melayu. Mengapa mesti hidup di atas budaya bukan Melayu. Mana pergi kesopanan dan kesusilaan Melayu. Mana perginya gah hidup masyarakat Melayu sebelum kejatuhan Melayu ketika Melaka dirampas Portugis tahun 1511? Aku mengidamkan anak bangsa aku sedar dan tahu menilai kehidupan mereka. Tidak terus terjebak dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya.

Aku sangat berharap kerajaan baru yang bakal dibina sehari dua nanti ni, dapat melaksanakan janji mereka untuk mentadbir negari maju secara telus.

Aku dah muak dengan sogokan di tv arus perdana yang menyiarkan banyak 'provocation news' tentang Malaysia. Aku nak dengar perkara yang sebenarnya berlaku dan bukannya masuk bakul angkat sendiri. Dan yang penting, aku sangat-sangat berharap dan berdoa moga tidak ada lagi budaya Gothic (aku baru terbaca dalam suratkhabar semalam tentang fesyen Gothic yang baru diperkenalkan secara komersial. Astaghfirullah. Mengapa tak disiasat dulu apa itu Gothic sebelum melampiaskannya dalam kehidupan kita? http://www.religioustolerance.org/goth.htm), punk ke, skin head ke and whatsoever that goes beyond Islam.

Alhamdulillah, melihat pada perubahan besar 5 negeri dan 1 wilayah, moga Islam akan terus berkembang maju. Amin.

Wednesday, March 12, 2008

Nak p mana tahun ni ek?

Tahun lepas, family beso aku seramai 17 orang pi naik bas jenjalan kat panai timur. Syiok la gak. Tahun ni.... aku dalam dilema nak pilih destinasi pelancongan. Selain kenderaan dan masa, budget pun nak kena jaga gak. Aku ingat nak pi Langkawi (Langkawi laaaagiii). Sebab satu, blh naik flight n makan cuma dlm 2 3 jam je. Takde la terlentok tengah jalan dek kepenatan perjalanan yang jauh. Situ pun banyak tmpt yang menarik. Tapi bussan gak kan asyik p tempat yang sama.
Ayah aku suggest p Batam, Labuan, p Medan. Hukk... dia ni selalu lupa yang dia ada cucu2 berusia di antara 2 bulan hingga 4 tahun. Cucu2 ni yang selalu wat perangai kalo time bercuti. Adik aku lak (bujang), suka nak p pulau2. boleh snorkeling kata dia. Mak aku lak tak nak p pulau. Dia kata nanti bot karam (ni gara2 dengar cita2 and berita kat tv).
Aku dan yang dah ada family suka p tempat2 yang menarik utk kanak2. Mcm zoo (heheheh...) dan yang seumpama dengannya. Abg aku yang takde anak lagi plak kata, busan la p zoo... Abih tu, tahun ni nak p mana?
Tapi, aku teringin nak p somewhere yang boleh wat barbecue. Tambah lak skrg family aku dah jadi 19 orang. Dah puas aku belek internet tp tak jumpa tmpt yg best. Gi mana ini ya???

Tuesday, March 11, 2008

Wedding adik iparku

9/3/2008 satu lagi sejarah dalam keluarga mertua aku. Adik ipar aku kawin akhirnya. Bercinta lebih lama dari usia aku mengenali suami aku sendiri. Heheh... Aku pun excited gak sebab aku le yang incharge bab hantaran. Saja suka curah idea. Lagipun, aku kawin sekali je. Jadi kalu nak wat hantaran-hantaran lagi, cenggini je la caranya. Mana boleh nak kawin lagi. Oppsss.... Mulut!!!! Anyway, ni adalah rupa-rupa hantaran yang aku buat. Tak le cantik sgt. Tapi boleh la....


Aduhai manis dara perawan,

Sepatu cantik mengalas kaki,

Aduhai kacak pria pujaan,

Berbudi elok menambat hati.



Sangat manis bertudung biru,

Dipakai dengan kurung nan asli,

Sangat indah tampak ayu,

Raja sehari berseri-seri.



Hadiah manisan iringan kami,

Hendak menyunting bunga di taman,

Hadiah dihulur seikhlas hati,

Hendak ikatan teguh berkekalan.


Kemudi layar di tengah lautan,
Jangan sampai hanyit ke tepi,
Kemudi al-Quran jadikan amalan,
Jangan ditinggal sunnah nabi.


Sekalung emas kanda sembahkan
Buat puteri idaman hati,
Sekalung cinta kanda tunaikan,
Buat janji tertunai kini.



Hamparan sejadah dibawa sembahyang,
Menghadap Tuhan Yang Maha Esa,
Hamparan kasih bersama sayang,
Menghadap cinta taruhan sukma.



Putih telekung tandanya suci,
Buat menghadap Yang Maha Kaya,
Putih ikatan indah bersemi,
Buat layari hari bahagia.