Saturday, April 30, 2011

Sebenarnya....

Semalam dah selamat menidurkan anak, dengan aku aku sekali tertidur. Hari ni nak cerita pasal aerobic. Pernah tak ikut senaman jenis ni? Senaman jenis ni pada aku lebih menyeronokkan dan mengurangkan tekanan (tekanan nak cepat-cepat berhenti bersenam sebab bosan dan malas yang amat... heheheh).

Secara asasnya, senaman jenis ni adalah untuk meningkatkan sistem oksigen dalam badan (eh, betul ke.... sapa ambil PK kat sini?). Lebih menyeronokkan kalau aerobic ni dilakukan secara beramai-ramai terutamanya dengan rakan yang sekepala. Jadi, takkan cepat rasa bosan dan kurang motivasi.

Memang dalam tahun ni, kehidupan aku agak kurang sihat sikit (kurang? ye ke kurang... bukan banyak tak sihat kot... hahha) sebab tak banyak aktiviti pergerakan yang menyihatkan secara khusus. Tanpa aku sedar, sebenarnya, berat aku dah naik. dari 55 kg semenjak lepas bersalinkan Syaza dulu, dah naik 3 kg. Walaupun BMI masih di paras normal, tapi rasanya aku perlu kembalikan semula stamina aku (eceh... ).

Jadi, aku nak cuba bersenam sekerap mungkin mengikut yang sepatutnya. Kalau ikut kebiasaan, senaman perlu dilakukan 3-5 kali seminggu. Waktu untuk setiap senaman seharusnya tidak kurang dari 20 minit tidak termasuk 3-5 minit waktu memanaskan dan menyejukkan badan.

Harap-harapnya aku mampu nak teruskan azam ni... Sat awal pagi tadi lepas subuh, aku naik basikal tak gerak tu. dapat la pergi 1.5 km. Sebab dah memang target 1.5 km, cukup je jarak tu, aku berhenti (you are what you think). Badan dah beritahu tak boleh teruskan lagi sebab dah set dalam kepala awal-awal nak berhenti lepas 1.5 km.

Insyaallah, aku akan kekalkan cara ni. Badan memang rasa sedap bersenam cara yang menyeronokkan. Macam semalam, aku ikut sama beraerobik. Memang rasa seronok dan segar. Saja aku tulis cerita ni sebagai cabaran pada diri aku juga untuk berusaha menjadi rakyat yang sihat. Hehehe... Nanti aku muat naik gambar masa aerobik semalam. Gambar diambil guna kamera kakak aku. Disebabkan takde kabel penyambung, terpaksa la guna sd kad yang perlu dipindah masuk ke komputer orang lain sebab lappy aku tak ada card reader (erkk... macam kuno je bunyinya kan? hahaha...). Ok. Sekarang nak buat sarapan. menu? Err... roti paratha dengan kari sardin... hmmm... yummy.... (ait.. tadi bukan ke baru bersenam? huhuhu...)

Friday, April 29, 2011

Aerobic

err.... baru nak kemas kini ada masalah... esok la saya cerita ye... huhuhu...

Wednesday, April 27, 2011

Punah sudah....


Perjalanan hidup hari ini agak memilukan... sedih... terkedu, terkaku... pilu.... huhuhu... eceh... ye ye je kan? Tapi sungguh la... Cerita bermula begini yea...

Pagi tadi, lepas sudah derita fasa pertama (derita sangat la tu...) iaitu ujian lisan BI. Habis pukul 9.30. Jadi, tak tau nak buat apa. Aku ajak Zuraida jalan jauh sikit hari ni. Pergi UIA yang dah lama kutinggalkan. Bincang punya bincang, semua lima serangkai KPLI E ikut sekali satu kereta. Aku la pemandunya... (dah kereta aku kan...).

Objektif: beli tudung (hahaha.. macam tak ada dah kedai lain yang jual tudung dekat-dekat KL tu kan?)... aku memang payah sikit terima perubahan. Jadinya, aku lebih gemar beli tudung empat segi dari jenis viscouse (betulkan kalau salah ye). Dah lama sangat tak beli tudung. Jadi, dengan harapan ada lagi la kedai yang jual kain tudung jenis tu.

sumber: IIUM

Sampai sana, sambil menjadi pemandu pelancong pada Zuraida dan Cik Wan, aku ambil gambar. I was very excited since the campus has changed. New buildings, new places.... Memang berangan-angan nak ambil gambar kat pintu gerbang dan tangga besar.

My last snapped was the picture of signage. Elok je aku nak melangkah, tetiba kaki aku tersangkut lubang, dan aku pun dengan sadisnya terjatuh lalu kamera yang kupegang jatuh terhentak. Betul-betul kat lensa dia. Uwaaaa..... Kamera tu hadiah ulang tahun perkahwinan yang pertama.... Uwaaaaaa...... Si dia terus terkejut dan kaku di situ.


Lubang tempat aku tersadung... huhuhu....

Memang sangat sedih dan rasa tersentak pun ada. Baru je jumpa kabel penyambungnya, baru je dia hidup semula setelah koma sekian lama (masalah dengan bateri), kini, dia pergi untuk selamanya (sebab kalau baiki pun, makan kos juga... la ni semua nak kena jimat).... Sedih... sedih....

Saat-saat terakhir rasa nak bergambar tak kesampaian. huhuu....

Lebih menyedihkan bila gambar kat dalam tu tak boleh nak dipindah masuk ke dalam komputer tiba aku. Rasa.... errr... tak tau nak luahkan dah ni... Memang amat terkilan. Dah cuba guna sd card cucuk masuk ke dalam komputer riba Zuraida pun tak jalan. Cuba masuk guna kabel pun tak boleh. Lensa kamera tu dah tersekat dek hentakan kuat masa terjatuh tadi. Memang dia la ni tengah koma. Entah boleh baik ke tak...

Tetiba je mengidam kamera lain pula untuk hadiah akan datang ni... Err.... boleh ke Mr. Hubby? aiyaya.... hehhehe....


Gambar-gambar yang tak baru nak masuk


Ni gambar kejadian tayar pancit... Boleh baca kat sini. Yang sedihnya, tayar yang disangka pancit itu rupanya bocor... erghhh.... nampak dah burung merpati bawa pergi RM140... huhu... bukan rezeki aku. Proses menukar tayar tu tak sempat nak rakam. Cuma sempat ambil gambar polis (En. Mustaka) dari belakang je... hahaha... jadi la kan. Bukti juga tu. :D


Yang ni pula gambar kabel penyambung kamera ke laptop. Barangkali ini nanti hanya akan tinggal kenangan. Sedih.... Boleh baca ceritanya di sini ye....

Tuesday, April 26, 2011

Tayar kereta anda pancit ketika sedang memandu?

  1. Jangan panik.
  2. Hidupkan lampu kecemasan.
  3. Berhenti di tempat yang selamat.
  4. Lepas ni... nak buat apa yea?
Hahahah.... pernah tak alami situasi macam ni? Kalau radiotor berasap tu tahan lagi. Pasal aku pernah mengalaminya. Jadi tahu apa patut dibuat. Tapi bila kali pertama mengalami tayar pancit ni.... rasa macam tak tentu arah juga. Berhenti pula di kawasan yang kurang selamat. Aduss.... dah terbayang kereta kena sambar ataupun bergesel dengan kereta lain. Ouchhh... Tak pun jadi penyebab kemalangan orang lain... huhuhu... Kalaulah itu terjadi, memang sadis sungguh....

Mujurlah akal masih warasa dan cukup panjang untuk minta bantuan. Jadi, telefon kawan dan .... tunggu la... apa lagi yang boleh dibuat? Dalam lima minit menunggu, alhamdulillah, Allah bantu aku dengan menghantar aku encik polis. hehehhe.... Dia yang jaga lalulintas sambil aku berundur ke kawasan yang lebih selamat. Alhamdulillah. Encik Mustaka kot kalu aku tak silap nama dia. Dia yang bantu (sambil mengajar aku dan Zuraida) cara-cara nak tukar tayar kereta. So, lepas ni, insyaallah, tau dah la macam mana nak tukar tayar. Harap-harapnya.... *wink*

Seterusnya....
  1. Guna car jack (tak tahu nama dia dalam BM) dan jack kereta ye...
  2. Lepas tu, buka skru tayar. Pijak guna pembuka (pun tak tau nama alat tu) sebab sangat ketat.
  3. Tukar guna tayar simpanan.
  4. Pasang balik skru dan pastikan betul-betul ketat. Pijak je pembuka skru tu untuk pastikan betul-betul ketat.
  5. Jack turun kereta.
  6. Simpan.
Ni ikut cara-cara yang ditunjukkan dek Encik Mustaka tadi tu la. Alhamdulillah, aku sempat lagi sampai di IPBA pukul 8.00 pagi untuk ujian lisan. :D

Nota kaki: Gambar hanya sempat diambil apabila semua dah selesai. Tapi tak dapat dimuatnaik sebab telefon ada masalah. Erghhh....

Sunday, April 24, 2011

Depan mata kusangka hilang.....

Pernah menghadapi situasi macam ni? Huhuhu... memang geram campur sadis campur hmmm..... Lagi pula bila masa kita memang memerlukan benda tu, tapi bila dicari tak jumpa. Bila tiba waktu tidak memerlukan, rupa-rupanya benda tu ada je depan mata. Tak ke mana pun. Memang rasa geram yang amat la....

Kabel sambung dari kamera ke laptop aku yang aku sangka hilang selama ni rupanya memang ada depan mata. Setiap hari aku selongkar laci yang sama dan belek-belek kabel yang sama. Tapi, aku ingatkan kabel yang aku tengok tu bukan kabel yang dicari. Sebab dalam kepala dok cari kabel yang penyambungnya sedikit berkelok. Tapi alhamdulillah, Dia bagi aku ilham untuk cuba dulu kabel yang aku tengok selalu tu... rupanya memang dia... hahahha... apa da....

Ibu susuan Syaza

Semalam baru mama berkesempatan berjalan-jalan ke Puncak Alam setelah lebih 5 bulan tak ke sana. Adik Nur, adik susuan Syaza baru lepas jalani pembedahan labial frenulum. Alhamdulillah, adik Nur tak ada masalah apa-apa. Lama dah mama tak tengok adik Nur. Jadi, semalam dia memang malu-malu dan takut-talut. Sebab papa Faiz Syaza ada temujanji dengan doktor, jadi kita tak dapat lama-lama dengan Mama Aja. Insyaallah, kalau ada kelapangan lagi, kita pergi jalan-jalan ke sana lagi.

Mama cuma nak beritahu Syaza, yang Syaza ada ibu susuan. Nanti kalau Syaza dah boleh baca, Syaza kena ingat tentang tu. Syaza ada 4 beradik susuan. Kak Azalea, Kak Dina, Abg Rayyan dan Adik Nur. Memang mama pun tak sangka juga nanti anak mama akan ada keluarga susuan. Alhamdulillah, Syaza masih lagi tak campur susu. Masih lagi susu ibu sepenuhnya. Susu mama dan susu Mama Aja.

Mama tak sempat nak ambil gambar walaupun dah dua kali pergi ke sana. Nanti la... Buat masa ni, mama ambil gambar dari blog Mama Aja je... tu pun ada gambar Adik Nur dan Abang Rayyan.
Adik Nur Qurratun Aini
(Aja... betulkan namanya kalau salah ni... tak ingat... short term memory loss... hahahah)


Abang Rayyan (tak tau nama penuh... ngeee...)

Tuesday, April 19, 2011

Bermula fasa akhir...

Minggu ni aku memulakan kehidupan fasa akhir sebagai guru pelatih. Masuk IPBA balik. Hari pertama dah lambat sampai. Pukul 8.30 sebab hujan. Hari ni, pun lambat sampai sebab keluar rumah pukul 6.45 pagi. Hahaha.... Sampai IPBA, nasib baik ada ruang meletak kereta lagi.

Semalam, memang kalut mencari ruang meletak kereta. Elok je aku letak dekat satu blok ni dan buka pintu, ternampak satu kertas A4 yang dah basah dek hujan dilekat dekat batu. Betul-betul berdepan dengan pintu kereta aku.

"Do not park along side Block 8 and 9 to avoid traffic problem"

Tapi disebabkan aku nak cepat, buat tak nampak je la. Tapi... errkkk... tetiba kena sound dengan pakcik jaga yang muncul dari balkoni tingkat satu blok 8. Errkkk....

"Dik, cuba baca tu... tu... tu... yang dekat pintu tu...."

Huhuhu...tak jadi nak buat bodoh. Terpaksa la membodohkan diri undur kereta dan letak lebih jauh. Usung satu beg komputer riba yang amat berat, satu beg yang berisi dua fail penuh dengan segala macam dokumen, botol air 1.7 liter dan tas tangan. Erghhh.... rabik bahu aku jadinya.

Hari ni, aku tengok masa nak cari tempat letak kereta, cuma kawasan berdekatan notis tu je yang kosong. Tapi, sepanjang blok 8 dan 9 tu, penuh dengan kereta. Udah tu.... tak ada ruang dah... nasib la...

Bermulanya fasa akhir aku di IPBA.... dengan masalah ruang letak kereta. Uhukkk....

nota kaki: Jenuh nak siapkan satu cerita ni sebab nak kena layan Cik Syaza main bola. Dah siap letak kerusi dia betul-betul sebelah kerusi aku. huhuhu...

Friday, April 15, 2011

Moga kita jumpa lagi...

Kalaulah saya mampu terus di sini...
Saya ingin terus berbakti...
Menabur ilmu dan budi...
Terus berjasa membakar diri...
Terus berbakti demi Ilahi...


Kalaulah saya mampu terus kekal...
Saya ingin terus berjiwa kental...
Melarik impian harapan dipintal...
Biar keringat, pedih dan perih...
Tapi saya tak kenal jerih...

Kalaulah saya mampu terus bersama...
Saya ingin tawan semua...
Biar ilmu senang mengalir...
Biar nilai mudah terhulur...

Tapi... saya tak mampu terus di sini...
Tapi... saya tak mampu terus kekal...
Tapi... saya tak mampu terus bersama...
Biarlah memori terus abadi...
Biarlah kita semua jadi cekal...
Biarlah memori mengukir ceria...


Moga pertemuan dan perpisahan ini....
Jadi gerak nadi membangunkan ummah...
Demi Ilahi... Amin....

p/s: Saya sayang kamu...



Thursday, April 14, 2011

Hari-hari terakhir latihan mengajar

Esok adalah hari terakhir praktikum. Sekejap je tiga bulan berlalu... Minggu depan akan bermula rutin ke IPBA dan mula juga la bercinta dengan kesesakan lalulintas. Aduuhai.... di bawah ni adalah gambar kenangan dengan 4 Firus. Banyak juga hadiah dan bunga yang mereka beri. Tahun 5 Kecubung pun tak ketinggalan. Yang sungguh menyentuh perasaan apabila pagi tadi, Fazira beri sekeping gambar dan sebungkus nasi lemak. Ya Allah... sungguh... aku sangat terharu... terima kasih pada anak-anak didik yang ikhlas mengingati cikgu... Sampai kita jumpa lagi yea...

Masing-masing lepas gian menulis bila diberi peluang... tengok... kata Zulhusni...

Sarah, Amirul dan Mujahid. Amirul istimewa di mata saya kerana keistimewaannya sebagai anak autisme yang bijak berbahasa Inggeris dan cukup pandai serta cekap melukis.

Fatin. Kepetahan berbahasa Inggeris mengalahkan saya.

Fazira dan Nazatul.

Murid-murid lelaki 4 Firus

Pantang disuruh bergambar....



Mujahid yang jahat (kata kawan-kawan tau... bukan saya) dan Muhammad Kamal Hussin (kembar Muhammad Kamal Hassan) yang dulu amat pendiam dan tak pernah menunjukkan emosi dan perasaan bila kena marah, tiba-tiba jadi hiperaktif dalam kelas. hahahah....


Peace guys... Teacher is gonna miss you all.... Do take care...

Huhuu....

Happy Birthday to My Luvly Hubby

Wajah-wajah kesayangan hamba...

Selamat Hari Lahir. Moga panjang umur dan murah rezeki. Moga sentiasa diberkati-Nya dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Mama, Sarah dan Syaza sayang Abah selamanya.... Bertuah kami dapat suami dan abah macam Abah... :D

Semoga kita bahagia selamanya... Amin...

Sarah sedang cuba hadiah hari jadi Abah... best abah...

Istimewa wangian untuk Abah...

p/s: untuk peringatan diri sendiri pada masa akan datang. No showing off ek... huhuhu...

Monday, April 11, 2011

Nasi ayam Lebanon

Hari ni merajinkan diri untuk menggantikan puasa yang tertinggal. Ada lagi satu hari tolak hari ni. Dan dua hari lagi untuk puasa nazar sebab dapat KPLI (sampai la ni belum bayar lagi. Ditulis dengan tujuan reti diri... hahahah.... dan supaya saya tidak lupa sebab saya pelupa orangnya). Oleh kerana hari ini saya berpuasa... maka keinginan untuk makan yang istimewa pun menjelma. Maka saya pun masak nasi ayam Lebanon. Balik je sekolah hari ni, saya terus keluarkan ayam. Lepas tu selongkar peti ais tengok bahan-bahan. Cara masak... boleh tengok kat sini. Kali ni masak sedap sikit walaupun aku puasa. Kira dah makin pandai masak la... (hahaha.... sapa lagi nak puji diri kalau bukan diri sendiri kan...).

Lavendar Bakery


Dah lama nak tulis cerita ni. Cuma asyik lupa je... Kepada yang duduk dan menetap di Bukit Tinggi, hati-hati ketika berkunjung ke Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Ramai barangkali yang tak tahu bahawa logo halal yang tertulis di sebuah kedai bakeri iaitu Lavendar Bakery adalah tidak sah. Pelik bin ajaib sebab logo tu dah tertampal sejak sekian lama. Mula-mula buka, tiada logo halal. Aku pun pernah membeli di situ. Lama-lama rasa sedikit ragu. Jadi, aku berhenti membeli. Aku selalu perhatikan kedai ni. Satu hari, tiba-tiba terkeluar logo Halal dari negeri Johor. Mungkin sebab asal usul kedai ni dari Johor kot. Tapi aku masih tak rasa nak membeli sebab mula rasa semakin ragu.



Entah bila, tiba-tiba keluar pula logo halal dari JAKIM. Sebab rasa ragu makin memuncak, aku email ke bahagian halal JAKIM. Mereka cuma balas akan ambil tindakan. Tapi mungkin kekurangan kakitangan (think positive), hingga kini aku masih lihat logo tu tertampal di dinding kaca kedai.

Apa yang aku tahu, untuk mendapatkan sijil halal, syarikat perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pekerja muslim yang berkuasa penuh bagi mendapatkan barang-barang mentah. Tapi, kedai tersebut aku lihat dipenuhi oleh orang bukan Islam dan beberapa orang pekerja luar negara (Bangla kot... berdasarkan kulit dan rupa). Tak pasti pula ada orang Islam ke tak di situ.

Dan shingga kini juga, aku masih melihat keputusan yang sama apabila aku buat carian di Halal JAKIM untuk mencari kepastian.




Sunday, April 10, 2011

Kakak tak nak mama mati...


Semalam mama tunjukkan Sarah video kelahiran secara C-Section.
Sarah tengok tekun.
Lepas tu Sarah kata kat mama, "Mama... Kakak tak nak adik la."
Mama tanya Sarah kenapa. Sarah jawab, "Nanti mama sakit." Mama peluk Sarah... alamak... terharu sungguh mendengarnya...
Mama cuma pesan Suruh Sarah dengar kata mama dan abah sebagai menghargai pengorbanan mama. Sarah angguk. Lepas tu Sarah keluar.
Tak lama Sarah masuk balik ke bilik. "Mama.. Kakak tak nak adik... Kakak tak nak mama mati"... errkkk....

Kejadian yang sering menghantui diri...

Jangan salah sangka lagi yea... Kali ini mari kita menguji minda kita. Sila baca situasi di bawah dan teka apa yang akan berlaku?

Situasi 1: Sebuah kereta yang sudah hangus terbakar tersadai di tepi lebuhraya di lorong kecemasan. Jangka masa kereta tersebut berada di tepi lebuhraya tidak dapat dipastikan. Yang pasti, bukan baru berlaku dalam masa dua jam. Agak-agak, apa yang akan berlaku kepada keadaan trafik?

Situasi 2: Sebuah kereta terlanggar sebuah kereta lain di lebuhraya. Kedudukan kereta-kereta tersebut berada di lorong laju. Kejadian masih lagi baru terjadi. Agak-agak, apa yang akan berlaku kepada keadaan trafik di laluan bertentangan?



Disebabkan keadaan sangat sesak selepas laluan keluar ke Seremban, ditambah pula penghawa dingin macam biskut... kejap ada.. kejap takde... aku sempat la juga rakam adegan ni... Yang paling seronok bila ada kereta yang sakan guna lorong kecemasan tapi bila nampak aku guna perakam, terus bagi lampu isyarat masuk semula ke lorong biasa... haha... apa punya orang la...

Tuesday, April 05, 2011

Apa Kak Ngah dah pandai sekarang

Jangan salah sangka pula dengan tajuk Kak Ngah tu... Sedang mengimpikan untuk tambah yang seterusnya. Sebab tu mengubah panggilan supaya kalau Syaza dah ada adik, Syaza tak rasa jatuh taraf pula. Sekarang, Syaza dah pandai macam-macam perkara.

  1. Syaza suka nyanyi "Ete.. ete.. uubat... ete.. ete.. uubat... ete.. ete.. uubatt... ete.. ete... ubat" (Thank you teacher good bye, thank you teacher good bye, thank you teacher good bye, thank you teacher good bye). Kak long yang ajar Syaza.
  2. Syaza dah rajin sebut leezzz... (please).
  3. Syaza suka lap pipi bila mama dan abah cium. huhuhu....
Kat bawah ni adalah aktiviti dan gelagat Syaza...

Dah pandai mengurut kaki... (macam sampai... hehehe...)

Berangan jadi baby... naik walker yang disimpan kat bawah katil.

Kak long dan adik sempat bergaya...

'naik walker' sambil menyanyi.

Tolong Kak long mengurut badan dan kaki...


Suka makan Nutella terus dari dalam botol... comel kan? hahaha...

Sama tak? hehehe...

Monday, April 04, 2011

Pemandu tidak berhemah


Memang setiap pagi ke sekolah, aku pasti akan lalui benda yang sama. Sampai ke hari ini, aku masih lagi tidak faham kenapa orang kita tidak tahu malu dan bersalah apabila buat salah. Contoh yang paling jelas, bila berada di atas jalan raya. Tanpa rasa malu dan segan, seronok je dia potong barisan. Kalau ikutkan, barisan aku adalah barisan yang akan membelok ke kanan sementara barisan di sebelah kiri perlu jalan terus.

Tapi, dek kerana mengharapkan orang lain memahami yang dia sudah lambat (agaknya la...), maka tanpa rasa malu dia memotong jalan. Perkara ni, kalau tak dibendung, akhirnya (sekarang pun sudah nampak jadinya) akan menjadikan manusia tempatan ni tak tahu malu bila buat salah. Kadang-kadang, aku sendiri terasa yang perbuatan membunyikan hon untuk menyedarkan mereka itu sedang melakukan kesalahan adalah perbuatan yang salah (ait... dunia macam dah terbalik pula kan...).

Tak boleh ke mereka berfikir, jika tidak suka orang buat buruk pada kita, janganlah kita pula yang melakukan perkara buruk pada orang lain. Bukankah buruk rupanya tu?

Alaaahai.... Sungguh... aku tak faham....

Sori... Mama sayang kamu....


Memang mama marah tadi. Mama dah pesan pada Sarah banyak kali. Jangan selongkar tas tangan mama. Mama marah dan geram tadi sebab mama tak jumpa jam tangan mama yang mama letak dalam tas tangan mama semalam. Abah beritahu mama yang jam tu ada kat bilik Pak Dek.
Mama teringat semalam Sarah ada keluarkan barang-barang mama dari dalam tas tangan mama masa kat rumah Tok Mak.
Mama bebel kat Sarah. Syaza yang panggil-panggil mama nak tenangkan mama pun tak mama endahkan. Mama marah Sarah. Sarah diam je. Lagi la mama angin. Mama suruh Sarah minta maaf pun Sarah diam.
Masa mama nak keluar, Syaza panggil mama lagi. Tersentuh mama bila Syaza tarik tangan Kakak dan suruh Kakak kata "Sori". Terus marah mama padam. Mama peluk dan cium anak-anak mama. Mama sayang kamu....

Sunday, April 03, 2011

Mari Join Segmen Blog Review oleh Cik Aish


Tetiba rajin la pula nak masuk benda-benda macam ni. Tak banyak tujuan. Yang nyata, cuma nak tau sejauh mana blok aku ni cukup bagus dan menarik pembaca. Supaya boleh diperbaiki untuk tujuan perkongsian dan apa-apa yang berkaitan.

Ada yang berminat nak join? Senang je...
  1. Follow blog cik aish ni...
  2. buat tulisan mengenai Mari Join Segmen Blog Review oleh Cik Aish
  3. Letakkan banner
  4. dan hubungkan penulisan anda tu di pautan ni ye...

Errk... dah masuk maghrib.. jalan dulu yea....

There was an error in this gadget