Tuesday, March 30, 2010

Sepetang bersama Sarah dan Syaza






Syaza tengah leka dok belek something on her feet. Mama pun tak nampak apa dia. Mama tengok Syaza senyap je.... Tu yang mama jenguk kat tepi meja. Rupa-rupanya you were doing something.

Sarah pula la ni susah nak tidur petang kalau masa cuti. Macam semalam, ummi kata Sarah menangis bila disuruh tidur. Mama tak penah pula tengok Sarah nangis bila disuruh tidur. Rupanya, kata ummi memang betul. Cuba la tengok Cik Sarah yang sakan berguling menangis-nangis tak nak tidur. Lepas aksi berguling tu, mama tengok ada la dua tiga kali Sarah dah lelap. Tapi sebab Syaza tengah aktif melenjan katil, Sarah tak jadi tidur. Lepas tu sama-sama aktif balik.


Yang kelakar bab tidur ni, Sarah suka sangat bagi alasan kalau tak nak tidur. Semalam, mama tengok mata Sarah dah kuyu masa dah sampai depan pintu pagar.

"Sarah dah ngantuk yea?" Tegur mama.

"Mana ada ngantuk. Silau. Panas!" Selamba Sarah jawab. Mama senyum je.

Sampai rumah, Sarah baring kat sofa. Mama pula ke dapur masak air panas sebab tadi Sarah kata nak susu. Bila mama ke ruang tamu semula, Sarah dah lelap pun. See... susah sangat nak mengaku Sarah memang dah mengantuk. Heheheh...

4 bulan tanpa gaji

Perit memang perit... Bukan sebab tak blh dpt at least after three months... tapi disebabkan kelembapan kura-kura buat kerja, maka GSTT terima padahnya... Well, aku pun pelik kenapa mesti lambat. Surat tawaran diterima oleh pihak sekolah sehari sebelum aku daftar masuk which was on 4th of January 2010. Aku report duty on 5th, the following day. GSTT received the letter around middle of February and kena buat medical checkup (some schools use the previous year report). Hantar bulan 3, lepas tu ntah cmna wat keje, about few days after I submitted the medical report, the kura-kura told me that one of the documents was incomplete. Geram juga. Macamana perasan lepas few days. Kenapa tak semak dulu the forms once we submitted. At least you told us a day after the form submission. Sengal!!!

Then, cuti sekolah, on monday, the kura-kura called me asking whether kali ni aku renew application or new application? I wondered why she asked. Then, after school holiday, when i asked about the salary, she told me that she forgot (weh... muka dia selamba je tau!) to called my former school. dan dengan selambanya juga dia berkata, tak janji dapat gaji bulan tiga.... senangnya dia berkata kan.... hmmmm.... komen aku? Moga satu hari nanti dia rasa keperitannya....

Lots to jot down, but....

I don't have 24 hours in front of laptop. Wish there'll be a technology which can quickly record whatever I wish to record and transfer it to my blog. One thing about writing is.... I love writing. It is just that.... when an idea comes out but my laptop is not available for me to put it in, the idea will fade away... I will become lazy to reproduce the words... hahahah.... or.... my little Syaza awakes.... huhu...

Supply crisis... here it comes again!


I'm facing the same problem again. Lack of milk supply. Huhu.... Actually, I believe that I have enough supply for direct breastfeeding. And by avoiding cutting pumping session, I can maintain the milk supply. Unfortunately... (worst part), aku ni agak malas sikit. Lebih-lebih lagi bila tengok susu kat dalam fridge tu macam dah banyak je, mula la aku rehat dan ponteng sesi mengepam. Bila dah terdesak macam hati ni, baru tau nak cuti. Aduuhai.... Setakat stok banyak tu, cuma boleh bertahan dua hari aje. Masalahnya, hari Khamis ni aku sekolah dari pagi.... uwaaa.... rasa macam nak cuti seminggu je...

Saturday, March 20, 2010

Idea datang...

untuk mendidik anak actually. Aku baru je terbaca entry virus padu. Tersentuh juga baca dan terfikir, barang kali aku juga perlu berubah. Sarah la ni dah makin bijak. Adakala, ayat yang diguna tu macam pernah kudengar aje.... (copyright aku dan Mr. Hubby la... apa lagi!). Aku kena banyak berbual-bual dengan dia. Berimaginasi sama-sama dengan dia. Lihat bagaimana dia melihat dunia. Dari dia duduk menghadap televisyen, kan lebih baik aku isi dengan bual-bual kosong. Since I have done my work (buat nota Geografi), I can fill up my leisure time with her kan?.... hmmmm.... good... good...

p/s: a credit to kak jemah... :D

Thursday, March 18, 2010

Seharian berjalan-jalan di Kuala Lumpur

Best tak tajuk hari ini? hikhik.... Meh aku cerita tentang perjalanan seharian aku yang bermula jam 9.00 pagi. About an hour after my last blog entry. Since today is a working day, federal highway was a little bit jammed even though we reached the highway around 10.00. Mr. Hubby belok ke Kelana Jaya sebab rancangnya nak letak kereta dekat tempat letak kereta di stesen LRT Kelana Jaya. Malangnya, dah penuh. Pergi ke Taman Bahagia pun penuh. Akhirnya pusing kat Asia Jaya. Penuh juga. Tapi pusing punya pusing, jumpa la satu kawasan. Itu pun staff LRT punya. Kami letak kereta di situ dan naik LRT. Ni kes nak bawa Sarah dan Syaza jalan-jalan kenal dunia la ni. Sampai KLCC dalam pukul 11 lebih. Terus ke Aquaria. We snapped few shots. I'll try to upload later coz I'm rushing to finish the note (as per my few entries before).

Jakun juga aku dok meronda kat dalam Aquaria tu. Disebabkan kami pengguna kad touch n go, kami terus masuk dan tak payah beratur. Nampak la ikan pirana yang ganas tu. Yang tak bestnya, kami baru je terlepas sesi bagi makan kat ikan-ikan tu.... ceshhh.. rugi je rasa. We strolled and strolled over the interesting tanks in the place. Banyak la yang menarik. Terutamanya bab jumpa Kak Alizah, kawan masa kat Jalan Kebun dulu. Heheh... macam tak sangka jumpa dia kat KLCC laknya. Dapat juga tengok obor-obor secara langsung kat situ (as what I saw in Seven Pounds movie - tragis cita tu).

Pukul 2 lebih, kami lunch kat Kenny Rogers. Lepas tu aku pergi melawat kawan-kawan kat Kinokuniya (I miss the time working there. So sweet memories). Jumpa la Siti dan Yoke Ping. Masing-masing dah jadi unit chief dan assistant unit chief. Haa.. ada satu benda kelakar yang sekarang ni nampak makin jelas tentang Syaza. Sila lihat gambar ini.


Aksi-aksi Syaza sedang marah sebab aku tak bagi dia selongkar buku-buku kat rak.
Hehehe... kelakar...kelakar....

Sebelum meninggalkan KLCC, sempat juga la aku jenguk kat City Chain. Ternampak la jam chrono yang cantik. Since ada 40% diskaun, aku pun rasa nak beli sempena hadiah hari lahir Mr. Hubby. Asalnya nak beli jam chrono tu. Tapi, sebab kaca jam tu bukan sapphire, terus tukar beli jam lain. Sayang la pula kalau beli jam mahal-mahal, tapi calar-balar. Keje Mr. Hubby aku pun ala-ala Ryan Gigs gak (duta jam CYMA yang harganya tak kurang dari RM900++), lasak. Jam tu aku terus sorok sebaik sampai rumah. Cik abang minta pun, aku tak bagi... Kan hadiah hari jadi... Next month yea sayang.... hehehhe....

Kami naik LRT balik lebih kurang jam 4.00. Tu pun kira lewat. Lewat lagi dari tu, alamatnya kena bersesak la dengan orang balik kerja.

Wajah-wajah kesayangan hamba dalam perjalanan pulang ... dah penat la tu....



Yang ni pula masa dalam perjalanan pulang menaiki kereta... Cute tak? haha...


Sampai rumah dalam pukul 5.30. Aku angkut barang-barang ke dalam rumah. Kemudian terus letak barang yang sekarang ni jadi kegemaran aku kalau pergi mana-mana - fridge magnet. Setakat ni, itu je la koleksi yang aku baru ada. Plan to have more.... hehehe....


This is the latest one. Bought at... as you can see.... :D

Lihatlah wajah-wajah yang memang penat... Sian kan.....



Yang ni je tak tau penat. Jenuh aku nak ambil gambar dia yang lincah ke hulu ke hilir.... Syaza... Syaza....

Ok... Aku nak sambung menaip nota. Moga-moga boleh siap paling lewat esok supaya aku boleh hantar untuk buat salinan.... Amin... hehehhe...

Awal pagi

Hari ni diari hidup aku bermula jam 5.30 pagi. Huiiyoooo!!! Best kan? Sarah pun bangun awal. Pukul 5.15 (aku masa tu tengah mamai lagi), dia dah bangun kejut abah dia minta susu. Samar-samar aku dengar abah dia kata air tengah masak. Lepas tu, aku sedar 5.30, abah kesayangan Sarah tengah tidur. Terlelap la tu. Sarah pula masih setia menanti abah dia bangun buatkan susu. Kesian aku tengok. Aku pun bangun buatkan susu. Lepas tu aku minum segelas air (baru mula belajar tentang kebaikannya - menguatkan daya imun dalam badan), lepas tu terus ngadap laptop buat nota Geografi (bila la nak siap....). Sarah pula terus ke depan tengok TV. Kartun la... apa lagi....

Pukul 6.30, aku solat subuh. Kejut suami yang kusayang bangun subuh. Kali ni aku saja kejut lewat sikit sebab semalam dia keletihan balik kerja lewat. Sampai rumah almost 9 p.m. Bila aku tanya jadi ke nak pergi Aquaria hari ni? Dia kata, "Entah la. Macam penat". Bila dengar macam tu, aku tak banyak soal dah. Kesian pun ada. Tak pe la.... tak jadi, aku boleh teruskan perjuangan buat nota Geografi ni.

Pukul 7.30, aku mandi (dah habit mandi pagi. lagipun sejak ada pemanas air, aku lebih semangat memulakan waktu pagi selepas mandi). Dengar suami aku dah basuh-basuh kereta dan van kat luar. Uihh... dia pun rajin. Kata penat. Lepas mandi, aku sambung buat nota (sambil-sambil tengok blog orang... hehehe...). Lagipun kalau Mr. Hubby tak kerja, aku akan ke dapur lewat sikit. Sekarang ni pun dia tengah diet. Jadi, sarapan memang ekspres la. Wholemeal cereal je....

Tengah syok buat nota (plus menulis blog. Hehehe.. padan la nota tak siap-siap), Mr. Hubby masuk bilik dan bertanya, "Tak nak pergi ke?"

Ait... tadi kata penat..... Aku pun..... hmmmm.... "Tak penat?"

"Takde la. Pergi pagi. Nanti petang boleh terus pergi Putrajaya tengok belon panas." Jawab dia selamba....

Huiyooo.. ni memang tak penat ni... Ok la... aku pun sambung sat tulis blog ni.... dan nak bersiap pergi.... Nanti kalau sempat aku post gambar-gambar ek.....

Wednesday, March 17, 2010

Peluang mengadap laptop

Alhamdulillah, aku baru je selesai masak makan tengahari. Eh, dah pukul 4.00 petang! Hehehe.... tengahari dah siap masak nasi beriani dan goreng ayam. Lepas tu, kak long pula ajak pergi Banting. Jadi aku pun teman la dia cari kasut anak-anaknya. Balik dari Banting dah pukul 2.00. Disebabkan Sarah tak nak ikut aku balik rumah (dia memang suka sangat duduk rumah ummi a.k.a kak long aku), maka aku dengan senangnya masukkan Syaza yang dah lelap dalam kereta tadi ke dalam buaian. Solat zohor dulu. Lepas tu aku sinsing lengan baju dan sambung kerja memasak. Buat dalca dan masak ayam merah beserta acar mudah. Pukul 3.30 baru siap segala termasuk la kemas dapur (memang habit aku kalau dah masak, dapur mesti dikemas terlebih dahulu sebelum melantak. :D)

Lepas makan, baru je nak mula buat nota Geografi Tingkatan 2 (khas untuk pelajar 2 Fasih, kelas hujung), Syaza pun gerak-gerak nak bangun. Aduuuuhaiii.... Hampir-hampir kerja aku terbengkalai lagi. Tinggal 4 bab je lagi.. Tapi tu pun payah benar nak siap. Ingatkan Jumaat ni nak hantar buat salinan. Tapi tak tau la camna. Aku angkat Syaza, susukan dan dia terlelap balik. Harap-harapnya lena sampai abah dia balik pukul 6 ni. Hehehe.... Lepas tu malam aku la yang merana kena layan dia sebab dah puas tidur petang. Hahaha... padan muka aku!!!

p/s: Moga-moga aku sempat siapkan nota Geografi ni untuk anak-anak murid aku. Aku cuba nak bantu mereka yang sangat lemah... Bukan siapa pun, anak bangsa aku sendiri yang bakal mencorakkan dunia Sarah dan Syaza nanti....

Friday, March 12, 2010

Kisah jam yang menyakitkan

Ini kisah semalam. Kisah balik rumah yang memang aku harung setiap hari. Cuma nak kasi lepas geram je ni. Sila lihat pada gambar-gambar yang dipampangkan kepada anda ek.






Memang sakit hati weh! Siap satu bas tu, ada yang dah prepare nak keluar ke jalan. Tapi disebabkan dia belum habis ambil semua penumpang dia, maka dia pun berhenti betul2 tengah jalan. Sila lihat pada gambar tersebut. Cuba spot satu bas depan aku. errr.... kat tengah-tengah antara van dan avanza tu... (tak dapat snap sempurna sebab tengah sesak gila!!!)




Boleh lak dia berhenti melintang tengah jalan. Tak fikir ke orang lain nak lalu? Otak tada ka? Heee.... Sebaik je aku lalu kat tepi bas tu, aku pun hon sekuat hati lepas geram. Sengal...

Memang dalam minggu ni, entah kenapa, ramai sangat pemandu van dan bas ni yang suka berhenti tengah jalan untuk ambil pelajar-pelajar ni. Geram juga aku. Dia fikir kepala dia sendiri. Tak fikir orang yang nak lalu lalang guna jalan tu. Aduuuuhaii.... rasa macam nak naik motor je datang sekolah. Tapi bila memikirkan kesesakan macam ni, takut juga aku nak naik motor. Hahaha.... Aku bukannya pandai main cilok-cilok ni....

Thursday, March 11, 2010

Syaza dalam perut mama

Gambar-gambar mama yang sangat tembam. Gambar ni abah ambil seminggu sebelum mama lahirkan Syaza kat Pusat Bersalin Barakah ni la....
Hehehe.... buruknya mama rasa....



Wednesday, March 10, 2010

Hari malas sedunia

Malas sungguh rasanya nak mengemas hari ni. Biasanya memang aku dah siap kemas bahagian dapur especially waktu-waktu camni (around 10.00 p.m). Sebab aku suka bila aku mulakan kerja memasak esok pagi, dapur dah siap kemas. Aku tinggal keluarkan barang-barang untuk masak makanan Sarah dan Syaza je.. Tapi entah kenapa la hari ni rasa malas yang amat. Mungkin sebab hari ni bukan aku yang masak. En. Bard yang masak kot. Hehehe....



Ni la rupa sinki yang tak berkemas lagi... Lawa kan??? hahaha....


Ni pulak susu yang dah aku pam tapi tak masuk peti ais lagi... huhu.... malasnya...!!!!


Dia balik lambat hari ni. Jadi, rutin ambil Sarah dan Syaza beralih pada dia. Oleh kerana anggaran dia pulang dalam pukul 7.00, aku minta ayah aku ambil puteri-puteri aku. So, on the way home, aku singgah rumah mak aku yang tak berapa jauh dari rumah aku, solat maghrib dan baru balik rumah dengan dua puteri keletah tu. Bila sampai rumah, hubby tersayang dah panaskan sup telur pagi tadi. Pastu masak nasi, dan goreng telur dadar. Tumbuk cili api dan campurkan dengan ikan bilis tumbuk.... perghhh... sedap weh! Perut pun dah lapar. Aku mandi, pastu makan dan terus melepak tanpa basuh pinggan. Heheh....

Hmmm... rasanya mood nak kemas dapur macam dah nak datang dah ni... ok la... I'm going away from this luv very soon.... to the kitchen!!!! Yeeeehaaaaa.......

Photo collection

Sarah tengah solat. That picture was taken few months before mama delivered Syaza. Cute eh? Hahaha....

Mama can't remember when mama took the picture. But the pose was not easy taken. Mama had to struggle to put on the red tudung and quickly snapped the photo before Syaza took it off. :D

See.... you were trying to put off the cute tudung.

Picture 4 was taken right after we got back from household shopping. Both of you took the diapers to our room and play with it. Hehehe... macam orang tak pernah jumpa lampin.

Yang gamba ke-5 tu gaya Syaza yang dah pandai minum air guna sipping cup. Heheh.. Beria je...

Next photo was taken by abah one nite. Last week kot...

And the other one was taken by Sarah herself... Perasan comel la tu....

The last picture was taken by mama on weekend. Syaza duduk kat depan pintu belakang tu sambil tengok senario terhad kat luar while mama were doing the cooking.

Takde rezeki

Bila check nama kat panggilan untuk MTest, dukacita la juga. Memang aku mengharapkan untuk jadi guru tetap. Tapi, kalau memang takde rezeki, nak buat macamana. Mungkin tahun ni lebih ketat pengambilannya. First time cuba dulu, terus dapat masuk. Cuma rezeki takde, terpaksa tolak sebab tunggu due Syaza masa tu. Second time applied, suma setakat dapat MTest je. Third time ni, hapa pun tarak... hehehe.... sedih juga. Tapi.... takde sapa nak pujuk pun. Pujuk la diri sendiri.... Makan dan telan la sendiri..... :(

Tuesday, March 09, 2010

Lewat waktu maghrib

Hari ni aku ikut Jalan Kebun sebab nak pergi rumah mak kejap. Selalunya aku sampai rumah lebih kurang 7.20 ke 7.30 malam. Dan selalunya on the home, I listen to IKIM.fm. Rasa tenang sebab banyak zikir, nasyid, usrah dan sebagainya. Tadi, aku sampai area batu 9 agak lewat. Lebih kurang 7.25. Azan kat radio pun dah berkumandang. Yang 'seronoknya', ada lagi budak-budak muda yang tengah seronok melepak tepi-tepi jalan. Ada juga sekumpulan orang tua yang sedang duduk minum-minum kat gerai tepi jalan. Sedih sungguh rasanya bila tengok keadaan macam tu. Mana tidaknya. Waktu-waktu yang elok ke masjid, surau atau paling tidak solat saja di rumah. Rasa risau, seriau, takut bila memikirkan golongan ini, entah solat entah kan tidak.

Mungkin aku tidak terdidik dalam golongan yang melepak-lepak waktu maghrib begini. Paling tidak, masuk waktu maghrib, aku dah pastikan anak-anak mandi dan siap untuk solat. Aku pun bukannya baik sangat yang sentiasa solat on time. It just that, having fun outside during maghrib is not proper. Well.... padan la anak-anak zaman sekarang ni, payah nak dididik.....

Thursday, March 04, 2010

Kurang kawalan

Tak tau part mana yang aku jadi marah...

Kes 1
Aku dah melalui hari yang membosankan dan tak menyeronokkan masa buat pemeriksaan kesihatan Isnin lepas. Kelmarin aku dah submit pada kerani. Tetiba semalam, dia bagi satu lagi borang perakuan bebas dadah untuk ditandatangani oleh pegawai perubatan kerajaan. Aduuuhaiii.... sakit juga rasa hati. Aku tak tau nak salahkan sapa dalam hal ni. Kerani sekolah ke, orang kat PPD ke.... Bukannya senang nak pergi hospital lagi dan dapatkan pengesahan tu. Klinik pun sama. Kalau dah nama klinik kerajaan.... maka panjang la quenya... Aku call isteri sepupu aku nak minta tolong dia sign, masuk voicemail. Call kawan minta tolong, pun tak angkat. Msg pun so far no reply. Lambat hantar bererti lambat gaji....

Kes 2
Dari hari Selasa lagi aku dah cuba isi borang online DPLI. Tapi tak ada sekali pun permohonan aku lepas. Aku disuruh isi semula berulang-ulang kali sampai aku jadi muak dan menyampah. Bila aku call Helpline (so called helpline....) dan aku beritahu masalah aku, dia cuma cakap, kat tempat dia boleh je isi. Aku kata bukan aku sorang je.... ada kawan aku pun tak boleh juga. Dan dia terus berulang-ulang kali kata kat tempat dia tak ada masalah. Yang buat aku angin dan sangat-sangat terkilan bila dia macam lepas tangan. Aku bayar RM20.60. Bukannya RM1.00. Kalau setakat beli, tapi tak boleh isi... tak guna juga. Bila aku tanya alternatif lain (soalan bodoh) kalau aku tak boleh isi... dia cuma kata, kena cuba banyak kali. Uhhh.... senangnya bercakap kan....

Jadi, part mana yang buat aku marah?????????????

Wednesday, March 03, 2010

Apa kena la...


Banyak kali dah aku cuba untuk isi borang DPLI ni. Dari Google Chrome, tuka ke IE, pun tak boleh juga. Kenapa la agaknya ek. Dia keluar nota ni

'Maaf. Maklumat anda tidak berjaya dimasukkan dalam pangkalan data. Anda perlu Login semula'.

Nak report masalah ni, tak tau nak report kat sapa sebab takde nombor yang boleh dihubungi. Kalau nak ignore je, tak blh pulak sebab dah bayar RM20.60. Kalau takat RM1.00 tu, aku blh gak pejam mata.... Heee... geramnya!!!

Dah la nak ambil bungkusan kat Pejabat Pos tadi, bungkusannya tak sampai lagi. Huhu.... geram lagi...!!!

Ntah kenapa hari ni, aku tulis blog boleh lak keluar garis-garis ni. Tak jumpa macamana cara nak turn off the line. So.... hmmm.... Tak tenang aku hari ni....

Monday, March 01, 2010

Pemeriksaan Kesihatan di Hospital Banting.

Aku sampai kat hospital dalam pukul 2.15. Appointment pukul 2.00. Terlambat sikit. Memula masuk kat kaunter 2, nampak sorang ibu dan bayi yang br lahir. Teringat saat-saat lepas bsalin dulu. Rindu pula nak jadi preggie mama lagi. Asyik tengok, ternampak En Nuzaihan, medical assistant kat Hospital Banting ni. Aku senyum kat dia yang kebetulan lalu depan aku. Terus dia tanya aku punya date appointment. Bila aku cakap hari ni, dia suruh aku terus pergi jabatan xray. Aku terfikir.. Untungnya senyum. Kalu tak, panjang juga nak sampai kaunter daftar tu.

Masa xray lak, staf kt situ suruh aku tukar baju dan pakai gown khas. Dia kata, tunggu sampai dipanggil. Jadi aku duduk la memerap dalam bilik salin pakaian tu dekat 5 min. Pergh.. Lamanya. Dah la dalam tu gelap dan kipas pun tak berfungsi. Dalam kedudukn xray tu (dok peluk board dengan keadaan yang tidak menyeronokkan), aku tunggu la bila dia nak kata dah siap. Ada la dekat dua min. Tetiba je staf lelaki kat situ datang ambil filem x ray aku. Tapi tak pula kata dah. Aku yang gerak ke tepi dan tanya. Ceh.. Malu juga sebab berkeadaan yang tidak selesa ni. Tau je la kalu pergi xray ni. You have to take off tudung n cloth.....


Then aku pergi jabatan pesakit luar. Dapat no 2033. No sekarang 2013. Tapi tau je la no giliran hospital atau klinik kerajaan ni. Tak tentu. Kejap kang 2028, pastu turun sat 2015 pastu naik balik 2020..... Hmmm.... Sambil tunggu aku nampak sorang makcik ni berkerusi roda ditolak anaknya. Tiba2 hati jadi kecut. Terfikir, apakah itu aku tika menginjak usia tua? Moga tua aku tidak menyusahkan orang lain terutamanya anak-anak. Amin.

Tak lama tu, terdengar pula budak menjerit2 menangis tak tau dari bilik mana. Barangkali dia tengah menjalani rawatan. Dalam hati berdoa moga anak aku tidak terkena penyakit yang serius. I'm not strong enough to hear kids cry. Tingat masa Sarah dam Syaza masa baby dulu kena ambil darah untuk tengok bil bilirubin dalam darah. Ada sekali tu aku nangis dengar tangisan mereka. Hati ibu aku cepat tersentuh kalau tengok anak-anak kecil kesusahan. Macam baru-baru ni tengok kematian syafika akibat didera. Sayu dan sebak aku rasanya...

Anyway, bila tiba turn aku, aku pun masuk la ke bilik 2. Tup... tup... nurse kat situ suruh aku pas kad aku kat bilik 3 lak. Bla aku pergi bilik 3, nurse kt situ tanya aku kenapa bagi kad tu kt blik 3. Bila aku kata orang sebelah bagi, dia suruh aku tunggu sampai nama dipanggil. Aduuhai...

Bila dah dipanggil sekali lagi, borang pula tak lengkap. Berat dan tinggi tak diambil. Kena la pergi bilik 7. Bila pergi situ, orangnya tak ada. Nak menunggu.. Satu hal plaknya.. Grr..




Anyway, aku memang plan nak pergi pejabat pesuruhjaya sumpah dan beli pin untuk mohon dpli sekali hari ni. Tapi malangnya, dek terlalu lama menghabiskan masa di klinik, agenda tu terpaksa ditangguh ke hari esok.

Shopping di Carrefour

Last Saturday I went for grocery shopping at Kafu. Since aku mmg dah expect some of items were more expensive that other hypermarkets, so aku tak beli certain items. And I expected to shop for around RM300. I admitted, some of the items were cheaper. The problem with that new opened hypermarket at Bukit Rimau was the price displayed. The one that displayed is different with the one when u checked out.


I did the shopping at took one iron board. At the rack, the price displayed as RM38.90. I looked at the another one which is RM89.90. Initially, aku pelik sebab board tu seemed like high in quality. Tpi since aku tgk murah, aku amik la.... Then terus shop other things. Masa hubby baya, aku pi beli aiskrim kat luar Kafu tu. Then, p terus solat since masa tu dah kul 6 lebih. Lepas solat, aku tanya hubby, berapa. Surprisingly, he said, "RM500 lebih" Mak aih! Terkejut aku. Pelik sebab rasanya brg tak byk mana.

Aku pun amik resit, dok kira. Lagi terkejut bila tgk harga iron board was not RM38.90. But it was RM55.90. My goodness! Man! Mcmana letak harga? Aku mmg noticed some of the items dia punya harga tak masuk akal. You've got to pick up the item and scan at the scanner provided to double check. Well, it's probably my fault. I didn't double check. Tapi, pihak store shouldn't do that and be extra extra careful in putting their price.

Bila balik rumah cita kat kakak aku, dia kata dia penah pi aritu, beli susu yang harganya RM30++. Bila scan, RM100++. Sib baik dia perasan. Cam kes aku, dah masuk keta, baru perasan. Malas nak naik balik sebab anak dah tido.... huhu.... I won't go there anymore....

There was an error in this gadget