Friday, March 25, 2011

Button like fb

Yeay!! Dapat juga menjayakan projek mudah kali ni. hehehe.... Bukan susah rupanya. Mudah dan senang... Meh sini tunjuk cara sikit.
1. Log in ke blog anda.
2. Klik pada Design dan klik Edit HTML pada tab atas tu.
3. Simpan backup sebagai langkah berjaga-jaga.
4. Tekan CTRL + F dan cari kod ni
5. Bila dah jumpa kod tu, letak kod ni di bawah kod data post tu tadi.

6. Kemudian Save. Itu je... Selamat mencuba!

Thursday, March 24, 2011

Sandwich.... anyone?


Experiential learning. That was what I did for today's lesson. I enjoyed the lesson as much as my pupils. Experiential learning is one of the ways to teach pupils so that they have better understanding. Why? Because normally, experience teaches us better. We learn to walk carefully on slippery walkway because we saw and fell before. We learn to talk nicely with people because we saw and experience respect when we did that. So on and bla... bla...bla...(my lecturer loves to use dadada... instead of blablabla... hehehe).

I taught my pupils on sandwich making for today's lesson. I brought all the ingredients and utensils. Then, I just realized that they did not know what is a cutting board!!! Hohoho.... They were so excited to see me doing the sandwich in front of the class. Then, I gave each of them a set of sandwich ingredients and they did it on their own. They enjoyed the moment so much. They asked me whether they could eat the sandwich there and then. hahahah... I love to share the lesson plan with you guys. Those who need it, can go to the link provided under English Lesson Plan and Activities yea.... I got all 4 out of 5.. Can say for me dah ok sangat-sangat dah... :D

Anyway, today's lesson was the last observation for my practicum. I feel great. What a relief! erghhh.... seronok tak terkata... Alhamdulillah....

Alhamdulillah..

Memang syukur sangat dengan apa yang ada... Semenjak aku belajar balik ni, memang terasa susah hidup. Ye la... bayangkan dari gaji dua ribu lebih, tetiba cuma tinggal separuh dari tu. Mana nak bayar bil, kereta, tambang pergi mengaji, pembelian ABM, kehendak sendiri dan macam-macam lagi. Terasa amat menekan. Kepala selalu berfikir mana la nak cari duit tambahan untuk beli macam-macam benda dan bayar macam-macam benda. Banyak keperluan yang perlu diselesaikan (Bukan kehendak ye). Tapi, ongkosnya tidak ada. Masa duit tak cukup ni la datang dugaan kereta rosak, saman nak kena bayar, lampin anak habis, susu, erghhh.... kalau nak senaraikan satu-satu barang-barang keperluan, memang tak sudah la.... Dengan harga barang yang makin menekan dan meningkat, aku memang rasa tertekan. Selalu sangat aku sesak dada (ini macam dah masuk tanda-tanda depression.... oh... tidak!!!!).



Sumber: neyhere.multiply.com


Dan tadi, Allah nak tunjuk pada aku.... kalau kita susah... ada orang lain yang lebih susah dari kita... kalau kita sedih... ada orang yang lebih sedih dari kita.... kalau kita terdesak... ada orang lain yang lebih berkali ganda terdesak dari kita. Masa nak balik rumah tadi, aku bertembung dengan satu keluarga empat orang. Ayah, ibu, dan dua anak kecil berusia lebih kurang 3 dan kurang setahun. Ayah menunggang di hadapan dengan si anak pertama duduk dalam bakul. Ibu pula membonceng di belakang sambil mendukung si kecil.
Ya Allah... berdosa sungguh rasanya aku yang selalu terlupa... Lupa tentang kesusahan orang lain.... ASyik mengeluh kesah dengan diri sendiri dan tak tahu bersyukur. Susahnya hidup aku, masih mampu berkereta membawa dua anak-anak tersayang. Susahnya hidup aku dan suami tika ini, masih mampu hidup berteduh sempurna di rumah sendiri. Susahnya hidup aku dan keluarga kini, masih juga mampu makan 3 kali sehari.... Entah keluarga yang membonceng tadi, makan berapa kali agaknya. Entah-entah... masih ada ramai lagi anak yang sedang menanti di rumah.
Panas terik cuaca sekejap tadi memanah keluarga si ayah tadi tiba-tiba mengundang hujan dalam diri aku.... Pilu rasa... kalaulah anak-anak aku di situ.... cuma satu detik hati.... ALHAMDULILLAH.... Syukran Ya Allah.... aku masih lagi bahagia dengan nikmat yang sebenarnya tak pernah kurang untuk aku dan keluarga.... ASTAGHFIRULLAH..... Afwan Ya Allah... kerana rupanya aku selalu lupa.... ALHAMDULILLAH.... kerana masih menyayangi aku dengan menemukan aku dengan keluarga itu.... Mereka mengingatkan aku pada ENGKAU, YA ALLAH....

Wednesday, March 16, 2011

Nilai Islam lebih diamalkan oleh orang bukan Islam

Mula-mula tadi nak menulis mengenai penyusuan susu ibu secara eksklusif vs tidak eksklusif. Tapi tak jadi la.Nanti aku tulis ye.. Niat tu berubah arah sebab lepas buat blogwalking, terbaca mengenai isu tsunami dan keprihatinan kita di sini.

Rasa sedih dan sebak juga bila memikirkan satu bahagian tu menceritakan tentang mereka yang cukup prihatin dengan keadaan sekeliling lalu menawarkan sedikit kesenangan bagi mengurangkan duka dan kesusahan orang lain. Teringat juga kisah Putri Nabi s.a.w (Fatimah) yang sangat pemurah dan suka bersedekah walaupun dia sendiri hidup dalam kemiskinan dan sering berlapar. Tidak pernah pula beliau membiarkan jirannya kelaparan.

Sabda Nabi saw : "Ubatilah orang-orang sakit kalian dengan sedekah" (HR. Ahmad). Begitu sekali Islam menganjurkan sedekah. Penting dan selalu ditekankan dalam pelbagai kisah, hadis dan quran. Tapi, malang sekali bila kita, selaku negara yang mengaku negara Islam, orang yang mengaku bahawa agamanya adalah Islam, seolah-olah tidak langsung menunjukkan sikap prihatin mereka pada apa yang berlaku di negara jiran, Jepun. Media bagai seronok-seronok sahaja melaporkan cerita tentang bencana alam ini. Kartun lukisan Zoy di Berita Harian 13 Mac lepas, Rosmah yang menyalahkan kelalaian Jepun, Mukhriz di Buletin Utama mengharapkan agar masalah ekonomi yang melanda di Jepun tidak menjangkiti Malaysia dan banyak lagi seolah-olah menggambarkan Malaysia tidak prihatin dan selamba berkata-kata tanpa memikirkan tentang kesusahan orang lain.



Teringat juga kisah ketika orang ramai mengutip beras di jalanan tanpa menghiraukan mangsa kemalangan maut di situ. Ia mungkinkah gambaran sebenar masyarakat Malaysia kala ini? Di kala kita sibuk mencanangkan diri kita sebagai negara Islam, di kala kita sibuk mengangkat diri sebagai Melayu yang beragama Islam dan di kala kita sibuk memberitahu satu dunia bahawa kita adalah Melayu yang berbudi bahasa, kita rupanya kekurangan nilai yang cukup dititikberatkan dalam Islam. Lebih memalukan bila ajaran Islam bagai samar-samar di sini tetapi tumbuh subur dan mekar di negara bukan Islam.

Sekadar memetik sedikit dari blog yang aku dah pergi sat tadi.

Last night, I decided, rather than stay at the office, I should try walking home. So I slowly made my way west on Koshu freeway on foot. It was around 9PM when I saw an office building that had a sign that said “Please use our office’s bathrooms! Please rest here!” The employees of the office were loudly shouting out the same to all the people trying to walk home. I was so touch I felt like crying. Well, I guess I was too tense yesterday to cry, but now the tension is wearing off and am very much in tears.

---

just came back safely from the supermarket! Man, I was so touched at how everyone there was mindful of others, buying only as much as they needed and leaving the rest for the people behind them.

Monday, March 14, 2011

Cuti.... tapi saya kena buat RPH

Itu la kenyataannya.... hehehe... tapi tak apa. Cuma tinggal tiga minggu lagi untuk diredahi. Lepas tu insyaallah, dah boleh rehat. Cuma... dengar-dengarnya borang penempatan masih belum dihantar ke BPG lagi sebab mereka nak tunggu keputusan peperiksaan akhir dihantar sekali dengan borang penempatan tu. Jadi, penempatan kami nanti mungkin ditangguh sehingga ke bulan September.


Anggur ini tiada kena-mengena dengan tulisan kali ini yea...

Gulp... maknanya... macam kena tanam anggur la nanti sehingga bulan 9 tu? Huhu... Bil api, bil telefon, bil streamyx, bil itu dan segala bagi bil akan diletakkan sepenuhnya di atas batu jemala Mr. Hubby la yea... iskkk...iskk.... Rumah? Barang dapur? Keperluan harian? Sekolah anak? Pengasuh anak? Erk.... erkk.... kena cari kerja lain ni... kilang? kedai? sambung freelance editor? Tuisyen? Guru ganti? Kena banyak kaedah yang perlu dipertimbangkan.... Yang pasti, otak kena cepat-cepat bekerja... hehehe... Apapun, rezeki ditangan Dia. Hanya Dia yang menentukan. Dan kita perlu berusaha... Wallahua'lam. :D

Saturday, March 12, 2011

Saya mahu rekod pengajaran harian dari Blog syayassir

Memang buat masa ni, itu adalah kemahuan saya... Rekod pengajaran harian dari blog Syayassir. Sebab? Buat masa ni, saya tengah menjalani praktikum di sekolah rendah. Dulu masa mula-mula saya dengar pensyarah saya kata masa praktikum nanti saya mungkin tak tidur malam, saya tak percaya. Saya rasa perkara tak tidur malam adalah mustahil sebab masa belajar tu, saya tak pernah berjaga malam buat tugasan. Jadi, tentu la mengarut tak tidur malam hanya kerana nak menghadap rancangan pengajaran harian.

Jadi, buat macam biasa bila saya masuk praktikum. Untuk minggu pertama, saya tiada masalah langsung. Jadi, secara tak langsung, menafikan pernyataan pensyarah saya. Tapi, bila dah masuk minggu yang kedua, saya macam rasa tersungkur-sungkur sambil mengejar waktu untuk buat rancangan pengajaran harian (RPH) tu. Sudah la kena buat RPH, tak termasuk dengan bahan bantu mengajar. Oleh kerana sekolah tak begitu bagus kemudahan ITnya, maka, semua kena buat sendiri. Uwaaa.... Hinggalah pada satu hari, saya akhirnya terpaksa mengaku kenyataan bahawa terpaksa tidak tidur semalam menyiapkan RPH untuk keesokan harinya.

Ada 3 RPH yang perlu disiapkan. Setiap satu memerlukan lebih kurang 3 - 4 jam untuk siap. Saya cuma ada 8 jam sahaja (Dari jam 9 malam hinggalah 5 pagi). Jadi, saya terpaksa berseorangan di ruang tamu sebab semua kelengkapan seperti papan pemotong dan pencetak memang sudah ada di situ. Sedang asyik buat kerja, jam 1.30, saya macam terdengar sesuatu yang tak menyeronokkan di dapur. Saya mula rasa cuak. Dah rasa dah separuh hati dan baan dah sampai kat dalam bilik dan sedang memeluk Mr. Hubby. Tapi, separuh badan lagi dok fikir kalau tak siapkan RPH, sok mesti kena dengan pensyarah dan guru pembimbing. Saya kuatkan semangat dan teruskan juga.

Sat lagi saya dengar pula bunyi tak..tak.. kat dapur tu. Kerja saya terhenti lagi... Walaupun lampu satu rumah saya nyalakan, tapi rasa seriau tu ada juga. Dek kerana rasa nak tau... saya pun bangun juga dan pergi ke dapur. Sungguh saya tergamam... Sempat lagi berfikir nak jerit ke tak sebab saya nampak susuk tubuh berwarna kelabu dan bergigi dua sedang berdiri dengan dua kakinya di atas dapur. Errk.... tubuh tu makin membesar. Dari seekor tikus sebesar tapak tangan dia terus membesar menjadi hampir sebesar saya... Uwaaa... saya dah rasa nak jerit sekuat hati dah bila rasa bahu saya disentuh lembut.

"Yang... dah siap ke RPHnya? Tidur pula dia..." Hukhuk.... Nasib baik je la Mr. Hubby kejut saya. Kalau tak, memang tak siap RPH saya tu... Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkan semuanya walaupun tak tidur (sekejap je la. tu yang sempat mimpi). Hehehe.... Sebab tu saya mengimpikan RPH dari blog syayassir supaya saya tak perlu berjaga malam lagi... tapi... sama ke? Ada ke? Boleh ke? Hehe...

"Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack"

Friday, March 11, 2011

Sejarah solat lima waktu - MAGHRIB dan ISYAK


MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
  1. Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa.
  2. Rakaat kedua: Untuk menagikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  3. Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu satu iaitu hanya Allah semata-mata. Tiada dua dan tiada tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat jalan mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah s.w.t. menghilangkan perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
  1. Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
  2. Rakaat kedua: Tanda dukacitanya terhadap saudaranya Nabi Harun.
  3. Rakaat ketiga: Tanda dukacitanya terhadap Firaun.
  4. Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

Thursday, March 10, 2011

Selamat Hari Lahir, Kak Long


Harap-harapnya belum terlambat untuk Uda ucapkan Selamat Hari Lahir untuk Kak Long yang uda sayang. Sekejap je rasanya masa berlalu. Dan sekarang usia Kak Long dah menginjak ke angka 37. Rasa baru semalam kita bergaduh sambil pusing-pusing meja. Rasa baru semalam ternampak-nampak Kak Long berlari-lari mengangkat kain di jemuran sedang Uda melompat-lompat di birai tingkap. Bagi semangat supaya Kak Long cepat-cepat angkat kain ketika hujan mula lebat. Pahit manis kenangan dengan Kak Long memang tak dapat Uda lupakan. Kak Long la kakak segalanya untuk Uda.

Ingat lagi masa Kak Long selalu tukar sekolah. Sekolah jauh-jauh sebab mak ayah nak Kak Long pandai. Tapi Kak Long selalu je balik semula sebab tak nak jauh-jauh dengan mak dan ayah. Kak Long sanggup berulang pagi-pagi buta supaya Kak Long masih ada masa untuk duduk dekat dengan mak. Bila habis sekolah, Kak Long kerja sementara di kilang. Seperti masa sekolah, Kak Long tak nak kerja jauh-jauh. Kak Long sanggup berulang dengan bas kilang seawal pagi. Lebih baik dari duduk di rumah sewa. Tak lama, Kak Long dapat kerja sebagai guru sandaran. Jauh. Kali ni di Keramat. Tiap minggu Kak Long balik naik bas dan tiap minggu juga ayah, mak dan kami semua naik kereta hantar Kak Long ke rumah sewa di Keramat.

Hampir lima tahun sebagai guru sandaran, baru Kak Long diserap menjadi guru tetap. Kak Long dah jadi Ustazah. Impian Kak Long tercapai dan ayah pun senang hati. Tak lama, Kak Long kahwin dengan Abang Long. Anak satu.... dua.... tiga.... Macam-macam cabaran yang Kak Long hadapi. Akhirnya Kak Long sekeluarga balik kampung sebab kesukaran hidup di kota. Tapi rezeki Kak Long memang melimpah-ruah. Walaupun hidup susah, ada sahaja jalan keluar yang Allah tunjuk untuk Kak Long. Puas juga Uda fikir kenapa. Sebab Uda tengok, Kak Long tetap mewah walaupun kadang-kadang Kak Long kata Kak Long tak ada duit sangat. Walaupun, kadang-kadang Uda tengok Kak Long susah hati dengan anak-anak.

Puas sudah Uda fikir kenapa Kak Long terus senang. Uda bukan dengki. Tapi Uda nak tau kenapa begitu. Baru hari ini, Uda terfikir, Allah sentiasa memelihara orang yang menjaga kedua ibu bapa mereka. Baru hari ini Uda tahu, Allah sentiasa lapangkan Kak Long sekeluarga sebab Kak Long tak pernah tinggal mengirim duit untuk mak dan ayah. Kak Long tak pernah lekang membelanjakan duit untuk mak dan ayah. Kak Long selalu buat mak tersenyum.

Adik, Usu, Acik dan Angah... inilah rasanya yang Allah nak tunjuk pada kita. Supaya kita tak lupa pada jasa mak dan ayah. Allah beri Kak Long pada kita sebab Allah nak kita sentiasa sedar dan tidak leka, bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Ayah pula adalah orangnya yang membanting tulang membesarkan kita semua.

Adik, Usu, Acik dan Angah.... marilah kita sama-sama minta pada Dia supaya hati kita juga jadi semulia Kak Long. Pengorbanan Kak Long pada kita adik-adiknya tidak seharusnya kita lupakan begitu sahaja. Kak Longlah tulang belakang keluarga kita. Pada Adik, Usu, Acik dan Angah, Uda harap kita terus bersatu agar kita tidak runtuh. Pada Kak Long, bimbinglah kami supaya jadi teguh dan kuat, sekuat kasih Kak Long pada mak dan ayah.

Untuk Kak Long yang Uda sayangi.... SELAMAT HARI LAHIR....

Wednesday, March 09, 2011

Sejarah solat lima waktu - ASAR


ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
  1. Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
  2. Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
  3. Rakaat ketiga: Kelam dengan malam
  4. Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Jadi, jangan lupa pula hari ini untuk bersolat Asar... Biar sesibuk mana pun, ingatlah bahawa Dia tak pernah lupa pada hamba-Nya.... Jadi siapa kita untuk terlupa kepada Dia... :D

Tuesday, March 08, 2011

Sejarah solat lima waktu - ZOHOR


ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor adalah Nabi Ibrahim iaitu tatkala Allah telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
  1. Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan
  2. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
  3. Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon keredhaan Allah.
  4. Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Sudahkah anda menunaikan solat Zohor? Eh... pagi lagi.... hehe.... jangan lupa solat Zohor yea...

Monday, March 07, 2011

Sejarah solat lima waktu - SUBUH


Dah lama sungguh mama nak kongsi sejarah solat lima waktu ini. Artikel ni dapat dari Tazkirah Edition terbitan PTAR UiTM. Edaran dalaman tahun 2007. Tapi dek kerana kesibukan, asyik terlupa nak dimasukkan semula ke sini. Meh kita ikuti sedikit sejarah tentang solat lima waktu yang dah difardhukan ke atas kita, orang Islam yang bertuah ni.......

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat lima waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah terhadap umat Nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. Ketika itu baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar. Nabi Adam a.s. pun solat dua rakaat.
  1. Rakaat pertama sebagai tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
  2. Rakaat kedua sebagai tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Nanti esok mama sambung untuk waktu Zohor pulak yea.... hehehe... la ni mengejar waktu untuk masak makanan petang buat keluarga... Jumpa esok... :D

Sunday, March 06, 2011

Update bulan Mac

Memang lama betul rasanya tak kemaskini blog ni... Sibuk dengan macam-macam kerja sepanjang praktikum ni. Pernah sekali mama cuma tidur sejam je sebab nak kena siapkan tiga rancangan mengajar keesokan harinya... hahaha... memang macam separuh gila...

Dah lama merancang nak tulis macam-macam. Tapi macam biasa, bila berdepan dengan laptop ni, terus hilang idea. Hari ni cuma nak bangkitkan kisah bahaya anak comel mama, Cik Iman Maisarah yang bijak lagi pandai. Hari kejadian ialah pada Isnin lepas. Sarah dengan jayanya memotong wayar elektrik kipas kat ruang makan. Hmmm.... memang dua tiga das juga Sarah kena dengan mama sebab mama terkejut. Dengar bunyi pop masa mama tengah basuh pinggan. Lepas tu Sarah keluar dari bilik dan bagi mama gunting. Mama suruh Sarah bagi pada abah sebab tangan mama tengah basah. Masa tu la abah baru perasan... huhu.... Sarah tak tunjuk rasa takut. Cuma dia tahu dia bersalah. Tunduk je... Aduuuhai... Mujur juga gunting tu ada pemegang plastik. Kalau tak, mama pun takut nak bayang apa akan jadi... Alhamdulillah... umur Sarah masih panjang....
There was an error in this gadget