Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya dan Merdeka

Selamat Hari Raya pada semua kawan-kawan. Saya masih lagi malas untuk terus mencoret. Hahaha.... Idea ada. Cuma nak taburkan jadi jalinan bahasa tu macam panjang sangat rasanya. Moga nanti dikurniakan kesempatan dan kerajinan untuk terus menulis blog. :D Selamat Hari Merdeka....

Thursday, August 18, 2011

Island BBQ Steamboat

Lamanya tak kemaskini blog. Selalu tengok blog sendiri sebab nak jelajah blog orang lain. Hehhee... tapi malas nak kemaskini sendiri punya. Semalam pergi kat blog FaraMie dan nampak tulisan dia pasal makan steamboat kat Island BBQ Steamboat. Teringin nak makan. Tunggu gaji suami la nanti. Hahahah... Kalau aku pergi nanti, aku cerita ek. Moga-moga ada rezeki nak makan kat situ. :D

Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan




Ramadhan datang lagi.
Dulu, masa kecil-kecil, Ramadhan agak menakutkan.
Sebab masa bulan ni, tak boleh makan.
Rasa sangat menderita.
Masa tu, tak terfikir pun, memang puasa adalah untuk kita rasa derita mereka yang susah.

La ni,
bila dah besar,
dah mula faham dan tahu kenapa perlu puasa.
Kenapa Allah wujudkan bulan Ramadhan untuk umat manusia.
Ramadhan untuk keberkatan.
Ramadhan untuk kerahmatan.
Ramadhan untuk kesihatan.
Ramadhan untuk kekayaan.
Ramadhan untuk kasih-sayang.
Ramadhan untuk faham-memahami.

Moga Ramadhan kali ni,
kita dapat memperbanyakkan ibadah.
Dapat lebih keberkatan.
Dapat lebih kerahmatan.
Dikurniakan kesihatan yang baik.
Kaya di dunia dan akhirat.
kaya dengan kasih-sayang.
Dan belajar memahami orang lain.
Sebab, walaupun kita ni ditimpa kesusahan,
ada orang lain yang lebih susah dari kita.
Jadi, biarlah Ramadhan kali ini,
kita jadi manusia yang sentiasa bersyukur,
tak kira apapun keadaannya.

Pada pembaca dan rakan-rakan, selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah menambah kekayaan di bulan yang penuh dengan rahmat dan berkat di bulan Ramadhan. Saya mohon ampun dan maaf atas apa jua kesalahan (tak tahu dan tak ingat) sempena Ramadhan Mubarak ek. Selamat berpuasa. Pada kawan-kawan KPLI Jun 2010, nikmatilah puasa kali ini sebaik-baiknya. Puasa terakhir dalam cuti. Insyaallah. :D
There was an error in this gadget