Sunday, November 05, 2006

Iman Maisarah

Genap 40 minggu usia Iman dalam kandungan, aku mula rasa sakit. Mula-mula ingat sakit perut biasa sebab siangnya aku dah puas beraya. P rumah sedara aku, siap singgah rumah Yati lagi makan laksa. Sebenanya aku teringin nak makan kari kat rumah Yati tu. Heheheh….. tapi, mcm malu plak. So, tengok and cium bau je la. Anyway, Yati, sempat la gak ko tengok perut aku yang besa tu ek?
Malam tu, aku sakit, p klinik sat nak tgk betul ke aku dah nak bersalin. Mana la tau sakit perut biasa je. Sat lagi wat penat je merantau ke Putrajaya tp takde apa2. Sepasal nanti aku dapat tido semalam kat wad tanpa apa2 sebab. Then, bila doktor scan, dia kata baby dah turun and suruh p spital.
Apa lagi… syiok je suami aku tekan 120 guna kancil biru redah Kesas highway p Putrajaya. Masuk sanakul 2.30 pg. Aku masuk bilik persiapan untuk bersalin. Doktor pecahkan air ketuban aku and kasi aku ubat untuk buang air besar. Perghh….. lepas tu kelam-kabut aku p toilet and bertapa hampir ½ jam. Hehehhe…..
Then, baru dia bawak aku masuk labor room. Tak lama lepas tu baru suami aku masuk kat labour room tu gak. Duduk la kami berdua kat situ. Aku dok tahan sakit, suami aku dok senyum tgk gelagat aku. Heee…. Mana taknya, dah tak sedar diri pun. Since spital tu takde kemudahan utk epidural, aku terpaksa la sedut gas Enthonox ke, Etanox. Camtu la menurut kata nurse tu. Mula2 aku sedut la tiap kali sakit. Makin dalam aku sedut gas tu, makin terasa sakit lak.
Ada ketikanya, sebab terlalu sakit, aku jadi marah bila suami aku dok hulur gas tu kat aku. Tapi gas ni, bila disedut betul2, kepala rasa pening and ada sikit weng juga…. Jadi mamai la gak. Tapi sakit nak bersalin tu tetap rasa.
Dalam dok sakit tu, kul 6 baru la bukaan serviks aku cukup 10 cm. baru la boleh aku memulakan proses nak meneran Iman kuar. Bukan sekejap. ½ jam baru la Iman lepas kuar. Sepanjang ½ jam tu, aku rasa labour room tu (1 bilik sorang), mcm bertukar jadi tempat orang bersorak. Dua nurse beria2 bg aku semangat suruh aku teran sebaiknya. Suami aku pun siap amik port sekali. Tapi sebab aku mkn last sekali kul 6.30 ptg sblmnya, aku takde tenaga sgt. Tu yang amik masa smp ½ jam.
Sebaik kuar, baru aku rasa lega n hilang suma sakit. Rasa macam tak percaya, aku dah lahirkan baby yang aku kandung 40 minggu. Aku dah dpt pegang dia. Tp tak lama. Nurse bawak kuar utk mandikan dia. Aku lak kena jahit sebab doktor wat episiotomy utk bantu kelahiran.
Iman Maisarah. Anak perempuan aku yang seberat 3.35 kg ni baik sungguh. Kuar tak nangis. Tepuk2 skit, pastu baru nangis. Sekejap je. Then tido je la dia. Meleleh gak air mata. Rasa sebak sebab aku dah jadi ibu. Macam tak percaya pun ada. Lepas tu baru nurse tolak aku masuk ke wad bersalin.
Aku tido semalaman kat wad sebelum doktor discharge aku pagi 31/10/2006. Mmmm…. Cepatnya masa berlalu. Sekarang ni, Iman dah pun berusia 8 hari. Tadi nurse datang. Tgk keadaan Iman. And dia suruh p spital utk amik darah Iman sebab katanya nampak kuning skit. Ntah la. Sebagai ibu, aku cuma mampu doakan dia takde apa2. Biar sumanya selamat. Amin….
Anyway, kalau ada masa nanti aku download gambar Iman ek. Agak malas nak p amik wayar sambung wat itu ini.... hahah.... Harap2nya aku dpt dtg Kino sambil kendong Iman. Teringin nak jumpa abah Ekram. ;)

Ajaibnya kitaran hidup manusia

Ajaibnya kitaran hidup manusia…. Hidup ni pada aku penuh dengan seribu keajaiban. Bermula dengan kelahiran, membesar, menjadi seorang remaja, belajar erti nilai kehidupan, bertukar dewasa dan mula menjelajah dunia sebenar. Menjadi tua, menilai setiap detik yang dilalui sebelum akhirnya kembali kepada Pencipta-Nya.
Hidup aku juga kiranya tak terlepas dari keajaiban itu. Aku dilahirkan penuh seksa oleh seorang ibu, membesar, menjadi remaja yang melalui liku-liku baik buruk untuk belajar erti kehidupan. Perlahan melalui zaman pembelajaran yang kurasa tika itu cukup memeritkan sebelum akhirnya melangkah menjadi dewasa dan mengerti bahawa zaman belajar itu sebenarnya adalah syurga setiap insan. Bekerja mencari pengalaman dan cuba belajar susah senangnya menyara kehidupan sendiri. Berkahwin dan akhirnya, aku kembali ke kitaran permulaan aku wujud di muka bumi. Menjadi ibu kepada seorang bayi perempuan yang comel (aku kira semua ibu melihat anaknya comel. Jadi, jangan kata aku perasan pula…. ;))
Dunia. Penuh dengan keajaiban, takdir, dugaan dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, aku kira wajar kita sentiasa berfikir dengan kitaran dan keajaiban yang Allah tentukan untuk kita. Walau setinggi mana letak duduknya kita, jangan sampai kita terlupa, kerusi yang kita duduki itu, pemberian tak ternilai dari Allah.

Saturday, September 09, 2006

Sehari di pejabat pada hari Ahad

Lama dah rasanya aku tak menjenguk ke friendster ni. Baru skrg ada masa skit. Bukan ada masa benonya. CUri masa skit. Sebab aku rasa kalau ikut masa, mcm tak cukup je. Hari ni first time aku keje hari Ahad sepanjang aku keje kat library ni. Since aku duty officer ini hari, aku sepatutnya dtg awal utk bukak pintu. Tp apa nak wat, husband aku p kuar pg2 cari breakfast naik keta kami yg satu tu, cuma balik menjelang kul 7.45 pg. Waktu yg sepatutnya aku dah bertolak kuar p keje. Sebab nak jaga hati punya pasal, aku makan juga roti canai yg dia beli. Nanti kecik ati plak kalau aku tak jamah. Kul 8 baru bertolak. Aku congak2, macam tak sempat samapi sebelum kul 8.30. Aku pun bawak keta cam ribut. KAt jalan kg pun aku p tekan sampai 100 k/mj. Bila ada je keta kuar dari simpang, aku pun menyumpah sebab diorang gerak cam kekura. Sampai opis kul 8.30 sharp. Dua org bdk opis aku dah smp dah. hehehe... aku pun cakap la keta aku wat perangai. Moga2 tak jadi betul2 la akan datang. Takut gak. keta dah la satu, gaji pun cukup2 je. kalau keta wat hal betul2 akan dtg... heee... nauzubillah. Keje yg makin berlambak dari hari ke hari buat aku rasa masa yang berpusing tak penah cukup. Tapi, masa utk aku terlelap kat opis masih ada. haha... gilo gak aku nih. Plus badan yg sentiasa penat and lesu sebab tak ckup tido wat aku rasa mcm nak mc je hari2. Masa kat kedai buku dulu... idak plak aku rajin MC. kat sini, menjadi2 aku MC. aku rasa sebulan ada la dua kali. aku dah keje kat sini 5 bulan. so... Uih... 10 hari gak la. hmmm.. nasib la. Mmg ikutkan, rasa mcm takde hati nak keje lama kat sini. Mungkin aku masih lagi teringat keseronokan makan tengahari sama2, waktu susah and senang sama2 and segala pahit masis kat kedai buku tu dulu. Sampai sekarang, kalau dibagi peluang (kalau suami aku bagi), mau aku apply balik ke sana. Tp, bak kata bos aku (dia baru je masuk. sblm ni keje kat kedai buku gak cam aku), aku kena pilih. Antara masa atau keseronokan. Sebab lagi sebulan, insyaallah, Iman dalam perut aku ni nak menjengah dunia. Jadi, aku perlu banyak masa untuk dia. Kalau kat kedai buku, waktu tak menentu. Kalau kat library ni, boleh la (walaupun ada night shift sebulan sekali)... Terpk gak aku... manusia ni... tak penah bersyukur dgn apa yg dia ada kan ? Koranggg.... aku rindu gilerrrrr kat korang..... How I wish I could be there to visit you guys! Insyaallah, one day....

Tuesday, July 04, 2006

Setiba kita di batas masa
Nobat dan nafiri tiada bernada
Sehelai daun kering berayunan layu
Menanti saat di bawa bayu
Langit mendung hujan pun gerimis
Sayup terdengar sendu dan tangis
Bertitian bisikan kalimah nan suci
Berdoa mudahkan perjalanan terakhir ini
Berat mata memandang
berat lagi tanggungan bebanan perasaan
kendatipun sezarah disa pahala pastikan dikira
bagai terasa kezarahan dijiwamu
bagai terdengar suara meruntun kalbu
tiada walau sesaga dibawa pergi
tak berharga puja dan puji
kala jantungmu bagai laut bergelombang
lemah cengkaman jejarimu digenggaman
betapa sukar untuk kita menerima
tiba detik pasti terpisah
di batas masa.
Di batas masa – Siti Nurhaliza
Tengah seronok melayan game, aku alunkan MP3 player. Saja aku mainkan lagu Siti. Lama tak dengar semenjak aku berpindah rumah tiga bulan lepas. Lagu-lagu Siti banyak bawa nostalgia hidup zaman bujang aku. Cinta tak kesampaian la, suka duka kehidupan aku, kisah persahabatan aku dengan Rin. Mmm…. Kalau aku susun satu-satu lagu Siti ni, boleh buat cerita. Aku dengan Rin memang cukup gemar lagu-lagu Siti. Terutama lagu tradisional. Dan lagu ni betul-betul menyentuh hati aku tiap kali aku dengar. Tak terkecuali kali ini.
Berlinang air mata bila mendengarnya. Teringat arwah bapak Rin yang tak berapa kali aku jumpa, tapi cukup untuk mengimbas betapa mesranya dan uniknya Pakcik Masdar. Aku ingat lagi bila Rin kata kat aku yang bapak dia kata aku ni brutal. Sebabnya ? Dia tengok aku selamba je kat rumah dia. Wat cam rumah sendiri. Hehehe…. Memang aku begitu. Tak pernah tinggal sikap tomboy aku. Biarpun dah berkahwin tika ini.
Dan seperkara yang aku ingat pasal Pakcik Masdar ni masa aku pergi rumah Rin. Lepas makan tengahari, dia berbaring atas katil, dekat dengan meja makan. Dia pakai topi keledar sambil baring. Dan bila Rin tegur, dia sekadar menjawab untuk keselamatan sebab bahaya tak mengira waktu. Ketawa aku melihatnya. Sikapnya yang selamba dalam berlucu. Dan ada benar juga kata-katanya. Sungguh ! Jarang aku kenali lelaki bergelar ayah seperti dia. Dia bukan seorang peramah yang sentiasa bercerita dan bertanya itu ini. Dia yang aku kenal seorang yang pendiam dan bersuara jika perlu. Namun dia ramah dengan gelagatnya bersama anak-anak (dan aku kira, aku sebahagian dari mereka walaupun tak berapa kali je aku jumpa dia).
Aku mengenali Pakcik Masdar melalui cerita Rin mengenainya. Dia, seorang yang unik, tegas, dan bijak dalam diam. Banyak lagi sifat dia yang sukar aku ungkapkan dengan kata-kata. Bukan ingin membanding, tetapi, aku rasakan dia lebih sifat kebapaan dari ayah aku sendiri.
Tak aku sangka, Pakcik Masdar yang banyak berkorban membesarkan anak-anaknya tidak sempat melihat kejayaan demi kejayaan yang mereka kecapi. Sekitar awal tahun 2000 (aku terlupa sama ada tahun 2000 atau 2001), keluarga beliau ditimpa dugaan besar bila Pakcik Masdar diserang sakit secara tiba-tiba. Dia, seorang pemandu lori yang gagah akhirnya terpaksa mengaku kalah bila satu hari dia tiba-tiba tidak boleh bangun. Dia disahkan menghidap kanser. Kanser tulang kalau aku tak silap. Dan pada hari itu, dia menangis. Tangisan yang cukup membuatkan hati Makcik Jah, (isterinya) tersentuh. Dan cerita tangisan itu aku ingat hingga kini. Itulah tangisan terakhir dia, sebulan sebelum dia meninggal. Mungkin dia merasakan tika itu hayatnya tidak panjang.
Pakcik Masdar terlantar di hospital hampir sebulan hingga akhir hayatnya. Dia tidak sempat menatap wajah anak-anak yang lain tika pemergiannya. Rin yang kebetulan berasa malas sgt nak pergi kerja (dia menjalani latihan praktikal tika itu), dikejutkan dengan berita ayahnya sedang nazak di hospital. Kami bergegas pulang dan hanya sampai di Ipoh dalam pukul 2. Sepantas tiba, Rin menelefon Kak Nini. Sebaik melihat wajah Rin yang nampak kecewa, aku terasa sangat sebak sebab aku tau, Pakcik Masdar dah takde.
Terbayang aku pedihnya dia menanggung segala perit seksa kesakitan yang tiada ubatnya itu. Terbayang aku tika dia di sakaratul maut. Bukan senang melalui saat itu. Cukup getir. Cerita dia menghadapi saat akhir sukar untuk aku terima dan bayangkan. Layanan yang diterima dengan kaki tangan berikat…. Hmmmm….. payah untuk aku gambarkan.
Sesampai di rumah Rin, dah ramai orang menunggu. Bacaan yasin memenuhi ruang. Dan lebih terasa pedihnya bila aku lihat Asri, adik bongsu Rin memeluk kaki arwah dan diam di situ. (Asri ketika itu berusia dalam lingkungan 10 tahun kalau aku tak silap. Dia, kanak-kanak istimewa yang menghidap hyper active syndrome). Sedihnya kerana dia bagai payah mengerti kenapa Pakcik Masdar kaku tidak memeluknya seperti selalu.
Aku kira aku yang kalah dengan perasaan. Aku yang menjadi pemerhati mereka (ahli keluarga arwah Pakcik Masdar) yang tabah menjadikan aku lekas sebak. Malam itu, kami bergilir-gilir menghabiskan al-Quran. Hampir limatahun, cepatnya masa berlalu. Rin sendiri (dan aku juga) insyaallah bakal bergelar ibu. Tapi, kenangan Pakcik Masdar masih terpaut kuat dalam ingatan (dan aku kira ahli keluargnya juga). Dan lagu ini tambah mengukuhkan ingatan aku padanya. Bait-bait kata-kata Siti “betapa sukar untuk kita menerima, tiba detik pasti terpisah, di batas masa” membenarkan kenyataan hidup. Setiap yang hidup akan merasa mati. al-Fatihah untuk Pakcik Masdar. Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Tuesday, June 13, 2006

Boringnya keje...

La ni dah masuk bulan kedua aku kat tmpt keje baru ni. Well, i can say that I miss my previous workplace very much. Nothing much are interesting over here. Apart of sitting and relaxing while doing works, not much that I can enjoy. My colleague? Hmmpphh.... previous company is always the best for me. They are good friends of mine. And we are still in touch. Memang aku rasa mcam grand gilerrr kawan2 aku kat tmpt keje dulu. Environment? Pun payah nak kata. maybe sebab aku dah biasa tak duduk diam, so keje ni wat aku cepat boring. dah la cepat boring... mudahnya aku tertido. haha... lantak la boss nak kata apa.
Can say I miss my friends back there. For us to have fun together. SHare the sad moments together.... weee... i really enjoyed the moment. WIsh I could turn back the time. But.... jangan mimpi la. Aku tak rasa aku akan larat punya nak go thru that KS again... huarghhhaha.... Anyway, Yati, Cik Li, Zaini, Siti, Lai Wah, Dila, Hui Hoon, Farah, Suzana, Jeniffer, Kak Shila, Hafiz, Yuen, Kak Husna, Fariza, Nai, John, Su Yan, Andrew, Dayah, err... sapa lagi ek, Mar, Diha.. ergghh... aku rasa ramai lagi.... maaf la kalau tak tersebut nama. I miss you guys very very very very much. I miss our sweet moments together.
Aku akan kuatkan semangat abiskan blaja aku ni ha. so that i can run away to another place which is better for me and for my family. The most important thing, to fulfill my satisfaction in working. Errghh.... payahnya bekerja!

Monday, May 22, 2006

Kehilangan

Aku jadi sungguh-sungguh serba-salah hari ni. Ayah sedara aku meninggal awal pagi tadi. Mungkin. Atau mungkin mlm td sebab aku sendiri tak sempat nak bertanya hal ni pada mak. Nak kata rapat sangat dgn aku, tak juga. Tapi setiap kali balik, dia mesti peluk aku and bertanya itu ini.
Pagi tadi bila Achik call aku kata ayah long meninggal, aku terkekau. Tak dengar berita sakit atau susah dia, tiba-tiba dia dah takde. Aku serba-salah hendak pergi menziarah atau tidak. Last week baru amik MC. dah la aku baru sebulan masuk keje. Superior aku lak asyik wat salah. Aku rasa macam.... ntah.... tak guna ke aku ni? Lebih memntingkan kerja dari menziarah sedara buat kali terakhir?
Aku rasa takde semangat nak bekerja harini. I just hate working here. I dunno. Hope I will get a better job once I finish my study. Better employer yang lebih berperikemanusiaan.... Aku betul2 celaru.....

Thursday, May 11, 2006

Masa yang pantas berlalu

Kejap je... dah dekat sebulan aku keje kat tempat baru ni. Banyak bezanya dengan tempat keje lama. Kalau dulu aku bebas nak p mana je. Ngantuk, aku merayau la kat rak-rak buku yang ada kat keliling kaunter aku. Nak borak pun sukati sebab kawan2 suma sekepala. La ni, aku ngadap PC all the times. Sekali seminggu je aku terlibat dgn display. Tu pun bukannya lama sgt. Just refill mana2 empty space kat board yg dah sedia ada. Agak bosan mula2 dulu. First week, keje aku asyik tido... tido... tido.... Takde benda lain yg blh aku wat. Mmg tak leh nak elakkan. Sebab ngadap listing yg pjg berjela, bukannya perkara senang. Pergh... kdg2 tu aku blh dpt listing yg 100 lebih. Nak muntah pun ada. hehehe... tapi dah keje... kena la buat.
And now, aku dah ok skit. Ngantuk tetap ada. Walaupun kawan berborak dah tak serancak tmpt keje lama dulu, tapi boleh la nak hidup. Mmg kalau ngantuk tahap gaban tu.... payahnya nak bagi jaga. Puas la makan gula2 ke, kerepek ke, buah ke.... apa pun tak jln.
Anyway, ada pros and cons keje kat sini. Tolak tambah, rasanya sama je. Org kata, bersyukur dgn apa yg ada. Bila kita tak dpt, kita sibuk nak. Tp bila dah ada, kita nak lebih lagi.... Manusia kan....
There was an error in this gadget