Thursday, December 31, 2009

Setapak lagi

Syaza dah mula setapak about 2 months back. Masa tu mama expect Syaza dah boleh jalan within one month after that. Sebab Kak Long Sarah mula berjalan masa 10 bulan and tumbuh gigi masa 11 bulan. Tp sehingga pagi tadi, Syaza masih tak mulakan langkah kedua. Cuma masa masak lepas maghrib tadi, mama nampak Syaza mula melangkah setapak. Pastu bila abah makin galak seru Syaza jalan, malam ni je, dah tiga empat tapak Syaza melangkah. Seronok mama tengok. Memang mama harap sangat you can walk very soon. It will be much easier for mama to handle Syaza actually. Mama really hope Syaza can start your full course of walking before you reach one year old next month. Anyway, mama will always love you.


Syaza lepas dua tapak melangkah. "Take five mama!

Wednesday, December 30, 2009

Bila Sarah bercakap...

Lately, mama perasan Sarah makin bijak berkata. Ada saja perkataan yang boleh wat mama dan abah pecah perut. Tiga empat hari ni Sarah selalu sebut, "Kan Sarah dah cakap tadi...". Sarah akan kuarkan ayat tu bila ada something happens. Macam semalam, Syaza tarik suma paper kat bawah meja, Sarah cakap kat adik, Kan Sarah dah kata tadi.Jgn main suratkhabar ni." Padahal, Sarah takde pn ckp apa2 tadi. hehehe.... Sarah...Sarah....

Tuesday, December 29, 2009

Bila hati terdetik

Tu la yang aku rasa. Takde rasa strawberi hari ni. Ada rasa cam kecut perut... Well, thinking about my future. I'll be jobless very soon. Countdown to a jobless world very soon on this coming January. Planning yang ada cuma nak buka online biz. Yang lain belum terlintas. Risau pun ada memikirkan kos sara hidup.... Ya Allah!...... Rezeki di tangan-Nya.

Monday, December 28, 2009

Doa





Syaza has started her new skill. Doa. hehehe.... Semalam lepas mama solat, Syaza and Sarah dtg dekat mama. Mama ajak Syaza dan Sarah doa sekali. Sarah mmg dah mahir aminkan doa. Syaza yang mama perasan, tiap kali nak makan, bila abah mula tadah tangan, Syaza pun ikut sama dan sapu kat mulut bila dah selesai. hikhik... nampak cute je. Moga2 ini perkembangan yang baik dan berterusan. Mama yakin, anak2 mama yang mama susukan secara eksklusif dengan susu ibu (tak campur pape tau for first six months!) akan jadi anak yang sangat bijak ikut landasan syariah. Amin.

Sunday, December 27, 2009

Sesak nafas

Alhamdulillah, aku masih bernyawa lagi. Dah dua hari kalau tak silap aku selesema. Malam tadi hidung aku tersumbat. Seksa betul rasanya nak bernafas guna mulut. Terasa agaknya macam ni la orang yang nak mati. Nafas rasa tersekat2. Malam tadi dah fikir macam2. Boleh ke Syaza susu guna susu tin? Dok kira2 stok susu yang aku simpan rasanya paling2 pun untuk seminggu. Fikir2 lagi mampu ke suami tersayang jaga anak2 tanpa aku. Sudahnya, malam tadi aku tido sambil duduk dan pangku Syaza menyusu. Pukul 4 baru mampu tido berbaring. Itupun aku tinggikan bantal. Pagi tadi bangun, tengkuk rasa sakit yang amat. Tapi, alhamdulillah, aku masih bernyawa. Allah masih berikan aku masa untuk terus hidup.

Bila fikir2, kita ni selalu lupa yang kita akan mati. Tak ingat langsung yang kita ni manusia. Rasa macam seolah-olah kita akan hidup lama dalam dunia ni. Senang cita, takde rasa yang kita akan mati walaupun setiap hari kita dikelilingi dengan berita2 kematian. Lama juga rasanya, aku patut kembali semula pada Dia. Bukan aku tidak langsung mengingatinya. Cuma aku selalu lupa....

Saturday, December 26, 2009

Elergi

Tangan dan kaki aku gatal2 sejak habis berkebun kat sekolah khamis lepas. Sedap menggaru mmg tak ingat la. Actually, aku mmg elergi dgn rumput dan lalang. cepat je naik gatal2 kat tangan. Aku perasan masalah aku ni masa aku form 2 ke form 3 dulu. Masa tu, tugas aku ialah ngarit (kalu tak silap, ni bahasa jawa, maknanya potong tumput utk makanan kambing atau lembu) setiap ptg. Ayah aku masa tu bela beberapa ekor kambing.

La ni, elergi kat tangan dan kaki takde la teruk sgt. Tp bila tiba time gatal tu, mmg sedap je garu. Kuku lak kena sentiasa pendek. Kalu tak, alamatnya kulit aku akan jd lebih teruk. Nizam suruh rendam dgn dettol dan air panas. Tp, aku ni mmg malas bab2 merendam ni. hehehe... jadi... tahan je la smp dia hilang. hikhik....



Sekadar gambar hiasan. Tangan aku tak secantik dan seputih tu. :D

Thursday, December 24, 2009

Menu for dinner


Grilled dory, garlic buttered rice and salad. Wheww! Last week exactly on the same day (Thursday) my family and I went out for dinner. We tried something different from other usual days. Normally having dinner outside will be fast food like KFC, McD, pizza or at least chicken rice shop. This time, The Manhattan Fish Market. Since it is a very expensive restaurant (at least for people like me), this is my third time having dinner over here. the third time cost more than RM100. Walla!!! Giler je aku rasa. But since we wanted to try something different... so, just pay for it! Based on that, I cooked western food for dinner tonight. Exactly the same what we had for our dinner at TMFM.


Sayangnya, aku tak dpt amik gambo sebab dah licin makan baru tingat nak amik gambo. Heheheh.... Simple yet healthy food for our dinner tonight. dapur aku pun tak bersepah dengan minyak masak since I grilled the fish. With some blackpepper, worcestershire sauce, italian mix herbs, oil, salt and orange juice, I grilled the fish till it just right. not overcooked. Nyumm..nyumm.... Anyone?

Ni gambo grilled fish kat secret recipe. heheheh.... bukan yang aku masak. Saje wat penghias blog. :D

Tuesday, December 15, 2009

Rasa yang tak terluah

Menung2 petang ni, ada rasa satu perasaan yang terbuku. Takde kata, takde rupa dan aku sendiri tak tau camna nak luahkan. Sebab aku rasa kalau aku luahkan pun, takkan dapat gambarkan camna perasaan tu. Marah, benci, sakit hati, kecewa, geram, dan ntah apa2 mcm perasaan yang negatif datang. Betul ke keje cikgu ni multitasking smpkan angkat kerusi meja lepas spm pun, cikgu yg kena tlg angkat. Particularly, GSTT la. Aku rasa mcm jadi hamba hina pecacai tua pengangkut najis. Keje ni tak la teruk. Tapi, tu la... as I said, when I say it out loud, it becomes something wrong. But it's not that wrong. It just... arrghhhhh........ Wish I cud go away from here. Having a great vacation and come back again fresh with money in pocket. Oh, My God!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wish I cud kill that old man in the room. Whoaaarrrrrr...............

Saturday, December 12, 2009

Tipah dah tak blogging.

Tersentak gak pepagi ni bila klik kat Tipahvogue punya blog and tengok kaler itam je... The heading... No more blogging. Uikss.. ntah nape tetiba aku tak rasa strawberry macam selalu. Mmg aku selalu visit link tipah ni. Seronok baca2 tentang cita dia walaupun aku tak kenal dia. Bila dia kata camtu... rasa cm tak best la pulak... hmmm.... ntah la. Ok la. aku nak pi wat breakfast utk hubby. Roti John will be fine kot. Simple and easy.

Wednesday, December 09, 2009

Sarah dah pandai nak solat


Gambar ni gamba lama dulu. 12/1/2009. Saja letak yang ni. Tadi takde amik gamba pe pun.

Seronok tengok Sarah cepat-cepat bentang sejadah dan amik telekung pastu solat kat tepi aku maghrib tadi. Selalu dia solat kejap je. Tadi siap kumat-kamit dengar ntah apa butir yang dia sebut. Dapat la dua rakaat. Selalunya dia solat satu rakaat je. Hehehe.... Jadi la. Wat permulaan.

Wednesday, December 02, 2009

Aduuuhai

Semalam bila sekolah call, aku wat bodo je tak angkat. Malas nak layan. Tup tup dapat msg dari Kak Ngah arah dtg ke sek esok (arini la). Ada meeting jam 8. Aku dtg pagi td kul 8.30 and heret anak2 sekali. Pastu, masa meeting, aku pun tinggi suara sebab rasa sungguh terganggu dgn arahan keja yang tak masuk akal. Dan orang tua tu pun dgn bengangnya juga membalas kata-kata aku yang dianggap kurang ajar. Well, kdg2 aku rasa bos tak selalu betul. Akibat nak sangat tunjuk kuasa dia, aku rasa lama2 Kak Ngah ni memang bodo sebab dia tak tau cara nak plan things and how to gain respect from her staff.

Dia rasa dia sentiasa betul hingga tak tau langsung minta maaf bila wat salah. Lantak ko la Jenab. Aku pun dah tak larat nk pk pasal kedengkian dia dgn GSTT yang dpt gaji dn bonus walaupun cuti sekolah. Ko tipu dan gula2kan la kami dgn duit bonus yang kerajaan nak bagi tu. Ugut la kami dgn kebarangkalian nak dpt keje kat 'sekolah' ko tu kalo kami engkar. Takdak heran la. Rezeki kami di tangan Allah walaupun ko kata ko ada kuasa. Guna la kuasa ko untuk aniaya orang. Itu lebih baik untuk menjamin ko jawab dgn lebih lama masa jumpa Allah sok...
There was an error in this gadget