Monday, February 07, 2011

Ajar anak bermain kotor....

Macam nampak pelik sikit. Tapi itu la yang sepatutnya... Berdasarkan pengalaman sendiri, aku rasa wajar jika kita dedahkan pada anak-anak tentang kekotoran, kuman dan cara mengendalikan kekotoran ni. Kebelakangan ni aku terperasan apa yang berlaku pada Syaza dan Sarah.

Sarah dan Syaza la ni geli-geli kalau tengok tahi sendiri (Maaf yea.. agak kotor skit tulisan kali ni). Bila dok cuci najis dia, dia akan mengelak-elak najis tu dari terkena kaki dia. Salah aku juga. Sepatutnya aku tidak cepat melatah. Asalnya dulu dia suka tunjuk dan sentuh najis dia dengan hujung jarinya. Tapi aku sergah dan kata, "Kotor la!" Dan perkara tu berterusan sehingga sekarang ni. Kesannya, Sarah nak basuh najis sendiri pun geli. Syaza, kalau najis dia melintas di bawa air ke kaki dia pun dia melompat-lompat nak elak... huuhu.... jenuh juga.

Pesanan untuk aku dan ibu bapa di luar sana, biarkan sahaja anak bermain dengan najis kalau setakat membasuh najis mereka. Cuma terapkan yang dia perlu basuh tangan sebersihnya setiap kali selepas menyentuh kekotoran. Ajar anak untuk tahu betapa kekotoran itu boleh dibersihkan dan bukan untuk dielakkan sama sekali.

Sunday, February 06, 2011

My brand new food processor

Memang dah lama juga aku impikan pemproses makanan ni. Tapi sampai ke sudah tak beli-beli. Sebab harganya pun boleh tahan. Tak dapat RM200 ke atas, jangan mimpi la nak dapat. Jadi guna je la blender hadiah hari kahwin dulu. Tapi malangnya, Cik T kat rumah aku ni memang sangat suka makan wayar. Jadinya, awal tahun hari tu dia dah gigit wayar blender aku. Hasilnya, dekat sebulan aku tak masak sangat (alasan... hehehe...) Dan tadi, Mr. Hubby belikan aku pemproses makanan ni. Walaupun sebenarnya aku impikan satu yang aku pernah nampak di Jusco Bukit Raja jenama Cornell yang tak sampai pun RM200, tapi, dapat Philips dari Jusco Bukit Tinggi pun dah memadai. Alhamdulillah. Hadiah ulang tahun perkahwinan yang ke-5 28 Januari lepas. Baru la ni dapat. Insyaallah.. pasni mama akan lebih rajin masak. Heheheh.... Oooo... harga dia RM248 tapi lepas diskaun 10%, err... kira la sendiri. Siap ada voucher jusco RM10 sebab beli barangan jenama Philips RM150 ke atas. Hehehe... Ada blender lagi. So, kira ok la kan... Dah cuba kisar bawang besar dan bawang putih. Hmmm... sangat berpuas hati. :D p.s: Terima kasih Mr. Hubby. Lain kali boleh tolong belikan lagi... :)

Friday, February 04, 2011

Media dan penontonnya

Petang tadi dok jeling-jeling tengok Raja Lawak Musim (Entah ke berapa... tak ambil tahu) sambil buat rancangan mengajar untuk minggu depan. Ada satu part tu, kumpulan apa entah, buat satu lawak. Rasa menyampah dan benci. Sebab? Macam dah tak ada modal untuk buat lawak sampai guna lawak lucah. Pelik sungguh mentaliti orang sebegini. Dan yang lebih menyedihkan, lawak sebegitu memang wujud setiap kali. Tidak pula ditegur oleh pihak berkenaan tentang lawak sebegitu. Aduhai... rasa makin runtuh akhlak dan moral kita dek sikap media yang bodoh selamba dan buat tidak tahu dengan tanggungjawab sosial mereka. Nampak mudah dan kecil. Tapi dari benda kecil dan mudah ini akhirnya boleh membawa kepada situasi yang lebih kompleks dan besar. Allahuakbar... Memang inilah petanda akhir zaman. Keruntuhan akhlak dan sosial semakin menjadi-jadi.

Yup... mungkin ada yang kata aku terlalu emosi dengan benda sebegini. Sebab aku selalu melihat benda kecil itu sebagai sesuatu anak kepada yang besar. Jadi..... fikir-fikirkanlah....

P.s: How I wish I could voice out this so that the message would reach the authority.... hmmmm....