Friday, July 31, 2009

Senior position

Jadi senior ni mmg banyak kelebihan. Org hormat, org cari, dijadikan tmpt rujuk, dapat layanan istimewa dan bermcm2 lagi. Tapi, itu kalu senior yg baik. Kalu senior yg haprak, minta maaf la. Aku selaku senior dan dalam masa yang sama jadi juga junior (bergantung pada keadaan dan situasi) merasakan ada baiknya jadi senior atau junior yang sedar diri. Aku tak kata aku baik. Kadang2 bila tgk ada org baru masuk, perasaan gah dan besar tu akan datang sendiri dalam diri aku. Mula la rasa nak menyombong dan riak. Tapi kalu wat2 tak layan je... dia hilang sendiri.

Sebagai senior, aku rasa kita tak leh la sentiasa mendabik dada. Dok kata kat org junior "ko mesti datang sujud, cium kaki aku kalu ko rasa nak maklumat apa2 ttg keje yg ko baru join ni". That's not a good senior. Dah nama pun junior kan. Kadang2, yg junior ni nmpk cam sombong. Mula la yang senior dok kata junior tu sombong tak nak bertanya. Tp, put yourself at his place. Then you'll know. Junior ni, dia rasa takde apa sgt yg perlu ditanya. Dia sendiri pun tak tau apa yang perlu ditanya. Sebab dia sendiri masih baru dalam bidang tu. Jadi, apalah salahnya, sebagai senior, tanya khabar adik junior tu. Ada masalah. Terangkan juga scope kerja yang dia patut buat. Bukan dengan gahnya berkata, "Patutnya dia la yang datang dulu tanya. Apa yang tak faham, apa yang tak kena. Bukan aku yang kena sujud kat dia ampun tuanku ke apa ke. Aku kan dah veteren dalam bidang ni...".

Tapi, rasanya mmg itu budaya kita. You have to respect seniors. No matter what. Cuma, aku rasa, sepanjang pembelajaran aku dalam bidang komunikasi masa first degree dulu, aku dapat rasa, betapa betulnya kebanyakan teori yang aku pelajari (malangnya, banyak yang aku dah lupa. Hehhee....). Miscommunication will always lead to problems. So, bila berkomunikasi dan menilai, put yourself in everyone's situation. If you were him, if you were them.... Then evaluate your word and thinking. Does it make sense? Does it good to practice?

Kalu tengok cite My Friends, Tigger and Pooh, mesti biasa dengan lagu tema kan. Ending dia.... Think.. Think.. Think. Anyhow, that's the best way for us to do as khalifatullah.

Saturday, July 25, 2009

Best friend

Dok selak2 facebook yang jarang2 sgt aku masuk, arini aku dok ralit membaca. Mcm2 yg ada. Dan di balik facebook biras aku, terselit nama yang tak pernah luput dari ingatan. Sedar tak sedar, dah lebih 13 tahun aku mengenalinya. 10 thn zaman yang cukup rapat. dan sekarang, masuk thn ke-3 aku melihat perkembangannya dari jauh. Hati aku rasa sebak bila lihat Facebook tu. Teringat, zaman2 sudah. Bila aku baca baris2 kata yang dia tulis dalam facebook tu, hati aku tertanya2, agaknya kalau aku sapa dia, semesra tu ke dia balas ye? 10 tahun yang penuh memori suka duka. Makan sama, tido sekatil sebantal, duit pun sama2 kongsi. Time susah, sama, time senang pun sama2. Mak dialah mak aku... keluarga dia pun keluarga aku.
Tapi.... entah apa agaknya yang terpendam selama ni, bila ada perkara kecil berlaku, letupannya maha dahsyat. Aku sendiri tak sangka, keakraban kami akhirnya terkoyak juga.

Aku masih ingat lagi satu ketika masa naik LRT, ada dua orang India perempuan yang sudah berumur duduk berborak2. Aku bagitau kat dia, aku nak jadi mcm 2 org India tu. Tapi... Allah pendekkan usia persahabatan kami. Kenapa? hanya Dia sahaja yang Maha Tahu.

Cuma, bila aku teringat bait-bait pesanan ringkas yang dia kirimkan pada aku dulu, sesekali, hati aku jadi sebak juga. Mimpi yang tak pernah luput tentang diri dia, mengundang rindu aku pada persahabatan tu. Kata Marin, "Aku sayang kat ko sama macam dulu, kini dan selamanya..." Masihkah lagi????

Saturday, July 18, 2009

Forward message

Latelay, mmg aku dapat banyak gak forward dari kengkawan aku. Especially dari Cik Ly and Raja Suraya Hanum. Byk yg best2 dan aku teringin juga kongsi bersama. Namun malangnya kengkadang tak sempat nak fwd sebab emel prob. Lagipun, address book aku ni weng skit. So, bila dah syok nk fwd, tetiba kuar kata ada prob dgn emel add. So, aku malas la nak menghadapi masalah ni. Akhirnya, cara berkongsi fwd msg ni aku sampaikan melalui satu lagi laman blog aku.... boleh la lihat2 ek. http://faktakeauta.blogspot.com/

Wednesday, July 15, 2009

Berakhirnya sesi pertama ICT Course

Sakit gak la kakiku dok berdiri dekat tiga jam tak duduk2. Akhirnya, abis gak la sesi pertama ni. Seronok. Dapat kongsi ilmu dengan orang lain. Lepas tu bila ada feedback tentang masalah, boleh la juga belaja wat troubleshooting. No big deal as long as I can stay in front of the pc without interference from anyone. Sure balik arini aku akan jadi penat yang amat. Maklum la. Dah dekat dua tahun tak keje dari pagi sampai ptg. DUlu boleh je. Bila dah jadi cikgu ni, tak boleh lak duty dari pagi sampai ptg. Ok. Nak terbang ke bilik guru jap. Siapkan keje untuk exam hari esok. Pastu, lepak2 and balik la.... Hehehe....

Tuesday, July 14, 2009

Kawan makan kawan

Banyak kali dah aku kena makan. Ntah sebab aku ni baik, atau aku ni tak reti amik pengajaran. Sedih, geram, sakit hati bercampur baur. Walaupun dah dekat sebulan gak member tu pi, rasa2 tu tak penah ilang (ni pun kira kes yang bertanduk duk tiup api je la agaknya...). Agaknya kalu dia ada kat dpn mata, mau aku toreh muka dia yg tak tau malu and tak reti bertanggungjawab. Ingatkan org sekolah agama, sekolah pondok ni tau la hukum hakam. Rupanya, hmmm.... Allah je la tau apa yang ada dalam kepala dia. Sampai la ni, masih terngiang-ngiang lagi wajah terakhirnya bercermin mata hitam (sebab sakit mata) dok tolak keje yang tak selesai (macam sajak Mahathir 'Perjuangan Belum Selesai') dengan muka kesian suruh aku siapkan. Dan buat kesekian kalinya, aku menadah kekejaman itu sendirian. Huhu....