Thursday, April 29, 2010

Tersentuh hati...

Aku minta tolong Sarah ambilkan penyapu kecil dengan penyodok sekali dari dalam kabinet bawah sinki. Cepat-cepat anak dara aku tu pergi. Syaza pun mengekor dari belakang. Aku pula terus buat kerja aku menaip nota untuk KOMSAS. Nak guna untuk P&P petang ni. Tak lama lepas tu, Sarah terkial-kial mengeluarkan kotak politsterina yang aku selalu guna untuk isi susu Syaza kalau balik dari kampung. Mula la darah aku naik. Rumah dah cukup dengan sepahnya, dia nak tambah lagi....

"Ha! Bawa keluar pula benda lain. Kan mama kata tolong ambil penyapu tu buat sapu sampah ni sikit. Tak mahu buat main benda tu!" Sergah aku. Sarah terkaku bila dengar suara aku. "Lain yang disuruh, lain yang dibuat." Masih dengan suara tinggi, aku bergegas ke dapur dan merampas kotak yang dah ada kat tangan Sarah.

Sekadar penghias... gambar lama ni... :D

Bila aku jengah kabinet tu, memang tak ada penyapu yang aku minta Sarah ambilkan. Syaza yang duduk bersila depan kabinet yang terbuka tu pun terkebil-kebil tengok aku marah. Aku letak kotak tu di tempatnya dalam kabinet tadi. Lepas tu aku selak-selak barang-barang yang ada kat dalam kabinet. Baru la nampak ia di sebalik periuk-periuk yang ada. Aku ambil, angkat Syaza dari depan pintu kabinet dan menutup. Aku sapu, sampah yang ada kat bawah meja dan buang.

Sarah senyap aje tengok perlakuan aku. Lepas tu dia terus ke depan tengok tv. Aku pula sambung kerja. Masing-masing senyap termasuk la Syaza. Agak lama menaip depan laptop, aku minta tolong Sarah sekali lagi.

"Sarah, tolong mama buka pintu. Mama tak nampak la. Tak jelas. Gelap." Suara aku dah menurun.

Selamba Sarah jawab, "Sarah tak tau."

Aku diam je la dengar. Memang dia tak tau buka pintu pun. Hehehhe.... Aku pun bangun. Bila tengok aku bangun, Sarah pun bangun. Dia terus ke pintu (sebab dia lebih dekat dengan pintu) dan pulas kunci.

"Dah.." kata dia dan kembali ke sofa sambung tengok tv. Tau tak dia cakap apa lepas tu? "Sarah tak nampak penyapu tu tadi." Aduuuhaii.... anak aku.... tersentuh rasanya hati. Garang benar agaknya mama ni ek.... Aku usap kepala dia dan cium berkali-kali.

"Ye... ok... mama pun tak perasan penyapu tu ada kat belakang periuk.. Sorry yea sayang...." Dan aku cium sekali lagi. Syaza tengok aje...


Thursday, April 22, 2010

Syaza dan abah...

Syaza dan Sarah memang diakui anak abah. Huhu.... Dua2 ni akan cari aku time nak susu je. Waktu lain, abah adalah favourite terutamanya waktu main. Dan yang..... hmmmm... seronoknya...... dia dah pandai sebut abah. Panggil aku pun guna abah juga.... hikhik.... ok la... tak ada unsur kecil hati di sini. Cuma... laa... masa nak susu cari aku.... pun panggil abah juga.... Hahahaha.....

Sekarang Syaza dan Sarah ni selalu menjerit-jerit di rumah. Menjerit sebab masing-masing suka menyakat. Kakak sakat adik. Lepas tu adik sakat kakak. Hingar-bingar jadinya... Tapi aku masih tersenyum. Sebab rasa kagum dengan keajaiban yang dicipta-Nya. Anak kecil yang tidak tahu apa-apa dahulunya kini sudah pandai bermain dengan emosi. Subhanallah....

Monday, April 19, 2010

Pepagi yang santai...

Seronok pagi ni sebab aku dah siap kemas rumah hujung minggu hari tu lepas kerja-kerja menyunting (my freelance job). Jadi, sekarang ni memang bersantai je dengan Syaza dan Sarah. Melayan si kecil yang baru bangun tidur. Tadi dah minum susu sambil aku mengepam susu untuk buat stok.

Lepas tu layan diorang tengok tv. Memang waktu Sarah tengok kartun ialah waktu pagi. Aku sampai dah hafal jadual siaran kartun. Sekarang aku suka buka siaran Nick junior. Better dari PHDC sebab yang tu aku rasa macam dah menyimpang pula. Sort of promoting that there are other things which are more powerful than Him who can grant your wish. Aku dah bar Dibo th Gift Dragon... hehehe....

Ok. berbalik pada kisah Syaza ni....Sambil makan kuih belanda ni, Syaza mesti nak bekas makanan tu dibiar terbuka. Bila aku tutup, dia menjerit-jerit suruh buka. Jadi, kena la buka. Tak pun dia buat muka tak puas hati. Aku bukan apa. Nanti kalau dibuka berpanjangan, lemau la biskut tu.... heeee.....

Ni aksi manja mengada-ngada bila dia perasan aku ambil gambar dia. Sarah pula la ni tengah leka tengok cerita Dora the Explorer.

Ni muka pelik merenung biskut belanda yang macam sedap je.... Lepas gigit sebatang, dia masukkan balik dalam balang dan ambil yang baru... grrrr... bertuahnya anak sorang ni...






Sunday, April 18, 2010

Breakfast at McD

Saja buat kerja gila... heheh... cuma teringin nak makan lempeng kat McD tu. Nampak sedap. So pagi ni, kami bangun pukul 4.30 (Mr. Hubby bangun seawal jam tiga sebab Sarah bocor), bersiap dan terus ke McD Bukit Tinggi.
Mula-mula Sarah dan Syaza nyenyak tidur. Tapi bila dah sampai, bulat mata. Seronok tengok mereka makan sambil main pusing-pusing. Aku pesan lempeng, Mr. Hubby makan big breakfast. Sarah dan Syaza kongsi makan happy meal.
Aku rancang lain kali nak bersarapan kat Shah Alam pula. Lepas tu solat Subuh di Masjid Negeri dan jogging dekat tasik.... sounds good huh!... hehehhe

Lihatlah wajah-wajah seronok ni....

Sarah enter frame

Errr... muka tak nampak gembira sebab asyik makan.... :D

Ni pung....

Ni muka main makanan. Tak berminat sangat nak makan awal pagi. Tapi bila hash brown sampai, habis sekeping. Syaza pun makan dekat sekeping... peliknya, kalau kat rumah, tak nak pula makan... hmmmm...


Birthday Mr. Hubby

Ni kira entry tertangguh. Memang last few days aku sangat sibuk untuk kemaskini blog ni. Sibuk dengan kerja-kerja menyunting buku. Sekarang dah selesai (baru hantar ke pejabat pengurusannya hari Jumaat lepas). Jadi, aku dah boleh kemas rumah dan buat kerja-kerja lain. Phew....!! Jenuh juga bila kerja suntingan ada. Rumah jadi tongkang pecah.

O....berbalik pada tajuk blog aku. Birthday Mr. Hubby jatuh pada 14/4/2010. Hari pelancaran MLM untuk Power Root (promo ni... heheheh...). Tengah-tengah malam tu, aku dan Sarah sempat cium Mr. Hubby dan bagi hadiah yang sebulan aku sorok kat belakang almari. Sebenarnya, hadiah tu aku beli dengan dia masa cuti sekolah. Masa tu pergi Aquaria, KLCC. Memang dah lama aku cari jam chrono tapi sebab mahal, aku tak beli. Cuma masa kat KLCC tu ada jualan murah. Jadi aku sambar satu Titus (bukan chrono watch sebab yang jenis tu, kaca dia bukan sapphire. Kalau sapphire, RM1 k ++... mana nak cekau duit!). Tengok la... lawa tak? hehehhe...


He chose the design. Aku tak nak memandai... Nanti kalau dia tak suka, tak seronok la. Once we reached home, I quickly hid the watch behind the wardrobe. Puas dia minta nak tengok, aku tak bagi. Wait for the day... I told him. Now, he smiles everyday when he put on the watch on his wrist. Seronok tengok...

Malam, lepas sekolah kami bergegas makan di luar. Small dinner with our small family. Sedap tak? heheheh....



Simple celebration. I am not interested to have such a big celebration. Doa-doa dah la.... :D

Wajah birthday 'boy'... ahaksss... boy ke? ;D

Saturday, April 17, 2010

Hasil kerja Sarah

La ni, Sarah suka sangat ambil gambar guna telefon tangan abah. Macam-macam yang Sarah shoot. Dulu, memang ntah apa-apa gambar yang Sarah ambil. Sekarang ni, cantik juga. Tengok la hasil kerja Sarah.

Gambar kaki dia pun Sarah ambil

Ni kuda kecil tunggangan Sarah dan Syaza

Thursday, April 08, 2010

Sesak dada

Bukan sebab sakit. Tapi sebab baca blog ni... Siap meleleh lagi walaupun sebenarnya aku tengah buat editing buku bertajuk majalah sekolah. hehehe.... Bila anak sakit, memang aku jadi seriau.... Lagi pula sekarang ni, Syaza dan Sarah tengah selesema. Ya Allah.... moga Kau sembuhkan permata aku Ya Allah... Amin...

Monday, April 05, 2010

Anak minum susu apa....??

Tengahari tadi dok makan kat kantin. Biasa la, sekolah baru, maka aku pun sekadar duduk makan, selesai dan balik ke bilik guru. Itu memang rutin aku setiap kali makan tengahari kat sekolah. Dan hari ni, aku naik lebih cepat dari biasa. Lepas habis makan, aku tunggu Seetha habis makan sambil hirup air kosong. Geng cikgu-cikgu di sebelah (senior - kind of) buka macam-macam topik. Aku sekadar jadi pendengar aje.

Lepas tu diorang buka satu topik mengenai "Anak minum susu apa?" Antara lain, begini bunyinya....

"Anak awak minum susu apa? Saya sekarang ni guna *****. Tapi macam tak berapa serasi la. Ingat nak tukar susu..."

"Saya dulu pun guna yang itu juga. Tapi lepas tu saya tukar ********, terus ok. So saya tak tukar susu dah." Tambah cikgu yang sorang tu.

"Bagus ke susu tu?"

"Ok la. Anak saya dah tak ada masalah lagi. Tapi sebelum tu puas juga tukar-tukar"

Aku tetiba rasa menyirap dan tak mampu nak dengar lebih lanjut. Terus minta diri dan naik ke bilik guru. Dalam kepala berfikir, kenapa la manusia ni tak tau betapa susunya adalah yang terbaik untuk diri sendiri. Mereka bagaikan tak yakin bahawa susu ibu adalah segalanya. Tak perlu susu formula (FM) untuk membesarkan anak sendiri. Bukankah manusia punya susu sendiri. Mengapa mesti meminjam susu lembu untuk membesarkan anak ye? Kalau guna susu ibu, tak payah susah-susah fikir anak nak tukar susu apa selepas tak serasi dengan susu yang sedang diguna.

Mungkin coretan aku kali ni agak kasar. Aku sekadar meluahkan rasa kecewa pada manusia yang tak cuba untuk menyusukan anak mereka sendiri. Setakat ni, baru seorang kawan yang mengikut jejak aku setelah aku brainwash (tahniah Diha). Yang lain, bila aku tanya kenapa tak nak susu badan sepenuhnya, alasan yang diberi pelbagai. Dan pada aku... tak nak.... seribu dalihnya.....

Ada yang kata sebab tak nak menyusahkan pengasuh. Fikir-fikir balik, kalau guna FM pun, ada ke anak tu yang buat susu sendiri? Aku rasa, tentu sekali kerja pengasuhnya. Mesti pengasuhnya yang panaskan air, bancuh dan susukan. Tak ada yang renyah tentang susu ibu yang diperah (EBM). Kerjanya hampir sama. Cuma sedikit pengetahuan diberikan pada pengasuh, aku rasa, dia pun tahu kerjanya.

Aku tak tahu berapa ramai yang menyusukan anak sepenuhnya di Malaysia. Tapi rasanya, dek kerana alasan bekerja, maka amalan menyusukan anak sepenuhnya tidak berlaku dalam kalangan ibu-ibu bekerjaya. Sebagai salah seorang dari ibu yang bekerja, aku rasa sangat kecewa dengan pelbagai alasan yang diberi kerana mereka tidak berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Secara jujurnya, aku memang marah kepada ibu-ibu yang memberi pelbagai alasan untuk tidak menyusukan anak mereka sendiri secara eksklusif. Sebaliknya, mereka memberikan kerja kepada lembu untuk menyusukan anak-anak mereka. Aduuuhaaiiii...... Kenapa begitu????

Sunday, April 04, 2010

Anak bertuah...

Balik dari kampung, aku terus kemas barang-barang yang ada. Mr. Hubby tersayang pun isi air dalam kolam (baru perasan dah bocor. Kiranya, ni kali terakhir guna la gamaknya) nak mandikan puteri-puteri dia. Hubby aku ni memang sangat rajin melayan kerenah puteri-puteri dia ni.... bertuah aku kan!

Lepas mandikan, giliran aku pula pakaikan baju diorang. Aku ambil baju dari bakul yang belum lipat (teknik mengurangkan masa untuk melipat baju... ahahahah....) dan pakaikan Sarah baju. Lepas siap pakaikan Sarah baju, Syaza pun 'dipos' masuk ke dalam untuk dipakaikan baju. Aku ambil baju Syaza dari bakul yang sama siap dengan lampin dan bedak ke ruang tamu. Lepas tu aku dok godek apa ek.. hmm... aku pun lupa. Sedar-sedar, rupanya aku belum pakaikan Syaza lampin pun.

Tau tak apa yang berlaku? Aku cuma perasan yang Syaza baru bangun dari mencangkung..... lepas buang air besar..... kat atas tikar ruang tamu. Dekat dengan meja makan.... huhuhu..... pandai betul anak aku ni.... hahahaha.... sangat bertuah sungguh!!!
There was an error in this gadget