Sunday, May 30, 2010

Malas yang menimpa

Tak tahu la kenapa semenjak dua menjak ni aku jadi malas yang amat. Payah betul rasanya nak luangkan masa untuk mengemas. Asyik fikir nak berehat aje.... Apa kena la aku agaknya ni ek.... Malam ni pun tak ada mood nak masak. Kebetulan baru je lepas makan tengahari yang terlewat lebih kurang pukul 4.00.

Hati pun rasa tak seronok aje. Mungkin sebab masalah yang menimpa datang bertalu-talu. Apa yang tak kena agaknya ye?? Aku kena duduk dan muhasabah diri....

Breastfeeding exclusive

Lama sudah aku mahu menulis tentang penyusuan. Pengalaman menyusukan kedua-dua anak memang sesuatu yang sangat indah. Lagi pula bila kita dakap dia sambil dia memenuhkan kantungnya dengan makanan yang kita berikan khas untuk dia – susu ibu. Sebagaimana mamalia lain yang Allah ciptakan di dunia ini, manusia mampu menghasilkan makanan sendiri untuk anaknya sebaik sahaja dia melahirkan. Tidak ada susu yang lebih baik selain dari susu manusia untuk manusia itu sendiri. Manusia tidak seharusnya disusukan dengan susu lembu kerana manusia bukan lembu. Dia juga tidak seharusnya disusukan dengan susu kambing kerana manusia bukan kambing. Maaf jika tulisan aku kali ni memang kasar kerana ia sememangnya kasar. Ketahuilah semua ibu, ibu itu sangat istimewa kerana dia adalah satu-satunya insan yang mampu menghasilkan makanan untuk anaknya sendiri. Tidak suami, tidak lelaki dan bukan juga anak-anak. Itu keistimewaan yang Allah kurniakan untuk para ibu.

Fakta yang setiap ibu perlu tahu, apabila anak kita lahir, mereka hanya mempunyai perut sebesar buah ceri. Jadi ianya sangat kecil. Cukuplah kolustrum yang kita hasilkan pada 1-3 hari pertama itu untuk memenuhi perut comel mereka. Tidak perlu susu tambahan pun! Jadi, janganlah risau anak kita tidak cukup susu. Pastinya mencukupi untuk mereka. Jangan pula ibu membandingkan tahap pengeluaran susu ibu dengan ibu yang lain. Setiap ibu mengeluarkan jumlah susu yang hanya bersesuaian untuk anak mereka sendiri. APA YANG PENTING DALAM MENYUSUKAN ANAK SECARA EKSKLUSIF ADALAH PENETAPAN MINDA. Jika kita tidak yakin mampu menyusukan anak, mana mungkin otak kita akan jadi yakin dengan usaha murni ini? Jadi, siap-siap beritahu diri bahawa susu kita memang mencukupi untuk anak dan tidak perlulah bersedia dengan susu lembu. Hanya segelintir ibu sahaja yang tidak mampu menyusukan anak. Namun, hanya 14.5% peratus sahaja ibu di Malaysia (Kajian Kesihatan dan Morbiditi Ketiga Malaysia, 2006) yang menyusukan anak mereka sendiri. Selebihnya memberi tanggungjawab menyusu ini pada rakan mamalia yang lain sama ada lembu atau kambing. Bukankah itu sesuatu yang amat menyedihkan?

Susu ibu yang baru diperah tahan pada suhu bilik dari 4 hingga 6 jam. Biasanya, saya sendiri tidak memasukkan suhu yang baru diperah ke dalam cooler bag sebab waktu kerja yang singkat. Jadi, saya hanya masukkan dalam beg biasa selepas memerah susu sekitar 4 petang dan sebaik sampai di rumah jam 7.30 malam, terus saya pindahkan dalam plastik dan disimpan di dalam peti sejuk. Senang begitu. Hmmm…. Nanti kita sambung ek.

Malam yang menggigit

Tiap-tiap malam, Syaza mesti menyusu dulu sebelum tidur. Dan menjadi tabiat dia untuk mengempeng, kata orang Jawa. Dia takkan lepaskan puting sampai sudah. Dan malam tadi, untuk kesekian kalinya dia menggigit puting aku. Perghhh.. Dapat tak bayangkan macamana menggelupurnya aku nak melepaskan gigitan si comel yang sedang nyenyak tidur? Selalunya aku akan tidur mengiring sebelah kanan sebab nak kumpul susu sebelah kiri (sebab susu sebelah kiri sangat banyak bila dipam berbanding kanan). Tapi kalau dah kena gigit, gamaknya, aku terpaksa beralih ke kiri la. Dan pagi tadi, cuma dapat keluarkan 4o ml je... Sarah dulu tak macam ni... Hmmm.... tu la pengorbanan ibu kan?? Apapun, manis menyusukan anak tak pernah hilang walau seribu kepayahan yang perlu dilalui, kan?

Tas tangan aku hilang!!!

Sedih memang sedih.... banyak unsur-unsur kenangan dalam tas tangan tu.
  1. Tas tangan jenama Renoma yang dibeli untuk aku di Sogo tahun 2005 khas untuk hadiah hantaran kahwin. Sudah berkhidmat selama 4 tahun lebih. Iskk...iskkk...
  2. Cincin tunang yang kebetulan aku tanggalkan sebab jari aku gatal-gatal. Huhu....Rantai leher pemberian mak aku berserta loket intan warisan arwah tok mak.IC aku, MyKids Syaza dan Sarah
  3. Lesen memandu
  4. Kad ATM
  5. Duit tunai
  6. Buku saman pelajar
  7. Cop untuk semak buku pelajar
  8. Duit fotostat bahan-bahan mengajar yang dikumpul dari pelajar....
  9. Pen hitam, pen biru, pen merah, pensel tekan, pembaris dan pemadam yang baru je aku pindah masuk dalam tas tangan tu. Ada spare dalam pensil case dekat bilik guru.
  10. Apa lagi yea? Macam-macam... walaupun tas tangan tu sederhana besar, tapi macam-macam aku boleh isi.

Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'un... Sedih? Memang aku sedih....

Thursday, May 27, 2010

Akhirnya dia mengaku.....

Tiga minggu lepas, anak murid aku, Levi (bukan nama sebenar) ditangkap kerana menulis menggunakan buku orang lain (Syuk - juga bukan nama sebenar). Bila aku tanya betul ke dia ambil buku Syuk, dia tak mengaku. Katanya, yang nota awal-awal tu dulu kakak dia yang tuliskan. Yang peliknya, bila aku tengok nama kat muka depan, dia dah conteng dan siap tulis nama dia kat hujung contengan tu. Bila aku kira-kira sendiri, nama tu lebih padan dengan nama Syuk berbanding dengan Levi. Puas aku soal-soal, dia tetap tak mengaku. Sudahnya, aku hantar pada guru disiplin.

Masih tak mengaku, aku pun biarkan dulu. Esoknya, dia bawa ayah dia. Ingatkan ayah dia nak put the blame on his son. Tapi, dia boleh cakap, "Nampak macam tulisan kakak dia!" sambil belek-belek 'buku Levi' selepas membandingkan buku Syuk yang ada dalam simpanan aku.

Cit! Sungguh aku rasa geram dengan ayah dia. Tapi memandangkan aku masih lagi menghormatinya, aku diamkan. Ayahnya minta kebenaran bawa buku tu balik. dan aku juga mengenakan syarat supaya dia bawa buku kakak Levi esok ke sekolah berserta dengan buku yang didakwa Levi kepunyaannya. Nak tau pe jadi? Esoknya dan seminggu berikutnya dia tak datang sekolah....

Dan... jeng...jeng....

Semalam aku masih tak puas hati sebab dia masih tak bawa buku kakak dia untuk aku bandingkan contoh tulisannya. Jadi, aku panggil dia dan soal lagi. Akhirnya aku gunakan teknik provokasi. hehehe...

"Levi, nama yang awak tulis ni, memang tak padan nak masuk dengan nama yang dah diconteng ni. Betul ke ni buku awak?" Aku asak tanya lepas dia tulis nama dia kat atas sekeping kertas. Geram sungguh rasanya sebab dia masih tak nak mengaku.

"Apa cikgu?" Tak faham bahasa rupanya budak tu.

"Ok la. Macam ni. Saya tak tahu sama ada awak curi dari Syuk atau sebenarnya awak jumpa dan awak ambil buku ni? Saya rasa awak tak curi dari Syuk. Awak jumpa yea? Awak jumpa kat mana?" Aku tenung je Levi. Dia mula tunduk.

"Saya jumpa cikgu...."Hati aku bersorak seronok! Meleret je aku senyum. heheheh..... pengakuan eksklusif tu...!!! Dengan suara lembut yang tak ada nada marah-marah pun, aku mampu membuatkan dia mengaku. Lepas tu mula la drama merayu-rayu supaya aku tak bagitau cikgu disiplin dan ayah dia. Hmmm.... aku rasa aku tetap kena bagitau ayah dia. Sebab Levi memang kaki auta. Dah banyak belit dia kat aku. Janji untuk tidak menipu yang baru dia buat sekejap tu, terus dimungkiri bila aku tanya soalan lagi.

"Kenapa awak tak terus bagi buku ni pada Syuk masa dia kata buku ni buku dia? Kan awak kata awak tak tau ni buku siapa sebab nama kat buku ni dah berconteng? Kan senang awak cakap kat Syuk, oooo... ni buku awak ke? Sorry. saya tak tahu... Kenapa awak tak buat macam tu?"

Dia boleh jawab, "Saya baru tahu buku ni bukan buku saya semalam...." Aduuuuuhaiiii.....

Thursday, May 20, 2010

Syaza 'patah tangan'

Sabtu lepas aku balik kampung Mr Hubby kat Pagoh sebab nak ziarah neneknya yang sakit kat Hospital Muar. Dipendekkan cerita, aku pergi ke mini mart kat hospital tu. Syaza ni jenis yang suka jatuhkan badan dia ke lantai kalau tak dapat apa yang dia nak. So, bila abah dia tak bagi ambil tisu kat rak kedai tu, dia pun jatuhkan badan dia. Bila abah angkat, Syaza menggeliat marah dan lepas tu sambung nangis. Lepas dari tu, tangan kiri Syaza terkulai. Aku dan Mr. Hubby pun dah cemas. Patah ke tangan anak aku ni.. Nasib baik di hospital, terus pergi ke bahagian kecemasan. Pen. Pegawai Perubatan sambut kami dan periksa. Menangis-nangis la makcik Syaza ni sakit + takut bila dipegang.

Lepas diperiksa, doktor cadang untuk jalani imbasan sinar-x. So kami pergi ke sana. Sarah pula memang tak nak berenggang. Suruh tinggal dengan pakcik dia dekat luar pun tak nak. Jadi terpaksa la bawa masuk ke bilik x-ray. Sambil tunggu, sempat juga la Syaza diam kejap sebab tengok tv.


Dia sambung nangis dan palingkan muka bila aku cuba ambil gambarnya.... heheheh.... Mama ni! Time sakit pun nak ambil gambar....


Ini la muka budak sedih.... masa ni, tangan dia dah mula boleh gerak sikit. Masa tu aku dah agak lega. Sebab kalau patah, mesti tak boleh gerak langsung.... Sarah setia menanti.

Lepas x-ray, balik semula ke bilik kecemasan, dan tengok gambar tadi. Alhamdulillah, tak ada apa-apa. Doktor siap cakap lagi, "tulangnya nampak cantik." Huhu... gembira tak terkata. Tapi Syaza masih rasa sakit. Balik rumah mak mertua, kakak ipar aku suruh urut. Walaupun berat (sebab doktor kata tiga empat hari baru boleh urut), aku ikutkan juga.

Atuk yang urut tu cuma sapu-sapu je kat tangan yang sakit. Nangis juga la dia sebab bukan sakit, tapi dipegang orang. Balik rumah, tangan yang tak boleh gerak tu dah boleh siap tahan badan dia untuk bangun... Aduuhaii....

Dulu masa Sarah setahun lebih, masuk kecemasan juga sebab cotton bud termasuk dalam telinga. Kali ni, adik dia pula.... hehhehe...

Medela Freestyle 3

Baru siap mandikan anak-anak tersayang. La ni diorang tengah main. So, sementara leka tu, aku nak muat naik gambar-gambar yang aku dah ambil sejak hari pertama aku terima pam berharga ni... Tapi disebabkan aku kesuntukan masa, aku letak je gambar-gambar ni. No editing at all....

Ni setelah sampai di rumah. Aku ambil satu gambar. Buat kenang-kenangan tengok gambar kotak dia. hehehe.... obses ek! Apa-apa la....


Aku keluarkan dari kotak dan terus rebus mana-mana yang perlu direbus. Memang dah excited sangat nak guna. Tapi kena rebus dulu....

Ini ialah barang-barang yang tak perlu direbus. Dapat tote bag siap dan empat botol susu bumble bee....

Ni pula chiller bag together with ice pack. I have already bought three ice packs (ML brands). But I lost one. It happened when I put two of the ice packs in the school canteen freezer. Entah siapa la yang ambil. Budak-budak jakun kot. Huhuh....

Khidmat terakhir pam avent aku. I let it go to Aishah, my school friend. DIa beria nak sebab sebelum ni dia guna pam yang macam tombol tu. Harap-harapnya dia pun mampu bersemangat menyusukan anaknya sampai dua tahun macam Madihah... :D

Ni la botol susu jenama Bumble Bee. Aku simpan dalam kabinet atas.

Ni botol-botol dan pam yang sudah direbus. Dalam proses pengeringan...

Cik Syaza pun dah tak sabar nak bantu sekali. hehh....

Ni botol pertama yang guna pam susu ni. Banyak kan? hmmm....

Yang penuh tu dari sebelah kiri. Yang sikit tu dari sebelah kanan. It's always like that. I wonder why....

Memang guna FS ni banyak kelebihannya. Tangan pun dah tak sakit mengepam. Seronok sangat dan menambahkan semangat aku. Aku masih lagi boleh dapatkan tiga botol untuk hari esoknya walaupun dalam peti sejuk dah tak ada stok. Cuma kalau ada emergency, memang susah la. Aku sedang berusaha untuk menambah stok.... Harap-harapnya berjaya! Amin...

Wednesday, May 19, 2010

Medela Freestyle 2

Lama dah aku nak upload gambar ni sejak dapat hari tu. Tapi disebabkan kesuntukan masa, baru ni la macam dapat... tapi macam tak dapat juga nak update sebabbnya Iman Syaza dah menangis2 panggil mama dia...uwaaa.... nanti aku sambung ek...

Saturday, May 08, 2010

My first electric breastpump ever... Ngeee....

Masa aku sampai sekolah, aku nampak lori GDEX baru gerak balik. Memang rasa nak bersorak je seronok sebab tau barang dah sampai. Lepas punch, kerani beritahu yang ada barang untuk aku. Terus aku capai, ucap terima kasih dan pergi ke bilik guru. Gambar kotak bersampul tak sempat ambil sebab rakus sangat mengoyak pembalut. hehe... tapi ni gambar kotak yang dah diletak kat dalam kereta.



yang ni pula lepas bawa masuk. letak atas kerusi dan ambil gambar dulu. mr. hubby geleng-geleng je. hehe...



lepas siap mandi dan solat, aku rebus dulu botol-botol dan pam.



sambil merebus, sempat la ambil gambar isi-isi yang disertakan sekali dalam set pam tu.



Ada beg....




Ada bekas nak isi susu berserta pek ais....



Yang ni pula khidmat terakhir pam susu aku yang manual.... jasamu dikenang...



deretan botol percuma yang didatangkan sekali dengan set pam ni.... jimat dah. tak yah beli...



ni pam-pam yang aku dah siap rebus. bersedia untuk dikeringkan dan digunakan....


Thursday, May 06, 2010

Medela Freestyle

First time tengok, aku asyik tersasul je sebut Lifestyle.... hehehe... Anyway, I got it at last. Tak sempat lagi nak ambil gambar. Nanti aku muat naik. Memang tak sabar nak cuba perah susu guna Medela Freestyle. Mentalahan susu dah makin berkurangan. Harap-harapnya dengan adanya Medela Freestyle ni, aku boleh susun jadual mengepam yang lebih kerap sebab ia guna kuasa elektrik atau bateri dan bukan guna tangan seperti yang aku buat sekarang (currently I use Avent manual pump). Huhu... tak sabar nak balik dan cuci untuk digunakan. lalalala.... :D

Aku masih hidup... alhamdulillah

Malam semalam, aku sesak dada. Mungkin kerana aku selesema. Terbangun jam 1.00 pagi, aku jadi susah nak bernafas. Mulut kering sebab aku bernafas guna mulut (hidung aku tersumbat). Jenuh menarik nafas. Seksa sungguh terasa. Kuku kaki aku tengok sampai biru. Mula la terfikir penyudah kehidupan aku. Bila fikirkan itu, lagi la aku jadi tak tenang. Aku duduk, rehat sekejap, tapi masih tak boleh. Jadi, aku sempat hantar mesej pada telefon Mr. Hubby meninggalkan wasiat.

Tapi, lepas beberapa ketika, aku bangun dan kejutkan dia. Aku fikir, kalau aku mati pun, biar la di sisi dia. Tak nak mati bersendirian. :D Then, aku kejutkan dan ajak dia ke hospital. Sampai kat kecemasan (mujur tak ramai), aku diperiksa. Tapi memang tak ada apa-apa. Bila balik, baru rasa ok sikit. Aku masih terasa-rasa betapa seksanya nak bernafas dan pasti lebih seksa jika hendak mati kan? Semoga kematian aku dipermudahkan. Amin.... (Teringat nabi Muhammad s.a.w pun sampai berkerut dahi ketika ajalnya hampir tiba, ini kan pula aku orang biasa....)

Monday, May 03, 2010

Bride Wars

I watched the movie for the few minutes last month. It looked interesting. So I tried to get another date so that I could watch full. I tried to quickly cook for dinner and got myself ready for the movie around 8.25 p.m. Well, nothing much interesting rather than the comedy and friendship themes for me to watch. But, the friendship theme reminds me of one of my best friends. The story was almost like the story of my friend and I. Having great moments together. Life, study and the marriage.

Liv and Emma, mistakenly (done by the wedding planner) set up a same date to get marry at the same place which is at Hotel Plaza. Initially, they both agreed to make one of them change the date. Unfortunately, due to misunderstanding, Liv chose to get marry on the date she planned earlier. Then the drama started. Having all the scenes almost exactly like my story (except for the ending), my eyes teared. I miss the moment for I believe that it would not come back to me. Or, will 'Liv' and 'Emma' get back together? Hmmmm..... Does 'Liv' know 'Emma' better or does 'Emma' know 'Liv' much better or how is it?
There was an error in this gadget