Wednesday, April 23, 2008

Upload gambo

Lagi beberapa minit nak ke pukul 11.30. Waktu untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Hehehe.... Tapi aku masih lagi melekat kat PC ni sebab try nak godek kat fotopages. Konon nak upload gambo kat situ. Tapi tak buleh la pulak. Apa kena ntah. Bila aku try save, terus page tu pi cannot display the webpage. Bila dah angin satu badan, aku terus tutup. Sapa ek nak mintak tlg ajokan aku?

Upload gambo

Lagi beberapa minit nak ke pukul 11.30. Waktu untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Hehehe.... Tapi aku masih lagi melekat kat PC ni sebab try nak godek kat fotopages. Konon nak upload gambo kat situ. Tapi tak buleh la pulak. Apa kena ntah. Bila aku try save,

Saturday, April 19, 2008

Bengkel Celik Nahu

Hari ni ada bengkel celik nahu. Bengkel selama 5 jam ni, banyak beri pendedahan tentang cara menulis karangan untuk PMR dan nahu yang betul. Cikgu Abdul Ghalib Yunus, merangkap penulis buku teks tingkatan 3 adalah orang yang bertanggungjawab memberi pendedahan tentang nahu dan penulisan. Beliau juga pernah menang sebagai guru inovasi dengan teknik yang diciptanya tu. Seronok juga sebab walaupun dah bergelar cikgu, ramai sebenarnya yang tak tahu apa yang betul dan tidak betul sebab kita ni banyak didedahkan dengan nahu yang tidak betul dan sebab dah biasa, kita rasa betul.
Yang paling seronok ialah teknik menulis karangan. Selama ni pun, ramai antara cikgu-cikgu situ mengajar karangan macam tu je tanpa ada teknik yang betul dan senang difahami. Tapi teknik ni sungguh berlainan. Pelajar dan cikgu diajar cara menulis yang betul supaya idea yang ada boleh dikembangkan lebih panjang dan tidak hanya tersekat di satu-satu isi sahaja. Pengenalan tentang ayat rangsangan, ayat arahan, ayat judul, ayat contoh dan sebagainya betul-betul memberi aku idea dan semangat untuk mengajar menjadi semakin berkobar-kobar.

Friday, April 18, 2008

Kem Sejarah Tingkatan 1

Hari ni ada buat kem sejarah untuk pelajar tingkatan 1. Tak banyak slot yang boleh diisi kerana masa yang diperuntukkan pun cuma dari 2.20 hingga 3.50 je. Jadi yang boleh dimasukkan cuma ciri-ciri sejarah, kaedahnya, oh, yea! definisi sejarah dan kesimpulannya. Lepas tu penerangan tentang kerja kursus. Short and brief. Kira ok la untuk mengisi program.

Tekun mendengar ceramah.


Puan Anbarasi sedang memberikan ucapan pembukaan.


Puan Sariha sedang menerangkan tentang ciri-ciri dan kaedah mengkaji sejarah.


Encik Jafri memberikan taklimat tentang kerja kursus Tingkatan 1

Antara snapshot yang sempat aku rakamkan.

Baiknya 'anakku'

Hari terakhir ujian, aku buat rondaan kat dalam kelas aku. Sekadar menjalankan tugas. Periksa sekali sekala. Kali ni aku tengok aspek seluar pulak. Ada la dalam 6 7 orang yang aku tetas seluarnya sebab buat fesyen 'cikang'. Then, sampai kat Radzi, aku terus tunduk nak tetas kaki seluar dia.
Cepat je dia larikan kaki dia sambil berkata, "Semalam ko potong rambut aku. Hari ni nak potong seluar aku pulak."
Lepas tu dia buat muka bodoh dia bila aku renung. Dalam hati terfikir juga. Dibuatnya dia tolak aku dan tanpa sengaja pisau yang aku pegang terkena aku, tak ke kes naya? Bila aku cerita pada sorang cikgu ni, dia kata, hati-hati.
"Budak-budak macam ni biar je. Jangan buat apa-apa. Bahaya. Kalau mati ke, cedera ke, siapa yang susah? Kita ni ada suami, ada anak-anak, siapa nak jaga?"
Bila dengar dia cakap macam tu, aku terfikir, ada betulnya. Tapi, sampai bila cikgu nak ambil sikap lepas tangan. Pelajar makin naik kepala. Kementerian buat macam-macam garis panduan yang akhirnya memenangkan pihak ibu bapa dan pelajar sambil 'menuding' jari pada kesalahan guru-guru.
Cubit tak boleh, rotan tak boleh, berdiri atas kerusi tak boleh, ketuk-ketampi tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh. Pendek kata, semua tak boleh. Jadi, kalau pelajar buat salah, tak buat kerja, buat bising dalam kelas, biadap pada guru, semua ni kena biarkan la yea?....
Ada tak ada, isi buku rekod kawalan kelas dan kenakan penalti. Buku rekod nan satu tu pun dah naik lunyai dan ada mukasurat yang diconteng namanya supaya aku tak dapat rekodkan kesalahan dalam kad penalti. Dalam kelas aku je dah ada 3 orang yang layak ditendang keluar dari sekolah. Pun begitu, tiada sebarang tindakan diambil.
Jadinya, aku cadangkan biarlah setiap guru mengambil insurans supaya kalau satu hari berlaku kejadian nyawa melayang atau cedera dipukul pelajar, masa depan yang tertinggal tidak terabai.
Apa pun pada aku, Lillahi taala. Moga niat aku nak perbetulkan anak bangsa aku tidak sia-sia.

+++++++++++++++

Aku cerita hal ni pada mak. Mak kata, "Jangan kacau budak-budak tu, Uda. Nanti kalau jadi apa-apa kan susah...."
Memang ada benarnya. Tapi aku kecewa sebab takde sokongan.

Thursday, April 03, 2008

Solat tu tiang agama. Tapi...

Semalam aku jalankan tugas macam biasa menjaga pelajar-pelajar solat Asar. Lima minit sebelum solat bermula, hujan renyai-renyai. Jadi, pelajar-pelajar diminta solat secara bergilir-gilir. First batch, solat kat bawah khemah. Aku bising-bising juga suruh yang ada kat situ amik air semayang and masuk ke saf. Macam-macam alasan kalu dah banyak sangat si Tanduk tu bertenggek.
"Penat la, cikgu" sorang yang debab ni bersuara.
"Hujan cikgu, macamana nak semayang", Firdaus pulak yang menjawab bila aku suruh solat.
Akhirnya, apa yang aku dapat kata, "Esok, kalau Allah tanya kenapa la ni tak solat Asar? Awak jawab macamana yang awak jawab kat saya yea!" Lepas tu aku terus tinggalkan kumpulan yang tu.
Aku berdiri lak kat saf paling belakang yang baru terhegeh-hegeh nak angkat takbir lepas imam dah masuk rakaat ke-3. Tu pun lepas jenuh aku paksa. Bila imam tu bagi salam akhir, yang saf belakang ni macam dah nak bangun cabut.
Aku pun, terus tegur, "Awak solat berapa rakaat ni?"
Idwan yang tengah solat depan aku pandang dan menjawab, "Dua...eh, tiga cikgu!" Lepas tu dia sambung balik solat dia. Aku? Kelu tidak berkata.
Habis solat, takde second batch yang bergilir untuk solat Asar. Semua bertempiaran balik. Bertuahnya anak bangsaku!!!

++++++

Balik rumah aku cerita pada suami aku. Aku pulak kena balik.
"Yang awak pergi tegur diorang tu kenapa? Tentu la nak jawab. Budak-budak! Kalau tak jawab nanti diorang takut awak kata diorang ni kurang ajar...." Sekali lagi aku terkelu. Hmmm... macam betul pulak bunyinya....

++++++

Rohani, ustazah kat SMKJK tu kata kat aku, "Perangai budak-budak ni kadang-kadang buat kita terbeban kan, kak? Mesti kita pun ada silapnya sebab tu diorang tak dapat makan ajar." Dan untuk sekian kalinya aku terkelu lagi sebab aku rasa, kata-kata mereka memang betul.
Jangan terus mencari kesilapan orang lain. Kaji juga kesilapan sendiri kerana kadangkala, kerana kesilapan kita, orang lain tersalah kemudi....

Wednesday, April 02, 2008

Aduhaiiii...

Semalam genap dua minggu aku mengajar kat SMKJK ni. Dan semalam, macam hari-hari yang sebelumnya, aku terus tercabar dengan perangai pelajar aku. Aku denda budak kelas aku ni sebab menurut kata ketua kelasnya, Shaiful, diorang ni bising. Ini termasuklah hamba Allah yang sorang ni, Firdaus. Sedapkan nama dia?
Mamat ni memang kaki ponteng kelas, buat kacau dalam kelas and suka sangat buat bising. Memula dulu memang aku suruh kawan kelas dia cari and heret masuk kelas. Tapi kejadian semalam... aku rasa dia takde kat kelas lagi aman. Hahaha... Jahat tak cikgu nan sorang ni? Aku denda diorang berdiri. Then, aku tanya sorang-sorang, betul ke diorang bising. Ramai yang mengaku.
Lepas tu aku mula menulis nota kat papan hitam. Boleh Firdaus ni menyanyi dalam kelas macam la dia tu sorang je kat dalam kelas. Dan aku yang memang menyirap je tengok perangai dia naik angin. Terus aku libas dengan bekas kapur tulis yang dibuat dari plastik. Terkena hujung siku dia.
"Sakit la cikgu!". Hehehe.... baru ko tau!
Then aku terus sambung balik keje aku. Tak sampai lima minit, bila aku pusing belakang, Firdaus dah takde.
Bila aku tanya kawan dia, "Dia dah keluar, cikgu"
"Pergi mana?"
"Ntah. Ala.. cikgu! Jangan layan sangat dia. Firdaus ni memang kurang ajar".
Hmmm.... aduuuhaiiii anak bangsaku!!!
There was an error in this gadget