Saturday, June 13, 2015

Anak kelahiran di rumah.... Final part

Minggu ke 37 baby,

Mama sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun di sekolah. Minggu-minggu akhir ni mama gagahkan diri turun naik kelas tahun lima di tingkat 4 dan tahun 3 di tingkat 2. Memang letih dan agak seriau naik tangga yang agak licin dan curam. Tapi mama kena kuat turun naik dan jalan untuk bagi baby cepat engage. Braxton Hicks agak membantu mama belajar mengawal  pernafasan.

Minggu ke 38

Latihan sukan bermula. Masa ni mama cuba bergerak ke hulu ke hilir untuk pastikan diri kekal cergas dan sihat. Bila rasa nak mula selesema, mama top up dengan high dose of vitamin C. Minum air kelapa muda setiap hari dan tak pernah tinggalkan Madu Qaseh. Braxton Hicks yang macam real setiap setengah jam satu datang pada malam 25/6 dan memang dah rasa nak bersalin. Kecewa yang amat sebab elok je jam 5 pagi, rengat hilang. Semalaman tak tidur. Tapi terpaksa juga menguatkan semangat, bangun dan bersiap ke sekolah. Huhuhu... Sudahnya mama terlelap di tepi padang di hadapan khemah dalam keadaan cuaca panas sebab ngantuk punya pasal.

Minggu ke 39

Latihan sukan masih terus berjalan berserta raptai sukan. Braxton Hicks jadi peneman sepanjang minggu ni. So, dah rasa macam hilang harapan. So just go with the flow je. Time malam menjelang, rasa sesak dada sebab nervous menanti waktunya. Check up 27/5 berjalan seperti biasa. Dr. Khiriah kata baby semua ok. Air ketuban pun ok dan tiada masalah. Mama makin yakin dengan keputusan yang mama buat. Dah terbayang mama dok dalam pool. Yup. Visualisation. Heeee....

30/5/2015

Hari pertama cuti pertengahan penggal. Hari Sukan Sekolah. Mama sibukkan diri ke hulu ke hilir. Nak pastikan mama terus bergerak walaupun kaki mama dah macam kaki gajah. Bengkak tak payah cakap la. Selipar pun memang dah tak muat. Sukan hari tu berakhir tanpa ada sebarang tanda lagi. Agak ngeri bila memikirkan adakah mama masih digelar ibu mengandung pada 3/6 nanti sebab hari tu adalah next check up. Kalau kena induce? Errkk....

31/5/2015

Mama ajak abah ke Pesta Floria di Putrajaya. Saja ajak jalan-jalan. Mama bukan peminat bunga. Tapi nak mencari track untuk jalan-jalan. Since kami bukan jenis outdoor person, bercuti di Pesta FLoria memang sesuatu yang rare yang pernah kami buat. Muka anak-anak merah padam sebab kepanasan dan penat. Ikutkan hati mama masih boleh lagi nak jalan-jalan. Tapi kesian tengok anak-anak. Makanya jam 2 kami balik ke rumah. Rehat-rehat dulu. Malamnya kami ke Damansara. Ambil Tonik Tuan Haji. Sampai rumah jam 11:00 malam. Mama sempat lagi message big boss minta pengecualian untuk hadir ke mesyuarat pagi esok sebab kaki mama dah bengkak macam gajah. Bimbang kalau duduk je kat bilik meeting, mama tak boleh berjalan pula. Tapi dia tak reply. Waktu ni pun, mama dah mula sakit-sakit sikit. Mama buat tak tahu dan tidur mengiring ke kiri.

1/6/2015 2:30 pagi

Mama terjaga. Sakit masih terasa. Terus bangun dan pusing-pusing kat bilik. Abah mama tengok tidur dengan nyenyaknya. Mama message dia langsung tak terbangun. Entah kenapa kali ni mama baringkan kolam mandi yang mama simpan menegak sejak mula dipam. Lepas tu duduk dekat gymball menahan rengat. Hampir setengah jam, sambil cuba kejut Abah.

3:15 pagi

Abah bangun sebab mama suruh dia tidur kat atas katil dalam bilik (kita selalunya tidur di ruang tamu). Dia cuma menurut.  Rasa mengantuk membuatkan mama baring kat sebelah dia dan mengiring ke kiri. Lepas tu mama minta Abah isi air dalam pool. Sementara dia isi, mama terlelap kejap. Terjaga setiap kali surges datang. Lepas tu lelap balik.

4:00 pagi

Tetiba macam ada rasa nak meneran. Mama terjaga dan terus masuk pool. Masa ni Abah dah siapkan aromatherapy, pasang alunan bacaan Quran. Mama layankan surges dengan J-breathing. Sambil makan kurma dan minum air selusuh. Langsung tak tengok jam and count the timing. Takut ternanti-nanti dan hilang motivasi. Keluar masuk kolam ke bilik air sebab rasa macam nak buang air besar dan buang air kecil. Tapi takde pun. Surges makin lama makin kuat. Abah bantu usap kepala dan jadi tempat mama berpaut tiap kali surges. Ada masa pernafasan mama ke laut. Ada masa ok. Tengok air dalam kolam pun dari bersih dah mula nampak ada benda-benda asing. Bila tengok ada keluar darah, mama mula rasa seronok. Betul la ni dah nak bersalin. Rasa seronok sebab hari ni mama tak payah pergi meeting. Hahahha....

5:00 pagi

Air ketuban pecah sendiri. Bunyi pop kuat dan mama tengok air dalam pool tak tukar warna apa-apa pun. Alhamdulillah, baby ok. Masa tu sakit dah tak ingat dah. Cuba sedaya upaya untuk bagi otot muka longgar supaya baby senang nak keluar. Tak lama baru terasa ring of fire. Pedih. Mama bagitau Abah baby dah nak keluar.  Tapi bila sentuh, kepala baby belum keluar sepenuhnya. Rasa rengat datang lagi dan mama rasa macam nak meneran. Dah tak boleh nak control pernafasan. Cuma ingat nak push the baby out. Masa tu baru terasa kepala baby dah kat bawah. Mama jatuhkan badan supaya cecah air. Dah tak mampu nak pegang kepala baby pun. Memang rasa baby pusing untuk lepaskan bahu dan plup.... baby keluar meluncur dalam air. (5:10 pagi)  Perghhh... terus lega...

“Abang, baby dah keluar. Tolong ambil” Tu je yang mama mampu cakap. Abah ambil baby dan letak atas dada. Mama pun dok bersandar kat pool. Baby keluar elok dan tak menangis. Dia pandai pula hisap tangan. Comel sangat. Allahuakbar.... Subhanallah.... Abah sempat kejutkan Maisarah Daie dan Syaza al Hafizah. Excited diorang tengok baby dah keluar.

5:20 pagi

Rasa rengat datang lagi. Kali ni urusan uri pula untuk keluar. Mama minta Abah ambilkan air panas. Sempat juga minta dia message Yat tanyakan tips bagi uri keluar. Yat suruh mama tukar posisi dari bersandar ke melutut. Sama macam masa nak keluarkan baby tadi. Jadinya dengan bantuan Abah, mama melutut. Tak lama lepas tu uri keluar elok masuk kolam. Mama terus minta tapis untuk masukkan uri dan letak baby atas tilam. Uri keluar sepenuhnya 20 minit lepas baby keluar. Abah azan dan iqamatkan baby serta tahnik sementara mama mandi wiladah.

Alhamdulillah, syukur yang amat sebab mama melalui tiga peringkat kelahiran dengan mudah dan selamat. Subhanallah. Yakin Allah mudahkan kelahiran kali ini. Tali pusat baby dipotong pukul 6 pagi. Lepas siap  mandi, mama susukan baby. Abah kemas pool dan lepas tu baru solat subuh.


Mak dan kakak mama kalut-kalut datang bila kami announce baby dah selamat keluar di rumah. Hihii... Pukul 1 tengahari baru ke klinik selepas rehat-rehat jap di rumah. Dr. Khiriah tak ada. Dia ada czer case. Jadi staff nurse yang buat post natal checkup dan baby. First degree tear bahagian kulit. So mama declined stitches. Yg lain semua ok. Baby beratnya 3.7kg. The biggest among my girls. Hihhi....
Baby Iman. Fresh from oven. Abah tengah potong tali pusat.


Baby Iman. Hari keenam sekepas dibotakkan.


Friday, June 12, 2015

Anak kelahiran di rumah .... Part 1

Mama nak cerita tentang kelahiran anak syurga istimewa mama kali ni. Mama katakan istimewa kerana kelahiran kali ni mengulang sejarah kelahiran mama 37 tahun yang lalu. Cuma alamatnya berbeza. Kelahiran di rumah. Tanggal 1/6/2015 jam 5:10 pagi.

Sejak tahu mengandung kali kelima, mama banyak mencari bahan tentang kelahiran alami. Banyak bacaan dan pengalaman yang diterokai sama ada di internet ataupun melalui buku dan pengalaman kawan-kawan. Bila baby masuk usia 36 minggu dalam kandungan, mama pergi kelas AMANI di Seri Kembangan. Banyak yang mama belajar di situ. Tentang fisiologi tubuh manusia ketika mengandung, kedudukan bayi, pemakanan dan cara menjaga kesihatan, medical intervention dan perkongsian cerita pengalaman melahirkan. Seronoknya sebab banyak belajar ilmu baru.

Balik dari kelas, mama mula merangka birth plan untuk dibincangkan dengan Dr. Khiriah. Dari berbelas-belas item yang dibincang, tiga item ditolak Dr. Khiriah – no upright position, a must for syntometrine  and vit k. Hati mula belah bahagi. Syaza al hafizah dan Mufti Afiq memang dilahirkan di klinik Barakah. Selesa dan tenang di situ. Tapi bila tiga benda penting tu ditolak, mama jadi tersentap sikit. Cuba shopping gynae lain. Maka mama ke KPJ. Jumpa Dr. Siti Esah. Jawapan pada birth plan mama masih sama. Tiga item yang sama ditolak. Sudahlah kena bayar RM266 untuk consultation dengan Dr. Siti (di Barakah, consultation yang sama dengan gynae, Dr. Khiriah hanya RM70-RM90 sahaja), tapi jawapan yang diterima mengecewakan. Maka ketika tu terdetik untuk bersalin di rumah. Bila mama bagitau abah, dia menolak. Risau mama jadi harimau saat akhir dan mahu ke hospital pula, katanya.

Mama solat istikharah beberapa kali. Setiap kali lepas solat, mama rasa lebih yakin untuk bersalin di rumah. Malah dah tak terbayang untuk ke hospital. Mama solat hajat mohon Allah permudahkan urusan kelahiran baby. Mama minta Abah juga solat istikharah. Dua tiga hari bila mama minta keputusan, Abah senang menjawab ikut je la... Bersorak mama seronok. Dah tak terbayang position 45 darjah macam sebelum-sebelum ni.

Kenapa mama pilih tiga item penting tu? Mama mahukan upright position (tak kira la melutut ke, mencangkung ke, berdiri ke atau apa pun posisi pro graviti) sebab Mufti Afiq lahir dengan berat 4.16 kg. Mufti Afiq kena bantuan vakum sebab terlalu besar. Mama yakin kalau dapat posisi pro graviti, Mufti Afiq akan meluncur keluar dengan senang. Disebabkan anak-anak mama trend beratnya adalah menaik, maka mama risaukan baby kali ni lebih berat dari Mufti Afiq. Jadi kalau posisi 45 darjah pastinya akan menjadi payah untuk mengeluarkan baby. Silap haribulan kena czer. Errkkkk.....

Untuk suntikan kecut rahim, mama kurang setuju sebabnya mama nak buat DCC (delay cord clamping). Jadi kalau suntik untuk kecut rahim, mama bimbang kesan sampingan suntikan akan beri kesan pada darah tali pusat dan juga susu untuk baby. Tak guna buat DCC kalau mama kena cucuk dengan sytometrine tu.

Jadi disebabkan Abah pun dah setuju, mama dengan senang hati merancang kelahiran senyap-senyap. Langkah ‘beranilah sangat’ ni mama ambil berdasarkan kesihatan mama dan baby yang sepanjang pemeriksaan tidak mengalami apa-apa masalah. Alhamdulillah. Berkat penjagaan makanan dan amalan pemakanan sihat termasuk vco, madu, kurma dan sebagainya.
Kolam comel dan gymball. Muat la masuk tiga orang kanak-kanak.


Kami pun mula shopping barang-barang keperluan antaranya Chux pad, pool, gunting dan dental floss (sebab dental floss dah abih lama kat rumah). Chux pad mama beli kat farmasi. Beli yang besar punya. Pool beli di Toy’s R Us (RM139) dan pam (RM40). Balik rumah, terus pasang siap-siap. Maka pool comel tu elok je letaknya kejap di alih ke ruang tamu dan kejap diletak atas katil (sebab rumah kami comel tak besau mana pun).

Thursday, February 13, 2014

Ar-Rabi'


Alhamdulillah. Lamanya mama tak menulis semula. Kali ni mama nak cerita tentang ahli keempat keluarga kita. Mama seronok sangat bila dapat tahu ahli keluarga kita bakal bertambah. Lebih seronok sebab kali ni mama tak alami apa-apa alahan. Cuma mama sangat letih sejak kebelakangan ni. Berita gembira bermula pada 3 Februari bila Doktor Rosnah beritahu yang garisan kabur pada pregnancy test kit tu bermaksud peratusan mama mengandung adalah tinggi. Doktor suruh sahkan lagi kemudian nanti. Jadi dia bekalkan lagi satu kit untuk mama test sendiri di rumah. 

Tiga hari kemudian memang sah positif. Semua orang seronok. Hari Ahad 9 Februari kita semua pergi ke Poliklinik Barakah. Doktor Khiriah scan perut mama. Nampak karung baby kecil je. Doktor kata baru 5 minggu. Jadi tak boleh sahkan EDD. Doktor suruh datang lagi another next two weeks. Sarah dah siap sediakan nama untuk adik baby. Katanya kalau lelaki, nama dia Muhammad Arif Iskandar. Syaza mesti cium perut mama setiap hari.

Tapi tak sampai seminggu, Allah uji kita. Hari Rabu masa mama nak hantar kakak ke sekolah mama rasa mama bleeding. Berderai air mata mama bila mama periksa dan tengok banyak darah yang keluar. Abah gegas balik dan bawa mama ke Klinik Rosnah. Doktor periksa dan kata masih ok. Mama sedikit lega. Namun petang tu, masa maghrib, makin banyak keluar siap dengan ketul darah kecil-kecil. Mama hujan lebat. Mata mama bengkak.


Pagi 12 Februari mama ke Poliklinik Barakah lagi. Scan. Karung adik baby dah tak secantik semalam. Doktor kata most probably miscarriage. Mama dah puas menangis semalam. Jadi mama ok ok je. Doktor pesan kalau dah keluar seketul darah, baru datang lagi untuk scan sahkan keguguran dan doktor akan bagi MC untuk dua minggu. 

Petang lepas hantar tok mak dan tok yah menunaikan umrah, mama rasa ada benda keluar dari rahim mama. Saat tu mama rasa sebak. Anak yang mama kandung dah pergi jauh dari hidup mama. Sampai kat masjid, mama bersihkan diri dan balut ketulan darah tu. Sebak. Sedih sangat. Itulah sahaja masa yang Allah berikan untuk mama mengandung anak keempat mama. Dari hari mama tahu 3 Februari hingga 12 Februari. Satu masa yang singkat namun indahnya mengandungkan anak keempat mama kali ini, hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah, walaupun singkat, mama tetap bersyukur dikurniakan rezeki yang satu ini. Hadirmu senang dik. Mama kandung kamu juga senang. Dan pemergian kamu juga senang. Alhamdulillah. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Ar-Rabi' mama pergi menghadap Penciptanya.

Saturday, July 27, 2013

Afiq setahun lima bulan



Afiq dah setahun 5 bulan. Sekejap je masa berlalu. Mama pun tak sempat nak catat perkembangan Afiq setiap bulan yang berlalu. Sibuk dengan macam-macam perkara. Yang mama ingat, Afiq mula berjalan pada usia setahun 2 bulan. Sama macam Kak Ngah. Abah mula bawa Afiq berkunjung ke masjid masa Afiq berusia setahun tiga bulan. Mama ikut sekali. Selalunya mama masbuk sebab nak jaga Afiq dulu. Bila imam dah masuk rakaat terakhir baru mama solat. Dapat la juga pahala solat jemaah kan. Jadi sebaik sahaja imam bagi salam, abah ambil alih jaga Afiq. Kat masjid Afiq akan pusing kawasan solat. Atau kadang-kadang Afiq akan baring sambil golek-golek dekat bahagian belakang jemaah lelaki. Ada masa mood tak baik, Afiq akan menjerit menangis. Masa tu mama tak boleh nak masbuk pun. Jadi bila dah selesai solat, baru mama boleh mula solat. Mama cuba nak biasakan Afiq dengan masjid. Afiq pun nampak tak kekok di masjid. Kawan-kawan Afiq semua budak yang besar-besar. Abah cuma bawa Afiq waktu solat maghrib dan isyak je. Itu pun kalau mama ikut sama ke masjid. Kalau tak, Afiq duduk di rumah sebab tak ada siapa nanti nak tengokkan Afiq.

Bulan puasa ni Afiq tak ke masjid. Mama bimbang Afiq akan ganggu jemaah solat. Lagipun, bulan puasa ni, tok mak kata kawasan perempuan penuh. Jadi tak ada ruang untuk Afiq golek-golek atau menyandar kat tiang. Kat rumah pun, Afiq dah mula buat sikit-sikit pergerakan solat. Ada masa Afiq berdiri sebelah mama atau abah dan ikut rukuk dan sujud. Kelakar pun ada tengok Afiq macam tu.

Sekarang ni, Afiq dah boleh sebut beberapa huruf hijaiyah. Alif, ba, ta, da, ja, ra, lam, mim, nun, wau, ya. Mama ajar mana yang mudah Afiq sebut dulu. Macam huruf alif, ba, ra, ja, ma, Afiq boleh sebut kalau mama tunjuk kad huruf. Afiq pun dah boleh pilih huruf apa yang mama sebut. Alhamdulillah. Mama selalunya tak sempat nak imbas kad semenjak Afiq dah boleh jalan ni. Ada tak ada, mama buka perisian Huruf hijaiyah dalam telefon pintar. Mama tekan hurufnya dan Afiq ikut. Kadang-kadang mama biar je Afiq main. Rancangan mama nak tampal kad huruf hijaiyaj di keliling rumah belum terlaksana lagi. Sebab plastik laminate dah habis dan belum ada bajet nak beli lagi. Yang ada cuma kertas yang sudah mama cetak dan menunggu masa untuk dilaminate sahaja.

Setakat setahun lima bulan ni juga, Afiq masih menyusu badan sepenuhnya. Mama tak campur lagi. Walaupun bekalan susu dah kira kais pagi minum pagii, tapi alhamdulillah, masih cukup. Mama yakin Allah akan bagi cukup. Mama rancang untuk buat relaktasi untuk cuti sekolah dua minggu ni. Moga Allah beri mama kekuatan untuk itu. Mama mengharapkan susu yang meriah macam masa Afiq mula-mula lahir dulu. Mama ada amalkan doa, zikir dan bacaan ayat Quran. Mama ambil ni dari sini.



1. Menyusu dengan kerap atau memerah susu dengan kerap. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali atau mengikut rutin anak menyusu. Lebih kerap susu ibu diperah, lebih kerap susu baru akan terbentuk. Menjarakkan masa terlalu lama atau menunggu breast rasa penuh atau bengkak baru memerah boleh menyebabkan penurunan jumlah susu dan susu lebih cair bukan menambah susu ibu.
2. Minum air masak/ kosong 3 L sehari dan makan makanan yang berkhasiat dengan gembira.
Kesihatan dan emosi ibu boleh menambah atau mengurangkan susu ibu.
3. Zikir dan doa kepada Allah bagi yang beragama Islam.
Setiap usaha dan amalan tidak akan berhasil tanpa izinNya jadi perbaiki amal ibadat dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah susu ibu.
Doa dan zikir untuk menambah susu ibu.
1. Doa
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku
Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.
2. Zikir
Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.
3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar
Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.
4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60
Maksud ayat:”Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.”
Ayat 72-73 Surah Yasin
5. Solat sunat Dhuha
Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3kali semasa sujud akhir.
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”
Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini.
Air yang mama guna untuk bacakan zikir tu ialah air zamzam. Alhamdulillah, walaupun tak banyak, tapi untuk permulaan, susunya lebih sedikit dari biasa. Kalau selalu mama perah dapat la dalam 2 oz. Tapi sejak mula amal ni, naik sikit 1 oz. Kalau mama rajin lagi, insyaallah, rasanya boleh dapat banyak. Cuma nak fokus pada relaktasi tu belum sempat lagi. Kat sekolah memang mama tak sempat nak pam. Selalunya dalam perjalanan balik baru pam. 
Ok. Bila ada lapang lagi nanti mama tulis ek. Pada kawan-kawan, selamat berpuasa. Gunakanlah baki yang ada ni untuk memperbanyakkan amalan. Moga masih sempat. Amin.



Sunday, February 24, 2013

Panna Cotta


Kemas kini blog setelah sekian lama tak menjenguk. Hihi... Blog sendiri dan saya sudah jarang mengemaskini... Bagus kan? Jalan-jalan ke blog kawan-kawan juga sudah semakin jarang. Apapun, atas permintaan sahabat-sahabat, resepi panna cotta ni saya selitkan juga. Sebenarnya belum nak tulis lagi sebab masih belum mendapat ukuran yang betul untuk hasilkan panna cotta yang betul-betul lembut terbentuk dan  bukannya likat. Rahsianya... gelatin dan bukannya serbuk agar-agar. Tapi disebabkan sangat payah nak dapatkan gelatin ni, terpaksa la ganti dengan serbuk agar-agar. Kalau ak juga beli gelatin, sila ke sini yea.

Panna cotta sangat ringkas. Bahannya pun tak banyak. Mudah cuma agak renyah sikit la. Ini resepinya ek.

Panna cotta strawberi (boleh menghasilkan 10-12 panna cotta sebesar bekas dadih biasa)

1 cawan susu segar
1 cawan whipping cream / heavy cream
4 sudu besar gula
2 sudu gelatin (dicampurkan dengan tiga sudu air panas.)

Sos strawberi
200 gm strawberi segar
Gula (saya tak guna gula dan jus lemon. Ganti dengan sebotol jem stawberi yang masih ada rupa buah strawberi lagi).
Jus lemon sebiji

Cara-caranya
  1. Masukkan susu segar, whipping cream dan gula. Panaskan hingga tepi periuk mengeluarjan buih-buih yang kecil. Tutup api.
  2. Campurkan gelatin yang telah dicairkan dan kacau. Masukkan dalam bekas.
  3. Sejukkan.
  4. Bila nak makan, tuang sos strawberi dan hias dengan potongan strawberi dan daun dia sekali.
  5. Sedia untuk dimakan.


Senang ek? Try la... Worthy it... :D

Tuesday, January 08, 2013

Afiq dah sunat

Ni tulisan tertangguh. Patutya dah lama upload tapi tak sempat. Sibuk yang amat. Tapi hari ni mama buat-buat tak sibuk walaupun banyak sangat benda yang belum dibuat. Takut nanti mama lupa nak tulis dan tak sempat nak kongsikan dengan kawan-kawan.

Yea... macam tajuk tulisan tu. Afiq dah sunat 1 Disember 2012 yang lalu. Masa tu umur Afiq dah cecah 10 bulan lebih. Entah kenapa tiba-tiba pula mama rasa nak sunatkan Afiq. Abah pun setuju. Tak ambil masa lama untuk buat tempahan di Polikilinik Barakah, di Bandar Puteri. Harga RM125. Nurse kat situ pesan suruh datang pagi-pagi. Mama ingatkan tempahan istimewa. Rupanya masa datang tu dah ramai yang tunggu. Ada yang bukan Islam pun turut sama sekali. Ada sorang tu umur sekitar 6 tahun kot.

Afiq mula-mula ok je. Mama pula yang rasa debar dan rasa macam nak cabut je balik rumah. Hihih... Tapi kuatkan semangat. Mama masuk sekali dengan abah dan Afiq. Proses tu ambil masa dalam hampir setengah jam. Sepanjang proses tu, Afiq nangis je. Hihi... Sakit tu mungkin la sikit. Tapi lebih kepada rasa takut dipegang orang yang dia tak kenal. Mama dan abah peluk dan pegang tangan Afiq. Mama zikir kat telinga Afiq.

Lepas habis proses tu, mama terus bagi Afiq makan ubat. Mama disuruh pakaikan Afiq lampin saiz lebih besar. Jadi Afiq pakai lampin saiz XL instead of L. Sepanjang hari pertama, Afiq menangis. Mama assume Afiq trauma. Jadi tak la risau sangat. Afiq asyik menyusu je. Itu je la yang boleh tenangkan Afiq. Itu untungnya susu badan. Menyusu bukan hanya memberi makan pada anak. Tapi juga memberi ketenangan dek hormon yang dikeluarkan ketika proses menyusu tu. Dua-dua tenang.

Hari kedua Afiq dah ok. Tak ada masalah. Cuma mama sedikit ngeri bila nak salin lampin. Pagi tu pergi semula ke klinik untuk buka 'anduh' tempat sunat tu. Sekali lagi Afiq menangis. Agaknya masih teringat-ingat apa orang tu buat kat dia. Sian Afiq. Meleleh-leleh air mata. Tapi habis je proses tu, Afiq terus diam.

Hari ketiga Afiq macam dah ok. Dah mula menyusur. Hari keempat pagi, tempat sunat tu berdarah. Cemas mama dan abah. Bawa juga ke klinik. Tapi doktor kata ok. Takde apa-apa yang nak dirisaukan. Cuma jahitan tercabut dan mengeluarkan sedikit darah. Afiq tak nangis pun. Doktor tu kata patutnya kalau nak sunat kecil-kecil ni, elok masa sebelum dia kenal orang dan sebelum dia mengereng. Sebab senang sikit nak jaga. Kalau dah besar sikit macam Afiq, jenuh nak kelek je sepanjang masa.


Dalam perjalanan nak ke Klinik. Lebar senyum Afiq.

Sepanjang hari Afiq meragam.


Akhirnya Afiq dapat tidur dengan nyenyak pada hari pertama.

Hari kedua Afiq demam sebab selesema. Mama tak larat dokong saja. Jadi mama guna ring sling. Dudukkan Afiq menghadap depan. Lepas tu balut.

Tapi masih perlu dipegang sebab tak begitu kuat. CUma kurang la sikit beratnya. Hihihi...


Apapun, alhamdulillah, Afiq dah ok sekarang. SAngat aktif. Sekarang Afiq sedang belajar huruf hijaiyah. Alhamdulillah, Afiq dah kenal sampai huruf ra. Oh... bulan depan, Afiq sudah setahun. Sekejapnya masa berlalu. Masih terasa perihnya ketika bersalinkan Afiq dulu. Moga Afiq jadi anak soleh dan hafiz. Amin.
There was an error in this gadget