Sunday, October 30, 2011

Di ambang 5 tahun

Selamat ulang tahun yang ke-lima, Sarah. 
Hari ini genap lima tahun Sarah jadi anak mama. 
Lima tahun yang lepas, mama bertarung nyawa untuk melahirkan Sarah.
Lima tahun yang lepas adalah pengalaman pertama mama bergelar ibu.
Alhamdulillah,
anak mama membesar dengan sempurna.
Pada usia lima tahun, hati mama sejuk,
bila dengar Sarah dah boleh baca Fatihah dengan lancar
Seronok sangat bila mama dengar Sarah selalu alunkan ayat kursi
Rasa kembang bila mama dapat dengar suara anak mama baca tiga Qul.
Mama memang harap,
Sarah jadi anak yang berguna,
untuk diri, agama, bangsa dan negara.
Mama sangat-sangat sayang Sarah.
Doa mama yang terbaik sentiasa untuk Sarah.


Sarah was sooooo excited to prepare her party pack for her friends at al-Kindi Garden, tomorrow.

Look at her happy face...


Kak Ngah also lent her hands for the work.

Content of the party pack. Planned to make something healthy. But not enough budget. So I guess, those can be considered as healthy snacks....

Tuesday, October 25, 2011

Tabung pecah

Masa pergi makan malam keluarga di Flamingo Steamboat di Shah Alam, Mak Ngah bagi hadiah pada semua anak-anak saudaranya sempena sambutan hari lahir lima ahli keluarga kita di bulan Oktober. Tok Yah (7/10), Ayah Long (14/10), KakYana (17/10), Mama (24/10) dan Kak Sarah (30/10). Semua yang sambut hari lahir dapat hadiah. Anak-anak saudara dapat tabung. Jadi, Kak Long dan Kak Ngah sekarang ni sibuk main dengan tabung. Tukar duit syiling dari tabung sini ke tabung sana.

Sat tadi mama sibuk menghadap komputer riba di bilik belakang. Kak Long dan Kak Ngah tengah sibuk pula dok godek main tabung dan keluarkan segala macam barang hiasan dalam almari televisyen kat ruang tamu. Tiba-tiba Kak Long masuk bawa berita.

"Mama, tadi adik dah pecahkan tabung epal. Macam mana nak buat ye, mama? Boleh tak kakak buang?" Baik dan bersopan sungguh anak mama bertanya. Nak marah pun tak jadi. Sebab fikir balik, kalau mama marah, nanti anak mama tak tau macam mana nak selesaikan masalah.

Jadi mama bagi penyelesaian, "Kemas elok-elok. Yang dah pecah tu, kakak buang dalam tong sampah. Tengok keliling kalau ada serpihan seramik atas lantai. Kutip dan buang sekali."

"Ok mama!" Seronok je Kak Long menjawab. Mungkin sebab mama tak marah kot. heheheh....

Tak lama lepas tu, Kak Long dan Kak Ngah masuk bilik belakang dan bawa sorang sebelah tabung yang dah pecah. Hehehe.... Anak bertuah mama!


Friday, October 21, 2011

Update version


Update version of a post on 19 Oktober 2011... This time, I would like to post pictures of Tempang and the address for the vet clinic.

Kaki kanan depan Tempang yang telah dikudungkan.... huhuhu... It's much better for him.

Baru lepas letak iodin kat kaki Tempang. Lepas tu urut-urut dia supaya dia lega sikit.

Ubat cacing dan iodin yang dibekalkan Doktor Kumar

Tempang yang handsome. ahahahha.... Sepanjang seminggu duduk kat rumah aku, dia tak nak makan dan minum. Mogok sebab kena kurung dalam sangkar. Aku takut kalau dilepaskan nanti luka di kaki dia lambat baik. Tapi alhamdulillah, la ni dah nampak tanda-tanda sembuh. Luka pun dah hampir kering.

 Kalau ada kawan-kawan yang nak pergi ke klinik haiwan sekitar Banting, aku cadangkan pergi ke klinik ni sebab pada aku, puas hati. Ni alamat dia:

Hospital Haiwan, 
No 56, Jalan Sultan Abdul Samad, 
Taman Muhibah, 42700 Banting, Selangor. 
No telefon: 012-2056339

Doktor Kumar juga turut bagi aku lapik cawan dan rantai kunci. Dia kata buat aku letak kat atas meja guru nanti. Thanks Doc. :D

Thursday, October 20, 2011

First day in school

I went to PPD Kuala Langat together with Yahya, ex-IPBA. Met Zuraida Mat Nawi, Nurshafinaz and Wan at PPD Kuala Langat before we headed to a restaurant for a breakfast. 10.30 we went to PPD to collect the letter. Still remember what En. Sarjani told us "Didik anak bangsa dengan penuh ikhlas". Insyaallah, I will do my best. Then, I went straight away to the school. It is a tamil school in a middle of chinese town. A little bit weird but....

I went to the office, handed over the letter to the clerk, Kak Faizah and she asked me to wait for the GB to come since he was having a meeting with PPD downstairs. Whoaaa... felt a little bit of butterfly in my tummy. hehhehe... then I looked around and saw a Malay name on the chart. Phew!!.. What a relief!

Hasniza, the teacher then came in coincidentally and we had a warm conversation. She brought me to the teacher's room... See... cantik kan? Ada partition which I never see before in any teacher's room.

And this is my temporary compartment since the teacher is on maternity leave.


Then I went to see GB. We just had a brief conversation. I handed over a letter from IPBA. He told me my real duty will start after Deepavali break. As for tomorrow, he asked me to see GPK1 for further info on teaching and schedule. Finished with that, I went back to teacher's room (impian untuk stay for a while was gone when the GB asked me to get to know the teachers in the room. huhuh....). 

I chatted with Hasniza, Punita and Pushpa. But after a while, they went out for classes. Bored and nothing much to do. So I went down and looked around the school. 



I did not manage to explore the whole school but overall, ok. Hopefully I can cope with the stress and new environment. Their English level for me is very low. They don't even understand when I asked them a simple question (What year are you?). The girl looked at me and puzzled. Her mouth almost open wide coz she did not understand. hahahha... Then I asked in Malay. She answered and smiled. Then she went away. I told Hasniza and she told me that she taught them how to reply in Malay coz before this, they didnt even know how to answer the question in Malay. Haiyoooo... Then I have to learn Tamil as well. 

For the first day, I manage to get to know few people. Kak Faizah - the clerk, Hasniza - BM teacher, Punitha - Maths teacher, Pushpa - can't remember the subject she teaches, Rohana and Sharifah - Pembantu Pra. As time goes by I will get to know more people in the school. Tomorrow is the last day for this week. Hohoho.... Next week of for the whole week due to Deepavali. I will only start the real class (maybe) on 31st. :)

Wednesday, October 19, 2011

Solat sunat syukur

SJK (T) Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

It's just about 15 minutes drive. Alhamdulillah. Will go to PPD Kuala Langat to collect the appointment letter and go to the school to report duty. Have you perform you solat sunat syukur for the happiness and rezki given by Him? Why don't you do it... :)





Penempatan dan Tempang lagi


Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah sebab aku dapat negeri yang aku pilih. Harap-harapnya tidak adalah adegan mengemas barang untuk ke daerah yang lebih jauh. Apapun, macam Mr. Hubby kata, "Dapat mana pun, pergi je la mama. Jangan risau." Insyaallah, mana-mana pun aku akan cuba tabur bakti sebaik mungkin. Di kumpulan FB la ni tengah kecoh pasal dapat sekolah mana. Kalau aku terus track setiap orang, gamaknya aku akan duduk depan komputer ni tanpa dapat buat apa pun. Jadi, untuk hari ni, aku nak ubah sikit hala cerita.

Pada sesiapa yang tercari-cari klinik haiwan di sekitar Banting, aku ada satu klinik yang aku nak cadangkan. Tempat Tempang. Klinik Haiwan tu berhampiran dengan simpang tiga menuju ke pasar basah Banting. Doktor yang merawat sangatlah baiknya. Dr. Kumar. Jumlah kos rawatan Tempang ada la dekat RM425. Tapi, jangan la terkejut dengan kos sebanyak tu. Meh aku pecahkan kosnya.
  1. Amputation (potong kaki) - RM250
  2. Castrattion (kasi) - RM100
  3. Rawatan susulan pertama (tukar balutan) - RM10
  4. Rawatan susulan kedua (tukar balutan, beli sikit makanan kucing dan beli ubat cacing) - RM45
  5. Rawatan susulan ketiga (tukar balutan) - RM10
  6. Rawatan susulan keemapt (tukar balutan dan buka jahitan. Diberi ubat iodin untuk mengeringkan luka) - RM10.

Aku memang suka berinteraksi dengan dengan Dr. Kumar tu sebab dia selalu bagi pilihan untuk mengurangkan kos. Contohnya bila aku tanya tentang balutan kaki ataupun lapik untuk alas kaki Tempang macam ala-ala kaki palsu, dia cuma cadangkan stokin bayi yang lama. Lagipun tak perlu terlalu mahal. Cut cost. Ingat nak tunjuk keadaan Tempang dan ubat-ubat yang diberi. Tapi, tak boleh nak pindah fail ke komputer riba. Huhuh... takpe la. Lain kali ek. Ok. Nak mulakan kerja untuk hari ini. Hari yang ceria... (walau dalam hati debar menanti sekolah yang akan diberi oleh pihak JPS)...




Tuesday, October 18, 2011

Posting is just around the corner

Insyaallah, di kala ini, penempatan untuk guru-guru KPLI Jun 2010 sedang rancak berjalan. Ramai kawan-kawan dah mula bercerita tentang JPN buat panggilan memaklumkan tarikh untuk lapor diri. Aku? Huaaa... ini yang rasa sedih dan takut ni. Bukan apa. dah dok terbayang aku sibuk mengemas barang untuk ke destinasi baru. Itu je la yang boleh aku bayangkan saat ni walaupun dalam hati berdoa moga itu tak berlaku. Sebab dok fikir kuatkah hati mahu berjauhan dengan permata-permata tersayang di rumah ni?

Memang dah lama menanti keadaan ni. Sebelum ni, masa jadi GSTT, aku tidak mengharap untuk kekal bertahun-tahun di sekolah yang sama. Jadi, perlakuan aku hanya sebagai seorang perantau je. Main cuit-cuit dan celup-celup je. Sebab yakin aku takkan lama di satu-satu sekolah. 

Tapi kali ni situasinya tentunya amat berlainan. Aku kena hadapi murid dan rakan-rakan sekerja berlainan bangsa (sebab dalam surat tawaran ialah SJKT). Belajar bahasa baru, menyesuaikan diri dengan budaya baru dan banyak lagi benda baru yang bakal aku pelajari. Tapi aku tak tau sampai bila sebab aku mungkin akan mengajar di sekolah yang sama untuk satu tempoh yang lama. Jadi, aku cuba juga membayangkan keadaan aku yang bangun pagi untuk masak sarapan dan makan tengahari untuk bekalan ketika di sekolah. Tak tau la nanti macamana keadaannya. Aku bukan seorang yang mudah untuk bergaul dengan orang baru. Kalau aku rasa tak sesuai, aku akan ambil keputusan untuk buat cerita sendiri. Janji kerja jalan. Tapi.... boleh ke begitu? Huhuh...

Dari hari ke hari, aku rasa makin berdebar. Malam tadi pun tak dapat tidur lena. Hampir setiap jam tersedar. Yang kelakarnya, bangun-bangun terus capai telefon tangan dan buka laman sesawang KPM. Hahahha... aje gila dah aku ni. Apapun, aku doa mohon moga Allah permudahkan segalanya untuk aku dan membuka pintu rezeki seluas-luasnya untuk aku. Amin.

Dan untuk kawan-kawan juga, selamat menempuh kehidupan baru sebagai guru. Ingat, guru juga pembentuk negara bangsa. Moga kita sentiasa memperbaharui niat setiap hari ke sekolah kerana Allah. Dan moga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi. Amin....

Monday, October 17, 2011

Maternity Department

Perut dah makin besar. Baju masih muat lagi sebab memang aku suka beli dan pakai baju jenis besar. Tapi, seluar tracksuit, mana ada yang jenis besar-besar dan mudah memeri. Jadinya,kali ni aku kekurangan stok seluar untuk dipakai seharian. Aku memang bukan jenis berkain batik di rumah. Tak reti. hahaha.... Kalau takat seluar untuk jalan-jalan tu ada la 2 3 helai. Tapi takkan la aku nak pakai yang itu setiap hari untuk tempoh lagi 4 bulan ni.... Huhuh... nanti jadi lunyai la pula... Jadinya, aku ajak Mr. Hubby pergi cari seluar yang boleh pakai buat basahan di rumah.

Destinasi pertama, ke Jusco Bukit Raja sebab kalau tak silap, masa aku mengandungkan Sarah dulu, ada sekali aku beli seluar jenis track bottom ni dan masih lagi aku pakai hingga kini. Cuma masalahnya, seluar tu dah mula berlubang-lubang. Hhehehe.... Sampai kat sana, aku terus tuju Maternity Department. Malas nak melencong ke tempat lain. Lagipun Syaza tadi baru je lelap sekejap dalam kereta. Pastinya dia masih lagi mamai. Jadi nak kena berdukung aje. Sarah pula memang dah penat dan belum lagi tidur petang. Jadi, situasi memang sama. Pusing dua tiga kali kat kawasan situ, tapi apa yang dicari tidak ada. Kecewa yang amat sangat. Yang banyak seluar jeans, seluar yang cantik-cantik harganya sekitar RM59 - RM69. Chaiitt... takkan la aku nak sarung seluar mahal buat pakai basahan kot. Pusing kat area baju tidur kengkonon nak cuba saiz. Ketat. Pergi bahagian sukan nak cuba nasib, tidak ada yang berkenan. Semua tracksuit rekaan biasa yang getah bahagian pinggangnya sangat ketat. Huuh... aku dah mula rasa nak naik angin. Entah nak marahkan siapa aku pun tak tau. 

Mr. Hubby cadangkan pergi ke ModernMom. Walaupun tahu situ memang tak ada, aku masuk juga. Belek punya belek, paling murah seluar kat situ RM169. Gila apa aku nak pakai seluar RM169 buat basahan harian? Sekadar bertanya pada jurujual tu soalan bodoh sama ada kat situ ada tak seluar untuk pakaian harian. Seperti yang aku jangka, dia jawab situ lebih kepada pakaian pejabat dan tidak ada untuk pakaian harian. Uwaaa....

Aku ajak Mr. Hubby cuba ke Bukit Tinggi pula. Di situ masih sama. Yang buat sedikit angin bila Sarah pun sibuk tuntut nak beli baju. Huhuhu.... Sudahnya kerana geram, aku dok capai satu helai T-shirt lengan pendek dan satu seluar pendek untuk pakaian di rumah. 

Payahnya nak cari pakaian harian untuk ibu-ibu mengandung ni ek. Aku pun tak tau kenapa tak ramai pembuat pakaian yang mensasarkan pakaian jenis ni. Semua berlumba-lumba nak buat pakaian yang nampak elegan dan mahal. Tapi, golongan yang biasa-biasa dan yang lebih suka mencari pakaian harian ni, tidak pula difikirkan. Barangkali, dalam kepala cuma nak buat baju yang trendy dan ikut gaya semasa je. Tapi tak fikir tentang keselesaan kot. Hahaha.... Sebab aku ni jenis ortodoks sikit. Jadi memang agak payah la gamaknya. Kebanyakan seluar untuk ibu memgandung yang aku jumpa lebih kepada legging (macam budak kecit! Cesh!), jeans, slacks.... Lepas ni nak google lak cari kot-kot ada jual online. Hohoho....

Thursday, October 13, 2011

Bakat nak nyanyi ada. Tapi...

Tengah asyik mencari resepi buat roti musbak kat internet, anak dara yang kecil pula tengah seronok sangat dok layan main masak-masak. Tiba-tiba... kesunyian malam yang hening dipecahkan dengan suara nyanyian gemersiknya...


Yang tealu teain ni ata..
Nun ne ijau...

Mama dok layan dengar Kak Ngah nyanyi. Suara sedap. Tapi yang tak tahan bab pelat yang amat. Jenuh dah mama latih suruh cakap macam biasa. Tapi Kak Ngah tetap juga bercakap macam tu. La ni tengah dok fikir macam mana nak bagi Kak Ngah cakap macam biasa. Tak pelat. Takut membawa sampai ke sekolah esok, jenuh juga cikgu nak faham butir bicara Kak Ngah.

Ooo... ada siapa penah dengar bait lagu yang Kak Ngah nyanyi? ehehe... Mesti tak sangka kan lagu yang dia nyanyi tu adalah lagu Allahyarham Sudirman... lagu Balik Kampung... Cuba cari bait yang mana satu....


ooo.. alik ampung... ati iyang...


Wednesday, October 12, 2011

Solat dan Tempang

Hari ni tak nak cerita panjang-panjang. Cuma nak letak gambar anak-anak mama yang kadang-kadang rajin solat tanpa disuruh. Kak long dan Kak Ngah minta telekung dan sejadah. Lepas tu solat sama-sama. Seronok mama tengok. hehehe... alhamdulillah...





Yang ni pula, gambar Tempang. Published sebagai memenuhi permintaan Kak Amiiza. Kaki kanan depan dia yang dah kudung tu masih berbalut. Belum sempat bawa ke klinik untuk diganti pembalutnya. Insyaallah, hari ni kot. Tempang sihat. Cuma ubat cacing dia yang dibeli tempoh hari hilang. Huhuhu... Mahal tu... Mana entah perginya. Jenuh cari tapi tak jumpa. 





Ni pula lagak Kak Ngah yang tengah tidur sebelah Mak Tok dan satu lagi yang tengah seronok naik mainan tu. Sebelum ni, tak nak letak duit syiling. Kalau nak dia cepat turun dari mainan sebegini, mama akan ugut untuk letak duit syiling. Bergegas Kak Long dan Kak Ngah turun. Tapi sekarang dah berani pula duduk atas mainan bergoyang ni. Hahaha... dah tak ada idea untuk mama dan abah suruh cepat turun melainkan masuk duit kat dalam situ and you guys play sampai penat. Huhuhu....



Tuesday, October 11, 2011

Doa masuk dan keluar tandas

Ini adalah peringatan untuk aku juga dan anda yang di luar sana. cewah..cewah... Ingat tak nak masuk tandas kena baca doa dulu? Ingat? Bagus... alhamdulillah... Ingat tak lepas habis hajat, keluar tandas dengan langkah kanan berserta doa keluar tandas? Tak ingat? Ok. Ini doanya dan pastikan anda semua ingat yea... termasuk la aku sekali. 

Ihsan: http://muhassigns.blogspot.com

Memang aku hafal doa masuk tandas sejak kecil. Tapi langsung tak ingat doa keluar tandas. Nak jadi cerita sadisnya, beberapa waktu dahulu, Sarah baru je lepas diajar doa masuk ke tandas. Jadi, balik rumah, dia amalkan doa tu. Setiap kali nak masuk tandas, dia akan berhenti depan tandas dan baca doa kuat-kuat. Dan setiap kali itu juga dia akan tanya aku apa dia doa keluar dari tandas. Memang aku dasar pelupa nak cari kat internet dan hafal doa keluar tandas tu. 

Jadi aku kata, "Baca aje la alhamdulillah. Nanti mama cari doanya." Dan selepas itu aku lupa lagi.

Sampai la akhirnya Sarah dah bosan menunggu, dia ambil keputusan untuk baca doa ni setiap kali lepas keluar tandas... Huahuahua... Astaghfirullahal azim... memang mama sangat pelupa. 

Dia kata, "Sarah tak tau doa keluar tandas. Sarah baca doa ni pun boleh la mama. Teacher kata Sarah boleh doakan untuk mama dengan abah selalu.."

Jadi akhirnya hari ni aku cari di Internet dan hafal. Harap-harapnya kuatlah doa ini di ingatan.
Ihsan dari atsixty-zakriali.blogspot.com

Pengajarannya? Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin supaya kita sentiasa bersedia dengan apa jua situasi. Alhamdulillah, aku dikurniakan dengan anak sebijak Sarah. Patuh dan akur pada arahan dan perintah. Dia selalu ingatkan aku untuk baca doa masuk dan keluar tandas. Mungkin pada hemat dia aku tak baca sebab dia cuma nampak aku main serbu masuk je. Padahal aku baca dalam hati. Tapi aku rasa, tak salah untuk kita menunjuk-nunjuk pada anak benda yang baik kerana anak kecil ni mudah sangat ikut apa yang kita buat. Contohnya, solat, basuh pinggan selepas makan, berzikir, berselawat, meninggalkan sampaj merata-rata... Semua tu diikut dengan mudah. Jadi, aku rasa tak salah kalau lepas ni kita sama-sama baca doa apa pun kuat-kuat supaya anak cepat tangkap dan ikut. ye la... bila dah selalu buat, tentunya lekat di kepala. Oh, anakku... terima kasih sebab buat mama sentiasa mencari ilmu. Alhamdulillah kerana mengurniakan rezeki kepada aku dari pintu yang tidak disangka-sangka... Alhamdulillah.... :D




Monday, October 10, 2011

Hari pertama saya bekerja

Jangan tak percaya yang hari ni aku dah mula bekerja. Tapi bukan sebagai cikgu. Aku bekerja sebagai Screening Officer di sebuah syarikat. Pejabatnya? Sangat la dekat. Tak sampai 5 minit berkereta. Hehehe... Kerja sangat mudah. Cuma perlu hantar emel dan kemudian telefon. Aku memang sangat susah nak berhubung dengan telefon. Jadinya, aku kena karang ayat-ayat draf dalam kepala dulu. Hohoho... Secara asasnya, kerja ni, biasa saja. Gaji? Tiada gaji asas. Cuma bergantung pada komisen sahaja. Aku agak ragu-ragu sebab dok fikir tentang nak bayar pada pengasuh anak nanti. Tapi, aku rasa, kenapa tidak aku cuba dulu. Lagipun kerja ni tidak memerlukan masa yang panjang. Aku cuma perlu duduk di pejabat abang ipar aku tu separuh hari sahaja. Selebihnya akan diambil alih oleh rakan yang seorang lagi. Tentang kerja.. nanti aku cerita lagi.

Tempang. Haaa.... yang ini, tak sempat aku jenguk untuk hari ni. Semalam pagi Tempang ok. Aku bagi dia makan ubat guna susu pekat manis macam yang dicadangkan oleh Doktor Kumar. Jadi, laju dia habiskan ubat dia. Cuma, petang semalam tak sempat nak bagi. Aku ke Kelana Jaya hantar sepupu Mr. Hubby untuk menunaikan haji. Balik dan sampai di rumah mak (sebab ambil ayah aku di UM dek kereta kawannya rosak dan hantar ke rumahnya) malam sekitar jam 9.00. Rumahnya pula keputusan bekalan elektrik dek kebakaran balai raya berdekatan dengan rumah. Jadi, aku tak dapat nak belek Tempang.

Pagi tadi, ingat nak jenguk beri ubat, tapi tak sempat. Aku berurusan di pejabat dan betulkan talian internet dan beritu ini, jam 10.00 baru sempat nak telefon mak. Mak aku kata dia dah siapkan Tempang macam orang dalam pantang. Ubat dan makan semua dah selesai. Hehehhe... Insyaalla mak, esok pagi saya datang awal. Petang ni lepas ambil cencomel aku kat rumah Kak Jariah, aku singgah kejap bagi ubat untuk Tempang. Esok pagi, mungkin lari sekejap ke hospital untuk hantar Tempang tukar pembalut di kaki. Gambar Tempang? Dah ada. Cuma sekarang aku guna PC. Jadi tiada gigi biru untuk digunakan. Kalau lapang, petang esok aku muatnaik gambar Tempang sekali dengan dia kat klinik ek. See ya...

Friday, October 07, 2011

Saya terlupa... Ampun....

Aku sungguh tak ingat yang hari ni aku ada mesyuarat dengan orang Malaysia Green Tech Corporation. Sungguh aku tak ingat. Semalam dok canang janji dengan Syaza dan Sarah kalau mereka tidur waktu petang, lepas bangun tidur boleh pergi klinik ambil Tempang. Tapi, bila pergi rumah mak petang semalam, ayah aku cadang nak ambil hari ni sebab dia kata esok (hari ni) dia ada hal kat Banting. So, boleh terus ambil sekali. Jadi, aku telefon doktor haiwan tu dan minta tangguh. Anak-anak mengeluh, merengek dan sangat kecewa sebab mama tak tunai janji. Mama cuma kata yang esok nanti mama bawa mereka ambil Tempang di klinik. Berialah ingat boleh pergi sekali dengan anak-anak.

Malam tadi baru teringat. Hati dah resah dan gundah. Beria semalam janji dengan mereka, tapi hari ni aku mungkir janji lagi. Hari ni pula, aku tak dapat bawa mereka ambil Tempang di klinik. Mesti mereka marah dan kata aku lupa janji lagi... Ya Allah... Macamana boleh lupa... 

Cik Sarah dan Syaza.... mama memang tak ingat mama ada mesyuarat hari ni. Mama asyik ingat yang setiap hari mama akan sentiasa 'bersyurga' dengan anak-anak mama... huhu.... Mama nak tebus dengan bawa kamu semua makan KFC, mama pun tak cukup ongkosnya... Maaf yea sayang... Ampunkan mama... nanti mama cuba usaha kalau boleh tokyah dan tokmak bawa Kak Long dan Kak Ngah pergi sekali petang ni. Ya ampun... ampun... (Syaza kan selalu nyanyi bait ni...) Mama love you all and never meant to break the promise.  I just forget. Huhuu... very sorry dear...

Thursday, October 06, 2011

Pet Carrier

Sebab nak bawa Tempang ke klinik semalam, aku terpaksa la beli bakul kucing nak masukkan Tempang dalam tu masa dalam perjalanan ke kereta. Bukan tak nak letak je dalam kereta. Cuma takut nanti Tempang melompat keluar dari kereta. Aku bergegas pergi ke kedai haiwan kat Jenjarum lepas Sarah balik dari sekolah. Ada satu kedai baru buka kat situ. Sampai situ, hujan baru reda. Aku baru nak keluar dari kereta bila nampak dua ekor anjing poodle berlegar-legar dalam kedai tu. 

Aku mula berkira-kira sama ada nak keluar ke atau tidak. Satu, dari luar nampak macam tak ada bakul haiwan dijual kat situ. Aku cuma nampak makanan haiwan yang pelbagai, aksesori haiwan dan sangkar besar. Kedua, kalau aku masuk dan berlegar kat luar, aku takut gak kot-kot anjing tu datang kat aku. Mungkin dia tak garang. Tapi, aku memang takut anjing. Lagi pulak aku bawa dua cencomel aku masuk kedai. Diorang pula jenis tak takut anjing nak lagi yang comel macam podle breed tu. Kang tak pasal-pasal diorang pegang. Mana aku nak samak lagi. Nak berkungfu dengan hujan lagi. Nak sama kereta mak aku lagi nanti. Lepas tu nak pergi ke klinik. Haisshhh... banyak kerja dan aku tak rajin nak buat semua tu. Ketiganya, kalau pun anak-anak aku tak pegang, aku ada rasa ragu dengan barangan kat dalam kedai tu. Kot memang ada bakul haiwan kat situ, yang pernah disentuh cik anjing-anjing comel tu, nanti jenuh juga aku nak menyamak diri aku dengan bakul-bakul tu sekali. dah la baju agak basah dengan air hujan. Lama kan aku dok fikir depan kedai tu. Akhirnya, aku ambil keputusan tukar haluan ke Bukit Tinggi, Klang. 

Terpaksa la meredah hujan kat tengah-tengah kawasan Telok Panglima Garang. Dalam perjalanan tu pula, Syaza tertidur. Aduuuhai... macam-macam hal. Hujan masih agak lebat. Aku fikir kalau aku ke PetShop Family kat Jalan Nilam tu, mungkin banyak pilihan dan murah sikit. Tapi, jenuh la nak angkat Syaza lagi, Sarah lagi. Dah la kereta aku sezen. Tak boleh dikunci dari tempat pemandu. Ni gara-gara pembuka pintu yang patah dari dalam. Nak ganti, tak jumpa-jumpa lagi alat gantinya. Jadi, aku terpaksa la ke Jusco sebab dalam tu ada satu kedai haiwan. Senang la sikit sebab boleh parking kat bawah tanah dan terus naik ke kedai. Tak payah bergelut dengan hujan dan kunci kereta. 

Sampai situ, aku terus cari bakul haiwan. Jumpa satu. Yang sadisnya, paling murah adalah RM58 dan bukan RM35 macam dalam kepala otak aku. huhuhu.... Mahu tak mahu, capai la juga yang itu. Kalau ada yang berminat nak beli dengan aku... aku boleh jual kat sesapa yang berminat. Sila hubungi aku ek. hehehhe... harga boleh runding. Sebab tak rancang untuk simpan lama. Bukan selalu pun aku bawa kucing pergi klinik. Warna pilihan aku hijau dna putih. Cantik tak? Sebab fikir senang nak basuh. Nampak kekotoran kat situ. Lagipun aku perasan tadi kaki si Tempang berdarah.

Tak sampai 20 minit di Jusco, jadi bayaran letak kereta adalah percuma. Aku balik rumah, solat dulu dan baru ke Banting dengan anak-anak, mak dan ayah aku. Sebagaimana yang dirasakan, doktor cadang untuk potong bahagian yang dah tak elok tu. Kaki dia memang teruk dan kalau lambat boleh kena ulser. Jadi, aku tinggalkan Tempang kat klinik. Dia kena puasa dan pembedahan kaki dia cuma dijalankan hari esok aje, kata doktor. Kira hari ni la. Doktor kata bila dah selesai, petang nanti dia akan call. La ni, anak-anak aku asyik merengek je suruh pergi ambil Tempang. 

"Adik rindu Tempang... Kakak rindu tempang..." Iyolah tu... kalau kat rumah mak aku, tidak pula mereka ni sibukkan pasla si Tempang. Yang asyik dikejar, Bintang. Maklumla.. Bintang ni handsome dan berbulu panjang. Aku pun jadi geram. hehehhe....Ok la... nanti kalau rajin, aku kemaskini lagi tentang tempang. Ni nak pergi masak makan tengahari. Menu hari ini ialah nasi ayam panggang berempah. Yummy.... :D


Wednesday, October 05, 2011

Tempang

Tengkok aku masih lagi tak pulih walaupun dah lebih seminggu sakit. Masuk hari ni, dah 9 hari otot kat tengkok tegang dan keras. Aku makan ubat pun tak jalan. Doktor Rosnah pulak cakap, otot kat tengkok aku kejang. It's going to take some time. So, apa yang aku boleh buat katanya cuma makan ubat dan letak minyak panas untuk legakan dia. Buat masa ni, urusan mengemas rumah dengan bersihnya terpaksa ditangguhkan sebab aku tak mampu nak tunduk dan ligat. Pergerakan amat terbatas. Kalau lepas masak contohnya, kena cepat-cepat duduk dan bersandar sebab leher dan tengkok akan jadi lenguh yang amat. Makan pun, aku duduk kat atas recliner dan Mr. Hubby serta anak-anak kesayangan duduk kat lantai (rumah aku tak ada meja makan).

Ooo.. apa kena mengena tajuk blog dengan tengkok aku yang kejang ni ye? hehehe.... Nanti.. sabar.. ada kaitan ni... Meh cerita pasal Tempang sat. Tempang tu adalah nama kucing kat rumah mak aku. Dipanggil tempang sebab kakinya patah akibat duduk dalam hud kereta. Mungkin bergesel dengan timing belt menyebabkan kaki dia patah dan ekor dia putus masa tu. Lepas tu dia terjatuh ke bawah. Mula-mula tengok takut nak pegang. Kaki kanan depan dia jadi panjang sebelah. Bila bawa ke doktor, doktor kata mungkin tulang kaki dia terkeluar dari sendi kat bahu dia tu. Sebab tu kaki dia jadi panjang sebelah. Memang terkulai. Dia duduk kat wad tiga hari sebab doktor cuba pulihkan otot kaki dia tapi tak boleh. Walaupun kaki kanan depan dia dah tak berfungsi, dia keluar dari klinik dengan sihatnya. Boleh berlari laju sambil seret kaki dia yang dah tak berfungsi tu. Tapi, makin lama, aku tengok kaki kanan dia tu dah tak kuat. Dia tak mampu jalan tegak berbanding dulu. Minggu lepas, macam nampak tulang terkeluar dari kaki dia. Kaki dia asyik berdarah sebab dia seret kaki dia. Doktor dulu ada cadangkan supaya potong kaki dia untuk elak kaki dia berdarah. Mula-mula dulu aku tak berapa faham kenapa kena potong supaya kaki dia tak berdarah? Sekarang baru tahu sebab dia berjalan sambil menyeret kaki.

Kak Long hantar pesanan teks pada aku semalam bagitau kaki Tempang makin teruk. Jadi, disebabkan cuma aku seorang saja yang mampu bawa kereta dan masih belum bekerja serta agak berani sedikit, maka, aku je la yang layak bawa Tempang ke klinik. Walaupun tengkok aku masih lagi tak pulih sepenuhnya, tapi kalau aku bertangguh, nanti takut kaki Tempang lagi teruk. Jadi, tahan je la sakit kat tengkok tu. Kali ni, kalau tak boleh baik, jalan terakhir ialah potong kaki. Lebih baik dia berkaki tiga dan masih sihat daripada berkaki empat tapi boleh buat dia lemah. Silap aku juga ikut nasihat pembantu perubatan kat Klinik haiwan hari tu. Dia kata, kesian kucing tu kalau dipotong kakinya. Tapi bila fikir balik, kaki dia yang dah tak berfungsi tu jadi makin busuk dan bagi kesan tak baik pada Tempang. Pada aku, potong lebih baik. Tempang kekal sihat, tak seksa nak heret kaki dia.

Malam tadi juga aku kumpul duit derma kilat kat adik-beradik lain. Takat ni dapat la RM100. Kak Long bagi RM300 dulu. Kalau tak cukup, dia akan tambah la. Aku nak minta RM50 dari ayah aku pasal dia yang buat Tempang jadi macam tu. Dia kena bertanggungjawab. Hahahaha... jahat punya anak. eh, tak adalah... saja. Nak tambah dana. Jadi, tak ada la kakak aku sorang je terbeban. Dalam pukul 10.30 nanti aku nak pergi pet shop dan beli carrier utk Tempang. Nak bawa ke klinik. Aku cadang nak pergi ke Klinik Haiwan kat Banting. Takut nak pergi kat Bukit Tinggi yang hari tu punya. Nanti kena tempelak dengan doktor pula sebab tak cepat-cepat hantar untuk dipotong masa baru kena hari tu. huhuhu... Naya je. Ok. Insyaallah, akan ada cerita menyusul nanti. Mungkin tak bergambar sebab kamera sudah tiada lagi. iskk..iskk... Jumpa lagi...

Tuesday, October 04, 2011

Abah tak aci

Mama terkejut kejap tadi. Bukan apa, bila tengah ralit basuh pinggan, Kak Ngah datang dekat mama dan tunjuk gambar abah di restoran masa abah ada 'office treat' tahun lepas. Cuma gambar abah dan kawan-kawan pejabat dia je. Yang rasa nak tergelak bila Kak Ngah keluar dialog ni:

"Mama, abah tak aci kan... Pergi sini tak ajak adik pun. Tak ajak mama... tak ajak kakak...." Mama ketawa dengar Kak Ngah cakap macam tu.

"Abah tak aci kan mama..."

Mama cuma boleh kata, "Nanti kalau abah balik, Kak Ngah tunjuk gambar ni kat abah dan cakap kat abah ek."

Kak Ngah jawab, "Ok. Nanti adik cakap dengan abah"

Hehehe... memang lucu bila anak mama dah pandai berbicara. Cuma, sehingga kini, Kak Ngah masih bahasakan diri Kak Ngah Adik instead of Kak Ngah. huhu...

Monday, October 03, 2011

Selawat dan marhaban

Masa raya yang lepas, keluarga Mr. Hubby akan berselawat bila menziarah setiap rumah. Dek kerana terbiasa, Sarah dan Syaza pun dah suka berselawat tak kira waktu. Kadang-kadang, sampai bergaduh kat dalam kereta sebab pilih siapa nak berselawat dulu. Tiap2 waktu Syaza lebih suka bawa 'baby' dia, dibalut didodoi dan diselawatkan. Hehehe... seronok juga aku tengok. Dan kalau dipasang CD selawat, anak dara dua orang ni akan bangun sebab masa menziarah waktu raya dulu, kami semua bangun dan berselawat sebagai menghormati tuan rumah. Moga-moga mereka kekal begini.

Sarah pula sekarang ni, kalau mood bertudung dia datang, dia nak berbaju lengan panjang. Tak nak berlengan pendek. Buat masa ni, aku cuma ada dua pasang t-shirt lengan panjang je. Nanti, insyaallah, kalau dah bekerja, aku akan tambah koleksi lengan panjang untuk dia. So, tak ada la alasan lagi untuk tidak bertudung nanti. Solat pun dah agak rajin. Cuma ada masa nak pakai telekung, ada masanya, togel je dia solat. Kadang-kadang bersuruh, kadang -kadang dia terus buat. Ikut dia la nak hadap kiblat arah mana. Hehehe.... Tp, alhamdulillah, segalanya ke arah positif. Moga-moga kekal begini. Amin....
There was an error in this gadget