Wednesday, June 29, 2011

Bila amanah dikhianati

Bukan senang untuk berfikir secara rasional bila amanah yang kita beri dikhianati. Pada aku sendiri, ada bermacam-macam perasaan yang timbul bila aku tahu amanah aku dikhianati. Marah, geram, kecewa, sedih, kesal. Aku tak tahu apa yang perlu aku buat bila berdepan situasi macam ni. Lebih-lebih lagi bila orang yang pecah amanah tu kawan yang kita percayai. Payah sungguh nak terima hakikatnya. Barangkali bila berlaku perkara ni, aku perlu muhasabah diri.
  1. Perlu tahu untuk simpan amanah dan menjaga hak orang lain pada masa-masa akan datang.
  2. Perlu tahu yang bukan semua orang suka dengan apa yang kita buat.
  3. Perlu fikir dulu sebelum bertindak. Kadang-kadang kita rasa kita perlu membuka perkara yang telah diamanahkan orang kepada kita sebab kita menganggap amanah itu hanya perkara-perkara remeh yang tidak menimbulkan sebarang masalah jika ianya tidak disimpan seperti yang diharapkan oleh pemberi amanah. Sedangkan pada hakikatnya, amanah tetap amanah walaupun ia dilihat sebagai satu perkara biasa. Walau seremeh mana pun perkara tu, seharusnya kita sebagai pemegang amanah menjaga ia sebagaimana yang diminta.
  4. Mungkin juga situasi ini mengajar aku, kau dan yang lain untuk lebih berhati-hati apabila mahu menyampaikan amanah kita kepada orang lain supaya nanti amanah yang diberi tidak bertukar menjadi 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Maka sudahnya kita yang kecewa.

Memang bukan senang untuk kita maafkan kesalahan orang yang mengkhianati amanah yang diberi. Dan aku sedang cuba memaafkan. Cuma bukan buat masa ini.


p/s: Esok ada ujian untuk KISSM. Tapi aku tidak bersedia langsung. Badan yang terlalu letih rasanya tak memungkinkan untuk aku baca buku. Jadi... mari kita tidur selepas Isyak... hehehe...

Monday, June 27, 2011

Positive


My period was a little bit late. Mama suspected something but since Mama was busy with so many things, Mama simply ignored. However, when Mama started feeling uneasy with myself, I decided to ask Abah to bring Mama to Poliklinik Barakah. Mama met my gynae, Dr. Khiriah (the one thatMama met during Mama's second pregnancy) and told her about the symptoms. Mama thot that she would ask Mama to go for a urine test. Instead, she just did a scan and showed Mama your 'look'. My feeling? Since Mama have already expected the news, Mama felt as usual. But, this pregnancy is the one that Mama really want most. Dr. Khiriah told Mama that you were just about 6th week. Very tiny. Like a small bean. When she zoomed to you, Mama saw your heartbeat and I was like..... no words seemed suitable to describe about Mama's feeling. Kak Long Sarah was very excited. She saw you and she kept on saying that Mama's going to have a baby very soon. Kak Ngah Syaza was a little bit blur. She seemed do not understand what was the picture she was looking at. Abah told her about you, Precious. But her face was cool as if nothing happened. Hehehe....


Here you are at 6th week

Wednesday, June 22, 2011

Terkenang semasa dulu

Sibuk. Tapi cuba juga nak kemaskinikan blog. Tak banyak nak cerita. Cuma bila tengok-tengok gambar-gambar lama masa anak-anak masih kecil (besar sangat la kot sekarang ni... hahahah) dan video rakaman masa mereka berusia bulan-bulan lagi.... rasa sedikit terkesan. Betapa sekarang masa begitu cepat berlalu. Anak sulung mama Iman Maisarah dah lima tahun. Anak kedua mama, Iman Syaza Wafiah dah 2 tahun 6 bulan. Anak ketiga mama? Hmmm... bakal menyusul... Usia semakin meningkat, kubur semakin menghampiri... apa agaknya bekalan yang sudah disiapkan?Ya Allah... takutnya menghadapi seksa kubur....

Tuesday, June 21, 2011

OMG...

Hari ni masa aku sedang berjalan-jalan di sekitar FITEC sebab nak mencari seseorang, aku terpandangkan satu artikel yang disalin dari satu sumber. Majalah mungkin. Jadi, aku ambil gambar sebab aku bukan seorang yang kuat ingatan.

Soalan yang dikemukakan di sini adalah mengenai dengan perkataan OOO! M.G yang selalu sangat disebut-sebut dek diperkenalkan dengan jayanya oleh peserta Maharaja Lawak. Biasa la, kalau dah selebriti, cakap apapun orang ikut. Tapi, aku selalu ingatkan diri aku sendiri dan juga kawan-kawan yang lain, tak lupa juga pada anak murid aku (kadang-kadang terbabas juga). Kalau tak tau makna sesuatu benda, janagn selalu disebut. Kalau tak pasti tentang sesuatu isu untuk disandarkan pada agama, tak payah la kita ikut.

Untuk isu OMG ni, mengikut Ustazah Marshitah, kita sebagai orang Islam ni sepatutnya sentiasa menyebut nama Allah. Ini berdasarkan pada satu ayat Quran, "Tidakkah dengan mengingati Tuhan, hati menjadi tenang..."

Kalimah god dari jurus bahasanya jika diterjemahkan hanya bermaksud tuhan. Perkataan itu juga merujuk kepada jamak atau banyak dan ada jantina. Sebab itu ada god dan goddess. Jadi, secara sendirinya, god tidak merujuk secara khusus kepada Allah. Berbeza dengan perkataan god, Allah mempunyai makna tauhid di dalamnya. Tiada dua dan tiada tiga. Allah itu Esa. Allah itu satu. Maka, seelok-eloknya, sebutlah Ya Allah jika berdepan dengan sesuatu dan bukan OMG kerana kita ini Islam. Jadi, ikutlah cara yang dianjurkan oleh orang Islam.

Isu ni sebenarnya sudah lama. Cuma jarang diketengahkan. Masa aku belajar di UIA dulu pun, pensyarah aku selalu asuh kami untuk tulis Allah dan bukan 'god'. Jadi, sampai la ni, aku kadang-kadang rasa renyang bila orang tulis god tu dan yang dimaksudkannya adalah Allah. Allah itu Allah, god itu terlalu umum untuk kita rujukkan ia pada Allah. Ini pendapat aku.

Friday, June 17, 2011

Pasangan Bahagia...

Terbuka simpanan fail lama tadi, ternampak fail ni... Seronok dibaca dan seronok juga hendak dikongsikan dengan anda semua... Ini tulisan bekas teman serumah yang sangat aku hormati...


Gambar sekadar hiasan. Sumber: http://farhandestory.blogspot.com/

Bismillahirrahmanirrahim.

Benar, ilmu itu ada di mana-mana. Ilmu akan diperolehi oleh sesiapa sahaja yang gemar memerhati dan berfikir akan pemerhatiannya.

Seperti biasa rutinku, boarding the train to my workplace. Selalunya, untuk mengatasi kebosanan perjalanan itu aku memilih untuk tidur, atau sekadar memejamkan mata, berpura-pura tidur kerana tidak sanggup melihat aurat yang sengaja didedahkan. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka. Penulisan kali ini bukan berkisar pada soal ini, tetapi ada satu perkara yang menarik perhatianku tadi.

Tadi aku memilih untuk tidak tidur tetapi membawa dua majalah untuk dibaca. Satu majalah Mingguan Famili dan satu lagi majalah Muslimah. Sedang ralit membaca satu artikel tentang Saidina Abu Bakar As Siddiq, tiba-tiba ada satu pasangan masuk lantas seorang gadis dan seorang pemuda bangun memberikan tempat duduk pada pasangan itu. Lagaknya macam pasangan istimewakan? Bagus juga pemuda dan pemudi itu. Berbudi bahasa. Si suami mendukung seorang anak perempuan yang serasaku mungkin belum boleh merangkak. Dia juga menggalas sebuah beg pakaian. Si isteri menggalas sebuah lagi beg pakaian dan beg tangannya. Isterinya duduk disebelahku. Anak yang comel, hampir semua yang ada di sekitar kawasan tempat duduk itu diam, seolah-olah memfokus perhatian kepada pasangan itu. Tidak kurang juga yang mengagah anak kecil comel itu, yang kadang-kadang tersenyum seolah faham agahan orang di sekelilingnya. Aku terus membaca. Mataku pada barisan ayat-ayat di majalah tetapi telingaku mencuri-curi mendengar perbualan pasangan istimewa itu.

Ada yang bisa ditangkap deria pendengaranku…ada yang tidak. Pelik, selalunya aku tidak ambil peduli apa yang orang lain buat atau bualkan. Tetapi pasangan ini benar-benar menarik perhatianku..dan juga orang-orang di sekeliling. Pasangan itu pula berbual-bual seolah-olah tiada yang memerhatikan mereka.

“Pukul berapa sayang?”. Tanya si suami.

Si isteri lantas mengeluarkan jam tangan dari dalam beg tangannya, menekan punat pada jam itu, meletakkannya di telinga dan menjawab “nine thirty three bang”. “Ya?”. Sekali lagi diulang si isteri dengan nada mesra seperti jawapan pertama tadi “nine thirty three bang”. Suami angguk, tanda faham.

Sesekali, si suami mengagah anak kecil comel itu, berkomunikasi dengan si anak. “Tengok atas ya? Lampu…lampu.” Mengajar anak yang belum mampu bertutur itu.

Majalah ditutup setelah artikel itu usai dibaca. Ada yang lebih menarik perhatian.

“Laparla bang?. Abang lapar tak?”.

“Lapar?. Abang dah makan sikit tadi. Takpela…nanti kita makan dulu.”

Kadang-kadang aku menoleh ke arah mereka. Mereka tidak sedar itu. Nampak bahagia, walaupun pakaian dan beg-beg yang digalas itu menggambarkan mereka bukanlah pasangan yang kaya wang ringgit. Tapi mereka kaya kasih sayang. Mereka bukanlah pasangan yang kaya rupa tapi kaya budi bahasa. Rasa tersentuh hati mendengar bicara keduanya. Seolah cinta dan kasih sayang melimpah ruah antara keduanya.

Terfikir di sudut hati. Teringat seorang wanita yang pada pengamatanku cukup pakej. Cantik, badan lawa, bijak, kaya, terkenal. Suaminya pun cukup pakej. Kacak, bijak, berharta dan ramai kenalan berpengaruh. Dikurniakan Allah seorang putera yang tentu sahaja mewarisi kecantikan dan kekacakan ibu bapanya. Tetapi mereka akhirnya berpisah walau usia perkahwinan masih muda. Salah siapa?

Bila akal membandingkan antara dua pasangan ini, hati tertanya-tanya. Aku mahu jadi yang mana? Kalau anda pula, anda mahu jadi yang mana?

Sehingga detik ini tinggal lagi 58 hari aku akan bergelar isteri. Tentu sahaja siapa pun yang akan berkahwin mengimpikan sebuah rumahtangga yang harmoni, dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Anak-anak yang soleh solehah. Biar tidak mewah harta, tapi mewah kemesraan.

Perkahwinan memang mengundang seribu masalah. Masalah duit, privacy, cemburu, konflik hubungan kekeluargaan, kerenah ibu mertua, suami pemalas, isteri tak pandai berhias dan seribu jenis lagi. Kadang-kadang perkara kecil pun boleh jadi isu yang besar! Kalau dah tahu begitu, mengapa mahu berkahwin?

Ada bermacam alasan seseorang itu mahu berkahwin. Sebagai Muslim, kita beriman bahawa setiap sesuatu itu diciptakan berpasang-pasang. Antara lelaki dan wanita diciptakan perasaan kasih sayang dan rahmah antara keduanya supaya mereka dapat meneruskan keturunan dan hidup dalam rukun aman damai. Ini firman Allah, Surah Ar Rum 30: 21.

Dari firman Allah ini menunjukkan Allah mengglakkan kita berkahwin. Agama lain seperti Buddha, Kristian menganggap ‘celibacy’ (membujang seumur hidup) sebagai suatu pengorbanan yang besar. Tetapi Islam sebaliknya menggalakkan perkahwinan kerana Islam itu agama yang tidak menyalahi fitrah. Berpasang-pasangan itu kan fitrah manusia. Tidak hairanlah ramai ulama’ agama lain yang mempunyai anak luar nikah sesama mereka. Nabi pernah bersabda bahawa apabila seseorang itu berkahwin maka dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagiannya lagi.

Islam juga melihat perkahwinan itu sebagai ibadah. Sehinggakan hubungan intimasi antara pasangan juga adalah ibadah. Nah! Untungkan menjadi penganut agama ini?

Hampir sebulan lepas, aku mengikuti satu kursus pra-perkahwinan. Sekadar untuk mendapat ilmu walaupun kursus itu tidak menawarkan sijil dari autoriti yang sepatutnya. Alhamdulillah, bukan senang nak mendengar orang berpengalaman berkongsi cerita dan pengalaman yang sedikit peribadi. Suatu yang menarik adalah kenyataan salah seorang penceramah dari Singapura. Katanya “Perkahwinan itu adalah satu perjudian yang boleh dimenangi”.

Perjudian itu biasanya kan berdasarkan nasib? Sebab itulah ia diharamkan! Tapi ada juga ya perjudian yang pasti dimenangi?

Pada pandanganku, bila berkahwin, kita berserah pada Allah bahawa dialah pasangan kita seumur hidup. Siapa yang sebelum kahwin yakin bahawa inilah pasanganku? Tidak ada kan?. Kita tidak pernah tahu itu. Kerana ia adalah ketentuan Allah di Luh Mahfuz, yang tercatat sebelum kelahiran kita lagi. Walaupun hakikat itu sukar ditanggap rasio kita yang maha lemah ini, tetapi hakikat itu teramat mudah bagi Allah Taala. Itukan pasrah namanya? Berserah pada Allah setelah berusaha meminta redhanya lewat istikharat mahupun solat hajat. Kita perjudikan masa depan untuk bersamanya. Tetapi Islam sebagai ‘way of life’ telah memberikan garis panduan bagaimana mahu memenangi perjudian ini. Kajilah Al Quran dan Sirah Rasulullah. Anda akan mendapat panduan bagaimana membahagiakan isteri, bagaimana pula si isteri menjadi permata hati suami. Teringat satu lagi Hadith Nabi yang mafhumnya: yang terbaik antara kamu ialah yang paling baik kepada pasangannya dan keluarganya.

Mengambil Rasulullah sebagai model, tentu ramai yang berazam untuk menjadi suami isteri yang soleh solehah. Syabas! Anda telah memulakan hidup berkeluarga dengan niat yang baik. Pernah kusuarakan kebimbanganku kepada seorang sahabat yang insyaAllah akan menjadi suamiku. Kebimbangan akan pelbagai kelemahan diri, kecacatan pada peribadi, kekurangan ilmu. Takut nanti gagal menjadi isteri yang baik.

Jawapannya ringkas “Usahlah berimpian tinggi-tinggi sangat mahu menjadi suami soleh atau isteri solehah. Buatlah paling baik yang kita termampu. Terimalah kekurangan satu sama lain. Apa kalau nanti kita bukan suami soleh atau isteri solehah kita bukan seorang yang baik?. Ana ada kelemahan. Anti pun sama.”

Ya. Kita hanyalah sekadar umat akhir zaman yang tipis iman. Teruslah berusaha memahami perbezaan dan menerima kelemahan pasangan anda.

Kembali kepada cerita pasangan tadi. Memang mereka pasangan istimewa. Anda tahu kenapa? Mereka cacat penglihatan! Sudah tentulah perkahwinan itu bukan didasari kecantikan fizikal. Mereka tidak mampu melihat dengan mata. Tetapi hati mereka bersatu kerana mereka memiliki cinta kasih sayang yang dilihat dengan mata hati.

Pasangan itu turun di KL Sentral. Walaupun mereka telah turun, saya masih berfikir-fikir .Semoga mereka bahagia selamanya. Saya dan anda yang membaca artikel ini pun mampu bahagia. Selamat berbahagia.

HuRRiYYati

15 Jun 2005, 12.03 p.m

109, Jabatan Undang-Undang

Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Monday, June 13, 2011

Makanan wajib ada

Haaa... hari ni tiba-tiba rasa rajin nak menulis lagi. Maaf ye... dah lama juga rasanya blog ni tak dikemaskini. Apapun, hari ni baru selesai makan tengah hari. Dan baru juga siap kemas dapur. Semenjak cuti ni, dapur sentiasa kemas dan dilap licin dan bersih dari minyak. Hahaha... sorry... boasting sat...

Disebabkan anak-anak aku tak makan pedas (lebih kepada tak digalakkan makan pedas), maka, aku selalu buat sambal atau makanan yang pedas-pedas untuk dibuat stok. Jadi tak perlu buat benda-benda tu berulang-ulang kali. Makanan wajib ada kat rumah ni adalah sambal kicap, sambal mentah, sambal hijau dan cili ikan bilis. Dan tambah yang terbaru hari ni, jeruk cili.

Mari tengok resepi-resepi makanan ni.

Sambal kicap
1 mangkuk cili api
3 ulas bawang putih
minyak
1 botol kicap
gula

goreng cili dan bawang putih. Pastikan tutup kuali ketika menggoreng. Sebab waktu ni, cili-cili tadi akan meletup-letup kerana bertindak balas dengan minyak panas. Bila dah agak garing, angkat dan toskan. Bila dah sejuk, kisar dengan kicap dan gula. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama. Sedap dimakan dengan mi/bihun goreng, sup, pencicah dan sebagainya.

Sambal mentah
20 tangkai cili api
1 ulas bawang putih
Minyak
Gula
Garam

Tumbuk cili api hingga lumat. Kemudian tumbuk bawang putih. Gaul rata dalam lesung tadi. Lepas tu, masukkan minyak, gula dan garam secukupnya. Gaul rata. Boleh simpan dalam peti sejuk atau juga simpan di luar peti sejuk. Tahan lama disimpan sebab ada minyak. Tak tahu jangka waktu sebab tak pernah simpan lama. Mesti habis. hehehe...

Sambal hijau
6 tangkai cili hijau
5-6 tangkai cili api
1 biji bawang besar
1 biji bawang besar (dihiris halus)
ikan bilis
1 keping asam keping
gula
garam
Minyak

Kisar cili hijau, cili api dan bawang putih. Kemudian tumis hingga garing (sama juga macam buat sambal tumis ikan bilis. Cuma ini ganti cili hijau dan cili api). Lepas tu, masukkan ikan bilis dan asam keping, gula dan garam secukup rasa. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama. Panaskan setiap kali hendak dimakan. Sedap dimakan dengan nasi bersup.

Cili ikan bilis
10 tangkai cili api
Sejemput ikan bilis digoreng garing

Tumbuk cili api hingga lumat. Kemudian masukkan pula ikan bilis yang digoreng garing dan ditumbuk sekali dengan cili api tadi. Gaul rata. Makanan ini tidak boleh disimpan lama. Campuran cili api dan ikan bilis boleh menyebabkan makanan ni cepat rosak. Sedap dimakan dengan nasi dan sup sebab ada rasa masin-masin pedas dan rangup.

Cili jeruk (resepi diambil dari sini)
5 tangkai cili hijau (dihiris nipis)
10 tangkai cili api (dihiris nipis)
1 cawan cuka
1 cawan air
2 sudu gula

Didihkan cuka, gula dan air. Kemudian masukkan cili dan tunggu hingga berubah warna. Pastikan tidak terlalu lama supaya cili tidak jadi lembik. Sedap dimakan dengan mi dan kue teow. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.



Sumber dari dapur Kak Roz HomeKreation. Tq kak.

Pes cili goreng (resepi diambil dari Kak Roz dan diubahsuai sikit)
1 kg cili kering
30 tangkai cili api
Minyak secukupnya
Gula dan garam

Rebus cili kering dan kemudian toskan. Lepas tu kisar cili kering dan cili api. Tak perlu terlalu hancur. Tumis hingga garing dan masukkan gula dan garam. Boleh disimpan lama sekali dengan minyak yang digunakan untuk menumis tadi. Sedap makan dengan nasi dan sup, bubur, bihun sup pun sedap juga. Ikut kreativiti la ek.



Thursday, June 09, 2011

Baju kami yang baru....

Cantik tak?.......





Ooo... mama... aku mau kahwin....

Lokasi: Rumah mak tok di pagoh.
Waktu: Pagi ketika sedang bersiap-siap nak pergi kenduri kahwin.

Sarah: Mama, esok dah besar, sarah nak jadi pengantin tau (ayat ni dah banyak kali keluar dari mulut cik sarah).

Mama: Ye la.. (malas nak layan sambil menyapu bedak kat muka sarah. Bersiap untuk ke kenduri).

Sarah: Nanti mama tolong la carikan pakwe untuk sarah kahwin ye..(sambil tersenyum-senyum).

Mama: Ha.. Ye la.. (terkedu sebenarnya sebab ayat kedua tu baru pertama kali diucapkan).


Anak.. Oh anak.. Perlukah aku takut atau gembira? Huhu..

Tuesday, June 07, 2011

Kecewa.. geram.. marah..

Sempena cuti sekolah ni, dapur seringkali juga berasap. Aku rasa dah beberapa kali aku buat muffin. Dua kali bancuh guna resepi yang ada, dan sekali bancuhan guna yang segera punya. Alhamdulillah, dua-dua jadi. Aku cuba juga buat roti. Memang teringin nak buat sendiri roti. Cubaan pertama, masuk tong sampah sebab keras. Baling kat dinding pun boleh pecah kot dinding tu. ahahahha....

Cubaan kedua menjadi. Cuma, roti tu macam lebih sesuai dimakan cecah dengan air ataupun jadi sandwich. Jadi, bila kakak aku cerita roti tu boleh jadi lebih lembut dengan letak pelembut roti, aku pun cuba lagi. Dan pasang angan nak buat roti serunding ayam. Jadi, bangun awal pagi tadi dok uli la segala bahan bagai...

Tapi... rasa sangat kecewa bila hasil bakar tak menjadi. Roti kering dan keras. Masuk tong sampah lagi. Lepas tu, aku bakar lagi yang kali kedua ni. Adunan yang sama. Cuma sebab oven kecil, jadi kena masuk berulang kali. Hasil kedua pun menampakkan yang sama. Memang dah rasa nak baling dah tu... Grrr.... Baking trial considered fail. Huhuhu....

Thursday, June 02, 2011

Habis dah puasa ganti...

Insyaallah, hari ni kalau tak ada apa-apa aral, puasa ganti untuk tahun lepas dah habis (peringatan untuk diri yang selalu lupa). Cuma tinggal habiskan puasa nazar je. Ingat nak buat esok dan isnin depan. Tgh cuti sekolah ni, kira ok la tak penat sangat. Kalau rasa letih, boleh mendamparkan diri di atas katil je. Hahaha....

Ok... kepada yang masih belum ganti puasa, insyaallah, masih sempat nak menggantikannya. Sila ganti sebelum anda kena membayar fidyah pula ye... (peringatan untuk diri sendiri juga).