Saturday, June 26, 2010

Sikap pengguna jalan raya

Dah lama rasanya tak menulis. Sibuk dengan pelbagai urusan sebelum nak meninggalkan rumah selama seminggu. Huhu... Siapa la yang rindu siapa ni nanti agaknya ek? Yang pasti, aku mesti rindu Syaza yang selalu dok ulit aku sebelum tidur dan Sarah yang selalu minta susu suam sebelum tidur... Sorang lagi? Oh... Mr. Hubby yang sudah semestinya dirindui... :D

OO.... berbalik pada tajuk blog hari ni. Aku dah lama nak menulis tentang hal ni. Tapi bila menghadap laptop ni, mesti idea tu hilang atau tak lalu langsung dalam kepala ni. Hehehe.... Aku nak cerita sikit pasal perangai penunggang motosikal dan sikap pengguna yang tak suka beri isyarat bila nak masuk simpang atau nak memotong. Kenapa ye? Aku pun pelik. Bukan ke lampu isyarat itu gunanya untuk memberitahu kepada pengguna jalan raya yang lain bahawa 'Saya nak masuk simpang di depan tu'. Malangnya, dalam pemerhatian aku ramai juga pengguna jalan raya yang tak tahu fungsi lampu isyarat. They think that other people can read their mind. Nak masuk simpang main masuk je... Tak ingat pun orang kat depan dan belakang. Yang buat aku lagi getam bila dia dah nampak kita ni nak keluar simpang. Kita pun dok la tunggu kereta tu lepas sebelum kita boleh masuk jalan utama. Tapi, yang bengang tu dah agak-agak nak masuk simpang dalma satu meter baru bagi isyarat masuk. Chitt! Aku rasa cam nak langgar je orang macam tu. Kurang asam sungguh!!!!

Satu lagi perangai penunggang motosikal. Terutamanya makcik-pakcik dan kakak serta adik-adik yang kat kampung. Bila nak keluar simpang tu main keluar je tak tengok pun kiri kanan. Dia ingat motor dia kecil sangat agaknya sampai takkan beri kesan langsung pada pengguna jalan yang lain? Aduuuhai... kenapa la Malaysia ni kaya dengan budaya begini? Huuhuhu....

Tuesday, June 22, 2010

Anak yang merajuk

Sarah la ni dah pandai sangat merajuk. Sikit-sikit merajuk. Kadang-kadang geram juga. Kadang-kadang tu rasa subhanallah.... Pandai sungguh Dia mencipta manusia dengan pelbagai ragam. Dari kecil tak tahu apa, sekarang dah belajar macam-macam. Tengok la tu, masam muka dia sebab tak boleh pakai tali pinggang. Tak tahu macam mana nak pakai. Lepas tu tak pula beritahu aku. Bila aku toleh ke belakang, nampak dia masam. Syaza pun ikut sama masam. Siap peluk tubuh lagi sebab tengok kakak dia masam. heheheh....


Bila aku dah pasangkan tali pinggang keledar, baru dia senyum dan mula la bercakap-cakap. Tak lama lepas tu Sarah merajuk lagi, Sebab tak boleh pasang tali pinggang keledar sambil baring. hehehe.... Sarah.... Sarah.....


Semangat.... Alhamdulillah


Banyakkan kan? hehehe.... Sekadar memberi semangat. Harap-harapnya aku dapat terus memerah susu sepanjang belajar nanti. Ini cuma untuk bekalan sepanjang ketiadaan aku minggu depan. Sangat-sangat berharap Dia dapat membantu aku untuk mengumpul susu dan mempermudahkan kerja-kerja mengumpul dan menyimpan susu minggu depan dan sehingga Syaza putus susu nanti. Amin...

Sunday, June 20, 2010

Kumpul susu

Dah beberapa hari aku tak sempat nak kemas kini blog ni. Sibuk dengan macam-macam benda nak disiapkan. Dokumen untuk pendaftaran 28hb ni. Tambahan pula aku sedang sibuk mengumpul stok susu untuk bekalan Syaza sepanjang minggu orientasi yang aku sendiri tak pasti berapa lama. Alhamdulillah, setakat ini, aku dah berjaya kumpul 26 botol berjumlah lebih kurang 4 - 5 oz. Tapi yang dirisaukan sedikit, masa aku di sana nanti. Aku masih berangan-angan untuk mengumpul stok susu seperti biasa. Cuma, kat mana la agaknya aku nak simpan susu-susu tu nanti ye? Sungguh, aku risaukan itu. Aku tak tergamak untuk pam dan buang sebab aku fikir, jerih payah mengumpul 26 botol ni, bukannya senang. Itu pun, kalau dikira cukup cuma untuk lebih kurang 7 hari stok (kalau sehari hanya 5 botol termasuk yang baru diperah). Jadi, seandainya aku tak menyimpan stok, aku takut juga kalau minggu depannya, tidak ada susu yang boleh diminum untuk Syaza sepanjang kelas aku berlangsung nanti. Huhu... seramnya.... hehehhe..... Doakan moga aku masih diberi ruang untuk memerah dan menyimpan susu sebaiknya... Amin..

Monday, June 14, 2010

Pengajian Bahasa Inggeris (SJKT)

Tengah syok-syok isi borang dan meneliti butiran yang ada, aku baru terperasan opsyen yang ditawarkan. Ada huruf SKJT kat hujung pengajian tu. Pelik juga. Puas aku selak-selak dan cari surat tawaran yang aku terima sebelum ni. Tadi baru teringat aku ada ambil gambar tawaran sebelum ni. Bila aku buka, opsyen yang ditawarkan pada aku tahun 2009 lepas adalah Pengajian Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah). Apa maksud SJKT tu ek? Err.... Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ke? Hmmmm..... I'm confused.....

Tawaran kedua


Alhamdulillah, keresahan dan sesak dada yang aku tanggung dah terjawab. Seronok yang amat sebab dapat IPG yang berdekatan. Lebih menyeronokkan bila IPG ni dulu adalah tempat pusat matrikulasi UIA. Dapatlah aku mengimbas kenangan lalu. :D

Sunday, June 13, 2010

Cubaan menulis

Cuti sekolah ni aku cuba jadi ibu yang habiskan masa dengan anak-anak. Jadi, aku ajar Sarah menulis. Disebabkan dia memang belum pandai pegang pensel dengan betul, jadi aku ajar dulu dia buat garisan yang betul dan cantik. Sarah memang cepat putus asa. Bila dia rasa tak boleh buat, dia cepat je nak tutup buku. Jadi, aku tak boleh nak duduk buat kerja lain lagi sambil dia buat kerja dia di sebelah. Aku kena peluk dia dari belakang dan tolong pegangkan pensel warna untuk dia. I am trying to build up her confidence level before she moves another step. Harap-harapnya, cuti sekolah ni dia boleh belajar pegang pensel dengan betul.


Tekun dia melakar garisan. Mama tak minta anak mama jadi bijak terus. Tapi buat tahap ni, cukup la Sarah pandai melukis dulu. Sikit-sikit lama-lama jadi makin pandai kan? Amin....

The day is almost come

Waiting for tomorrow and hoping something better for me is waiting. But I am not sure which one I like most.....

Saturday, June 12, 2010

Iklan lucah?

Aku baru tengok iklan di televisyen tadi. Keliru pun ada sebab rasa-rasanya macam iklan lucah. Cuma ia berkenaan dengan produk wangian lelaki. Ada dua iklan mengenai produk yang sama tetapi berlainan versi.

Versi satu, mengenai seorang lelaki yang memakai wangian tu tengah nak beli makanan. Satu lagi mengenai situasi di perpustakaan. Dah tengok? Apa komen ek?

Friday, June 11, 2010

Mari kita solat

Solat zohor tadi aku ditemani budak kenit ni. heheheh.... Sibuk dia tengok aku pakai telekung. Dia tarik segala macam sejadah dan telekung Sarah. Sudahnya, aku pakaikan dia telekung. Lebar senyum dia.

Terus Syaza berdiri kat sejadah dan sujud. Aduuhaaii.... putih bersih sungguh anak ni kan? Kita yang bertanggungjawab mencorakkan mereka. Aku tak kata aku baik. Cuma apa aje yang kita buat, mudah mereka ikut.
Syaza ni memang susah nak diajak bergambar. Tengok la ni. dia berlari merata tak mahu diambil gambar dengan Sarah. Hmmm... bertuah betul!
Ni pula aktiviti baru. Dia suka sangat duduk kat dalam almari tu. Masa Sarah dulu memang tak merasa la. Tapi la ni, lagi dihalang, lagi banyak songehnya... Sudahnya, aku biar aje. Seperti biasa, memang susah nak dapat shot yang baik. Dia mesti lari. Macam tau je aku nak ambil gambar dia.

Tuesday, June 08, 2010

Crocs dan Allah?


Hmm... terkejut juga sebab aku baru tahu tentang ni. Teruk betul kan? Macam duduk dalam gua. Tapi kalau diamat-amati dengan betul, itu la dia. Mengikut blog ni, penulisnya menyebut tentang Crocs tiruan (berita ni menurut adik ipar aku dah disiarkan dalam akhbar harian). Tapi aku pun tak pasti sama ada yang asli pun mempunyai bentuk yang macam tu juga (sepatutnya yang tiruan mesti la tiru dari yang asli. Jadi, tak ke yang asli juga sama juga bentuknya??) Tepuk dada tanya selera. Untuk mengelakkan keraguan, jauhkanlah dari membelinya. Sesiapa yang sudah memilikinya, bakar dan musnahkanlah. Lebih baik.

Idea memasak datang

Dalam peti dah tak ada lauk nak masak. Tinggal ayam aje. Bila barang dah tak ada, mula la rasa malas nak masak datang. Tapi disebabkan rasa lapar, kuatkan juga akal fikir nak masak apa. Akhirnya, idea pun datang. Disebabkan masih ada berbaki salad dan sambal untuk nasi ayam, aku masak fusion style. Cewah..cewah... Ayam bersos tomato dan lemon. Makan dengan garlic buttered rice. Senang. Cuma ambil sedikit masa (take it positive... heheh)

Garlic buttered rice
Tumis bawang putih dengan sedikit mentega. Lepas tu masukkan beras yang sudah dibasuh bersih tadi berserta air yang mencukupi.

Taraaa... dah siap... hehehe.. magik tak?

Ayam bersos tomato dan lemon
Bahan-bahannya mudah. Ayam, kentang, bawang besar dan bawang putih

Goreng ayam dulu guna mentega secukupnya. Lepas tu ketepikan.

Daun selasih (bay leaf) dan thyme. Disebabkan aku ni penggemar makanan barat, jadi herba-herba ni sentiasa ada dalam simpanan.

Tumis bawang putih, bawang merah dan kentang sekali dengan herba yang aku tunjuk tadi. Sampai separuh masak tau. Lepas tu, masukkan jus lemon sikit, sos tomato dan stok ayam. Agak-agak je. Masak ni kalau strict sangat, susah juga. (hahaha... ye ye je kan?) Biar sampai mendidih dan angkat.

Masukkan dalam dulang pembakar (aku lapik dengan kertas aluminium supaya senang nak basuh) dan masukkan dalam ketuhar. Bakar selama 30 minit. Sambil bakar tu, aku dah boleh lalalala... kemas dapur dan rehat kat ruang tamu. Buatnya sekejap aje. Cuma masa nak menunggu tu agak lama la. Seronok juga masak cara macam ni. Dapur pun tak selerak sangat. Heheh.... Ok.. selamat mencuba!!!

Sunday, June 06, 2010

Dinner di Concorde

Malam semalam family besar aku makan malam di Concorde Inn, KLIA, Sepang. Tak ingat berapa bayar. Kalau tak silap, RM50 ++. Disebabkan keluarga aku memang ada buat kutipan setiap bulan, maka kami cuma kutip RM50 satu keluarga kecil. Selebihnya ditampung yuran keluarga. Seronok. Makan bufet dengan hidangan Asean, International dan ada BBQ. Ini pun sempena Hari Bapa. Meraikan bapa-bapa dalam keluarga aku. Termasuk Hari Ibu yang tak sempat dirai bulan lepas. :D

Tahun ni, jumlah ahli keluarga besar kami belum cukup besar. Yang dewasa ada 14 orang. Kanak-kanak ada 5 orang. Hujung tahun ni, insyaallah ada lagi dua orang. Aku? Entah bila nak bertambah. Yang pasti, keputusan nak tambah tu kena tunggu 14 Jun ni. Hehee.... Okay. Ni gambar-gambar yang aku sempat upload.

Cik Syaza yang tengah terbeliak mata tengok sepupu-sepupu dia macam apa je berlari-lari kat laman rumah tok mak.

Ini anak-anak dan anak-anak saudara aku. Yang baju putih tu, Hisham a.k.a Kicap, adik bongsu.

Abang aku yang dah puas enter frame... So nak keluar frame la tu. hahaha...

Sibuk 'berborak' dengan pakcik dari kereta belakang.

Ni la deretan kereta yang pergi.

Syaza dah ngantuk. Tapi tengok semua orang teruja, dia tahan juga matanya...

Ni geng-geng kecil kat belakang kereta. Semua dah tak ingat mak abah dia kat kereta lain.

Wajah yang kusayang, mak dan ayah

Kicap dan mak ayah.

Hadiah Hari Bapa. Dari Sham.

Sedang seronok makan...

Ni sotong kangkung yang aku tak pernah makan. Baru cuba. Sedap juga.

Lamb grill. Aku tak suka sebab bau kambing. hehehhe....

Desert yang sedap
Oglio yang sangat pedas. Perghhh.....

Kesimpulan... sangat seronok. :D Ok. Malas nak komen banyak-banyak. En. Bard dah nak pergi kerja. Hari ni aku kena pergi JPN, JPJ, dan.... mana lagi ek. Untuk buat segala barang yang hilang tu.

Saturday, June 05, 2010

Kecewanya....

I am soooooo frustrating today.... Waiting and waiting and waiting.... Promised to have a meeting around 2.30 but now is already 4.22. No one turns up. Macam dah tawar hati nak makan-makan.....

Thursday, June 03, 2010

Tak sabar tunggu cuti

Memang aku dah tak sabar-sabar nak merehatkan diri. Letih menghadap pelajar-pelajar yang makin cerdik. Tapi pastinya aku bakal merindui mereka bila tiada di sisi. Biasa la, manusia. Nampak, tak suka. Bila jauh, rindu pula.

Dan aku terus menanti 14 jun dengan penuh debar.... risau, takut, gelisah, suma ada.... huhu...

Gelagat Syaza dan Sarah baca buku

Lepas siap menaip tadi, giliran Sarah dengan Syaza pula membelek...Ada kata-kata yang kelakar, tapi sensored untuk diceritakan. Tengok la mereka membelek buku panduan menyusu tu. siap banding-banding lagi antara buku dengan yan sebenar... heheh....





Faedah-faedah susu ibu

Ni aku ambil dari buku 'Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya'. Very useful for us to know what are the benefits of breastfeeding our babies. There are moms out there who breastfeed their babies but do not know what are the benefits that they get. Well, why not equip yourselves with this information so that you will not only educate yourselves, but other moms-to-breastfeed as well. :D

Faedah untuk bayi.
  1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi). Susu formula tiada bahan ini.
  2. Mengandungi komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai. Just nice for the babies. No need to boil water. :D
  3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
  4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
  5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi). Memang tak dinafikan SF juga ada bahan-bahan begini. Tetapi, kurang sesuai dengan perkembangan bayi. Maksudnya, kepandaian mereka mungkin terlampau. Kalau tak silap, macam ada kajian yang menunjukkan generasi sekarang terlebih pandai (sampai pandai sangat menipu, membunuh, dan buat macam-macam jenis jenayah) disebabkan oleh SF. Mungkin hormon lembu terlebih kot. Opsss... sorry. I am not so sure about the research. But I think I have read it somewhere. I'll find the fact later on yea!!
  6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
  7. Mengurangkan diabetes, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak. Ketahuilah bahawa kandungan gula dalam SF tinggi. Jika sedari kecil sudah didedahkan dengan bahaya ini, tidak mustahil si anak nanti menghidap penyakit kencing manis sejak kecil.
  8. Menggalakkan tumbesaran. kadar yang disediakan oleh SI (susu ibu) memang mencukupi untuk semua protein bagi pertumbuhan bayi. Sebab itu air kosong pun tak perlu diberikan ketika 6 bulan pertama. Lengkap dengan air tu! :D
  9. Penghadaman yang mudah. Susu lembu mengambil masa yang lebih lama. Sebab itu bayi yang minum SF tidak minum sekerap bayi yang minum SI. Disebabkan ini, ramai ibu menyangka bahawa bayi mereka tidak cukup susu apabila disusukan dengan SI. Jangan salah ye! Disebabkan SI mudah dihadam, maka bayi cepat merasa lapar. Jadi, susulah sekerap mungkin.
Okay. Nanti saya sambung tentang faedah untuk ibu pula yea. Syaza dah bangun ni. Nak mulakan rutin dia pula. :D

Exam week

Minggu ni sekolah aku tengah demam peperiksaan. Ngantuk oo.. Jaga periksa ni! Dah la suasana senyap sunyi. Angin pula sedap je bertiup. Hampir je aku terlelap. Sudahnya aku berhenti menanda kertas (kerja sambilan masa jaga periksa ni) dan dok keliling kelas. Ada juga dengar bunyi motor ke hulu ke hilir di jalan berdekatan sekolah aku. Bila aku tengok, ada beberapa pelajar sekolah (mungkin sesi pagi) tengah seronok wheelie (ala, yang dok tunggang motor guna satu tayar tu..). Berani sungguh pelajar sekarang kan? Aku ingat masa aku sekolah menengah dulu (back in 1990s), mana ada budak yang berani buat macam tu depan sekolah? Huish.. Sekarang... Ini la generasi zaman sekarang. Huhu..
Note: Pelajar yang buat aksi wheelie tu bukan yang ini yea... Ini sekadar hiasan. :D

Gelagat orang buat salah

Orang ni kalau dah salah, mesti dia akan buat benda yang tak disangka-sangka kan? Macam tadi masa aku dalam perjalanan ke sekolah. Ada satu kereta ni dah salah masuk lorong. Dia ingat nak duduk depan sekali. Jadi dia ambil lorong paling kanan. Rupanya lorong tu hanya untuk ke kanan sahaja. Jadi, bila lampu hijau untuk masuk ke kanan menyala, dia pun 'terpaksa' memandu ke lorong kiri. Lebih kurang potong barisan la.
Ni gambar kes lain. Kes kesesakan lalu lintas kat sekolah aku. Setiap hari tau!

Dan disebabkan dia dah buat salah (potong barisan), maka dia pun 'terpaksa' juga melanggar lampu merah (untuk laluan ke hadapan). Nasib baik tiada kereta dari arah bertentangan. Teringat kes buang bayi yang makin menjadi-jadi kan? Macam sama tak? Hehe..

Wednesday, June 02, 2010

Syaza dan pam susu

Sudah menjengah usia 1 tahun 5 bulan ni, Syaza makin bijak bila tiba masa memerah susu dan menyusu. Setiap kali aku balik dari sekolah, dia akan terpa aku dulu. Dia juga tahu aku akan ambil sedikit masa untuk memasang pam dan kemudian memerah. Kalau waktu pagi, lepas susukan Syaza, aku akan cuci pam tu dulu sebelum dibawa ke sekolah. Kadang-kadang Syaza akan mengamuk bila dia tengok aku pasang pam tu dan terus masukkan ke dalam beg pam. Huhu.... Dia tahu dia takkan dapat susu terus dari aku. Sebaliknya dia kena minum susu yang sudah aku perah tu guna botol kat rumah Mama Ja dia. Hehe....

Sarah pula sekarang ni kalau main mak-mak, dia akan buka baju nak susukan 'anak' dia. Sepupu dia pun terikut-ikut. Hehehe... Moga dia akan ikut jejak langkah aku untuk menyusukan anak sepenuhnya bila besar nanti dan menambahkan peratusan ibu menyusukan anak. Amin.


Gelagat puteri-puteri aku yang makin bijak.

Bonggol unta khurasan


Sekadar contoh...

Terpanggil untuk turut sama membicarakan soal ini. Mengambil idea dari Cik Nad kita. Terima kasih Nad. Lately, memang dah jadi fesyen orang perempuan pakai tudung tetapi mengenakan ikatan rambut yang tinggi hinggakan dengan berhijab pun orang tahu yang dia berambut panjang. Selama yang aku tahu, memang tak boleh. Hukum? Tidak pula aku pasti macamana. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut, lihat di sini.

Seeloknya, aku rasa tak perlulah melakukan sebegitu. Kalau berambut panjang, ikatlah seadanya. Tak perlu ditocang tinggi-tinggi. Satu lagi, trend bertudung ala-ala rahib. Mungkin tak disedari sebab cuma nampak cantiknya. Tapi kan lebih elok lihat dan teliti dulu sebelum ikut.

Aku try cari imej wanita muslim bertudung macam ni tapi tak jumpa yang sesuai. Personally, aku kurang gemar cara begini. Dari segi hukum, aku tak pasti. Belum sempat mencari fakta. Mungkin masa cuti nanti... hihik...

Satu lagi, tudung bawal. Nipis yang amat hingga menampakkan tengkok. Tetapi masih dipakai untuk 'menutup aurat'. Fikir-fikirkan... :D Anyway, I'm not that good. But is trying to be good. Insyaallah...

Tuesday, June 01, 2010

Sarapan pagi

Aku belajar sikit teknik nak hias makanan. Selalunya Sarah jarang makan sarapan pagi. Dia cukup dengan susu dan makan tengahari di rumah pengasuh dia. Semalam En. Bard (nama glamer Mr. Hubby) tunjukkan aku macam mana nak buat smiley face. So, nama sarapan pagi hari ini ialah Nugget with Smiley Face. Use thousand island. Easy. Memang dia seronok makan. Tengok la...

Ni la rupa smiley face tu.

Sarah tekun makan sambil tengok The Backyardigan.

Syaza pun sedang menikmati... Nampak kan? Heheheh.... sedap!!!
Ni tempat dia lepak selalu. Aku pun tak tau kenapa seronok sangat duduk situ.

Ni memang kegemaran dia sejak dulu. Cheese!!!

Dah makan, kena la buang kat tong sampah! Tapi kena tengok juga gerak dia.
Silap-silap dia dok angkut sampah ke ruang tamu pula... Haru je!