Monday, March 19, 2012

Botak

Dari sehari ke sehari mama rancang nak botakkan rambut Afiq. Abah pula sibuk dan tak sempat-sempat nak buat. Akhirnya, Sabtu lepas (17/3/2012) baru abah dapat luangkan masa. Abah balik rumah dulu ambil mesin potong rambut. Mama pula sediakan apa yang patut kat rumah Tok Mak. Sempat juga mama ambil gambar sebelum Afiq botakkan rambut.

 
Afiq sebelum botak


 

Future doctor is sleeping


  
Proses membotakkan kepala.

Afiq gelisah masa mula-mula cukur rambut. Afiq geli agaknya bila mesin tu berbunyi dan bergetar kat kepala. Abah cukur kepala Afiq sampai licin. Tak lama pun. Tak sampai pun 10 minit. Cuma proses nak bersihkan badan dari rambut tu makan masa juga. Lepas cukur siap, mama susukan Afiq dulu sebelum abah mandikan Afiq. Lepas mandi dan bersiap, Afiq tidur lena. 

  
Tenang setelah selesai.

Amalan bercukur rambut untuk bayi yang baru lahir ni amat digalakkan dalam Islam. Ia bertujuan supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat (sumber). Dengan mencukur rambut anak juga, ia dapat membuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran anak tersebut (sumber). Dengan hikmah itu, mama harap Afiq dapat menjadi seorang anak yang luas pandangannya dari segala segi dan berfikiran terbuka. Amin.



Friday, March 16, 2012

Lemon Oreo Cheese Cake - Updated Version

Pandangan atas

Pandangan dari sisi tepi

Pandangan selepas dipotong sebelum dingap.... :D

Percayalah, memang sedap. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri. Bagi penggemar kek keju, kek ni sangat mudah dan senang nak buat. Tak payah susah-susah nak beli oven bagai. Cuba? Cuba la..... 

Thursday, March 15, 2012

Non-bake Lemon Oreo Cheese Cake

Dah lama teringin nak makan cheese cake semenjak pantang ni. Hahaha... Jangan kata aku gila ek. Tak ramai kot yang buat perangai makan kek keju masa pantang ni. Hohoh... I am one of them. Anyway, this is my modified recipe. Thanks to Kak Yat and KambingBujang

Crust
2 packs of Oreo Original (137gm each - make into crumbs)
100 gm melted butter (I used 100 gm soft margerine - Nature brand)

Combine the crumbs and melted butter and mix well. Press the mixture in a medium container and set aside in a fridge for 30 minutes or the whole night.

Filling
1 block of cream cheese (I used Philadelphia cream cheese weight 250gm)
60 gm caster sugar (I simply threw the amount for I did not have the equipment at mom's house. Haha...)
250 ml whip cream
21 gm gelatine (I used Halagel brand)
1/4 cup hot water
lemon juice from 2 lemons
grated rind of 2 lemons

Beat the cream cheese with the caster sugar until fluffy. Pour in the whip cream and continue beat it. Then, add in the gelatine (combine the gelatine with 1/4cup hot water), lemon juice and the grated rind and mix them well. Pour the mixture over the chilled crust and set aside in the fridge for two hours or until it hardened. 

I have tried and not sure whether jadi or not. But the whole process went through smoothly. I will post the pictures later on if it set up well yea... :D  I had to run from the kitchen to my sister's room where I put my little angel whenever I heard him cried out loud. Hehehe... By the way, mama's little boy is now 1 month old. He got his 2nd jab for Hep B last night at Poliklinik Barakah. Price? RM30 for the jab and consultation. RM12 for PCM. I gave 1 ml as prescribed by the doctor and put it in my EBM before he went to bed yesterday night. Alhamdulillah, he looks well today.



Versi Bahasa Melayu.


Kerak
2 pek Oreo Asli (137gm each - kisar halus)
100 gm mentega yang dicairkan  (Saya guna 100 gm marjerin lembut - jenama Nature )

Campurkan kisaran oreo dan mentega hingga sebati. Tekan adunan tadi dalam bekas sederhana besar dan letakkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit atau semalaman.

Inti
1 blok cream cheese (Saya guna jenama Philadelphia cream cheese seberat 250gm)
60 gm gula kastor
250 ml whip cream (jenama Paul sebab ada tanda halal)
21 gm gelatin (Saya guna jenama  Halagel )
1/4 cup air panas
jus lemon dari dua biji lemon 
parutan kulit lemon

Nota: Pastikan anda keluarkan keju sejam sebelum melakukan proses membuat inti.

Pukul keju kerim dengan gula hingga gebu. Tuang whip krim dan teruskan memukul. Kemudian masukkan gelatin (yang telah dicampurkan dengan air panas), jus lemon dan parutan kulit lemon dan kacau hingga sebati. Tuang ke atas kerak tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk selama dua jam atau sehingga ia keras.

Wednesday, March 07, 2012

Cara saya berfikir

Cerita 1


Dalam kereta ketika dalam perjalanan ke satu lokasi
syaza: Abah, tolong pasang lampu. Adik nak cari selipar ni. Tak nampak la.
Abah: Lampunya d h terbakar.
Syaza: Kenapa abah bakar... Jangan la bakar. Adik nak guna tengok selipar...
Jenuhla abah dok terang kat Syaza maksud terbakar tu bukannya abahyang bakar. Tapi dia tebakar sendiri.

Cerita 2
Syaza: Mama, buntut adik gatal
Mama: Ada cacing kot. Kak Ngah dah lama tak makan ubat cacing ni. Nanti mama suruh abah belikan ek.
Syaza: Adik tak nak makan ubat.
Maama: Kalau makan ubat cacing, nanti cacingnya mati.
Syaza: Kalau adik yang mati macam mana?

Huhu....

Monday, March 05, 2012

I hate of being 'latest me'

Cepat marah. Cepat berangin. Cepat sedih. Dan segala macam yang negatif. I hate myself. Try to be rationale. Am trying hard to figure out the reason of being negative lately but I just could not. Easily get angry with my girls just because of simple things. I used to be a reasoning mom when something happened between my two girls but lately, I came out with harsh words.... Just dunno why. I hate myself for being me. Worry of something? Afraid of something? I am blank and blur....