Tuesday, November 30, 2010

Akhirnya ia terjadi juga

Pagi ni, aku dok kemas-kemas kabinet dapur (cubaan memberanikan diri untuk mengemas) selepas beberapa hari terdengar cerita yang tak berapa seronok. Setelah hampir setahun, Mr Hubby beritahu aku yang makhluk kecil tu dah mula ada balik dalam rumah. Huhu.... Memang rasa seriau juga la. Kali terakhir dulu masa Mr Hubby smash kat bilik air. Masuk dalam mangkuk tandas. Lepas tu, dia tak masuk-masuk dah. Dan tidak ada lagi adegan selongkar-menyelongkar tong sampah. Jadi, aku anggap, dapur dan rumah aku bersih dari mahkluk ni. Tapi, bila satu hari, Mr. Hubby letak perangkap kat dapur, aku mula pelik. Bila ditanya, dia kata saja. Rupa-rupanya, dia berahsia kat aku. Selang dua hari, dia beritahu dia nampak makhluk kecil ni. Aduhai... aku mula takut nak ke dapur malam-malam. Dan yang paling tak seronok bila aku buka kabinet dapur, dia dah tinggalkan khazanah kat dalam tu (gara-gara tak tutup pintu kabinet rapat-rapat). Aku tak berapa berani nak buka sebab takut kalau-kalau ada penghuni kat dalamnya. Lepas beberapa hari, baru pagi tadi aku buka dan kemas-kemas. Susun balik bekas-bekas plastik yang ada. Dalam kepala dah mula fikir, entah-entah, Tupperware aku pun dah kena gigit... Dan... ia memang menjadi nyata. huhu....

Mujurlah masih boleh diguna lagi. Tapi kena basuh bersih la gamaknya... siap tinggal roti dan biskut dalam tu. Agaknya nak buat bekal kalau-kalau aku tak tutup rapat lagi kot. Huh! jangan haraplah cik tikus!!


Pengalaman menyusukan anak

Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman si ibu menyusukan anak.



Monday, November 29, 2010

For teachers to ponder upon

Flowers are red by Bikha Zain
lyrics by Harry Chapin

When I first listened to the song, I quickly fell in love. The song is simple, sounds good for teaching aids (hahaha...) and very interesting with the kid's voice. The way Bikha Zain deliver the song also sounds like telling a story. I like it very much. And the song is full of message. For parents to think about. For teachers to ponder upon. I dedicate this song to all teachers and all teachers-to-be. Basically, we are teachers for we teach people around us indirectly. May Allah bless us for the job and routines that we go through everyday. Amin. :D

Payahnya nak tidur...

Semalam kami sekeluarga pergi jalan-jalan di Putrajaya. Sempat singgah di Paya Indah Wetlands. CUma tak ambil gambar. Terlupa bawa kamera. Suasananya boleh tahan. Kawasan tu masih dalam proses naik taraf. Jadi, tak banyak tempat yang boleh dilawati. Lagi pula masa tu hujan. Cuma boleh nampak hidung badak air dan kepala buaya je. Haha.... Jadi la. Syaza dan Sarah memang sangat teruja. Siap tak bagi balik lagi sebab dia tak dapat tengok binatang tu lagi. Nanti la kalau sempat, boleh bawa dia pergi zoo hujung minggu ni.

Nak cerita sikit pasal Sarah yang sekarang ni memang susah nak tidur petang. Lagi pula cuti sekolah ni. Liat sangat. Lepas tu mula la dia meragam yang bukan-bukan. Macam semalam. Dah nampak sangat dia tak mampu nak bertahan. Tapi bila disuruh baring, dia buat selamba je. Yang kelakarnya, mulut pun dah tak mampu nak katup. Tapi masih ada hati nak makan satay. Lepas tu bila tak boleh nak cucuk nasi impit, dia marah-marah. Aku cuma gelakkan je. Dah tau sangat dia nak tidur.

Bila aku tegur, "Sarah nak tidur ye? Mata dah kuyu tu."
Dia jawab balik. "Sarah tak nak tidur. Tapi Sarah dah penat."

Memang pandai cover minah ni. Tengok la gelagat dia nak tidur.





Akhirnya dia tewas juga... ni pun lepas cubaan kali kedua nak baringkan dia lepas terlelap. Tengok la mukanya yang berkerut-kerut... hmm.... payahnya nak tidur petang...

Sunday, November 28, 2010

mama.. Adik.. Nak.. Susu.. Please..

la ni, tu ayat yg syaza baru belajar. Versi syaza bunyinya macam ni: mama, dik nak coco, lees.. Hehe.. Mama suka sgt dengar bunyi adik sebut. Comel. :)

Friday, November 26, 2010

Burger buat sendiri

Masa cuti sekolah ni memang dah tak tau nak buat apa. Cuma menguruskan rumah, anak-anak dan keluara je la. Jadi, sempena Hari Raya Korban lepas, dapat banyak daging dan tak tahu dah nak masak apa (tahun lepas, aku boleh simpan daging tu sampai setahun dalam peti sejuk sehingga Raya Korban yang berikutnya... hahaha....). Jadi, aku realisasikan niat untuk buat daging burger sendiri.

Daging yang dikisar sendiri
Thyme, basil, oregano (atau beli je yang dah siap nama dia Italian Herbs or mixed herbs)
Daun basil (selasih)
Bawang besar dikisar
Bawang putih dikisar
Halia dikisar
Worcestershire sauce
Lada hitam yang ditumbuk
Garam
Gula


Sila ambil perhatian bahawa kuantiti adalah mengikut kesukaan anda. Sebab aku selalunya main letak je bahan-bahan. Pastu, gaul rata dan bentukkan ikut suka. Nak empat segi pun boleh. Lepas tu, baul dengan kertas aluminium dan masukkan dalam peti sejuk beku. Esok dah boleh masak. Keluarkan 15 minit lebih awal untuk nyahbeku ye... :) Sedap juga makan waktu hujan-hujan ni... heheh

Sesak dada

Pernah menghadapinya? Aku pun pelik kenapa aku selalu juga terkena masalah ni. Ada orang kata sebab terlalu memikirkan satu-satu masalah. Kadang-kadang rasa hairan sebab aku tidaklah terlalu memikirkan sangat. Tapi, bila kena tu, memang rasa seksa juga. Dan terus ingat nak mati. Maklum je la.... umur semakin meningkat. Tak tahu jalan penyelesaian. Cuma, bila terkena, kena la pula buat-buat gembira supaya boleh bernafas semula dengan baik. Kalau tak, aku sure akan jadi macam tak cukup udara untuk bernafas. Bila terkena, aku sentiasa terfikir, macam ni ke seksa nak mati.... hmmm.....

Wednesday, November 24, 2010

Habit Syaza

Satu perkara yang menjadi pantang aku kepada anak-anak ialah makan dalam bilik. Masa Sarah dulu, benda tu memang aku praktikkan. Tak boleh makan dalam bilik. Apa lagi atas katil. Tapi, bila masuk si Syaza ni, lain pula jadinya. Banyak benda yang berubah. Nak tegur si comel sorang ni memang satu hal. Dia akan buat tak tau je. Lebih kurang mendengat kata dari si kakak. Tengok la gelagat dia ni. Boleh lak dia makan biskut kat depan bilik.
Siap tunjuk lagi kat aku.

Perghhh.... Syaza kalau makan, mesti ada kat dua-dua belah tangan dia. Memula, geram gak. Takut dia biasa jadi tamak dan kedekut. Tapi, bila ada sorang kawan kata kat aku yang dia ni sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan, aku biarkan dulu. Tengok nanti bila dah besar sikit, apa jadi. Kadang-kadang, kita tak boleh juga terlalu bertegas pada anak sehingga merencatkan perkembangan diri dia yang aktif. Cuma, sebagai ibu, kita perlu sentiasa lihat apa yang elok dan apa yang tidak. Moga-moga, kedua-dua sayang mama ni boleh jadi orang yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Amin.

p/s: Sampai la ni, aku masih dok pk, cmna mak aku blh didik aku pandai Quran, tak suka dgn benda2 lagha dan segala bagai. Sebab bila aku tanya mak aku balik, dia pun tak tau camna dia didik kami. Hahaha.... Aku kena cari formula baru untuk didik sayang-sayang aku tu... Ada cadangan?

Bahaya air dan susu formula bagi bayi kurang 6 bulan

Ramai yang tidak sedar dan peka dengan bahaya air dan susu formula bagi bayi kurng 6 bulan. Secara asasnya, bayi yang menyusu FM ni perlu diberikan air kosong sebagai tambahan bertujuan untuk mencairkan kandungan gula dalam FM berkenaan. Malangnya, perbuatan ini boleh memberi impak yang tak best pada baby. Antara risikonya adalah:
  1. Merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.
  2. Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencar kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.
  3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ia boleh mendedahkan risiko bayi cirit-birit.
  4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
  5. Bayi yang menghidap jaundis (demam kuning), air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam dara yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik.
Bukan sukar untuk menghindarkan keadaan ini. Susukanlah baby tu dengan susu ibu. Bukan sahaja berkhasiat dan SANGAT SESUAI UNTUK MANUSIA. Tetapi banyak sangat faedah yang boleh diperoleh melalui penyusuan ibu secara eksklusif. Belanja pun kurang. Anak insyaallah akan sihat selalu. Kurang masalah kesihatan. Pengalaman menyusukan kedua-dua anak aku mengesahkan fakta tersebut. Jarang sakit. Kalau demam pun, cepat sihatnya berbanding dengan anak-anak kawan-kawan aku yang tidak menyusukan anak mereka dengan susu ibu.

Nike = Dewi Roman


Dah lama nak menulis tentang hal ni. Tapi asyik la terbantut. Just a short note for you guys to ponder upon. We are so proud of buying Nike products. For us, Nike is a matter of status because not all can afford to buy Nike products (even though nowadays, fake ones are also available). But do you know that Nike is a name of a Roman goddess? Do you ever notice that you are wearing a goddess name that is totally opposed your own religion as a muslim? Believe it or not, you are promoting the goddess. You buy the product, you display the product and you even proud to own the products. You will avoid buying cross because it will associate you with Christianity. But don't you think that WEARING AND OWN Nike products will associate you with that Roman goddess? Tepuk dada tanya iman. May Allah bless us all. Amin.

Tuesday, November 16, 2010

Syaza dan mama

Syaza is now almost 2 years. Syaza is now 23 months years old. She haven't speak properly. Few words have came out from her mouth. 'Jap' (sekejap), 'dap' (sedap), abah and few other words. And few days ago, mama feel like heaven when a moment-waited word slipped out from her lips. MAMA. Aduuhai... seronok rasanya. For so long, she had been calling me abah. hahaha.... Adik now is getting smarter and better. She is now full of expression. Everyday, mama can't wait to see you. Adik have so many ideas to do. But, unfortunately, you don't like to eat. Susahnya nak suruh adik makan. Huhu.... And, at the age of 23 months old, you haven't got your last jab. Oppsss... everytime mama wants to send you to clinic for a jab, you will fall sick. Erghhh... hope, by end of this month, your immunisation will be done. You are so afraid to have medicine. Melalak macam kena dera. hehehe... Miss you my dear....

Sunday, November 14, 2010

Kreatifnya Sarah


Mama memang tak sangka Sarah boleh buat macam-macam sekarang ni. Tadi, Sarah dok ikat tali kat lengan.

"Kenapa Sarah ikat tali kat lengan?"

Sarah jawab, "Sarah tak ada jam. Sarah ikat la tali kat lengan."

Mama ketawa tegok Sarah. Sebab pada usia 4 tahun ni, Sarah boleh terfikir nak buat benda tu. Puas mama tanya siapa ajar Sarah. Tapi Sarah tak jawab soalan mama. Sarah cuma terus ikat dan ikat sebab tali tu tak ketat dan kejap pada tangan tembab Sarah. Sarah.... Sarah..

Tengok la tu. Beria bila mama nak ambil gambar. :D

Hormatilah guru kita

Aku terpanggil menceritakan kisah aku dan guru aku satu ketika dulu. Kerana kisah itu juga, maka aku selalu mengingatkan diri aku untuk sentiasa mengingati guru tidak kira bagaimanapun sikap dan perangainya melayan kita...


Masa aku belajar di UIA dulu, aku belajar subjek Intorduction to ... (aku dha lupa nama subjek tu). Aku memang minat juga dengan subjek tu. Tambahan pula, pensyarahnya memang pandai mengajar. Boleh dikatakan aku agak suka dengannya dek kerana minat dengan subjek tersebut. Namun, satu hari, aku menegur kesalahan yang dilakukan oleh pensyarah itu di dalam kelas di hadapan pelajar-pelajarnya yang lain. Cara aku menegur agak kurang ajar dan tidak sepatutnya berlaku. Sebaik aku menegur, rakan baik aku menyiku aku dan menunjukkan wajah kurang senang. Sehabis waktu kelas, dia memarahi aku kerana sikap aku yang dikira kurang ajar menjatuhkan air muka pensyarah di hadapan kawan-kawan. Aku pula berkeras mempertahankan perbuatan aku kerana aku kira itu perkara biasa.


Selepas itu, kelas tersebut masih berjalan seperti biasa. Aku berjaya mendapat markah yang baik dan aku jangkakan aku boleh mendapat paling kurang B untuk subjek berkenaan. Namun, menjelang hari peperiksaan, aku menghadapi sedikit masalah. Entah apa silapnya, apa yang aku baca tidak langsung masuk ke otak. Malah, aku tidur lebih awal pada malam tersebut.


Sememangnya Allah nak tunjuk kekuasaan-Nya betapa aku memang salah dalam hal menegur pensyarah aku tu. Ketika waktu peperiksaan, aku langsung tidak boleh menjawab. FIkiran aku jadi bingung dan buntu. Selalunya, aku memang keluar awal pada setiap kali waktu peperiksaan. Namun, untuk subjek kali ini, aku tidak keluar awal seperti biasa. Bukan setakat tidak boleh keluar awal. Aku tidak mampu menjawab langsung soalan tersebut. Sehabis sahaja waktu peperiksaan, aku membiarkan kawan-kawan lain keluar. Aku adalah orang terakhir yang keluar dari dewan peperiksaan. Itu pun selepas aku selesai menangis. Air mata berjura-jurai keluar sebaik aku menghantar skrip jawapan peperiksaan. Tidak ada apa yang aku jawab. Terus aku teringat apa yang sudah aku lakukan. Keputusan gred subjek itu. C. Cukup2 makan.


Sedih memang sedih. Sebab aku yakin boleh score subjek ni. Tapi, Allah nak tunjuk kat aku. Nak bagi aku sedar. Jangan bongkak. Jangan sombong dengan guru. Walau pandai macamana pun, guru adalah orag yang mencurah ilmu pada kita. Andai guru kita salah, jangan kita segera tuding jari. Ada cara untuk menegur kesalahan setiap manusia. Memang sejak hari itu, aku cuba berhati-hati bila berdepan dengan insan bernama guru. Kalaupun cara dan sikapnya membuatkan aku berasa tidak senang dan menyampah, aku akan cuba pastikan aku tidak kurang ajar dengannya. Kerana, jika guru tidak redha dengan kita, maka ilmunya selamanya sukar untuk masuk dalam diri. Percayalah. Jadikan iktibar. HORMATI GURU WALAUPUN DIA LEBIH RENDAH PENDIDIKANNYA DARI KITA. Kerana, walaupun dia muda usianya, dia tetap guru kita, yang memberi kita ilmu untuk kita meneruskan hidup di dunia ini.


There was an error in this gadget