Sunday, August 29, 2010

Faedah susu ibu untuk ibu

Dah lama berniat nak sambung menulis pasal faedah susu ibu untuk ibu. Tapi asyik lupa aje. Dan semenjak join kursus perguruan ni, aku jadi makin sibuk untuk kemaskini blog dengan kerap. Jadi bila ada masa lapang begini, baru la berpeluang. Itu pun selepas sahur sebab anak sedang seronok tidur. :D Ok. Ini adalah antara faedah susu ibu untuk ibu itu sendiri ek.

Faedah-faedah susu ibu untuk ibu

  1. Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan. Pada ibu yang belum pernah menyusukan anak, ketika hari-hari pertama selepas kelahiran, ibu-ibu akan rasa pengecutan berlaku setiap kali menyusukan anak. Ia adalah normal dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Itu juga menandakan penyusuan berjalan dengan baik.
  2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini sudah tentu kerana ketika menyusu, ibu akan mendakap anak dekat dengan tubuhnya. Sekali gus, anak akan terasa betapa dekatnya jarak antara dia dan ibu.
  3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
  4. Penyusuan susu ibu SEPENUHNYA membantu menjarakkan kelahiran. Ini sudah terbukti dengan jelas sebab saya mengalaminya. :D
  5. Menjimatkan masa dan wang. Tidak perlu melakukan konsep 'trial and error'. Sebab susu ibu pasti sesuai untuk mana-mana anak pun. Jimat wang kerana tidak perlu menghabiskan sekurang-kurangnya RM 30 untuk setin susu formula. Walaupun kos pam susu ibu berharga RM2000, itu masih dikira murah kerana ia adalah perbelanjaan untuk 5 orang anaknya (jika mempunyai 5 orang anak. cuba kira kos susu formula untuk 5 orang anak. Pasti mencecah lebih RM 5000. Percayalah).
  6. Mudah dan tidak perlu persediaan. Tak perlu menyediakan bahan-bahan remeh seperti kelalang panas, botol susu, bekas air dan tin susu jika hendak ke mana-mana. Hanya pastikan ibu perlu ada jika anak dibawa sekali. :D itu aje 'barang' yang diperlukan untuk anak menyusu. Juga tidak perlu meneliti setiap satu jenama susu formula jika ke kedai hanya untuk memastikan jenama apa yang sesuai untuk anak. Tidak perlu bangun malam untuk buat susu sebab 'botol susu' anak sudah tersedia baring disebelahnya. Mudah kan? :D
Kalau ibu-ibu rasa menyusu itu satu perkara yang menyusahkan, maka ia akan jadi susah. Tapi, kalau rasa menyusukan anak sepenuhnya adalah perkara nikmat yang perlu dikecapi sebagai ibu, maka nikmatlah proses itu. You are what you think. It's all in your mind. Once you set your mind that you are going to breastfeed your baby exclusively, you certainly can do it. Tawakkal to Him. He will surely help you out. Remember, masa zaman nabi dulu, walaupun ibu baginda tidak menyusukan baginda, baginda diserah kepada ibu susuan untuk menyusukan baginda. Itu menunjukkan betapa susu ibu sangat penting sehingga akhirnya baginda menjadi pemimpin ternama di mata dunia hingga ke hari ini. :D renung-renungkanlah.

1 tahun 7 bulan

Memang aku mengharapkan tahun ni puasa penuh juga macam tahun lepas. Sebab bila tiba bab nak ganti puasa tu memang bukannya perkara yang mudah. huhu.... Tapi impian tinggal impian aje la. Setelah lebih setahun tujuh bulan, rutin seorang perempuan sudah kembali. Kira lama la juga. Dibandingkan dengan waktu masa Sarah dulu, cuma lebih kurang 10 bulan aje. Mula-mula memang aku risau.
Tapi bila tanya doktor, normal ke kalau tidak datang bulan untuk tempoh yang lama jika menyusu sepenuhnya? Memang doktor kata normal. Jadi, kepada ibu-ibu yang tidak datang bulan untuk tempoh yang lama kerana meyusu anak sepenuhnya, jangan pula panik. Kalau sebelum ni pun, memang aku dah banyak baca tentang 'penangguhan haid' sepanjang proses menyusukan anak SEPENUHNYA tanpa mencampurkan dengan susu formula.
Apa pun, ia menjadi sebagai sebahagian dari proses merancang keluarga secara semula jadi. Jauh dari sebarang tekanan dan bahan kimia yang mampu memberi kesan sampingan. Ada juga ibu yang tidak boleh menggunakan cara ini. Ada ibu yang datang haid sebaik sahaja dia selesai menjalani proses berpantang. Tapi alhamdulillah, bagi aku, cara ini memang berhasil. :D
Jadi ibu-ibu, kalau cara ini berhasil, lebih baiklah sekiranya ibu-ibu menyusukan anak sepenuhnya... Elok untuk anak dan ibu. Apapun, ingatlah, tidak ada satu susu formula pun yang mampu menandingi susu ibu kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk anaknya....

Thursday, August 26, 2010

Macamana nak lepaskan?

Tiba-tiba aku diserang rasa sayu je hari ni. Payah nak gambarkan perasaan bila kita terpaksa melihat seseorang hanya dari jauh dan tak mampu nak berkomunikasi secara langsung. Teringat kenangan masa dahulu dan tak terfikir langsung yang perkara ni akan berlaku. Pernah terlintas untuk kembali berhubung. Tapi bila terfikir tentang respons yang bakal diterima, aku serasa tak sanggup nak meneruskan niat tu. Sebab sekali aku terkena, payah untuk dihilangkan dari ingatan. Risau dan takut dikata hidung tak mancung... pipi yang tersorong-sorong... Hmm....

Tuesday, August 24, 2010

Pergi tak kembali

Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan sudah pasti pada Dia juga kita kembali. Bukan mudah menerima perpisahan kekal sebegini. Kali ni, titipan ini aku tujukan khas untuk adik tersayang, Hafizah. Sekadar rentetan, berita gembira diterima lebih kurang tujuh bulan dahulu bila dia disahkan mengandung kali ketiga. Namun berita ini tidak lama. Ketika usia kandungan mencecah 7 bulan, adik aku menerima berita sedih. Anak di dalam kandungannya telah pergi buat selamanya pada 8/8/2010. Tetapi Muhammad Amir Iskandar bin Shaiful Azam hanya keluar dari rahim ibu pada 23/8/2010.

Sebagai ibu, aku dapat rasakan kepedihan adik aku. Tapi cukuplah aku pendam sendiri sebab aku pun tak nak dia terlalu bersedih. Yang pergi tetap pergi. Mungkin Amir dah rasa bahang hidup di dunia. Jadi dia tidak sanggup merasainya lantas kerana itu Allah menjemput dia lebih awal. Aku sendiri sempat menyaksikan tubuh comel Amir. Sebak memang sebak. Sedih apatah lagi. Cuma aku perlu kuatkan semangat untuk sama-sama menyokong adik tercinta.... Apa yang pasti, sudah ada bidadara comel yang menanti dia dipintu syurga. Ya Allah... moga kau tabahkan hati adikku dan keluarganya.... Kuatkan hati mereka dalam menghadapi cabaran hidup ini. Moga kau tambah lagi nikmat dan iman dalam diri mereka. Amin...

Saturday, August 21, 2010

Sabtu yang nyaman

Alhamdulillah, hari ni, walaupun sekolah lain sibuk mengganti cuti lepas raya nanti, aku tak terlibat sama. Maklum la. SJKT. Mereka tak ambil cuti untuk raya puasa. Deepavali lebih diutamakan. Jadi, balik kampung la jawabnya... Seronok juga sebab boleh ganti tidur sepanjang pagi. Hahaha.... Cuma memang letih sebab asyik tidur aje.
.
Sebenarnya, cara yang terbaik untuk elak terlalu penat dan mengantuk sepanjang hari ketika puasa ni ialah JANGAN TIDUR LEPAS SAHUR. Kalau nak sangat tidur, make it around 11. Tidur sunat untuk bangun malam. :D Bila lepas sahur tidur, alamatnya memang sepanjang siang penat dan mengantuk.

A bit about Syaza. She now loves to sing. Most of the time, when she is happy, she will sing. Tapi tak kedengaran butir kata. Sounds cute. Hehehhe..

Tuesday, August 17, 2010

SBE

School based experience. That is what I am going to go through this THursday. At SJKT Sg Renggam.... Can't wait to be back to school. And see small kids some more. And this time, different race. I have an experience of having Indian students when I was in SMK Kg Jawa, Klang. Well, can say it is the same thing when I worked with Malay students. They are still human beings. Human beings are the same. Macam-macam ragam. It's the matter of language and culture. Hopefully I can get through this experience and pass with style... like fly with style.. as Andy says in Toy Story 3. Hahahah.....

Friday, August 13, 2010

Bengang? Geram?

Aku baru je balik dari hantar kawan yang kurang sihat. Terus masuk ke kelas. Bila masuk kelas dalam keadaan blur ni, memang meraba-raba rasanya. Bila ada tugasan dalam kelas, aku terus buat dan tunjuk pada pensyarah. Tapi tetiba rasa geram dan bengang bila dia kata aku copy and paste... Wah... Excuse me! Copy and paste??? Aku dah beria buat dan keluarkan idea mengarang berdasarkan pada nota yang diberi, and she simply said I copied and pasted? ooo.... ko tak geram ke??? Me? Copy and paste?

Lepas tu bila aku betulkan ikut point yang dia suruh, dia kata jawapan tak sesuai dan salah.... Mood aku tiba-tiba hilang...

There was an error in this gadget